Edited by Vellfire at 2-8-2021 12:45 PM
BERMACAM-MACAM ragam orang ramai dapat dilihat ketika mendapatkan suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara. Ada kisah melucukan, tak kurang juga yang mengharukan.
Misalnya, dipercayai di PPV Mini Putrajaya, Kota Kinabalu, Sabah menjadi gamat apabila munculnya ‘puntianak’ yang hadir untuk mendapatkan dos vaksin.
Menerusi perkongsian video oleh pengguna dikenali Martin Bee di laman sosial Facebook, individu yang menyarungkan kostum hantu tersebut tampak ceria dan bersemangat.
Bukan itu sahaja, beliau juga kelihatan teruja untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.
Biarpun tampil berambut panjang, gigi taring menyeramkan yang ditampal pada pelitup muka termasuk baju berlumuran darah, namun kehadirannya mencuit hati serta mendapat tepukan para petugas dan penerima vaksin di sana.
Masing-masing terhibur dengan sikapnya yang sporting menyarungkan penampilan sedemikian.
|