CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1700|Reply: 2

[Sarawak] Sarawak rekod penurunan kadar kes COVID-19 pada Julai

[Copy link]
Post time 3-8-2021 09:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 3-8-2021 01:57 PM

Sarawak rekod penurunan kadar kes COVID-19 pada Julai



KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mendedahkan bahawa kadar positif kes COVID-19 pada bulan Julai 2021 menunjukkan penurunan berbanding bulan Jun 2021.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed, sebanyak 228,084 sampel diambil bagi ujian COVID-19 di Sarawak dan ia menjadikan kadar positif kes COVID-19 pada bulan Julai 2021 adalah 5.21 peratus.

“Kadar positif ini merupakan penurunan berbanding 5.97 peratus pada bulan Jun 2021.

“Walaupun kadar positif adalah menurun, bilangan kes yang tinggi masih dikesan terutamanya di bahagian Kuching, Samarahan dan Serian,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.  

Jelas beliau, bilangan kes di kawasan tersebut meningkat susulan daripada aktiviti pengesanan kes secara aktif melalui saringan kontak kepada kes positif dan saringan bersasar di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Dedahnya, keadaan ini menunjukkan masih terdapat transmisi jangkitan dalam kalangan komuniti dan sehubungan itu, aktiviti pencegahan, kawalan dan saringan akan terus dipergiatkan.

Mengulas lanjut, Dr Mohamed Sapian berkata secara purata sebanyak 25 peratus daripada kes harian baru yang dilaporkan pada bulan Julai 2021 melibatkan individu berumur di bawah 18 tahun.

Golongan ini katanya, belum layak menerima imunisasi COVID-19 berdasarkan polisi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada masa ini dan amat berisiko terdedah kepada jangkitan serta komplikasi penyakit COVID-19.

Malah menurutnya, kadar liputan imunisasi yang tinggi amat diperlukan bagi melindungi golongan yang tidak layak untuk imunisasi COVID-19.

“Sehingga 2 Ogos 2021, Sarawak telah mencapai liputan imunisasi COVID-19 yang tinggi dalam kalangan semua populasi dewasa yang layak iaitu sebanyak 87.3 peratus bagi dos pertama dan 69.2 peratus bagi dos kedua.

“Sehubungan itu, orang ramai yang masih belum menerima dos pertama vaksin atau belum menerima janji temu imunisasi COVID-19, dinasihatkan segera menghubungi Pejabat Residen, Daerah atau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) atau Klinik Kesihatan berhampiran untuk mendapatkan tarikh janji temu imunisasi atau menerima imunisasi COVID-19 secara hadir terus,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mohamed Sapian mengingatkan orang ramai untuk terus mematuhi saranan serta nasihat kesihatan yang sering ditekankan memandangkan peningkatan kes di Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian masih ada kaitan dengan varian Delta.

“Kekal duduk di rumah jika tiada urusan penting dan jangan mengunjungi ahli keluarga, jiran atau rakan tanpa tujuan.

“Bagi penghuni atau pelawat di rumah panjang, elakkan berkumpul dan pastikan pelitup muka sentiasa dipakai apabila berada di kawasan “ruai”,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai harus mengelakkan daripada membawa anak atau golongan yang belum menerima imunisasi ke tempat awam yang ramai dan sesak.

Ibu bapa juga dinasihatkan untuk memastikan kanak-kanak dan remaja yang berumur di bawah 18 tahun agar tidak terlibat dalam aktiviti berkumpul walaupun dengan sahabat karib atau jiran.

“Bagi golongan bekerja sama ada di pejabat atau di lapangan, pastikan sentiasa memakai pelitup muka pada setiap masa dan amalkan penjarakan fizikal dengan semua orang termasuklah rakan sekerja.

“Elakkan makan beramai-ramai di ruang pantri dan ia turut perlu diamalkan semasa waktu rehat atau solat,” katanya sambil menambah, golongan ini tidak disarankan untuk turun kerja sekiranya tidak sihat.

Majikan katanya, perlu bertanggungjawab untuk memastikan hanya pekerja yang sihat dibenarkan bekerja dan pekerja yang tidak sihat harus disaring untuk COVID-19.

“Masyarakat di Sarawak diseru agar tidak leka dan terus kekal berwaspada.

“Bagi mereka yang telah menerima imunisasi COVID-19, jangan sekali-kali berasa selesa dan kekal patuhi SOP yang telah ditetapkan,” tegas beliau.



utusanborneo.com.my/2021/08/03

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2021 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
smlm 411..arini 494.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2021 10:05 PM | Show all posts
Skuau replied at 3-8-2021 02:02 PM
smlm 411..arini 494.....

kluster tempat kerja.. kluster kilang papan
kalo tak ikut sop habislah..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.048519 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list