CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 816|Reply: 1

SIC kembali dengan pasukan baharu?

[Copy link]
Post time 17-8-2021 07:12 AM | Show all posts |Read mode
LITAR Antarbangsa Sepang (SIC) tidak menolak kemungkinan mereka bakal kembali dengan pasukan baharu di Kejuaraan MotoGP Dunia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azhan Shafriman Hanif berkata, ini susulan pengunduran Petronas selaku penaja utama pasukan Sepang Racing Team (SRT) di bawah naungan SIC, Sabtu lalu.

Justeru, katanya, selepas ini SIC tidak lagi bersama SRT dan pasukan itu akan bergerak secara persendirian pada MotoGP Dunia bermula musim depan.

“Kita kini sedang dalam proses merangka hala tuju bagaimana untuk kembali semula ke MotoGP Dunia. Mudah-mudahan kita ada jawapan sebaik sahaja ada rancangan yang betul untuk bergerak ke hadapan,” katanya pada sidang media secara maya hari ini.

Azhan berkata pada masa ini, SIC sedang menumpukan usaha membangunkan peringkat akar umbi dalam usaha melahirkan lebih ramai bakat tempatan daripada Kejuaraan MiniGP SIC atau Kejuaraan CEV untuk bersaing dalam MotoGP Dunia.

"Kami telah membangunkan banyak bakat di Malaysia dan bakat kami adalah salah satu yang paling kompetitif di rantau Asia berbanding Jepun. Sudah tentu, jika anda membandingkan antara pelumba Malaysia dan Eropah, pendapat peribadi saya adalah kami masih jauh tetapi saya percaya kami berdaya saing dalam erti kata untuk terus mengembangkan bakat," katanya.

SIC dan Petronas bersetuju memutuskan kerjasama pada kejuaraan MotoGP yang mula terjalin sejak 2018 dalam saingan Moto2 dan Moto3.

Kerjasama itu kemudian diperluaskan dengan penyertaan dalam kelas perdana MotoGP menerusi pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team pada 2019.

Azhan berharap untuk melihat Malaysia melahirkan lebih ramai pelumba berbakat jika mereka mendapat lebih banyak kerjasama dan sokongan pihak swasta.

Sementara itu, beliau berkata, perpisahan SIC dan SRT menyaksikan pihaknya bersetuju bahawa pasukan kendalian Datuk Razlan Razali yang beraksi dalam saingan MotoGP itu untuk bergerak secara persendirian bermula musim depan.

"SRT akan bergerak secara berasingan daripada SIC dan ini bermakna SIC tidak ada pasukan dalam saingan MotoGP tahun depan,” katanya.

Azhan pada masa sama memaklumkan bahawa pasukan SRT akan melalui proses penjenamaan semula dan menyerahkan kepada Razlan sendiri untuk menentukannya. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ngan-pasukan-baharu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2021 07:13 AM | Show all posts

Azhan Shafriman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.036953 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list