Edited by Vellfire at 21-8-2021 06:57 AM
Sarawak mulakan vaksinasi bagi 15-17 tahun pada minggu depan
KUCHING: Sarawak akan memulakan pemberian vaksin bagi remaja berumur 15 hingga 17 tahun pada minggu depan, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.
Katanya, vaksinasi ini akan membolehkan rakyat Sarawak hidup bersama COVID-19 dan membuka dengan selamat.
"Ia adalah penting untuk kita memvaksin seramai mungkin dewasa layak di Sarawak secepat mungkin dan memulakan vaksinasi bagi mereka berumur 15 hingga 17 tahun di Sarawak minggu depan" katanya dalam akaun rasmi Facebooknya hari ini.
Ujar Dr Sim, vaksinasi menyebabkan kematian dan gejala teruk rendah seperti dilihat dalam kes harian negeri semalam.
Meskipun Sabah dan Sarawak merekodkan lebih daripada 2,500 kes, Sabah mempunyai 20 peratus dalam kategori 3 hingga 5 dengan 17 peratus kematian.
Manakala Sarawak mempunyai 0.04 peratus dalam kategori 3 hingga 5, tiada kematian dengan 99.9 peratus dalam kategori 1 dan 2.
Dari segi vaksinasi katanya Sabah mempunyai 26.9 peratus penduduknya lengkap dua dos dan Sarawak mempunyai 83 peratus penduduknya lengkap dua dos. Dr Sim turut memaklumkan bahawa negeri sedang mempersiapkan katil tambahan bagi pesakit COVID-19.
"Jabatan Kesihatan Negeri bersama dengan Pejabat Kesihatan Negeri Sarawak dan Hospital Umum Sarawak sedang bekerja keras mendapatkan tambahan 1, 702 katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah COVID-19 (PKRC) bagi pesakit kategori 1 dan 2.
"Kita juga akan terus menambah 1,000 katil lagi untuk beberapa hari yang akan datang tetapi ada had terutama tenaga kerja," katanya.
utusanborneo.com.my/2021/08/21
|