CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1077|Reply: 11

[Sarawak] Covid19 : Kanak-kanak berusia 8 tahun meninggal

[Copy link]
Post time 29-8-2021 07:11 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun dari Serian antara dua korban COVID-19 di Sarawak hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata kanak-kanak tersebut disahkan positif pada 21 Ogos dilaporkan meninggal di Hospital Serian.

“Tiada sejarah penyakit yang dikenal pasti melibatkan kanak-kanak itu,” katanya menambah satu lagi kematian melibatkan lelaki tempatan berusia 59 tahun dari Sibu dan dilaporkan meninggal di Hospital Sibu.

Mengenai kes baharu COVID-19 pula, sebanyak 2,522 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan keseluruhan kes kini meningkat kepada 112,245.

Daripada jumlah itu katanya, sebanyak 2, 520 atau 99.92 peratus kes adalah daripada kategori 1 dan 2, manakala 0.08 peratus atau 2 kes merupakan kategori 3 hingga 5.

“Kuching masih kekal merekodkan kes harian tertinggi 1,316 kes diikuti Serian (250), Bau (179), Sibu (157), Lundu (89), Tebedu (63), Tatau (50), Sri Aman (48), Bintulu (46), Mukah (34), Miri (32), Samarahan (31), Song (31), Pusa (31) dan Subis (26).

“Lain-lain kes dikesan di Selangau (23), Simunjan (18), Asajaya (16), Betong (13), Lawas (13), Limbang (8), Kanowit (8), Meradong (7), Saratok (5), Sarikei (5), Belaga (5), Kapit (4), Julau (3), Matu (3), Pakan (2) dan Sebauh (2).

“Manakala Beluru, Lubok Antu, Dalat dan Daro masing-masing merekodkan satu kes baharu,” katanya.

Dalam pada itu, terdapat 832 kes pulih dan dibenar discaj menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih kini seramai 87,861 orang dan jumlah kes masih aktif 23,664.

Agnes Tugong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2021 07:15 PM | Show all posts
Yang takmo vaksin ... yang dah vaksin ...

bila baca berita camni... apa perasaan anda...?

Takmo vaksin ... boleh la mendabik dada kata dah makan itu ... dah makan ni ... kanak-kanak dapat kah kita paksa untuk buat seperti kita ?

Untuk yang dah vaksin ... jangan hanya sebab dah dapat 2 dos ... anda rasa anda kebal... tapi tau tak anda boleh jadi pembawa ...



Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya!

Takziah kepada keluarga adik

Kita semua kena jaga2 walaupun sdh 2 dose.
Anak2 ni xda vaksin. Kita yg lengkap vaksin pun boleh kena covid.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kanak2 tu positif covid varian delta ka? Kesian pula meninggal dunia tp ikut sejarah tiada masalah kesihatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2021 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainailaihirojiunn

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2021 01:28 AM | Show all posts
Olumis replied at 29-8-2021 09:45 PM
Kanak2 tu positif covid varian delta ka? Kesian pula meninggal dunia tp ikut sejarah tiada masalah k ...
mencari cari juga ... berita lanjut ... lom ada ...

terjumpa yang ni ...


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-8-2021 02:44 AM | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 30-8-2021 02:46 AM
antara komen yang FC baca :

** di sebab kan sistem CARI ada gangguan tak boleh nak upload gambar yang kita screenshot ... FC copy paste jer ...

nur.syahilla.71 Salam takziah. Arwah Ada lah dari kpg kamek kluster kpg Lintang Baru. Kes dah mula merebak pada awal bulan 8. Setakat tok dah 93 positive. Ramai kanak2 Dan org tua yg kenak termasok babby ngan org mengandung pun ada yg positive. Maseh byk yang nggu result.Tapi org kpg hanya d suroh kuarantin kedirik ngan saringan hanya untuk kontak rapat. Mula2 kes baruk 30 ada ngumum nak pkpd kpg tapi bila sampe tarikh pkpd d batalkan. Jadi hati2 bagi Sapa yang Ada urusan d kpg kmk.

nurfaizatul.syakilla aok sis. Nya anak tunggal.  Nya sah positive 21.8 dah ya d ambik ambulance 24.8. pagi Marek nya makan dah ya muntah. Nya madah sesak nafas ngan mcm ada rasa benda kat kerongkongnya. Jadi nya mala muntah. Bila mak nya mbak pg singki muntah nya terus pengsan. Terus nya x sedar sampe nya d padah ninggal.















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2021 02:52 AM | Show all posts
terjumpa ni pula ...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2021 02:55 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 11:47 AM | Show all posts
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un~
Salam takziah untuk keluarga arwah Alisa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 12:01 PM | Show all posts
Allah kesian.. Salam takziah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Slama takziah kepada keluarga mangsa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.057805 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list