CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1417|Reply: 0

[Kedah] Kereta terbakar selepas rempuh kenderaan lain

[Copy link]
Post time 23-9-2021 11:04 PM | Show all posts |Read mode
Kereta terbakar selepas rempuh kenderaan lain[size=0.8][size=0.9]Izad Thaqif Hassan
[email protected]


ANGGOTA bomba memadam kebakaran kereta yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 57.5 Jalan Alor Setar-Butterworth. FOTO Ihsan pembaca



Sungai Petani: Kereta dipandu seorang wanita terbakar selepas merempuh Proton Persona yang berhenti di lampu isyarat di Kilometer 57.5 Jalan Alor Setar-Butterworth, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, pemandu Hyundai Elantra berusia 31 tahun terbabit tidak cedera, manakala pemandu Proton Persona, lelaki berusia 38 tahun cedera pada hidung dan mendapat rawatan di klinik swasta.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, siasatan mendapati pemandu Hyundai Elantra yang bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat ubahsuai rumah tidak sempat menekan brek lalu merempuh Proton Persona yang berhenti kerana lampu merah.

"Rempuhan kuat itu menyebabkan Proton Persona terbabit terlajak ke hadapan sehingga terkena belakang Honda City dipandu seorang suri rumah berusia 30 tahun.

"Selain itu, ia juga turut menyebabkan enjin Hyundai Elantra terbabit terbakar," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati semua kenderaan terbabit dalam perjalanan dari Lagenda Height menghala ke arah bandar dan ketika kemalangan berlaku cuaca baik serta jalan kering.

Sementara itu, seorang saksi yang mahu dikenali Hashim, 52, berkata dia mendengar bunyi cengkaman brek disusuli dentuman kuat ketika menunggang motosikal di seberang jalan.

Dia memberhentikan motosikal untuk melihat apa yang berlaku sebelum terkejut apabila melihat bahagian bonet sebuah kereta terbakar.

"Mujur pemandu kereta berkenaan sempat keluar dari kenderaannya dan sepasukan anggota bomba tiba tidak lama kemudian untuk memadam kebakaran," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 1 tengah hari dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

"Tempoh 30 minit diperlukan bagi memadam api yang memusnahkan hampir 80 peratus kenderaan terbabit, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

Disiarkan pada: September 23, 2021 @ 5:50pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.060914 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list