View: 1148|Reply: 4
|
Namakan Velodrom Dungun sebagai Velodrom Azizul
[Copy link]
|
|
Kuala Terengganu: Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mencadangkan Velodrom Dungun yang dijangka siap pada April tahun depan dinamakan sebagai Velodrom Datuk Azizulhasni Awang.
Beliau berkata, nama berkenaan sebagai tanda penghargaan kepada wira negara berasal dari Kampung Nibong Stesen, Dungun itu yang sudah menyumbang dua pingat buat negara dalam temasya Sukan Olimpik.
Tambah beliau, nama berkenaan juga mampu menjadi sumber inspirasi kepada generasi baharu yang meminati sukan berbasikal trek itu selain ianya bakal menjadi sejarah buat negara.
"Jika tanya saya, apabila siap Velodrom rakyat di Dungun ini kita namakan Velodrom Datuk Azizulhasni Awang.
"Pecah tanah tahun 2010, masa tu John Beasley, jurulatih Jijoe pun datang. Dia sangat teruja apabila ada usaha nak berikan pendedahan awal kepada anak kampung dalam arena basikal trek.
"Sebelum itu "mosquito riders" berkayuh di jalan raya dah membudaya di kalangan anak muda, ini velodrom permulaan sebelum ke tahap yang lebih tinggi seperti di Nilai," tulisnya dalam laman Facebooknya semalam.
Mengulas lanjut beliau berkata, kelewatan Velodrom Dungun itu siap mengikut jadual asal adalah disebabkan beberapa faktor.
"Lambat siap bukan sahaja faktor bajet dan kerja pembinaan. Ada isu penerimaan. Ketika itu ada bantahan pemimpin tempatan. Ada yang kata projek ini tak penting untuk rakyat. Masa tu ada orang kampung sendiri pun tak kisah sangat fasal Azizul.
"Kredit kepada Datuk Seri Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) ketika itu dan mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang memang komited mengenai sukan anak negeri.
"Mereka faham konsep sukan memerlukan proses yang panjang dan ekosistem luas untuk melahirkan seorang juara. Macam mana pun mereka usahakan juga projek ini untuk jadi kenyataan.
"Ada dasar sebelum ini tak boleh namakan bangunan atas nama mereka yang masih hidup. Kabinet boleh memutuskan atas keistimewaan tertentu, misalnya Arena Datuk Nicol Ann David di Bukit Jalil untuk gelanggang squash atau Pusat Akuatik Pandelela Rinong di Kuching.
"Lain-lain negara banyak yang boleh dicontohi. Rod Laver Arena di Melbourne dan Arthur Ashe Stadium di Amerika Syarikat. Nama adalah sumber inspirasi. Inspirasilah yang membina generasi akan datang," tulisnya.
Velodrom yang terletak di Kampung Balai Besar itu mula dibina pada 2010 dengan menelan kos sebanyak RM11.8 juta.
Pada Ahad lalu, bendera Malaysia berkibar di Velodrom Izu, Tokyo pada hari terakhir Sukan Olimpik 2020 selepas pelumba sensasi negara yang digelar 'The Pocket Rocketman' melakukan kayuhan bertenaga untuk memburu pingat perak dalam acara keirin selepas mengetepikan pelumba Belanda, Harrie Lavreysen yang meraih pingat gangsa manakala emas menjadi milik pelumba Britain, Jason Kenny.
Kejayaan meraih pingat perak sekali gus berjaya memperbaiki rekod empat tahun lalu dalam temasya Sukan Olimpik 2016 di Rio dengan meraih pingat gangsa juga dalam acara keirin.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Shabery Cheek (tengah) bergambar dengan Azizul ketika Majlis Pecah Tanah Pembinaan Velodrom Dungun pada 2010. FOTO Ihsan FB Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek |
|
|
|
|
|
|
|
lama ngat nok boleh ke siap. huhuhu. dariku sekolah rendah sampai masuk u dok siap lagi. hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus kasi letak namanya supaya kena kutuk kaw kaw kerna velodrome yg tak dapat pengiktirafan UCI....Takda tempat duduk penonton...tak ada bumbung...tak ada laluan ambulan...buat velodrome utk budak budak kampong main bmx aja la...
Kahkahkahkahkahkahkah
|
|
|
|
|
|
|
|
wasssup27 replied at 12-8-2021 02:55 AM
lama ngat nok boleh ke siap. huhuhu. dariku sekolah rendah sampai masuk u dok siap lagi. hmmm
Siap bulan december ini tapi tidak boleh anjurkan sebarang pertandingan antarabangsa...kerana tidak akan dapat pengiktirafan badan basikal antarabangsa UCI...
Apa haramjadah bina velodrome macam main masak masak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|