CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2675|Reply: 2

Solat Sunat Rawatib

[Copy link]
Post time 4-9-2021 01:05 PM | Show all posts |Read mode


Cara tunaikan solat  Rawatib
Kebiasaannya, jemaah yang akan berubah tempat untuk menunaikan solat sunat Rawatib, walaupun jarak satu tapak dari tempat asal. Solat sunat Rawatib ini didirikan dalam dua rakaat dengan satu salam. Sekiranya jemaah mengerjakan solat sunat Rawatib 4 rakaat, maka solat itu didirikan dengan 2 kali salam.

KELEBIHAN SOLAT SUNAT RAWATIB

a)    Solat menyedarkan manusia akan hakikat dirinya yang sebenar sebagai hamba kepunyaan Allah SWT. Dia akan sentiasa menyedarinya setiap kali berhadapan dengan masalah hidup dan perhubungan dengan orang lain. Solat yang dilakukan akan mengingatkan semula bahawa dia adalah hamba kepunyaan Allah SWT.


b) Solat memantapkan keyakinan manusia bahawa tidak ada pembantu dan pengurnia nikmat sebenar-benarnya selain Allah swt meskipun kelihatan di dunia banyak pihak dan sebab yang pada zahirnya membantu dan memberi nikmat. Tetapi pada hakikatnya hanya Allah yang memastikan semua itu untuk kemudahan manusia. Setiap kali manusia lupa dan hanyut kerana terpesona kepada sebab-sebab keduniaan yang zahir, solat akan mengingatkan bahawa penyebab yang sebenar hanyalah Allah. Dialah sahaja pembantu, pengurnia nikmat yang menjadikan kesusahan , pemberi manafaat yang menghidupkan dan yang mematikan.




c)   Dengan bersolat manusia dapat mengambil kesempatan menjadikannya sebagai waktu untuk bertaubat daripada dosa-dosa yang dilakukannya. Hal ini demikian kerana manusia sentiasa terdedah kepada banyak maksiat pada setiap waktu sama ada disedarinya atau pun tidak. Maka  solat yang dilakukan berulang-ulang dari semsa ke semasa akan membersihkannya daripada maksiat dan kesalahan-kesalahan tersebut.


Solat Sunat Rawatib ini adalah satu sunat muakkad, iaitu yang amat dituntut dan digalakkan. Solat Sunat Rawatib adalah sebagai sunat tambahan yang bertujuan menyempurnakan apa-apa kecelaan ataupun kekurangan yang terdapat dalam solat fardu pengamal. Solat sunat Rawatib ini dituntut ke atas orang Islam yang mukallaf dan dilakukan secara rela hati serta kemahuan sendiri dan apabila dilakukan dijanjikan pahala dan ganjaran oleh Allah S.W.T. dan jika ditinggalkan pula tidak membawa kepada apa-apa dosa.

Niat
Rawatib Sebelum Subuh :
"Sahaja aku solat sunat Sebelum Subuh dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Rawatib Muakkad Qabliyyah Sebelum Zuhur atau Solat Jumaat :
"Sahaja aku solat sunat sebelum Zohor , dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Zuhur atau Solat Jumaat :
"Sahaja aku Solat Sunat Selepas Zohor dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Asar :
"Sahaja aku solat sunat Asar dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Maghrib :
" Sahaja aku solat sunat Maghrib dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah Isyak :
" Sahaja aku solat sunat sebelum Isyak dua rakaat kerana Allah Ta'ala "
Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Isyak :
"Sahaja aku solat sunat selepas Isyak dua rakaat kerana Allah Ta'ala "

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2021 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
nice sharing

first time dgr solat sunat rawatib..selalu dgr sunat taubat,dhuha,hajat,istikarah dan beberapa lg
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 10:00 AM | Show all posts
Secara ringkas, solat sunat rowarib terbahagi dua : Qabliyah (sebelum  solat fardhu) dan Ba'diyah( selepas solat fardhu).  
Qabliyah boleh buat sebelum  Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya.                                                                                                                                                                              
Ba'diyah  hanya boleh buat selepas Zohor, Maghrib dan Isya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.484555 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list