KABONG, 18 Ogos: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Mohd Chee Kadir menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 75 orang terdiri daripada ibu tunggal dan orang kurang upaya di Pusat Khidmat ADUN Kabong pada Isnin lepas.
Ketua Penyelaras Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Kabong Norain Abdullah merakamkan jutaan penghargaan kepada Mohd Chee Kadir atas sumbangan tersebut.
Beliau turut berterima kasih kepada ADUN Kabong itu di atas peruntukan yang disalurkan kepada PPWS Kabong bagi tujuan aktiviti sedemikian.