CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 965|Reply: 1

[Sarawak] 11 kluster baharu dikesan di Sarawak

[Copy link]
Post time 18-8-2021 09:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 18-8-2021 01:23 PM

11 kluster baharu dikesan di Sarawak






KUCHING: Sarawak merekodkan 11 lagi kluster baharu pada hari ini dengan enam daripadanya melibatkan tempat kerja.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata sementara lima lagi kluster melibatkan komuniti.

“Antara kluster komuniti adalah Kluster Kampung Muara Tebas 2, Kuching dikesan melibatkan penduduk sebuah perkampungan di Jalan Kampung Muara Tebas, Off Jalan Sungai Bako, Petra Jaya.

“Daripada 135 orang disaring 43 orang didapati positif termasuk kes indeks dan 92 individu didapati negatif,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sementara itu juga, kluster komuniti Kluster Tanah Mawang, Serian yang dikesan melibatkan beberapa penduduk sebuah perkampungan di Kampung Tanah Mawang, Jalan Serian-Sri Aman, Balai Ringin dimana daripada 77 orang disaring 54 orang didapati positif termasuk kes indeks dan 23 individu didapati negatif.

Bagi Kluster Semada, Serian ia merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan beberapa penduduk tiga buah perkampungan iaitu Kampung Semada Tengah, Semada Mawang dan Semada Belatok di Kampung Semada, Off Jalan Serian-Sri Aman Balai Ringin.

“Daripada 76 orang disaring, 55 orang didapati positif termasuk kes indeks dan 21 individu didapati negatif,” katanya.

JPBNS berkata Kluster Kampung Sungai Linsat, Serian juga kluster komuniti yang dikesan melibatkan penduduk sebuah perkampungan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sungai Linsat, Balai Ringin.

Katanya daripada 72 orang disaring 65 orang didapati positif termasuk kes indeks, tujuh individu didapati negatif dan satu kematian melibatkan kluster ini.

Manakala bagi Kluster Ensebang Plaie, Serian juga merupakan kluster komuniti dikesan melibatkan penduduk sebuah perkampungan Ensebang Plaie, Jalan Ensebang dimana daripada 38 orang disaring 34 orang didapati positif termasuk kes indeks dan empat individu didapati negatif.

Manakala bagi kluster tempat kerja ia termasuk Kluster Jalan DBKU, Kuching melibatkan pekerja sebuah pusat pentadbiran kerajaan tempatan di Jalan DBKU, Petra Jaya dimana 144 disaring daripada itu 15 orang didapati positif termasuk kes indeks sementara 129 individu didapati negatif.

Turut kluster melibatkan tempat kerja, Kluster Jalan Tenaga, Kuching dikesan melibatkan pekerja sebuah kilang pemprosesan hasil pertanian yang terletak di Jalan Tenaga, Kawasan Perindustrian Bintawa.

JPBNS berkata daripada 142 orang disaring, 13 orang didapati positif termasuk kes indeks dan 129 individu didapati negatif.

Bagi kluster Central Park Batu Tiga, Kuching ia dikesan melibatkan penjual dan pekerja gerai di sebuah premis makanan di Pusat Komersial Central Park, Batu Tiga, Jalan Tun Admad Zaidi Adruce dengan 52 orang disaring dan daripada itu 12 orang didapati positif termasuk kes indeks sementara 40 individu didapati negatif.
Jawatankuasa berkata Kluster Batu 25 Jalan Kuching-Serian, Serian pula kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan penghuni rumah pekerja sebuah kilang pembuatan batu bata di Batu 25, Jalan Kuching-Serian, Siburan.

Katanya daripda 52 orang disaring, 36 orang didapati positif termasuk kes indeks, 16 individu didapati negatif dan 11 kes baharu dilaporkan pada hari ini.

Manakala Kluster Tanjung Kibong 2, Sibu merupakan kluster tempt kerja yang dikesan melibatkan penghuni rumah pekerja sebuah perkapalan di Lorong Tanjung Kibong 2 (Sungai Igan).

“Seramai 60 orang disaring dan daripada itu 17 orang didapati positif termasuk kes indeks (8 orang bukan warganegara), 30 individu didapati negatif manakala 13 individu masih menunggu keputusan dan tujuh kes baharu dilaporkan pada hari ini.

Bagi Kluster Dijih, Selangau merupakan kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan penghuni rumah pekerja sebuah sebuah Ladang sawit di kawasan Dijih.

Katanya seramai 33 orang disaring dengan 13 orang didapati positif termasuk kes indeks, 20 individu didapati negatif dan lima kes baharu dilaporkan pada hari ini.
“Sementara satu kluster diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster Semuja, Serian selepas tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari yang lepas melibatkan kluster ini.

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif di Sarawak setakat ini adalah 119 kluster,” katanya.



Utusanborneo/2021/08/18






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2021 09:18 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 18-8-2021 01:19 PM

Sebuah rumah panjang di Sri Aman dikenakan PKPD




KUCHING: Sebuah rumah panjang iaitu Rh. Mara, Gran C Stumbin di Sri Aman dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi mengekang penularan COVID-19.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata, arahan PKPD ini berkuat kuasa mulai 18 hingga 24 Ogos 2021.

Manakala PKPD bagi Kampung Jirok di Simunjan katanya, dilanjutkan mulai 18 hingga 23 Ogos 2021.

“PKPD bagi Rh. Gunong, Kampung Samak, Undop; Rh. Laham Mada, Kampung Bangkong Engkabang, Pantu; Rh. Lansam Kubu, Kampung Kandis Asal, Pantu; Rh. Igoh Anak Atut, Kampung Selanjan Jalong, Pantu dan Rh. Faizal, Kampung Engkeramut di Sri Aman ditamatkan hari ini.

“Turut ditamatkan hari ini PKPD bagi Kuarters Pekerja Estet Sungai Kubud, Ladang Keresa, Sebauh di Bintulu dan Rh. Juan, Skim B, Bintangor di Meradong,” katanya.

Mengenai laporan notis kompaun pula, Jawatankuasa berkata, polis Sarawak telah mengeluarkan 56 kompaun atas kesalahan ingkar garis panduan (SOP).

Kompaun yang dikeluarkan adalah sebanyak 49 di Kuching, Bintulu (6) dan Padawan (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan polis Sarawak setakat ini ialah 10,066,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.101873 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list