View: 2762|Reply: 3
|
Senangnya otak nak rosak,
[Copy link]
|
|
Senangnya otak nak rosak,
Sedar atau tidak, terdapat beberapa tabiat buruk yang sering kita lakukan dalam kehidupan seharian kita yang boleh memberi kesan kepada otak.
Tabiat-tabiat buruk ini juga boleh menjejaskan kesihatan otak kita walaupun pada luarannya kita tidak mengalami sebarang perubahan yang jelas.
Jika kita tidak melakukan sesuatu untuk mengubah tabiat buruk ini, kita boleh terdedah dengan penyakit mental seperti depresi, kerisauan melampau, epilepsi (sawan), dan juga Alzheimer’s.
Risau bukan? Lagi-lagi pada waktu sebegini dimana penjagaan kesihatan amat penting untuk seluruh dunia.
Berikut adalah lima tabiat buruk yang mampu merosakkan otak anda yang boleh dihindari:
1. Tidak Mengambil Sarapan
Sumber: LIBUR
Makan pagi sebenarnya amat penting untuk kita menjalankan aktiviti seharian. Tidak bersarapan boleh menyebabkan tahap gula dalam darah rendah.
Lalu, ia boleh merosakkan otak kita. Hal ini kerana otak menggunakan tenaga yang lebih banyak berbanding dengan organ badan lain.
2. Stress Melampau
Sumber: metaforya
Tekanan atau stress kadang kala bagus untuk badan kerana ia membuatkan kita bersedia untuk fight (melawan) atau flight (menghindar), respon yang dikenali sebagai fight-or-flight sekiranya berhadapan dengan bahaya.
Walau bagaimanapun, tekanan melampau boleh menyebabkan kerosakan otak akibat pengumpulan hormon kortisol di otak.
Malah, ia juga boleh membunuh sel-sel otak dan menyebabkan ia mengecil! Anda boleh baca 5 cara terbaik untuk menghilangkan stress.
3. Kurang Tidur
Sumber: PHILIPHINE NEWS
Tidur yang tidak mencukupi akan mengurangkan kebolehupayaan anda untuk berfungsi dengan baik. Selain itu, kurang tidur akan melemahkan deria dan refleks anda.
Sekiranya anda terlalu sibuk untuk mendapat tidur yang cukup, ingat bahawa anda tidak akan dapat melakukan prestasi yang terbaik selagi anda tidak mementingkan tidur anda.
Ikuti enam tips ini untuk meningkatkan kualiti tidur anda.
4. Penyahhidratan
Sumber: The Indian EXPRESS
Badan kita mengandungi 70% air, jadi adalah penting untuk kita sentiasa terhidrat lebih-lebih lagi untuk fungsi otak.
Bukan itu saja, kesan penyahhidratan juga berlaku dengan pantas. Kajian mendapati, setelah bersenam berat selama dua jam tanpa air boleh menyebabkan kemerosotan kognitif.
Malah, kekurangan air memberi kesan kepada fungsi seperti fokus, penyelesaian masalah kompleks dan juga koordinasi.
Terdapat beberapa tanda badan anda kekurangan air yang anda boleh kenal pasti dan hindarinya sebelum terlambat.
5. Terlebih Makan
Sumber: Harvard Health
Ya, betul itu. Tabiat terlebih makan juga boleh merosakkan otak anda. Menurut kajian, terdapat kaitan antara obesiti dan demensia.
Hal ini dipercayai berlaku apabila makanan yang kita ambil kurang nutrisi, justeru menyebabkan keinginan untuk makan lebih.
Tambahan pula ia berlaku apabila badan memerlukan lebih banyak vitamin dan mineral. Oleh itu, walaupun anda sudah makan banyak, anda masih mampu membuat otak anda lapar.
Anda boleh juga baca artikel kami mengenai makanan yang baik untuk kesihatan otak anda.
Sumber:https://iamlejen.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Tq info.....sangat berguna |
|
|
|
|
|
|
|
Tq for the article. Sgt bermanfaat |
|
|
|
|
|
|
| |
|