CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1053|Reply: 0

[Perlis] Perlis belum bersedia ke Fasa 4 PPN - EXCO

[Copy link]
Post time 26-9-2021 03:04 PM | Show all posts |Read mode
Perlis belum bersedia ke Fasa 4 PPN - EXCOSeptember 26, 2021 @ 2:46pm




KANGAR: Perlis masih belum dapat beralih kepada Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) memandangkan ketika ini penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di negeri ini masih agak tinggi.

EXCO Kesihatan negeri, Teh Chai Aan, berkata bagi membolehkan Perlis beralih dari fasa tiga PPN ke fasa berikutnya, tiga indikator yang perlu ada ialah kadar vaksinasi dewasa, penggunaan katil ICU dan jumlah kes positif COVID-19.

"Ketika ini penggunaan katil di ICU hospital agak tinggi sedikit, namun ia dijangka akan berkurangan dalam masa terdekat, bergantung kepada keadaan semasa COVID-19 di negeri ini," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Hari Sungai Sedunia, peringkat negeri di Taman Sakura, Tebing Tinggi di sini, hari ini.

Sebanyak 10,000 anak ikan lampam dan lebih 4,000 benih udang galah dilepaskan di Sungai Perlis selain aktiviti penanaman 50 pokok sumbangan Jabatan Perikanan Perlis dan Jabatan Perhutanan Perlis dalam majlis hari ini.

Berdasarkan statistik data dari laman sesawang https://covidnow.moh.gov.my/bm/pls/ hari ini, Perlis mencapai kadar vaksinasi dewasa lengkap dua dos berjumlah 88.6 peratus setakat ini namun penggunaan katil di hospital termasuk ICU adalah terhad, dengan jangkitan COVID-19 semalam mencatatkan 17 kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Perlis kini menjangkau 3,566 kes.

Chai Aan seterusnya meminta orang ramai untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi membolehkan Perlis terus beralih ke fasa empat dengan segera selepas ini bagi membolehkan pelbagai aktiviti serta ekonomi dapat diperluaskan dan dibuka.

Sementara itu Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis Asnol Adzhan Abd Manap ketika ditemui di majlis hari ini berkata 11 sungai yang utama di negeri ini berada pada tahap yang optimum dan baik, dikawal rapi oleh JPS negeri seperti Sungai Perlis, Sungai Jernih dan Sungai Ngulang, dan menurutnya tiada kes pencemaran sungai dilaporkan berlaku di Perlis setakat ini. – BERNAMA




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.050836 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list