CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4440|Reply: 2

Terpukau kehijauan lumut

[Copy link]
Post time 5-8-2021 09:37 PM | Show all posts |Read mode
Amir Muslim
[email protected]





TRANS Jerging dinamakan sempena nama anak sungai yang direntasi dalam
laluan pendakian ini yang meliputi empat gunung iaitu Gunung Suku (1,797 meter (m), Gunung Irau (2,110m), Gunung Yellow (1,667m) dan Gunung Pass (1,587m) dengan jumlah jarak perjalanan sejauh 18 kilometer (km).
Perjalanan bermula di tepi jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands iaitu terletak pada kilometer ke 32km dari Tol Simpang Pulai. Paling istimewa ia berakhir di tepi jalan yang terdapat tulisan ‘Selamat Datang Ke Cameron Highlands sebaik pendakian ini dimuktamadkan.
Bermula seawal jam 7 pagi, penulis bergerak agak lewat kerana mempunyai urusan yang terpaksa diselesaikan terlebih dahulu.
Tidak sukar bagi penulis untuk ke Gunung Suku kerana sudah dua kali mendaki gunung berkenaan. Biar pun laluannya jelas dan banyak tanda diletakkan, jalan pendakiannya mencabar kerana hampir 75 peratus pacak dan mencanak naik.
Penulis mengambil masa kurang dua jam untuk tiba di puncak, perjalanan lancar dengan keadaan trek yang agak kering. Beberapa kumpulan pendaki ditemui sepanjang trek.

PEMANDANGAN lumut yang mencuri perhatian pendaki.Tiba di puncak terdapat beberapa kumpulan pendaki yang tiba terlebih dahulu. Dalam masa sama, penulis mencari rakan-rakan lain untuk menyertai kumpulan mereka yang berjumlah lebih 10 orang.
Perjalanan seterusnya menuju ke Gunung Irau. Untuk ke Gunung Irau, pendaki perlu melalui Kem Bear iaitu salah satu tapak perkhemahan untuk bermalam dan mempunyai sumber air sungai sendiri.
Malah perjalanan ke Kem Bear amat mudah kerana lebih banyak menurun dan melalui kawasan yang kebanyakannya landai. Sepanjang perjalanan, pemandangan gunung-ganang boleh dilihat dari jauh dan yang lebih mengagumkan apabila disajikan dengan kehijauan lumut.
Penulis tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sebanyak mungkin. Hanya di Kem Bear penulis menemui rakan kumpulan pendaki yang lain.
Terdapat hampir lima kumpulan pendaki yang menakluk Trans Jerging dengan mendaki dalam sehari pada hari berkenaan dan hanya satu kumpulan yang akan melakukan pendakian selama dua hari satu malam di mana mereka akan bermalam di puncak Irau.
Selama hampir sejam berehat dan menantikan semua pendaki sampai barulah kami bergerak bersama-sama menuju ke Gunung Irau. Perjalanan ke Gunung Irau mempunyai panorama tersendiri kerana lebih banyak lumut hijau. Bagaimanapun, treknya pula menjadi semakin menaik.
Penulis dan pendaki lain mula berjarak antara satu sama lain dan berpecah menjadi beberapa kumpulan yang kecil pula. Trek yang kering tadi menjadi semakin becak dan lembap selain ada beberapa tempat perlu berhati-hati kerana sangat licin serta berselut.
Kami tiba di puncak Gunung Irau pada jam 1 petang dan menjadi kumpulan pendaki pertama tiba di situ pada hari itu. Selepas makan tenga hari, beberapa orang daripada kami mula melelapkan mata di puncaknya yang sangat luas dan selesa.

PENULIS (dua dari kiri) bersama rakan pendaki tiba di Gunung Irau.Suasana yang dingin dan berangin mula terasa. Gunung Irau (2,110m) adalah antara gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia berketinggian lebih daripada 2,100m termasuk Gunung Batu Putih, Perak (2,131m); Gunung Benum, Pahang (2,107m) dan Gunung Gerah, Kelantan-Perak (2,103m).
Pada jam 3.30 petang kami bergerak menuju ke Gunung Yellow. Perjalanan yang banyak naik turun amat memenatkan dan ada antara kami yang mengalami kejang kaki.
Menariknya sepanjang perjalanan pendaki banyak ‘terserempak’ dengan batu sempadan sebesar lengan hingga menyebabkan kami perlu lebih berwaspada kerana kedudukannya di tengah-tengah laluan yang dikhuatiri terlanggar.
Satu kejayaan peribadi apabila ini adalah kali kedua penulis berjaya menamatkan pendakian Trans Jerging. Walaupun masa lebih lama mendaki pada kali ini, penulis amat berpuas hati kerana berpeluang mengenali kenalan baru.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2021 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
keindahan alam semula jadi spt ini tidak pernah diabadikan pembikin drama/filem kita...asyik citer kul 7...jer.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 5-8-2021 09:53 PM
keindahan alam semula jadi spt ini tidak pernah diabadikan pembikin drama/filem kita...asyik citer k ...

xpela, risau klu diabadikan org Malaysia berpusu2 g tempat tu buat sampah. pnh ak g santuari ikan kelah sg.chiling. otw g bhgn atas, bersepah polistrin, botol air mineral. sorry to say, tu la ak nk kutuk. kita x pandai jaga. klu g hiking spot lain ada je sampah celah2 akar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.165721 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list