KABONG : Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Kalaka, Japar Amin mewakili Pertubuhan Peladang Kawasan Kalaka menyerahkan 70 Kilogram Cili kepada ADUN Kabong Mohd Chee Kadir di Pusat Khidmat ADUN Kabong semalam.
Program pembelian lambakan cili itu dilaksanakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Kalaka bagi membantu pekebun-pekebun menjual hasil tanaman yang tidak dapat dipasarkan akibat terkesan dengan pandemik COVID-19.
Justeru, inisiatif itu dapat membantu pekebun-pekebun yang mengalami lambakan hasil yang tidak boleh dijual di pasaran.
Cili tersebut seterusnya diagihkan kepada orang awam di sekitar Pusat Penjaja Kabong.