BINTULU, 20 Ogos: Pemandu melecur pada paha dan lutut ketika cuba menyelamatkan diri selepas kereta dipandunya terbakar di Jalan Tun Hussien Onn pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan sekitar jam 8.21 pagi.
Komander Operasi Rorudy Umas memaklumkan kereta mangsa dipercayai melanggar tembok jalan sebelum terbakar.
Katanya, kebakaran memusnahkan sepenuhnya kenderaan tersebut.
Mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.