Salam semua...sihat ke? Today i nak share some info yg i think kita selalu dengar but probably x berapa tahu atau anggap kaedah ni the ending is "death". Which is tidak semestinya. Recently my friends , rakan kerja yang telah pun di intubated. I feel very down and anxious. Jadi i sendiri nak betul betul faham apa itu intubation ni...So here it goes some infos...semoga yang lalui fasa ini..akan sentiasa kuat ...lets pray to all of us dilindungi dari musibah covid ni.
Apa itu intubate :
Kaedah atau prosedur yg digunakan apabila pesakit tidak boleh bernafas dgn sendiri. Breathing tube akan dimasukkan jauh ke dalam tekak kita (from the throat to lungs : trachea
Ventilator ni pulak a respirator or breathing machine yg menyalurkan oxygen through the breathing tube tu. So ni la yg kita selalu dengar patients telah di intubated. Prosess ni sakit..ye la masuk jauh dalam airway kita tu...so logikla pesakit ditidurkan..
Author|Post time 31-8-2021 04:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ni antara pesakit covid yg di tidurkan / intubated...and sembuh.
Ibu kepada dua orang anak berusia 22 dan 25 tahun itu, tidak sesekali pun menyangka begitu hebat penangan virus COVID-19 yang menyerang dirinya sehingga terpaksa bertarung nyawa dengan bantuan mesin pernafasan sebagai pesakit tahap empat.
"Saya masih ingat lagi apa yang berlaku pada malam itu. Walaupun badan saya penuh dipasang dengan tiub bantuan pernafasan yang disambung ke tangki oksigen, antara sedar dan tidak sedar saya masih berasa sangat sukar untuk bernafas seolah-olah hampir putus nyawa.
"Mujurlah saya cekal untuk melawan dan terus kuat meneruskan perjuangan untuk hidup sehinggalah paras oksigen dalam badan saya semakin pulih dengan bantuan barisan petugas hadapan,"