View: 814|Reply: 1
|
Pemain boling negara terperuk sejak Mei
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Boling antara sukan yang paling terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 masih dikuatkuasakan. Hingga kini barisan atlet negara masih lagi tidak dibenarkan menjalani latihan seperti kebiasaannya.
Justeru tiada sebarang perancangan boleh dilakukan oleh skuad boling ketika negara masih lagi bergelut menangani pandemik Covid-19 ini.
Ketika ini keseluruhan skuad boling negara hanya menjalani latihan kecergasan di rumah masing-masing dengan dipantau oleh jurulatih berikutan pusat boling masih lagi tidak dibenarkan beroperasi berikutan berada di pusat beli-belah.
Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Maradona Chok berkata, perancangan memang sudah diaturkan tapi ketika ini masih menunggu kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kebenaran membuka pusat boling.
"Memang ada beberapa kejohanan dalam senarai tapi sekarang ini, atlet nak berlatih pun masih tak boleh. Mereka hanya menjalani latihan kecergasan di rumah dengan dipantau oleh jurulatih.
''Agak sukar juga untuk menentukan hala tuju skuad boling negara ketika ini kerana atlet sudah lama tidak menjalani latihan sebenar," katanya.
Skuad tenpin boling negara sudah menghentikan sesi latihan mereka sejak Mei lalu susulan pengumuman PKP di Lembah Klang kerana Sunway Megalanes yang menjadi venue latihan pasukan terletak di Sunway Pyramid.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PEMAIN tak dapat jalani latihan selepas pusat boling ditutup. |
|
|
|
|
|
|
| |
|