CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2124|Reply: 2

[Kedah] Mabuk punya pasal

[Copy link]
Post time 3-10-2021 08:38 PM | Show all posts |Read mode
Mabuk punya pasal
[size=0.8][size=0.9]Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



Alor Setar: Tindakan seorang pemandu lori kontena mengambil gambar dan cuba merampas Mykad miliknya dari anggota polis ketika pemeriksaan mengundang padah apabila dia ditahan kerana didapati memandu dalam keadaan mabuk.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan anggota polis dari Expressway Mobile Patrol Vehicles (EMPV) Zon Utara ketika memberhentikan kenderaannya di tepi jalan di Kilometer 106.4 Lebuhraya Utara Selatan di Sungai Petani, jam 6 petang semalam.

Beliau berkata, ketika itu anggota polis terbabit sedang melakukan rondaan penguatkuasaan dan cegah kemalangan di kawasan berkenaan.

"Selepas pemeriksaan dilakukan, pemandu lori kontena terbabit tidak dapat memberikan alasan yang jelas berhubung tindakannya berhenti di lorong kecemasan.

"Bagaimanapun, pemandu lori kontena sudah diterangkan mengenai kesalahan parkir di lorong kecemasan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Roze berkata, ketika hendak mengeluarkan saman, pemandu terbabit bertindak merakam gambar anggota polis bertugas menggunakan telefon bimbit dan bertindak agresif dengan cubaan merampas kad pengenalan dari anggota berkenaan.

Beliau berkata, pemandu lori kontena terbabit kemudian diberi amaran supaya tidak mengganggu tugas penjawat awam.

"Namun lelaki itu berdegil dan tidak mahu memberikan kerjasama kepada anggota bertugas.

"Berikutan itu, polis terpaksa menahan pemandu lori kontena terbabit dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis
(IPD) Kuala Muda untuk siasatan lanjut," katanya.

Mohd Roze berkata, hasil ujian yang dilakukan mendapati alkohol dalam nafas pemandu lori kontena terbabit melebihi had yang dibenarkan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu kenderaan dengan kepekatan alkohol melebihi had ditetapkan dan Seksyen 186 Kanun keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

"Sekiranya didapati bersalah, pemandu mabuk boleh dihukum dengan hukuman penjara tidak
melebihi dua tahun, denda minimum RM10,000 atau maksimum RM30,000 dan hilang kelayakan lesen minimum dua tahun, bagi sabitan pertama.

"Selain itu, pesalah akan berdepan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun, denda minimum RM20,000 atau maksimum RM50,000 dan hilang kelayakan lesen minimum lima tahun, bagi sabitan seterusnya," katanya.

Mohd Roze berkata, bagi kesalahan Seksyen 186 Kanun Keseksaan, pesalah boleh dihukum dengan penjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai supaya tidak memandu dalam keadaan mabuk kerana ia membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Disiarkan pada: Oktober 3, 2021 @ 7:41pm












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2021 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok lah kena tangkap, bahaya sgt, lori kontena tu, kalau langgar org lain x boleh nk byg, ngeri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
..... Nak kena humban dalam laut Antartika ke apa ko ni mat?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.041250 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list