View: 887|Reply: 2
|
UCI tak iktiraf tapi boleh anjur kejohanan dalaman
[Copy link]
|
|
Kuala Terengganu: "Walaupun velodrom di Dungun tidak mendapat pengiktirafan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) untuk penganjuran antarabangsa, tapi gelanggang itu boleh dijadikan pusat latihan dan pembangunan bakat baharu. Malah tiada masalah jika mahu menganjurkan kejohanan peringkat dalaman."
Demikian reaksi bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berhubung status velodrom itu yang sebelum ini mendapat kritikan kerana tidak memenuhi spesifikasi UCI walaupun belum siap sepenuhnya.
Beliau yang bertanggungjawab dengan projek itu ketika menjadi Ketua Pengarah MSN terpanggil untuk menjelaskan kedudukan sebenar bagi mengelak kekeliruan yang boleh mencemarkan imej sukan berbasikal yang kian mendapat tempat dalam kalangan anak muda.
"Saya yang meluluskan pembinaan velodrom itu pada 2010 dengan kos bernilai RM3 juta berbanding kos sekarang bernilai RM11.8 juta selepas pelumba negara, Datuk Azizulhasni Awang memenangi pingat emas dalam acara keirin pada Sukan Asia 2010 di China dan Sukan Komanwel 2010 di India sebelum dibatalkan kemenangan di New Delhi kerana beliau dikatakan terkeluar daripada garisan dalam pusingan akhir.
"Sejak itu nama Azizulhasni begitu popular sehingga ramai anak muda khususnya di Terengganu mengayuh basikal 'nyamuk' kerana mahu jadi seperti beliau (Azizulhasni), jadi bermula daripada situ timbul idea untuk membina 'basic' velodrom di Dungun sebagai pusat latihan bagi pembangunan atlet khususnya di Pantai Timur dan bukannya bertujuan untuk penganjuran peringkat antarabangsa.
"Velodrom itu kita ambil model dari Jepun, tapi untuk mengadakan pertandingan peringkat dalaman apa salahnya walaupun tidak diiktiraf UCI, bukan kita nak pecah rekod dunia pun. Cuma kita nak bagi suasana perlumbaan sebenar kepada pelumba selain untuk menilai peningkatan mereka selepas latihan.
"Lagipun dimensi velodrom itu memang ikut spesifikasi UCI, cuma tidak lengkap sepenuhnya termasuk tanpa tempat duduk penonton dan tanpa bumbung. Jika kita nak buat pertandingan yang diiktiraf UCI kita sudah ada velodrom di Nilai dan Johor," katanya ketika dihubungi Sukan NSTP.
Mengulas lanjut, beliau berkata, selepas siap sepenuhnya velodrom itu yang dijangka pada Disember tahun depan, ianya harus dimanfaatkan sebaik mungkin bagi mencari lebih ramai lagi pelumba seperti wira negara itu lebih-lebih lagi Terengganu adalah kilang pengeluar pelumba terbaik negara.
''Justeru pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) sudah boleh merancang secara lebih terperinci program yang bakal dilaksanakan di velodrom itu temasuk berkenaan latihan dan pencarian bakat baharu. Saya dah bagi idea kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah serta Pengarah MSNT, Ahmad Shahrizal Yahya," katanya.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
VELODROM di Dungun bakal siap hujung tahun depan. |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya yang meluluskan pembinaan velodrom itu pada 2010 dengan kos bernilai RM3 juta berbanding kos sekarang bernilai RM11.8 juta
tukang sembang nanti cakap buat apa velodrom kalu uci tak iktiraf.bajet stadium mini tapi nak gah mcm stadium bukit jalil,payah aih...nilai 11 juta depa kata banyak...bbnu |
|
|
|
|
|
|
| |
|