CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1289|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang mula vaksin pelajar berusia 12 hingga 15 tahun

[Copy link]
Post time 27-9-2021 06:55 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang mula vaksin pelajar berusia 12 hingga 15 tahun[size=0.8][size=0.9]Zuhainy Zulkiffli
[email protected]


Pelajar sekolah yang hadir untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Remaja di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Milenium. FOTO DANIAL SAAD\



Georgetown: Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk individu berusia 12 hingga 15 tahun di Pulau Pinang akan bermula Rabu ini.

Program itu dilaksanakan susulan PICK Remaja berusia 16 hingga 17 tahun di negeri ini yang dijangka berakhir pada hujung bulan ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, data Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menunjukkan jumlah remaja berusia 12 hingga 15 tahun di negeri ini adalah seramai 93,000 orang.

Manakala, katanya, remaja berusia 16 hingga 17 tahun (pelajar dan bukan pelajar) adalah seramai 43,000 orang.

Katanya, menerusi usahasama JKNPP, kerajaan negeri bakal menambah jumlah dan kapasiti pusat pemberian vaksin (PPV) sedia ada bagi mempercepatkan proses vaksinasi.

"Penurunan jumlah kes positif Covid-19 kepada tiga angka di Pulau Pinang sejak semalam menunjukkan keberkesanan program vaksinasi yang dijalankan sehingga kini.

"Ia juga hasil strategi bersama antara kerajaan negeri, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JKNPP dalam melawan penularan wabak di Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Kon Yeow berkata, kerajaan negeri mendapat kerjasama penuh daripada KKM berhubung penghantaran sumber tenaga perubatan dari negeri lain yang kini berjumlah kira-kira 250 orang.

Selain itu katanya, peralatan perubatan bagi keperluan hospital di negeri ini juga sudah ditambah baik.

"Ini termasuk pengoperasian Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di tapak parkir Hospital Pulau Pinang (HPP) yang dilengkapi dengan 100 katil," katanya.



Disiarkan pada: September 27, 2021 @ 5:59pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.048350 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list