CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2055|Reply: 5

[Pulau Pinang] Biji gandum dari Australia bernilai lebih RM20 juta disita

[Copy link]
Post time 4-10-2021 10:01 PM | Show all posts |Read mode
Biji gandum dari Australia bernilai lebih RM20 juta disita[size=0.8][size=0.9]Nur Izzati Mohamad
[email protected]


MUHAMMAD Ikram Abd Talib mengadakan pemeriksaan ke atas sebuah kapal kargo pukal. FOTO ihsan MAQIS



Butterworth: Cubaan pengimport membawa masuk biji gandum dari Australia bernilai lebih RM20 juta ke negara ini dipatahkan di Pelabuhan Dermaga Air Dalam (DAD), di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada 2.30 petang, anggota penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menjalankan pemeriksaan di pelabuhan itu sebelum mendapati terdapat sebuah kapal kargo pukal membawa biji gandum.

Pengarah Maqis Pulau Pinang Muhammad Ikram Abd Talib berkata, pemeriksaan menemui lebih 14.1 juta kilogram biji gandum yang dianggarkan bernilai lebih RM20 juta dalam kapal berkenaan.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati maklumat yang dikemukakan berbeza dan mengelirukan pada Permit Import Maqis yang sah.

"Berikutan itu, Maqis menahan kesemua dagangan berkenaan untuk tindakan lanjut kerana mengemukakan maklumat pengimportan yang tidak tepat.

"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Disiarkan pada: Oktober 4, 2021 @ 8:27pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2021 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
"Bang kassim baba, saya ingin meminjam secupak gandum"
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 10:53 PM | Show all posts
biji gandum ni korang buat apa? belum proses seketul2 macam tu nampak ada jual kat shopee..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yang dah join venture nak start bisnes tu cungap-cungap la kena sita pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Biji gandum ni seketul2 ke? Belum jadi tepung gandum?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 4-10-2021 10:53 PM
biji gandum ni korang buat apa? belum proses seketul2 macam tu nampak ada jual kat shopee..

Tumbuk sendiri kot. Ke wat bubur mcm barli?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.082576 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list