CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1700|Reply: 1

Penyakit jantung akan mudah dijangkiti Covid-19

[Copy link]
Post time 29-9-2021 06:50 PM | Show all posts |Read mode
Penyakit jantung berisiko tinggi komplikasi serius jika dijangkiti Covid-19


NOOR HISHAM ABDULLAH

PUTRAJAYA: Pesakit jantung berisiko lebih tinggi mendapat komplikasi serius sekiranya dijangkiti Covid-19, maka keperluan melengkapkan diri dengan vaksinasi dan menjadikan teknologi sumber pencegahan sewajarnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, pesakit mestilah kekal sihat bagi meningkatkan daya ketahanan diri daripada penyakit Covid-19 serta mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu.

Katanya, amalan gaya hidup sihat perlu diutamakan untuk persediaan menghadapi fasa endemik Covid-19, malah teknologi digital dioptimumkan untuk terus berhubung.

“Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih daripada 18.6 juta kematian akibat penyakit jantung di seluruh dunia direkodkan pada tahun 2019, selain merupakan penyebab utama kematian di Malaysia yang menyumbang sebanyak 15 peratus daripada 109,164 kematian yang disahkan secara perubatan.

“Perangkaan ini dijangka lebih meruncing terutamanya tatkala seluruh dunia sedang berdepan dengan pandemik Covid-19 yang menyebabkan akses kepada informasi dan rawatan penyakit jantung serta penyakit tidak berjangkit yang lain menjadi lebih sukar,” katanya dalam satu kenyataan sempena Hari Jantung Sedunia 2021, hari ini.



Noor Hisham berkata, pendekatan melalui teknologi digital dilihat sangat berpotensi memangkin penyebaran ilmu pengetahuan kesihatan agar masyarakat dapat memantau kesihatan jantung dan memahami risiko-risiko penyakit jantung.

Katanya, ini dapat meningkatkan liputan kesedaran kesihatan jantung kepada komuniti dan orang tersayang demi kesihatan lebih baik.

“Penggunaan teknologi digital sedia ada secara optima akan membantu kita bukan sahaja berhubung di antara satu sama lain di mana sahaja kita berada, malah ia dapat memastikan semua lapisan masyarakat di seluruh negara mendapat akses kepada informasi pencegahan dan rawatan penyakit jantung yang diperlukan.

“Melalui teknologi dan aplikasi kesihatan digital, agensi lain seperti badan-badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak akademik dan lain-lain dapat memainkan peranan masing-masing dalam memberi sokongan yang diperlukan kepada pesakit jantung dan ahli keluarga mereka.

“Gunakan teknologi digital supaya anda tidak bersendirian semasa pandemik ini. Bantuan hanya di hujung jari sahaja, bila-bila dan di mana sahaja anda berada.

“Sangat penting agar saringan kesihatan dilakukan secara berkala dengan memeriksa status kesihatan, tekanan darah, paras gula dan paras kolesterol dalam darah untuk mengesan penyakit pada peringkat awal dan seterusnya mengelakkan komplikasi seperti penyakit jantung,” katanya. – UTUSAN

Sumber:https://www.utusan.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2021 02:46 PM | Show all posts
Asthma...lelah...paru-paru...bahaya utk pernafasan gak...huhu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.562329 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list