CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4667|Reply: 39

Rahsia Khusyuk Dalam Solat

[Copy link]
Post time 17-8-2021 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Asalamualaikum semua....
Nak tanya uols....
macam mana uols cuba zahir kan rasa khusyuk dalam solat...?

bila solat x terfikir apa2 hal duniawi...
mcm baju x masuk mesin basuh, pinggan x cuci lagi, atau even terfikir oh jap lagi nak kena hantar wassap kat orang tu... atau apa2 saja la...
kadang2 rakaat pertama, kedua mmg fokus habis, tapi masuk rakaat ketiga nak juga terfikir yg lain....

cana uols buat....
ada apa2 tips, selain kita cuba fahami makna bacaan dalam solat, dan baca dengan suara yg 'keluar'...

moga2 kita sama2 mendapat manfaat dalam berbincang dan moga mendapat khusyuk dalam solat...
jazakallah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2021 12:39 PM | Show all posts
ye setuju sangat. time solat kdg2 teringat keje apa lagi pending tak siap. aduuhh. cara i utk khusyuk adalah kena sebut satu2 keluarkan suara. tapi i ada baca, tak elok kan kalau sebut kuat sangat. i lupa la. hopefully ada org yg boleh bagi tips.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2021 02:27 PM | Show all posts
I cuba juga, baca bg dengar sora...
so boleh fokus pada bacaan kan...
tp tu la...kdg2 dia mcm terselit juga sket sana sket sini, tingat laa apa2...

cana laa nak btol2 solat, tanpa ada apa pun yg bermain di fikiran, melainkan menghambakan diri 100% pada Allah....


Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 04:19 PM | Show all posts
Kusyuk imagine sdg solat depan kaabah
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang thread ye ts

Ni second time I tgk iklan fb macam ni. Ye tahu nak jual kelas, tapi macam fear mongering macam ni apa beza dengan jual insurance?

Org lain ada je cakap ilmu fardhu ain tu wajib belajar tapi takde la hard sell sampai Sia siakan amalan org lain selama ni. Habis org yg xcukup amal tu nak suruh putus ada terus ke?

Apa dibolehkan?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2021 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
likilu replied at 17-8-2021 02:55 PM
Tumpang thread ye ts

Ni second time I tgk iklan fb macam ni. Ye tahu nak jual kelas, tapi macam f ...

To me, i amik pendekatan mudah sis...
Bab2 ibadah ni, i say its between hamba dengan Allah Taala saja.
Sama ada Dia terima ka tidak, Dia saja yg tahu.


Tp as a servant, kita kna sentiasa cr jalan utk serve the Almighty dgn baik kan...
Solat ni personal sgt, tiang agama, mcm backbone kita juga...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-8-2021 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 17-8-2021 08:19 AM
Kusyuk imagine sdg solat depan kaabah

Kdg2 i tgk gambar2 pada sejadah sambil baca....
Khusyuk ka huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 11:39 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 18-8-2021 01:23 AM

my suggestion is  to condition yourself  to   these two things :
your  focus ( aspect mental / aqal ) and psychomotor ( perbuatan - aqal ) tu dulu  

how?

cer cuba solat sunat sebelum solar fardhu dan istiqamah bende ni if you had, alhamdulillah ...bina focus awal awal semasa solet sunat rawatib ...

rawatib subuh dulu  2 rakaat sebelum subuh

then rawatib zuhur  2 rakaat  sebelum and selepas

sebab bila buat solat sunat sebelum at least kita dah macam priming our intention niat  and focus our niat and intention mua warming up ke arah yg fardhu ....so kita dalam mode ketara sedar / membina self awareness yg aku sedang bersolat dan dalam mode solat.
satu lagi  ujian khusyuk ialah kita ingat tak kita baca surah ape waktu rakaat 1 and 2nd? kalau tak wow hmm... ini soalan dari dr latiff yg dulu JIM nyer orglah ketika i di UK dulu...ade dia kata nak khusyuk solat ade macam litmus test gitu - u sedar tak u bace ape...dalam solat surah mane...?



then apa apa bentuk gangguan - macam i sendiri nak habis cepat ....

so lawan gangguan itu dengan kalau u sedar ade gangguan nak cepat cepat   perlahan KADAR / rate bacaan and perbuatan   tu then , chill chill lakukan segala perbuatan dalam solat  tenang2 ...dalam kadar yang tenang tenang....then gangguan tu hilang. sebab kita lawan gesa gesa tu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2021 11:44 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 18-8-2021 01:20 AM

BAYAN LINNAS SIRI KE-82: KHUSYUK SOLAT: HUKUM DAN CARA MENDAPATKANNYA
HUKUM DAN CARA MENDAPATKANNYA
MOHAMAD RAZIF  09 JANUARY 2017  HITS: 72704


sumber pautan asal:
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/2082-bayan-linnas-siri-ke-82-khusyuk-solat-hukum-dan-cara-mendapatkannya
Mukadimah
Pada kali ini, dalam Bayan Linnas kami sengaja mengemukakan satu tajuk Khusyuk Solat: Hukum dan Cara Mendapatkannya dalam solat bertujuan untuk kita meningkatkan nilai dan mutu solat kita ke arah kesempurnaan. Terkadang perkara asas seperti solat dipandang enteng dan dianggap mudah sehingga berlaku pengabaian dan kalau buat pun seperti melepaskan batuk di tepi tangga tanpa cuba menyempurnakan dengan sebaik mungkin. Justeru, akan timbullah pelbagai kelemahan dalam menunaikan solat yang menjadi tiang seri dan rukun agama Islam yang utama. Semoga pencerahan dalam Bayan Linnas kali ini dapat menginsafi kita untuk kembali muhasabah dan menilai kedudukan solat kita dalam harian kita.
Tafsir Ayat 1 dan 2
Firman Allah SWT:
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (1) الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ (2
Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
(Surah al-Mu’minun: 1-2)
Ibn Kathir berkata: Maksudnya mereka telah mendapatkan kemenangan, kebahagiaan, serta memperoleh keberuntungan. Mereka itulah orang-orang Mukmin yang bersifat dengan sifat-sifat ini: Orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. Syeikh al-Maraghi berkata: Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang.
Orang yang merendahkan diri dan patuh kepada Allah SWT pernah mengerjakan sembahyang sambil mendongakkan wajahnya ke langit. Setelah ayat ini diturunkan, Baginda mengalihkan pandangannya ke tempat sujudnya kerana khusyuk ketika sembahyang merupakan satu kewajipan kerana beberapa sebab:
Bagi mendapatkan penghayatan dalam bacaan, sebagaimana firman Allah dalam Surah Muhammad ayat 24
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
Maksudnya: “(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?”

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 11:45 PM | Show all posts
Makna Khusyuk Dari Segi Bahasa dan Istilah

Kami kemukakan di sini definisi khusyuk pada bahasa dan juga istilah.

Makna Khusyuk Pada Bahasa

Pakar bahasa Ibn Faris Rahimahullah mengatakan:

خشع: الخاء والشين والعين أصلٌ واحدٌ، يدل على التَّطامُن
Maksudnya: “Khusyuk adalah (terdiri dari tiga huruf dasar) kha`, syin dan ‘ain adalah satu sumber, yang menunjukkan kepada makna tunduk/merendah).”
Lihat Mu’jam Maqaayiis al-Lughah (316)

Dikatakan kalimah khusyuk adalah hampir dengan sama maknanya dengan kalimah khudhu’. Adapun perbezaannya adalah khudhu’ hanya berkaitan dengan tubuh badan, sedangkan khusyuk ialah melibatkan tubuh badan, suara dan pandangan. Sepertimana firman Allah SWT:

لَا عِوَجَ لَهُ وَخَشَعَتِ الْأَصْوَاتُ لِلرَّحْمَنِ
Maksudnya: Dan diam khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya.
(Surah Taha: 108)
Lihat kitab Khusyuk fi al-Solat fi Dhaui al-Kitab wa Sunnah (1/8)

Syed Qutb berkata: Demikianlah kebesaran Ilahi itu menyelubungi suasana hari itu di Padang Mahsyar yang sayup saujana di pandang mata itu diselimuti perasaan takut, cemas, sunyi sepi, rendah diri dan khusyuk, di mana percakapan dengan berbisik-bisik dengan pertanyaan dikemukakan dengan suara yang rendah. Seluruh hati khusyuk dan wajah muram kerana sengsara. Kebesaran dan kemuliaan Allah Yang Maha Hidup dan Maha Pentadbir menyelimuti jiwa manusia yang ramai itu dengan rasa kebesaran dan kemuliaan yang tenang (pada hari itu) tiada syafaat (yang diterima Allah) melainkan dari orang-orang yang diperkenankan permohonannya.

Pada hari itu ilmu yang meliputi hanya dimiliki Allah, sedangkan ilmu pengetahuan mereka tidak dapat meliputi ilmu Allah (pada hari itu) orang-orang yang zalim akan memikul dosa-dosa kezaliman mereka dan akan menemui kehampaan dan kekecewaan (pada hari itu) orang-orang yang beriman berada dalam keadaan tenang, tenteram. Mereka tidak bimbang, teraniaya dalam hisab amalan dan tidak takut dikurangi amalan-amalan soleh yang telah dikerjakan mereka. Itulah kehebatan dan kebesaran yang menyelubung seluruh suasana di hadapan Allah Yang Maha Penyayang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2021 11:46 PM | Show all posts
Makna Khusyuk Dari Segi Bahasa dan Istilah

Kami kemukakan di sini definisi khusyuk pada bahasa dan juga istilah.

Makna Khusyuk Pada Bahasa

Pakar bahasa Ibn Faris Rahimahullah mengatakan:

خشع: الخاء والشين والعين أصلٌ واحدٌ، يدل على التَّطامُن
Maksudnya: “Khusyuk adalah (terdiri dari tiga huruf dasar) kha`, syin dan ‘ain adalah satu sumber, yang menunjukkan kepada makna tunduk/merendah).”
Lihat Mu’jam Maqaayiis al-Lughah (316)

Dikatakan kalimah khusyuk adalah hampir dengan sama maknanya dengan kalimah khudhu’. Adapun perbezaannya adalah khudhu’ hanya berkaitan dengan tubuh badan, sedangkan khusyuk ialah melibatkan tubuh badan, suara dan pandangan. Sepertimana firman Allah SWT:

لَا عِوَجَ لَهُ وَخَشَعَتِ الْأَصْوَاتُ لِلرَّحْمَنِ
Maksudnya: Dan diam khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya.
(Surah Taha: 108)
Lihat kitab Khusyuk fi al-Solat fi Dhaui al-Kitab wa Sunnah (1/8)

Syed Qutb berkata: Demikianlah kebesaran Ilahi itu menyelubungi suasana hari itu di Padang Mahsyar yang sayup saujana di pandang mata itu diselimuti perasaan takut, cemas, sunyi sepi, rendah diri dan khusyuk, di mana percakapan dengan berbisik-bisik dengan pertanyaan dikemukakan dengan suara yang rendah. Seluruh hati khusyuk dan wajah muram kerana sengsara. Kebesaran dan kemuliaan Allah Yang Maha Hidup dan Maha Pentadbir menyelimuti jiwa manusia yang ramai itu dengan rasa kebesaran dan kemuliaan yang tenang (pada hari itu) tiada syafaat (yang diterima Allah) melainkan dari orang-orang yang diperkenankan permohonannya.

Pada hari itu ilmu yang meliputi hanya dimiliki Allah, sedangkan ilmu pengetahuan mereka tidak dapat meliputi ilmu Allah (pada hari itu) orang-orang yang zalim akan memikul dosa-dosa kezaliman mereka dan akan menemui kehampaan dan kekecewaan (pada hari itu) orang-orang yang beriman berada dalam keadaan tenang, tenteram. Mereka tidak bimbang, teraniaya dalam hisab amalan dan tidak takut dikurangi amalan-amalan soleh yang telah dikerjakan mereka. Itulah kehebatan dan kebesaran yang menyelubung seluruh suasana di hadapan Allah Yang Maha Penyayang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 12:03 AM | Show all posts
Makna Khusyuk Pada Istilah

Al-Baghawi rahimahullah menukilkan beberapa penafsiran ulama tentang khusyuk dalam solat, walaupun penafsiran tersebut berbeza ungkapannya, namun satu sama lain tidak saling bertentangan, bahkan saling melengkapi, kerana sebahagian ahli tafsir menjelaskan makna khusyuk dari sisi lahiriyah dan sebahagian lagi menjelaskan makna khusyuk dari sisi batin.

Al-Baghawi rahimahullah ketika menafsirkan ayat:

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.
(Surah al-Mu`minun: 2)

Para Ulama) berselisih dalam menafsirkan makna khusyuk,

  • Ibn ‘Abbas berkata: tenang dan merendahkan diri
  • Al-Hasan (Al-Basri) dan Qatadah menafsirkan: (Iaitu) orang-orang yang takut
  • Muqatil menyatakan: (Iaitu) orang-orang yang rendah hati (tawadhu’)
  • Mujahid berkata iaitu menundukkan pandangan dan merendahkan suara.”
  • Saidina Ali RA, iaitu tidak menoleh ke kanan dan tidak pula ke kiri.
  • Sa’id bin Jubair berkata iaitu (seseorang) tidak mengetahui siapa orang yang di sebelah kanan dan kirinya, ia tidak menoleh, kerana demikian khusyuknya (menghadap kepada) Allah ‘Azza wa Jalla.
  • ‘Amr bin Dinar berkata, iaitu ketenangan dan keindahan keadaan (gerakan).
  • Adapun Ibn Sirin dan yang lainya menafsirkan, iaitu kamu tidak mengangkat pandanganmu dari tempat sujudmu.
  • Berkata Atha`, iaitu kamu tidak bermain-main dengan anggota tubuhmu dalam solat…dan adapula yang menyatakan khusyuk dalam solat adalah memfokuskan (memperhatikan urusan solat) dan berpaling dari urusan di luar solat sembari menghayati makna bacaan dan zikir yang diucapkan lisannya.” (Rujuk Tafsir Al-Baghawi: 3/238-239).
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 12:05 AM | Show all posts
Definisi Khusyuk Di Dalam Solat

Berikut merupakan beberapa pendapat para ulama dalam mendefinisikan khusyuk.

  • Kata Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah Rahimahullah: Khusyuk adalah: Berdirinya hati di hadapan Tuhan dengan penuh ketundukan dan perasaan hina diri.
  • Imam Junaid Al-Baghdadi Rahimahullah yang berkata: Khusyuk adalah; Perasaan rendah diri di dalam hati ke hadapan Tuhan yang Maha Mengetahui perkara ghaib. Rujuk Madarij Al-Salikin (1/521).
  • Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah turut memberikan definisi yang menarik berkenaan khusyuk. Kata beliau: Asal bagi khusyuk adalah perasaan lembut jantung hati, tenang, tunduk serta tetapnya ia. Lihat Al-Khusyuk Fi Al-Solat, Ibn Rajab Al-Hanbali (Hlm. 17).
  • Al-Syaukani ketika mengulas ayat ini berkata: Khusyuk adalah: Sebahagian ulama memasukkannya sebagai sebahagian daripada perbuatan hati seperti perasaan takut dan juga gerun.
  • Manakala sebahagian yang lain mengatakan ia termasuk sebahagian dari perbuatan anggota badan seperti tenang dalam solat, tidak beralih ke sana sini, dan tidak melakukan perkara sia-sia di dalam solat. Dan dari segi bahasa khusyuk bermaksud: Tenang, tawadhu’ (rendah diri), takut, dan juga perasaan hina diri. Lihat Fath al-Qadir, al-Syaukani (1/977).

Perlu difahami bahawa khusyuk terbahagi kepada dua iaitu:
  • Khusyuk hati iaitu kehadiran hati seseorang yang sedang menunaikan solat secara fokus menghadap Allah SWT dengan membawa cinta kepada-Nya, mengagungkan-Nya, takut terhadap seksa-Nya, dan mengharap pahala dari-Nya sehingga merasa dekat dengan-Nya dan tenang hatinya serta penuh penghayatan dengan menghayati seluruh apa yang diucapkan dan lakukan dalam solatnya, dari awal hingga selesai solatnya. Kekhusyukan hati inilah yang melahirkan kekhusyukan badan, kerana ia adalah asas kekhusyukan.
  • Khusyuk badan iaitu ketenangan gerakan dalam solat, beradab dan tidak tergesa-gesa dalam mengucapkan zikir dan doa, ketundukan pandangan ke arah tempat sujud, tidak menoleh ke atas atau ke arah yang menghilangkan khusyuk dan tidak disibukkan dengan gerakan yang sia-sia.
Inilah khusyuk yang merupakan ruh dan maksud solat. Namun, tidaklah mampu untuk khusyuk anggota tubuh kita kecuali apabila telah khusyuk hati kita, kerana kekhusyukan hati adalah asas/dasar kepada kekhusyukan badan.
Sa’id bin Musayyib rahimahullah pernah melihat seseorang yang berbuat perkara sia-sia dalam solatnya, lalu beliau berkata:
Kalau seandainya hati orang ini khusyuk, tentulah akan khusyuk anggota tubuhnya.”
Lihat Sunan al-Kubra oleh Imam al-Baihaqi (2/285)


Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 12:08 AM | Show all posts
Dua Perkara Yang Menghalang Khusyuk

Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata:

“Sesungguhnya banyaknya was-was kerana banyaknya syubhat dan syahwat, dan keterikatan hati terhadap perkara-perkara yang dicintainya, yang menuntutnya supaya mencarinya, serta perkara-perkara yang dibenci, yang hati terdorong untuk menolaknya.” (Lihat Majmu al-Fatawa: 22/607).

Imam al-Tabari Rahimahullah pula mendatangkan beberapa pendapat tokoh ulama salaf berkenaan pengertian khusyuk di dalam solat. Ianya seperti berikut:

  • Kata Imam Mujahid dan Imam Ibn Syihab al-Zuhri: Khusyuk dalam solat adalah dengan cara tenang di dalamnya.
  • Kata Amirul Mu’minin Ali bin Abi Talib RA ketika ditanyakan berkenaan ayat ini: Khusyuk di dalam solat itu bererti: Janganlah kamu berpaling ke sana sini di dalam solat kamu.
  • Kata Al-Hasan: Mereka khusyuk di dalam jantung hati mereka. Maka mereka pun menundukkan pandangan serta merendahkan sayap mereka. Rujuk Tafsir Al-Tabari, Ibn Jarir al-Tabari (19/8-9).
  • Berdasarkan pendapat beberapa tokoh ulama di atas, perkara yang dapat kita simpulkan berkenaan definisi khusyuk adalah: Khusyuk adalah perbuatan hati yang meliputi perasaan takut, rendah diri, perasaan hina di hadapan Allah yang menzahirkan perbuatan anggota badan seperti tenang di dalam solat, tidak berpaling ke sana-sini, serta menundukkan pandangan ketika solat.

Cara Mendapat Khusyuk Di Dalam Solat
Kami bahagikan di sini beberapa bahagian untuk mendapatkan kekhusyukkan di dalam solat, bahagian pertama ialah sebelum mendirikan solat iaitu persediaan untuk solat, kedua ketika hendak hampir solat dan ketiga ketika dalam solat:


Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
tula kdg2 rakaat pun blh terlupa dah ke berapa kali..adoi
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 01:00 AM | Show all posts
Pertama: Persediaan Untuk Solat

Solat tepat pada waktu.
Firman Allah SWT:

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
(Surah al-Nisa’: 103)

Dan ada hadis pula yang menyatakan bahawa solat di awal waktu itulah yang paling afdhal, ini sebagaimana hadis daripada Ummu Farwah, beliau berkata:

سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - أَىُّ الأَعْمَالِ أَفْضَلُ قَالَ: الصَّلاَةُ فِى أَوَّلِ وَقْتِهَا
Maksudnya: “Rasulullah SAW pernah ditanya, amalan apakah yang paling afdhal. Lalu Baginda pun menjawab: “Solat di awal waktunya.”
Riwayat Abu Daud (426)

Membersihkan diri dan bersugi.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ وُضُوءٍ
Maksudnya: “Jikalau tidak mendatangkan kesusahan ke atas umatku nescaya aku menyuruh mereka bersiwak pada setiap kali wudhu’.”
Riwayat al-Bukhari (1934)

Jangan solat jika makanan telah tersedia.
Daripada Aisyah, beliau berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

لاَ صَلاَةَ بِحَضْرَةِ الطَّعَامِ وَلاَ وَهُوَ يُدَافِعُهُ الأَخْبَثَانِ
Maksudnya: “Jangan solat ketika makanan (yang hendak dimakannya) sedang tersedia, dan jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil.”
Riwayat Muslim (560)

Imam Muslim Rahimahullah ada menulis satu bab dalam Sahihnya berkenaan dengan hukum makruh solat jika makanan telah tersedia dan seseorang itu berkeinginan untuk makan.

Jangan solat dalam keadaan menahan air besar dan kecil.
لاَ صَلاَةَ بِحَضْرَةِ الطَّعَامِ وَلاَ وَهُوَ يُدَافِعُهُ الأَخْبَثَانِ
Maksudnya: “Jangan solat ketika makanan (yang hendak dimakannya) sedang tersedia, dan jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil.”
Riwayat Muslim (560)

Bagi ulama yang berpendapat bahawa khusyuk termasuk dalam kewajiban solat, bererti maksud kata “laa” dalam hadis menunjukkan tidak sah solat dengan menahan kencing. Sedangkan menurut jumhur atau majaoriti ulama bahawa khusyuk adalah sunnah, bukan wajib. Sehingga “laa” yang dimaksud dalam hadis adalah menafikan kesempurnaan solat atau hadis tersebut diertikan “tidak sempurna solat dari orang yang menahan kencing”.

Menurut jumhur ulama, menahan kentut juga hukumnya makruh.

Imam Nawawi berkata: “Menahan kencing dan menahan dari membuang air besar (termasuk kentut) mengakibatkan hati seseorang tidak fokus di dalam solat dan khusyuknya akan terganggu. Menahan qadha hajat seperti itu hukumnya adalah makruh menurut majoriti ulama Syafi’iyah dan juga ulama selainnya. Jika waktu solat masih luas (masih ada waktu yang luas untuk qadha hajat), maka hukumnya adalah makruh. Namun bila waktunya sempit untuk solat, contohnya jika makan atau bersuci boleh keluar dari waktu solat, maka (walau dalam keadaan menahan kencing), tetap kena solat pada waktunya dan tidak boleh ditangguh lagi.”

Imam Nawawi berkata lagi: “Jika seseorang solat dalam keadaan menahan kencing padahal masih ada waktu yang luas untuk melaksanakan solat setelah buang hajat, solat pada ketika itu hukumnya adalah makruh. Namun, solat tersebut tetaplah sah menurut kami -ulama Syafi’i- dan inilah pendapat jumhur atau majoriti ulama.” Lihat Syarh Shahih Muslim, (5/46)

Al-San’ani berkata: “Perlu diingat bahawa hal ini bukan termasuk bab mendahulukan hak hamba mengatasi hak Allah, tetapi itu termasuk masalah menjaga hak Pencipta, agar tidak termasuk dalam ibadah kepada-Nya dengan keadaan hati yang tidak diterima munajatnya.” Lihat kitab Taisir al-Allam Syarh Umdah al-Ahkam (104-107) oleh Abdullah bin Abdurrahman bin Soleh Ali Bassam.

Memakai pakaian yang bersih dan kemas.
Memakai pakaian yang kemas dan selesa akan memudahkan untuk khusyuk di dalam solat. Ini kerana, terdapat sebahagian orang yang solat tidak khusyuk disebabkan memakai pakaian yang ketat, pakaian yang singkat dan sebagainya.

Firman Allah SWT:

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ
Maksudnya: Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang).
(Surah al-‘A’raf: 31)

Jangan makan dan minum berlebihan ketika hendak solat.
Firman Allah SWT:

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
Maksudnya: Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
(Surah al-‘A’raf: 31)

Solat di tempat yang tiada gangguan.
Berwudhu’ dengan sempurna.
Wudhu’ dengan sumpurna ialah mengikut cara yang diajar oleh Nabi SAW sama ada yang dalam perkara wajib wudhu’ atau pon sunat wudhu’

Tidak membazir air ketika berwudhu’
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melintasi Saad yang sedang berwudhu’, lalu Baginda SAW bertanya: “Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?”  Saad bertanya: “Apakah di dalam wudhu’ juga ada istilah berlebih-lebihan?”  Baginda SAW menjawab: “Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir.” (Riwayat Ahmad)



Kedua: Ketika Hendak Hampir Solat


Azan dan iqamah.
Dilakukan secara berjemaah
Menghadirkan hati.
Mengibaratkan sebagai solat yang terakhir atau mengingati mati
Mengingati kematian dapat membantu seseorang untuk mencapai kekhusyukan di dalam solat. Nabi S.A.W bersabda,

اذْكُرِ المَوتَ فِى صَلَاتِكَ فإنَّ الرَّجُلَ إِذَا ذَكَرَ المَوْتَ فِى صَلَاتِهِ فَحَرِىٌّ أْن يُحْسِنَ صَلَاتَه وَصَلِّ صَلَاةَ رَجُلٍ لَا يَظُنّ أنَّهُ يُصَلِّى صَلَاةً غيرَهَا وَإِيَّاكَ وكلَّ أمرٍ يعتذرُ مِنْهُ
Maksudnya: “Ingatlah kematian dalam solatmu kerana jika seseorang mengingat mati dalam solatnya, maka ia akan mempeelokkan solatnya. Solatlah seperti solat orang yang tidak menyangka bahawa dia masih berkesempatan untuk melakukan solat yang lain. Hati-hatilah dengan perkara yang kelak kamu terpaksa meminta uzur (meralatnya) (kerana tidak mampu memenuhinya).”
Riwayat al-Baihaqi dalam Kitab Al-Zuhd

Tidak melakukan maksiat ketika sebelum solat.
Ketiga: Ketika Dalam Solat.

Memahami dan menghayati bacaan dalam solat
Di antara cara yang dapat membantu seseorang untuk khusyuk di dalam solatnya adalah dengan meneliti dan menghayati makna-makna bacaan di dalam solatnya. Hal ini kerana, solat adalah saat berdirinya seorang hamba di hadapan Tuhannya. Justeru segala bacaan ayat di dalam solat perlulah difahami dengan baik kerana al-Quran itu sendiri merupakan kalamullah.

Supaya kita tidak menjadi orang yang seperti di dalam ungkapan ini: "Jangan jadi seperti burung kakak tua yang hanya pandai menuturkan kata-kata tetapi tidak tahu apa makna dan maksudnya.”

Justeru itu amatlah digalakkan untuk memahami setiap makna ayat-Quran yang dibacakan di dalam solat kerana ia akan lebih menambah kekhusyukkan di dalam solat.

Memahami fiqh solat dengan sempurna
Merendahkan dan menghinakan diri di hadapan allah swt
Mengagungkan allah swt
Memperbanyakkan sunnah dalam solat sama ada qauli atau fi’li
Membaca doa yang sunnah dalam solat
Menghadirkan hati ketika sujud.
Ini kerana sewaktu sujud merupakan saat paling hampir antara hamba dengan Tuhan-Nya.

Memohon perlindungan daripada gangguan syaitan
Tidak memikirkan hal keduniaan
Mengurangkan pergerakaan tubuh.
Tidak melihat ke langit.
Lihat pada tempat sujud dan pada tempat yang mendatangkan kekhusyukkan.
Lakukan dengan tama’ninah serta tidak tergopoh-gapah
Di antara cara untuk mendapatkan kekhusyukan di dalam solat adalah dengan melakukannya dengan penuh ketenangan. Perbuatan gopoh-gapah di dalam solat dengan cara melakukannya dengan laju, tidak ada thoma’ninah (ketenangan) di dalam rukuk dan sujud adalah dilarang oleh Nabi S.A.W. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA beliau berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم دَخَلَ الْمَسْجِدَ فَدَخَلَ رَجُلٌ فَصَلَّى ثُمَّ جَاءَ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَرَدَّ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم عَلَيْهِ السَّلاَمَ فَقَالَ ‏"‏ ارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi S.A.W masuk ke dalam sebuah masjid lalu seorang lelaki juga turut masuk ke dalam masjid tersebut dan dia melakukan solat dua rakaat kemudian dia datang ke arah Nabi dan memberi salam kepada baginda. Maka Rasulullah S.A.W menjawab salam tersebut lalu berkata: Pergilah kamu dan solatlah kembali kerana sesungguhnya kamu masih belum solat.”
Riwayat Al-Bukhari (793)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2021 01:01 AM | Show all posts
Hukum Khusyuk Di Dalam Solat

Para ulama berbeza pendapat dalam isu khusyuk di dalam solat. Adakah ia merupakan di antara perkara wajib di dalam solat atau ia sekadar sunat dan merupakan pelengkap kepada solat. Imam Al-Qurtubi Rahimahullah menyatakan hal ini dengan katanya: Para ulama berbeza pandangan mengenai khusyuk di dalam solat ini kepada dua pendapat:

Pertama: Ia merupakan di antara perkara fardhu (yang wajib) di dalam solat.

Di antara tokoh ulama yang berpegang dengan pendapat ini adalah Imam Abu Hamid al-Ghazali Rahimahullah. Beliau menyebutkan beberapa dalil yang menunjukkan kewajipan khusyuk di dalam solat. Di antaranya adalah firman Allah S.W.T:

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
Maksudnya: Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.
(Surah Taha: 14)

Kata Imam Al-Ghazali ketika mengulas berkenaan ayat ini; Zahir perintah (mendirikan solat) adalah membawa kepada hukum wajib. Kelalaian (tidak khusyuk) adalah bercanggahan dengan sifat zikir (iaitu mengingati). Maka sesiapa yang lalai dalam keseluruhan solatnya bagaimana dia itu dikira sebagai seorang yang mendirikan solat untuk mengingati Allah? Rujuk Ihya’ Ulum al-Din, Al-Ghazali (1/159).

Pandangan ini juga merupakan pendapat yang paling sahih menurut Imam al-Qurthubi. Ini dapat dilihat dari kata-kata beliau: Pendapat yang paling sahih adalah pendapat yang pertama (yang mengatakan khusyuk adalah di antara fardhu solat). Dan tempat bagi kekhusyukan adalah jantung hati. Kata ‘Ubadah bin Al-Shomit R.Anh: Khusyuk adalah ilmu yang terawal diangkat daripada manusia. Rujuk Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurthubi (12/97).

Kedua: Khusyuk adalah di antara perkara sunat di dalam solat dan merupakan pelengkap bagi solat. Pendapat ini dipegang oleh Imam Al-Nawawi Rahimahullah dan beberapa tokoh selainnya.

Imam Al-Nawawi Rahimahullah mengatakan: Disunatkan untuk khusyuk di dalam solat serta tunduk, mentadabbur ayat-ayat bacaan serta zikir-zikir di dalamnya, dan berpaling dari memikirikan perkara-perkara yang tiada kaitan dengannya. Sekiranya seseorang itu berfikir tentang perkara selain dari solat serta banyak memikirkannya, solatnya tidak terbatal. Akan tetapi perbuatan itu hukumnya makruh sama ada seseorang itu memikirkan perkara-perkara yang mubah (harus) atau memikirkan perkara-perkara yang haram seperti meminum arak.

Kata Imam Al-Nawawi lagi: Telah dinukilkan ijmak bahawasanya perbuatan berfikir dan monolog dalaman adalah tidak membatalkan solat akan tetapi para ulama sepakat bahawa ianya makruh. Pendapat Imam al-Nawawi ini didasarkan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA beliau berkata dan beliau memarfu’kannya kepada Nabi S.A.W:

إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لأُمَّتِي عَمَّا وَسْوَسَتْ أَوْ حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسَهَا، مَا لَمْ تَعْمَلْ بِهِ أَوْ تَكَلَّمْ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengampunkan umatku terhadap apa-apa yang dibisikkan kepada mereka dari perasaan was-was, ataupun monolog-monolog di dalam diri mereka selama mana mereka tidak melakukannya atau berkata-kata.”
Riwayat Al-Bukhari (6664)
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 01:01 AM | Show all posts
Tarjih

Setelah meneliti beberapa pandangan di atas, kami lebih cenderung dengan pendapat yang dikemukakan oleh Imam Al-Nawawi dan juga jumhur ulama bahawa solat yang dilakukan dengan tidak khusyuk tidak membatalkan solat.

Kami kemukakan 2 dalil:

Pertama: Hadis Nabi SAW memulangkan baju kepada Abi Jahm dengan menyatakan bahawa ia melalaikan aku sebentar tadi dalam solatku.

اذْهَبُوا بِهَذِهِ الْخَمِيصَةِ إِلَى أَبِي جَهْمِ بْنِ حُذَيْفَةَ، وَائْتُونِي بِأَنْبِجَانِيِّهِ، فَإِنَّهَا أَلْهَتْنِي آنِفًا فِي صَلَاتِي

Maksudnya:  “Pergilah dengan membawa baju ini untuk diberi kepada Abi Jahm bin Huzaifah dan bawalah kepadaku baju yang biasa. Ini kerana baju tersebut melekakanku sebentar tadi pada solatku.”

Kedua: Hadis Aisyah Baginda SAW bersabda kepadanya: Buanglah daripada kami bentuk gambaran pada bantal kamu itu kerana gambar-gambar sentiasa datang dalam solatku. Manakala jika seseorang melakukan perkara-perkara yang boleh menghalang kekhusyukan seperti banyak bergerak, berfikir perkara-perkara yang tiada kaitan dengan solat, banyak beralih ke kiri dan kanan, maka perbuatan tersebut adalah dimakruhkan. Walaupun begitu, tidak khusyuk di dalam solat akan mengurangkan pahala solat dan menjadikan solat seseorang itu tidak sempurna.

Kami juga tidak menafikan bahawa pandangan yang mewajibkan untuk khusyuk di dalam solat mempunyai asas yang kukuh. Imam Ibn al-Qayyim pernah mengatakan: Solat orang-orang munafiq adalah solat anggota badan, bukannya solat jantung hati.” Lihat Madaarij Al-Saalikin, Ibn al-Qayyim (1/354).

Lakukanlah solat dengan penuh kekhusyukan serta hayatilah intipati bacaan yang dibaca di dalam solat, supaya solat kita tidaklah sekadar pergerakan anggota badan akan tetapi solat yang terzahir daripada kekhusyukan jiwa, kerendahan hati, tunduk, serta patuh menghadapkan diri di hadapan Allah. Kami berdoa supaya Allah S.W.T memberikan kepada kita semua kekhusyukan di dalam solat dan semoga Allah m
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 01:13 AM | Show all posts
Kisah-kisah Khusyuk Para Sahabat dan Salaf al-Soleh di Dalam Solat

Al-Rabi’ bin Khuthaim[1]
Al-Rabi’ bin Khuthaim adalah seorang tabi’in yang dikenali sebagai seorang yang amat khusyuk dalam solatnya. Pernah seorang lelaki yang kebiasaannya datang awal ke masjid melihat Al-Rabi’ bin Khuthaim sedang sujud.

Lelaki tersebut berkata: “Al-Rabi’ bin Khuthaim jika beliau dalam keadaan sujud sama seperti pakaian yang terlonggok, hingga datang burung-burung menghinggapi di atas tubuhnya.” (Sifat al-Safwah, 3/ 39).
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2021 01:13 AM | Show all posts
Amir bin Abdillah[2]
Amir bin Abdillah adalah ulama yang amat dikenali sebagai seorang yang amat khusyuk dalam solatnya. Pernah suatu ketika beliau solat, kadang-kadang anak perempuannya memalu kompang dan para ibu berbicara semahu mereka di rumah beliau, sedangkan beliau seperti tidak mendengarnya.

Hinggalah kepada suatu masa ada yang bertanya kepada Amir bin Abdillah apakah pernah terlintas di fikiran ketika beliau solat. Maka beliau menjawab: “Ya, iaitu tempatku di hadapan Allah dan tempat kembaliku menuju salah satu dari dua kampung (syurga atau neraka).” (Lihat Ihya Ulumuddin, 1/242)

Amir bin Abdillah pernah satu keitka melaksanakan qiamullail. Tiba-tiba ada seekor ular yang masuk dari bawah baju gamisnya, lalu ular itu keluar dari sakunya, akan tetapi ular tersebut tidak mematuk beliau.

Sehingga ada yang bertanya kepada beliau: “Kenapa engkau tidak memukul ular itu?” Amir Bin Abdillah menjawab: “Aku benar-benar malu kepada Allah, jika aku hanya takut kepada selain Dia.”

Amir bin Abdillah pernah satu ketika semasa nazak, beliau menangis. Lalu tetamu yang mengziarahinya bertanya: “Adakah yang membuatkanmu menangis adalah kerana sakit sakaratul maut?” Amir bin Abdillah menjawab: “Aku menangis bukan kerana sakitnya mati atau beratnya dunia, namun kerana aku tidak boleh lagi berqiamullai pada musim dingin.” (Lihat Sifat al-Safwah, 3/202).
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 1.004184 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list