CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1426|Reply: 1

[Pulau Pinang] APM mula uji siren amaran bencana

[Copy link]
Post time 27-9-2021 08:26 PM | Show all posts |Read mode
APM mula uji siren amaran bencana[size=0.8][size=0.9]Nur Izzati Mohamad
[email protected]



PUNCAK menara diletakkan sistem elektrik kipas berganda ketika ujian siren amaran bencana oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Pejabat APM Daerah SPU, Jalan Bagan Jermal. FOTO Danial Saad



Butterworth: Penduduk beberapa kawasan di negeri ini dikejutkan dengan bunyi siren amaran sepanjang lebih lima minit sehingga menimbulkan tanda tanya.

Bagaimanapun, persoalan itu terjawab apabila ia adalah ujian penyelenggaraan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Zon Utara terhadap sistem siren amaran bencana di Menara Pejabat APM Daerah Seberang Perai Utara, di sini.

Pegawai Koordinator Sistem Amaran Awam (PWS) APM, Kolonel (PA) Sharudin Md Zain berkata, ujian berkenaan dilakukan bagi memberi kesedaran kepada orang awam berhubung nada-nada bunyi amaran sekiranya berlaku sesuatu bencana.

"Kesedaran masyarakat mengenai nada amaran didapati masih rendah dan kita perlu melakukan sesuatu bagi mewar-warkan perkara ini (nada bunyi) supaya masyarakat lebih peka.

"Terdapat empat nada bunyi amaran yang perlu dan penting diketahui masyarakat bagi mengambil langkah keselamatan jika berdepan dengan bencana.

"Empat nada bunyi itu adalah nada panjang dan berterusan, nada beralun dan berterusan, nada pendek dan singkat serta nada pengumuman," katanya ketika ditemui, hari ini.

Sharudin berkata, ujian itu adalah sebahagian misi menyelenggara dan mengaktifkan siren-siren amaran awam di kawasan Zon Utara.

"Ujian ini membabitkan siren elektrik yang digunakan APM daerah Seberang Perai Utara sejak 1968 dan didapati masih berfungsi dengan baik.

"Kita meletakkan anggota di zon-zon tertentu untuk mengukur sejauh mana bunyi dapat didengari dengan jarak maksimum adalah radius lima kilometer.

"Sistem ini bukan khusus kepada bencana alam sahaja, tetapi juga berfungsi untuk keselamatan seperti serangan udara, ketenteraman awam dan keselamatan," katanya.



Disiarkan pada: September 27, 2021 @ 6:09pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2021 08:49 PM | Show all posts
ooh mcm tu ye..takpenah tau
tau siren kebakaran sekolah, building je
ok bagus2
terus & mohon diperluaskan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.473767 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list