Usahawan kontroversi Hafiz Mahamad mendedahkan dia dan isterinya, Syafiqah Aina telah disihir oleh individu yang berniat jahat.
Terdahulu, Hafiz menceritakannya dalam IG Live mengenai perkara itu dengan memaparkan sedutan video isterinya yang meracau sedang mendapatkan rawatan.
Pengguna Twitter ini merumuskan IG Live tersebut.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202109/07/100002u134henvdd1o1nun.png) Foto :Twitter
Menurut Hafiz lagi, Aina yang sebelum ini ceria tiba-tiba mudah 'panas' terhadapnya. Ianya seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena, Hafiz segera membawa isterinya berjumpa dengan ustaz untuk berubat.
Hafiz menyatakan ianya mungkin berpunca dari sifat hasad dengki sehingga sanggup melakukan perbuatan syirik. Rentetan itu dia memohon mereka yang melakukannya supaya bertaubat.
Dan dalam hantaran terbaru, Aina memaklumkan dirinya semakin sihat dan meminta maaf jika ada yang tersalah sebelum ini.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202109/07/103044pgcg6czygcdc9umv.png) Foto : IG
Ada netizen yang mencadangkan supaya Hafiz dan Aina mengurangkan gambar kemesraan dan kejayaan mereka agar tiada pihak yang cemburu sehingga menimbulkan perkara sebegini. - CARI
|