CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 730|Reply: 1

Peng Soon-Liu Ying dalam situasi sukar

[Copy link]
Post time 18-8-2021 08:16 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying amat mengharapkan bantuan dan pertimbangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kebenaran untuk mereka menjalani latihan.

Ini kerana hingga setakat ini dewan badminton swasta masih belum mendapat kebenaran untuk beroperasi di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PNP) justeru menyukarkan beregu profesional negara itu membuat persediaan.

Peng Soon-Liu Ying yang akan menyertai Kejohanan Dunia di Huelva, Sepanyol bermula dari 12 hingga 19 Disember mengakui mereka ketika ini berdepan kesukaran untuk merangka perancangan dan pelan masa depan sekiranya keadaan itu berterusan.

"Selepas Olimpik, kami fokus untuk Kejohanan Dunia. Jika dewan badminton masih tak boleh dibuka sampai Disember nanti memang sukarlah untuk kami membuat perancangan.

"Latihan mesti diteruskan, memang harap sangatlah KBS dapat membantu kami kalau tidak memang kena fikir cara lainlah," katanya.

Katanya, jika sebelum temasya Olimpik Tokyo bermula, semua pemain profesional dibenarkan menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) tapi kini mereka perlu kembali menjalani rutin latihan di luar seperti biasa.

Peng Soon-Liu Ying, pemenang pingat perak acara beregu campuran temasya Olimpik Rio 2016, gagal sekurang-kurangnya untuk menyamai pencapaian itu apabila terkandas di peringkat kumpulan pada Olimpik Tokyo.

Mereka tewas semua tiga perlawanan peringkat kumpulan di tangan beregu Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich dari Jerman dan pemenang pingat emas Wang Yilyu-Huang Dongping dari China.

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2021 08:16 AM | Show all posts

AKSI Liu Ying dan Peng Soon di Olimpik Tokyo.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.039205 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list