CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 835|Reply: 0

[Sarawak] Bunyi letupan disusuli atap melayang ke udara, api marak sangat pantas

[Copy link]
Post time 10-8-2021 08:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 10-8-2021 12:51 PM

Bunyi letupan disusuli atap melayang ke udara, api marak sangat pantas


Rumah panjang di Kampung Sekubang, Batu Kawa Lama yang terbakar pada malam Isnin.
KUCHING: “Api sekejap sahaja merebak, dalam masa lima minit selepas letupan kedengaran api terus merebak sehinggakan bumbung rumah pun melayang.”

Itu yang diceritakan seorang penghuni rumah panjang di Sekubang, Batu Kawa, Ganda Jiram mengenai kebakaran yang memusnahkan kediaman mereka pada malam Isnin (9 Ogos).

Ganda Jiram - anak Jiram Manjan, ketua di rumah panjang tersebut, menceritakan lanjut:
“Kebakaran terus merebak dengan begitu pantas. Ada penghuni yang mengatakan punca kebakaran dari wayar generator yang berlaku litar pintas. Nasiblah semua penghuni selamat dan tiada apa-apa berlaku kemalangan jiwa walaupun barang-barang penting tidak sempat diselamatkan.”

Ditemui di pusat penempatan sementara di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Min Lit Batu Kawa di sini hari ini, Ganda berkata kira-kira pada pukul 7:45 malam, kedengaran riuh rendah di ruai rumah.

Ketika mendengar riuh rendah penghuni lain, beliau nampak api sudah marak ke dinding sebuah bilik. Usaha mereka memadamkan api gagal dan seorang daripada mereka terus menghubungi bomba.

“Dalam tempoh kira-kira lima minit, kedengaran bunyi letupan, mungkin tong gas meletup. Kami pun menjerit agar semua penghuni rumah panjang keluar dari rumah. Banyak barang-barang tak sempat dibawa kerana nak selamatkan budak-budak,” katanya lagi.
Menurutnya, kebakaran terus merebak dengan begitu pantas. Ada penghuni yang mengatakan kebakaran berpunca litar pintas dari wayar generator elektrik.

Mengenai kediaman, beliau berkata mereka akan minta bantuan kerajaan atau Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kawa Dato Sri Dr Sim Kui Hian untuk mencari tempat baharu atau lokasi berhampiran lokasi kejadian untuk membina semula rumah.



Dalam pada itu, Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuching Hasri Mohd Rais berkata pihaknya bertanggungjawab membantu semua mangsa dan memberi bantuan-bantuan seperti bantuan makanan dan menilai kerosakan yang dialami dan keperluan harian lain.

“Bermula hari ini kita memberi bantuan makanan bermasak dahulu sebab mereka belum ada tempat tinggal sehingga kita mengenalpasti lokasi mereka akan menetap dengan bantuan Pusat Khidmat DUN Batu Kawa dan pihak berwajib yang lain,” katanya.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Tan Kai yang turut berada di lokasi pemindahan sementara berkata jumlah mangsa kebakaran terdiri daripada 150 penghuni, merangkumi 42 lelaki dewasa, 42 wanita dan 66 kanak-kanak.

Beliau bersyukur kerana banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan syarikat terbabit dalam menjaga kebajikan mangsa kebakaran ini, termasuk menghantar bekalan makanan dan minuman.

Antara syarikat swasta yang sibuk memunggah bantuan makanan dan minuman di pusat pemindahan sementara itu ialah Tay Motor.

“Terima kasih kepada pengurusan SMK Min Lit kerana menyediakan tempat pemindahan sementara. Dr Sim dalam proses untuk menyediakan penempatan baharu untuk mangsa kebakaran,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/08/10



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.175089 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list