CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 568|Reply: 0

[Sarawak] Individu lengkap divaksin dari negeri lain dibenarkan masuk Sarawak

[Copy link]
Post time 21-8-2021 02:52 PM | Show all posts |Read mode
Individu lengkap divaksin dari negeri lain dibenarkan masuk Sarawak

KUCHING: Individu dari negeri lain dibenarkan memasuki Sarawak dengan syarat mereka telah menerima dua dos vaksinasi COVID-19, dengan suntikan kedua dos diterima sekurang-kurangnya selepas 14 hari.  

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berhubung Garis Panduan Masuk Sarawak hari ini berkata, mereka juga harus menjalani ujian calitan COVID-19, RT-PCR tiga hari sebelum melakukan perjalanan.

Antara sebab yang dibenarkan untuk memasuki Sarawak adalah sebab peribadi (cuti semester, berhenti kerja, kecemasan keluarga), pasangan jarak jauh, ibu bapa yang ingin berjumpa anak-anak mereka di bawah 18 tahun dan perkhidmatan penting serta perjalanan rasmi.

Turut dibenarkan adalah kes kecemasan seperti kematian dalam keluarga atau pengebumian, rawatan perubatan kritikal , pelancongan perubatan (dari luar Malaysia), sektor minyak dan gas, sektor perkapalan, sektor penerbangan dan pengangkutan penghantaran.

“Manakala perjalanan untuk perkhidmatan tidak penting, santai atau percutian tidak akan dibenarkan memasuki Sarawak.

“Bagi individu yang mahu memasuki Sarawak namun belum menerima vaksinasi atas sebab perubatan pula, mereka perlu mengemukakan surat perubatan dari klinik atau hospital sebagai bukti,” kata Jawatankuasa itu.

Bagaimanapun untuk sektor minyak dan gas, kata JPBNS, pengecualian diberikan di mana penerima vaksinasi dos tunggal dibenarkan masuk sehingga 15 September.
Tambahnya, individu yang memasuki Sarawak harus menjalani kuarantin sama ada di rumah atau di pusat kuarantin yang ditentukan.

“Mereka yang bukan warganegara Sarawak perlu menanggung kos kuarantin di pusat itu sendiri dan pengecualian diberikan sekiranya mereka berkahwin dengan orang Sarawak,” katanya.

Untuk upacara pengebumian pula, katanya, hanya ahli keluarga terdekat yang dibenarkan memasuki negeri ini.

“Semua dokumen sokongan seperti ujian RT-PCR negatif harus dihantar bersama-sama dengan permohonan enterSarawak dan juga borang Pengisytiharan e-Kesihatan.
Permohonan untuk memasuki Sarawak tanpa dokumen yang diperlukan akan ditolak,” katanya.

Dalam pada itu, JPBNS memaklumkan transit dalam Sarawak adalah tidak dibenarkan bagi individu yang datang dari luar negara.

Menurutnya, kesemua penumpang akan dikuarantin di pintu masuk pertama di Sarawak.

"Individu yang datang dari Malaysia, transit dalam Sarawak dibenarkan sekiranya mereka menaiki penerbangan seterusnya pada hari sama, tidak keluar dari lapangan terbang atau bangunan terminal transit dan telah lengkap dua dos suntikan vaksin," jelasnya.



utusanborneo.com.my/2021/08/21



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.062074 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list