CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 814|Reply: 0

[Pulau Pinang] DAP sedia kerjasama laksana reformasi institusi, pindaan Perlembagaan

[Copy link]
Post time 30-8-2021 09:52 PM | Show all posts |Read mode
DAP sedia kerjasama laksana reformasi institusi, pindaan Perlembagaan[size=0.8]Oleh Zuhainy Zulkiffli - Ogos 30, 2021 @ 8:57pm[email protected]


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng



GEORGETOWN: DAP sedia bekerjasama dengan kerajaan ke arah melaksanakan reformasi institusi, terutama pindaan Perlembagaan yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, berkata ia termasuk suara majoriti diperlukan dalam menggubal undang-undang berkaitan anti lompat parti.

"Kami bersedia bekerjasama demi melaksanakan reformasi institusi, terutama pindaan perlembagaan yang memerlukan dua pertiga majoriti untuk menggubal undang-undang anti lompat parti," katanya dalam perutusan Hari Kebangsaan DAP 2021, hari ini.

Katanya, DAP bersedia melihat ke hadapan dan mengambil langkah yang disifatkannya sukar untuk bekerjasama dengan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan mengambil guna pelan reset COVID-19 dan pelan pemulihan ekonomi bernilai RM45 bilion untuk mengembalikan negara serta ekonomi Malaysia kepada situasi normal.

Beliau berkata, rancangan normalisasi itu akan membolehkan rakyat meneruskan kehidupan, bekerja mencari rezeki dan meneruskan perniagaan, manakala pelajar boleh kembali ke sekolah.

Ia juga, katanya, akan memberi inspirasi kepada golongan muda supaya mereka boleh menanam cita-cita untuk merealisasikan potensi penuh berbanding masa depan gelap akibat sekatan pergerakan penuh atau 'total lockdown' dan bergantung pada bantuan bakul makanan.

"Kesediaan untuk bekerjasama (dengan kerajaan) bagi memerangi COVID-19 dan mengatasi krisis ekonomi ini bagaimanapun tidak boleh disalah anggap sebagai PH (Pakatan Harapan) atau DAP membentuk kerajaan perpaduan dengan Ismail Sabri. Ini tidak benar dan jauh daripada kebenaran," katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Sementara itu, beliau mendesak pelan reset COVID-19 mempercepatkan vaksinasi dan menyediakan pemeriksaan ujian massa menggunakan strategi 'Cari, Uji, Kesan, Kuarantin dan Sokongan berserta Vaksinasi' (FTTIS+V) seperti disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Dengan seorang daripada 18 rakyat Malaysia sudah dijangkiti COVID-19, kita tidak boleh menunggu lagi," katanya menambah, hospital dan perkhidmatan kesihatan juga perlu dikendalikan dengan baik dan diberi peruntukan sepenuhnya dengan katil, ubat-ubatan serta kemudahan Unit Rawatan Rapi (ICU) mencukupi untuk merawat pesakit.

Katanya, pelan pemulihan ekonomi bernilai RM45 bilion perlu memberi tumpuan kepada bantuan kewangan dan suntikan dana secara terus serta berkala, bukannya pendekatan 'sekali bayar' atau 'one-off' dan bantuan tidak langsung seperti pinjaman dan jaminan.

Guan Eng berkata, Malaysia seperti terperangkap dalam mimpi buruk dengan peningkatan pandemik COVID-19 kepada rekod tertinggi 1,706,089 kes jangkitan dan 16,087 kematian serta krisis ekonomi yang mengancam kelangsungan hidup dan memusnahkan mata pencarian.

"Perlu ada usaha keseluruhan masyarakat dan kesatuan untuk memenangi pertempuran melawan COVID-19 dan mengeluarkan ekonomi daripada kemelesetan sekarang. Marilah kita bangkit untuk menjadi sebuah negara yang bangga, yang memberikan peluang sama kepada semua," katanya.

Beliau turut menggesa peluang diberikan kepada golongan pakar yang profesional untuk membuat keputusan, manakala semangat perpaduan dikembalikan supaya negara dapat mengatasi COVID-19 dan krisis ekonomi yang sedang dihadapi.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.070774 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list