View: 839|Reply: 1
|
Philipsen juarai peringkat kedua La Vuelta
[Copy link]
|
|
Burgos, Sepanyol: Pelumba Alpecin, Jasper Philipsen mengungguli pecutan kumpulan menuju garisan penamat peringkat dua Vuelta a Espana, mengatasi pelumba Deceuninck, Fabio Jakobsen dan Bike Exchange, Michael Matthews.
Juara bertahan dari pasukan Jumbo, Primoz Roglic kekal sebagai pendahulu keseluruhan jersi merah sementara Philipsen merampas jersi hijau pecut apabila melakukan pecutan penamat selepas permukaan landai 166km dari Caleruega ke Burgos dalam cuaca terik 31 darjah celsius.
Pelumba harapan Britain, Adam Yates hilang dalam 30 saat dan beberapa pelumba terkandas pada kemalangan lewat beberapa kilometer daripada garisan penamat ketika setiap pasukan terdesak untuk penamat dalam kedudukan.
Kemenangan itu bermakna Philipsen melengkapkan tiga kejuaraan bagi pasukan divisyen dua, Alpecin-Fenix selepas Tim Merlier menang pecutan kumpulan pertama di Giro d'Italia dan Tour de France, tahun ini.
"Ia menunjukkan bagaimana semua orang dari pasukan ini begitu bermotivasi," kata Philipsen, yang antara yang pertama dari tiga teratas sebanyak enam kali di Tour de France pada Julai lalu.
"Saya mempunyai sokongan yang kuat dan ini adalah bagaimana kami boleh memenangi pecutan. Setiap dari kami sangat gembira hari ini dan kami memulakan Grand Tour dalam cara yang bagus."
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jasper Philipsen (kanan) melakukan pecutan ke garisan penamat untuk memenangi peringkat kedua La Vuelta. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|