CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1642|Reply: 0

[Kedah] Gadis meninggal bukan sebab vaksin - JKN Kedah

[Copy link]
Post time 1-10-2021 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Gadis meninggal bukan sebab vaksin - JKN KedahOleh Noorazura Abdul Rahman - Oktober 1, 2021 @ 9:17am[email protected]





ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah menafikan terdapat seorang pelajar perempuan di daerah Baling yang meninggal dunia akibat suntikan vaksin COVID-19.



Pengarahnya, Dr Othman Warijo, berkata JKN Kedah telah membuat siasatan segera mengenai perkara ini dan mendapati dakwaan itu tidak benar.



Katanya, hasil siasatan mendapati, arwah adalah seorang remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bukan lagi pelajar sekolah.



"JKN Kedah ingin merujuk kepada berita yang tular dalam media sosial, baru-baru ini, berkaitan seorang pelajar perempuan di daerah Baling yang meninggal dikaitkan dengan suntikan vaksin COVID-19.


Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo.


"Siasatan mendapati dia telah menerima satu dos suntikan vaksin COVID-19 pada 5 September lalu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tun Abdul Razak, Baling.



"Gadis itu mengadu sakit perut pada 19 September lalu dan telah diberi rawatan di Hospital Baling, namun selepas 20 hari divaksin iaitu pada 25 September (Sabtu) lalu, dia dibawa ke Hospital Baling kerana tidak sedarkan diri.



"Tahap kesihatannya cepat merudum dan kemudiannya disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



Dr Othman, berkata jenazah telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat.



Katanya, hasil bedah siasat mendapati arwah meninggal dunia disebabkan ruptured thoracic aneurysm dan tiada kaitan dengan suntikan vaksin COVID-19.



"Laporan penuh bedah siasat sedang disediakan dan JKN mengucapkan takziah kepada keluarga arwah atas kehilangan ini," katanya.



Beliau menasihati masyarakat umum agar elakkan mempercayai serta menyebarkan berita yang tidak disahkan dan dapatkan maklumat yang sahih berkaitan vaksin dan jangkitan COVID-19.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.733995 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list