PPVIN minyak dan gas di Miri berjaya
MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri memandang serius kepentingan sektor minyak dan gas di Sarawak. Menteri Bertanggungjawab JPBB Miri Datuk Lee Kim Shi. Berkata, untuk itu keperluan segera penubuhan Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Minyak dan Gas bagi memastikan sektor ini berjalan lancar.
“Saya menzahirkan rasa gembira kerana telah dapat merealisasikan PPVIN Minyak dan Gas di Miri sekaligus menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Bahagian Miri.
“Industri minyak dan gas amat penting kepada negara kita.
“Sekirannya sektor ini terkesan dengan jangkitan COVID-19 sudah pasti akan menjejaskan juga sektor ekonomi berkaitan minyak dan gas di Malaysia,” katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Sesi Lawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Ik Pahon Joyik ke PPVIN Minyak dan Gas Lutong, Miri pada Selasa.
Terdahulu, Mesyuarat PPVIN Industri Minyak dan Gas Bahagian Miri yang disertai PETRONAS Carigali Sdn Bhd, Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) Bahagian dan JPBB Miri optimis dalam memastikan kesemua pemain industri minyak dan gas di Bahagian Miri mendapat suntikan dua dos lengkap dalam tempoh terdekat menjelang 31 Ogos ini.
Hadir sama wakil Petronas Sarawak Zulaihi Mohd Mantali.
sarawakvoice.com/2021/08/18
|