View: 8041|Reply: 49
|
[Tempatan]
Kelantan memang suka guna app Grindr ke? Rugi RM571,000 ditipu ‘Tengku’
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan
Rugi RM571,000 ditipu ‘Tengku’ dalam aplikasi Grindr
KOTA BHARU – Seorang lelaki hanya mampu berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM571,000 selepas menjadi mangsa penipuan Love Scam daripada individu yang mengaku dirinya kerabat diraja dengan gelaran Tengku menerusi aplikasi sosial,Grindr sejak empat bulan lalu.
Mangsa berusia 20-an dan bekerja sebagai peniaga telah tampil membuat laporan polis Selasa lalu selepas mendakwa telah ditipu suspek yang juga dipercayai seorang lelaki.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, siasatan mendapati, suspek yang mendakwa dirinya Tengku meminta mangsa membuktikan kesetiaannya dengan menyerahkan barang kemas milik ibunya.
Menurutnya, bagi membuktikan cinta, mangsa telah menghantar barang kemas sebanyak dua kali iaitu pada 31 Mei menggunakan teksi dan pada 2 Jun lalu menggunakan GrabCar kepada seorang pembantu peribadi suspek yang dipercayai berada di daerah ini.
“Dalam tempoh perkenalan itu mangsa turut membuat beberapa transaksi pemindahan wang sebanyak RM201,000 ke dalam dua akaun bank milik individu ketiga atas alasan sama selain dijanjikan sebuah kenderaan trak pikap oleh suspek.
“Mangsa juga mendakwa dia dipaksa untuk terus menyerahkan wang kepada Tengku itu kerana suspek mengugut akan menyebarkan video bogelnya jika dia gagal berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Shafien, mangsa akhirnya nekad membuat laporan polis selepas suspek tidak datang berjumpanya seperti yang dijanjikan selain tidak memulangkan semula barang kemas yang dianggarkan bernilai RM370,000.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. -K! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Huk aloh klate gedebe cawwat kote buah mempele serambi Moscow gommo klate gommo! |
|
|
|
|
|
|
|
bukan da ada ke thread ni td |
|
|
|
|
|
|
|
Scary.. ada gay ni dah tua, tp kemain lagi cekau budak2 muda gay area pantai timur ni. Kesian i tgk muka budak tu dgn foundation bercepuk. Tp sugar daddy sbb dah tua duit byk mmg support financially la bdk gay muda. Agaknya ni la antara budak2 gay boleh jadi mangsa mo scammers. Ingatkan dpt sugar daddy. Nauzubillah la ahli keluarga kita terjebak dgn kehidupan songsang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
PAS dh jd gomen takde pulak dia usulkan pengharaman app sebegini. Ujong2….. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaa.... ko kebas emas mak ko...
lepas tu ko bagi jantan...
hahahahahhahahaa.......
bodoh la ko ni dekkkk...
mesti ko ni kepam2 sikit... bila ada jantan ayat sikit, cair teruss...
sabar ya dekkkk.... |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta itewww buta ye gaisss... |
|
|
|
|
|
|
|
Ikutkan hati nakkk jer dipadankan mukanya. Tapiii sy doakan agar ianya menjadi asbab dia kembali ke fitrah sebenar kejadian
Sian maknya, dpt anak jantan yg sanggup serahkan brg emas milik si emak sbb mengharapkan kasih jantan lain. Nauzubillah |
|
|
|
|
|
|
|
Sia mak dpt ank mcm ni nk tanggung malu lg buat lah taubat nasuha kembali ke fitrah Allah bg pengajaran tu bersebab... |
|
|
|
|
|
|
|
Tengkunyit. Asal tengku je jadi bodoh.
Scammer duk tengah sangkak.
Dipergunakan pun 'redho' nyah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Imkhai at 17-9-2021 08:38 PM
Scammer ni mn la th bakal2 mangsa2 ni duit brtembun dlm acc aku syak org dlm bank ni ada sangkut paut kes2 scam sebelum2 ni
|
|
|
|
|
|
|
|
hmm tak bayar kang ada video leak la spill tea la. kesian jugak la. tapi tu la adik ni percaya ngat kat tengkujuh ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 17-9-2021 10:26 PM
'tengku' tu scammer lah
Asalkan nama tengku, sheikh, yang mulia ratu..pakat2lah melayu sembah |
|
|
|
|
|
|
|
Tah2 200k tu pon duit mak....matilanakkk |
|
|
|
|
|
|
|
Gay ni semulajadi ciptaan tuhan ke |
|
|
|
|
|
|
|
Iol prnh tngok kat YT, channel psl couples, mula2 ok lh kot pstu tiba2 msuk plak couples Elgibitikiu yahampun. Mmg btul mcm apa yg uol ckp kn ni, sugar daddy dh tua tpi ank ikan muda lgi kot tpi mekap kmain tbal.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|