CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 959|Reply: 0

[Kedah] Langkawi disasar destinasi pelancongan pertama dibuka kepada umum

[Copy link]
Post time 31-8-2021 12:00 AM | Show all posts |Read mode
Langkawi disasar destinasi pelancongan pertama dibuka kepada umum

Ogos 30, 2021 @ 10:16pm



Keindahan Langkawi terus jadi tarikan pelancongan luar dan dalam negara. - Foto internet



KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan Pulau Langkawi menjadi destinasi pelancongan pertama dibuka kepada orang ramai, sekali gus membantu meningkatkan tahap sosioekonomi orang ramai yang terjejas akibat COVID-19.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata pulau peranginan itu menjadi pilihan pertama sektor pelancongan kerana lokasinya yang tertumpu dan tertutup, seterusnya mudah dikawal.

Selain itu, beliau berkata, Langkawi yang juga permata Kedah mempunyai 119,000 penduduk dan disasar mencapai imuniti kelompok esok.

"Syarikat penerbangan antarabangsa juga pergi ke Langkawi. Jadi, ia fokus dan juga 'concentrated area' untuk sektor pelancongan bagi mereka yang sudah melengkapkan vaksinasi masing-masing," katanya selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia oleh barisan menteri dan timbalan menteri di Istana Negara, hari ini.

Ahli Parlimen Batang Sadong itu berkata, pada awalnya, MOTAC menyasarkan 1 September ini untuk sektor pelancongan di Langkawi dibuka kepada orang ramai, namun ditunda atas faktor peningkatan kes COVID-19.

"Penduduk Langkawi sudah mencapai imuniti kelompok, jadi mereka sudah bersedia, cuma mereka sekarang ini minta tangguh dulu kerana kes COVID-19 mendadak naik," katanya.

Sementara itu, Nancy berkata, isu pelancongan perlu ditangani segera dan memerlukan strategi baharu sesuai cabaran semasa.

"Kita tetapkan kriteria utama untuk pergi melancong adalah vaksinasi.

"Insya-Allah mudah-mudahan pelancong akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) baharu pelancongan. Jadi, sama-sama kita lihat bagaimana sektor pelancongan, seni dan budaya ini dapat membantu meningkatkan sosioekonomi rakyat," katanya.

– BERNAMA








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.050642 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list