CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30930|Reply: 192

Rabiah rela membujang kerana agama

[Copy link]
Post time 1-4-2005 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Sirah: Rabiah rela membujang kerana agama


PADA suatu hari seorang lelaki datang kepada Rabiah Al-Adawiyah dan bertanya: "Saya ini sudah banyak melakukan dosa. Maksiat saya bertimbun melebihi gunung-ganang. Andai kata saya bertaubat apakah Allah akan menerima taubat saya?" "Tidak," jawab Rabiah.

Pada kali yang lain, lelaki itu datang lagi. Dia berkata: "Seandainya setiap butir pasir itu dosa, maka seluas gurun dosa saya. Maksiat apa saja sudah saya lakukan, baik kecil mahupun yang besar. Sekarang saya sudah menjalani taubat. Apakah Tuhan menerima taubat saya?"

"Pasti," jawab Rabiah dengan tegas. Lalu dia menjelaskan: "Kalau Tuhan tidak berkenan menerima taubat seorang hamba, apakah mungkin hamba itu tergerak menjalani taubat?

"Untuk berhenti daripada dosa, jangan ucapkan kata 慳kan atau andai kata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2005 12:24 PM | Show all posts

Salam

Hebat...

Walaupun Rasullullah SAW dilahirkan normal, tetapi Rabiah dilahirkan diiringi cahaya!!!

Walaupun Siti Khadijah yg juga digelar jambatan Islam, berkahwin, begitu juga para Nabi seperti Ibrahim, Nuh, Daud dan Muhammad yg digelar kekasih Allah pun berkahwin dan berpasangan, Rabiah mencapai tahap lebih tinggi dengan hidup membujang!! Kerana Allah pula tu!!

Saudara PE4RL, saudara pastikah apa yg saudara postkan ini merupakan satu kisah yg sahih dan boleh dipercayai kebenarannya?

Maafkan jika pendapat saya ini keterlaluan, tetapi bagi saya kelihatan kisah ini, seolah-olah menghalalkan kewujudan Rahib di dalam agama Islam.

Rabiah mengelak sambil berkata: "Pernikahan adalah keharusan bagi mereka yang mempunyai pilihan. Padahal aku tidak mempunyai pilihan kecuali mengabdikan kepada Allah.

Dan dikatakan pula kepada Rabiah, dengan tidak bernikah, Rabiah telah mencapai sesuatu martabat.

Apakah yg dimaksudkan dengan tidak mempunyai pilihan? Tidakkah setiap manusia dihalalkan utk menikah dan berkahwin? Mengapa perlu Rabiah menidakkan perkara ini, semata2 utk meninggikan martabat? Siapakah Rabiah, dan apakah sumbangannya untuk menegakkan Islam? Sehingga dia tidak diberi pilihan, walaupun para Nabi ada pilihan?

Al Maidah 5:87. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

Maafkan saya, namun saya amat tidak bersetuju dengan kisah2 sebegini, yg mana kebenaran, ketulenan dan kesahihan kisahnya boleh diragui dan dipertikaikan.

Takut2 ini semua dakyah dan tulisan orang2 yg ingin memperbodohkan dan memperkotak-katikkan Islam. Sekaligus menyesatkan mana2 individu dari jalan yg lurus.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

sauber This user has been deleted
Post time 1-4-2005 02:15 PM | Show all posts
Salam

Mungkin ramai perempuan dah terpengaruh dengan pendapat si rabiah ni. Hasilnya, statistik andartu Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Dengan alasan tidak mahu berkahwin supaya lebih khusyuk dalam ibadat daripada menjaga suami dan anak-anak.

Adakah sebarang ayat yang membenarkan perempuan atau lelaki tidak berkahwin? Apakah hukumnya jika membujang sampai ke tua?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2005 02:30 PM | Show all posts
amat meragui dengan artikel rabiah nie...

macamana rabiah boleh kata

"perkahwinan adalah keharusan bagi yg mempunyai pilihan. pada hal aku tidak mempunyai pilihan kecual mengabdikan diri pada ALLAH'

rasanya salah apa yg di tulis dalam artikel ini....kalau betul lah apa yg di katakan rabiah....macamana dia boleh tahu yg dia tiada pilihan..sedangkan urusan jodoh adalah urusan ALLAH...sedangkan nabi sendiri berkahwin

rasanya artikel mengenai rabiah nie banyak yg tak betul dari betul

pearl dapat dari mana nie....cuba pearl chek balik artikel nie....

seruling adalah satu alat mainan yg mmg dari dulu di haramkan dalam islam....macamana rabiah boleh mengiringi zikir dgn seruling


walahualam
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2005 10:45 PM | Show all posts
senang jek nak faham..tu hal rabiah dan kemahuannya malah kalo di tanya pun dia akan kata kemahuanNYA..oang cenggini mana leh di soal2 lagik..seme jawapan dia bercabang beranting2 berdaun2..camna nak faham oang dah fana..malah tadak perkataan boleh describe pun.

last2 kita kata tu hal dia dan pencipta..personaliti dia..kemahuan dia..kalo dia memilih mengharamkan seme untuk di cintai kecuali yang jadikan dia..sapa manusia lain nak halang dia..kan ke seme kita or apa pun kene jadi? kejadian?

lebih baik fahamkan saja dari mempersoal bagus ke apa dia buat..bab tu tenguk nabi jek sudah. Nabi diturunkan untuk alam ini ..contoh terbaik..apa lai susah nak fikir kecuali yang malas berfikir lah pada saya.

saya lebih suke memahami pilihan sapa pun..dari memutuskan pilihan mereka kerna tiada paksaan dalam agama bahkan dalam hidup ini.

"Rabiah mengelak sambil berkata: "Pernikahan adalah keharusan bagi mereka yang mempunyai pilihan. Padahal aku tidak mempunyai pilihan kecuali mengabdikan kepada Allah" ni jawapan oang yang lebih dari faham.

Bukan kita nak agungkan apa pun kene jadi ..kita cuma cuba memahami kejadian yang boleh memberi kesedaran bab keagungan pencipta..dunia sufi banyak bab nih. Tak salah saya tu pun suruhanNYA untuk merenungi tanda2 kebesaranNYA, salah satu mencipta, mentakdirkan, kehadiran manusia2 pencintaNYA.

ni view saya. dia bujang kerana kepercayaannya dan dia bujang kerna itu telah ditetapkanNYA jugak. kalo ikut rasional  banyak bleh cite faktor yes or no untuk kawin but kalo amik kire bab ikhlas..tu yang saya sebut bw dia dan pencipta..sapa lah kita nak menilai.

amik je contoh kalo mungkin ada salah soang manusia ZAMAN INI duk baca ayat mengatakan tidak di jadikan manusia dan jin selain untuk sembahNYA, manusia tu amik literal meaning cenggitu, dok solat tak tinggal duk tenguk langit duk sembang soang2 jek sampai mati tak kawin tak ingat lain bila tanya napa tak kawin..dia jawap takmo sembah sapa selain pencipta dia..agak2 antara kita sapa nak tegur dia? balik2 soal dia asik jawap cam tuh..apa nak buat? nak letak mana pun dia jawap cam tu..agaknya apa nasib dia? dia pedulik apa nasib dia yang dia tahu dia nak sembah tuhan yang esa saja. boleh faham? kita leh kata macam2 kita leh rasional macam2 dia ni actually malas dia ni actually alasang..katalah apa pun..dia tetap cam tu..so macam mana? maybe dia tipu but dia buleh tipu tuhan ka? akhirnya kita cuma biarkan saja dia dengan apa dia cinta..tak gitu?

[ Last edited by ajinomotonosuga on 1-4-2005 at 10:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2005 11:06 PM | Show all posts
Originally posted by hammam at 1-4-2005 12:24 PM:
Hebat...

Walaupun Rasullullah SAW dilahirkan normal, tetapi Rabiah dilahirkan diiringi cahaya!!!

Walaupun Siti Khadijah yg juga digelar jambatan Islam, berkahwin, begitu juga para Nabi seperti Ibrahim, Nuh, Daud dan Muhammad yg digelar kekasih Allah pun berkahwin dan berpasangan, Rabiah mencapai tahap lebih tinggi dengan hidup membujang!! Kerana Allah pula tu!!

.


Nauzubilah... Boleh terang dapat sumber dari mana?


Cam bunyi dari dari ajaran Kristian yang dah menyeleweng...

Macam cerita sister n father yang hidup membujang..

Harap hati2 pada thread ni......!!!!!


Minta bawa pada ASWJ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2005 11:43 PM | Show all posts
Originally posted by mianyi at 2005-4-1 11:06 PM:


Nauzubilah... Boleh terang dapat sumber dari mana?


Cam bunyi dari dari ajaran Kristian yang dah menyeleweng...

Macam cer ...



rabiah tak kata cam tu..and saya fikir rabiah tu terlalu ada otak nak kata cam tuh..itu pendapat persepi foremmer hammam tu dan itu hak dia..sekarang pulak awak beri pendapat ke beri reaksi?

cuba tanya dak hammam tu..nabi isa a.s. tu kawin ke tidak? brapa nabi dak hammam tu tahu? brapa ramai yang kawin or tak kawin?

nasihat saya sebelum tulis tu fikir jauh skit yer. saya baca artikel tu jugak tapi itu pendapat hammam dan dia berhak apa nak tulis..sendiri fikir lah.

hammam tulis " Maafkan jika pendapat saya ini keterlaluan, tetapi bagi saya kelihatan kisah ini, seolah-olah menghalalkan kewujudan Rahib di dalam agama Islam."

dari apa yang saya faham dengan apa yang saya tahu skit ..artikel tu tak bermaksud cam apa hammam tulis pendapat dia pun. kalo nak babit soal rahib or paderi kristian..pun banyak jenis kristian bleh cite..ada jenis leh kawin ada jenis celibacy so mana satu nak seret? saya pun kekadang pening camna reaksi keterlaluan, kalo reaksi berlainan tu leh faham but kalo yang keterlaluan bab maksud artikel tu leh sampai jauh tersimpang..tang tu yang heran.


tu mintak bawak pada ahlul sunnah wal jamaah pe plak tuh? adeiii:stp:

wsalam.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2005 12:04 AM | Show all posts
Originally posted by ajinomotonosuga at 1-4-2005 11:43 PM:



rabiah tak kata cam tu..and saya fikir rabiah tu terlalu ada otak nak kata cam tuh..itu pendapat persepi foremmer hammam tu dan itu hak dia..sekarang pulak awak beri pendapat ke beri reaksi?
...


Apa2 hak pun biar ada skop dan had dia...


Apa2 pun bukak la thread baru....

Nabi Isa
..





[ Last edited by mianyi on 2-4-2005 at 12:08 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2005 10:57 AM | Show all posts
Wahhhhhh......... whts with the red and bold font?????

Takut pembaca lain tidak nampak ka??? Alhamdulillah, amber hanya ader
sedikit rabun jauh,  boleh lagi membaca default font CARi :bgrin:


And tht " "  is for whom exactly??? Nabi Isa a.s???  Notti eh U???  :no:




Ok...... first and foremost, mengenai kesahihan Sirah diatas......


Amber telah memperolehinya menerusi this site.........   
:dia:   Kemusykilan Agama


and i believe blogger nih memang suker paste whtever interest him
about agama kat tht specified blog... and hopefully they are all valid.
amber pong ader paste few articles from tht blog here...  rasernyer
tidak salah menyebarkan ilmu kan???


I also believe blogger tuh dapat article berkenaan dari sini.........  
:dia:   BHarian/Monday/Agama/Article


So, as for now.... diharap kesahihan Sirah tersebut dapat diterima, dan
sekiranya tidak, mungkin segala persoalan dapat ditujukan ke akhbar harian
berkenanan.


Berkenaan tajuk article yg mengatakan "Rabiah rela membujang kerana
agama"
adalah merupakan tajuk yg diberikan oleh penulis, we do not
know for sure either shes married or not until her death. Ader yang
mengatakan beliau merupakan seorang janda dan ader yg menyatakan
beliau masih bujang sehingga kematiannya.

Sememangnyer adalah mustahil terdapat hadis
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2005 11:27 AM | Show all posts
ermmm....
ini pendapat perempuan pulak...

rabiatul adawiyah ini hidup sezaman dengan hassan al basri kalu tak silap...seorang yag warak, berpengetahuan agama yg tinggi, ahli sufi, ahli ibadah, zuhud dan dihormati di kalangan orang yang beragama.

Di samping dikurniakan kelebihan dari segi kecantikan dan kecerdikan.

Pernah menolak lamaran dari golongan bangsawan kerana ingin mengabdikan diri kepada allah semata-mata. Sebb hati beliau sudah penuh dengan cinta kepada Allah semata-mata..dah tak ader aper tinggal kat manusia lagi. Jadi kalau dia kahwin, suami dia nanti takut teraniaya sebb CINTA DAN PENUMPUAN DIA HANYA PADA ALLAH SEMATA-MATA...

Tak der ruang utk suami dan anak-anak. Jadi kalu dah cam tu, macamana nak kahwin baiklah membujang kerana perkahwinan bagi beliau hanya menjadi penghalang kepada CINTA PADA ALLAH SWT.

Kita tak akan faham bagaimana CINTA PADA ALLAH SWT yang beliau alami itu sebb kita tak pernah rasainya.

Ingat tak lirik lagu lagu M.Nasir, BUTAKAH AKU KERANA CINTA....

maka bagi org yg bermartabat tinggi di sisi Allah, mereka juga dibutakan mata pada dunia dan perhiasannya kerana cinta pada allah SWT..tetapi HATI MEREKA TERANG BENDERANG DENGAN CAHAYA ALLAH SWT...

tapi kalau manusia dibutakan mata dengan cinta pada dunia dan perhiasannya, maka HATI KITA AKAN GELAP GELITA DENGAN CAHAYA ALLAH SWT...

lalu..apakah pilihan bagi Rabiatul Adawiyah...

Beliau sudah tidak ada pilihan lagi kerana tidak ada keharusan utk beliau memilih KECINTAAN KEPADA DUNIA DAN PERHIASANNYA LAGI...kerana HATI YG TERANG BENDERANG DGN CAHAYA ALLAH SWT adalah hati dan jasad yang telah merdeka dan lepas bebas melintasi ALAM YANG BELUM PERNAH DITEMPUH OLEH KEBANYAKAN MANUSIA...

disitulah perbezaan antara beliau dan kita yg membataskan PEMAHAMAN KITA KEPADA perbuatan dan tindakan beliau...


antara kata-kata beliau :

擺b]Tuhanku. Jika aku menyembahMu karena takut pada api neraka, maka masukkan aku di dalamnya! Dan jika aku menyembahMu karena tamak kepada surgaMu, maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembahMu karean kecintaanku kepadaMu, maka berilah aku kesempatan untuk melihat wajahMu yagn Maha Besar dan Maha Mulia itu.擺/b]


擺b]Oh Tuhanku, bintang-bintang bersinar gemerlapan, manusia telah tidur nyenyak, dan raja-raja telah menutup pintunya. Tiap orang yang bercinta sedang asyik-masyguk dengan kesayangannya, dan disinilah aku sendirian bersama Engkau.擺/b]


wallahu alam...

[ Last edited by serihartatie on 2-4-2005 at 07:07 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2005 11:39 AM | Show all posts
maaf cakaplah, jangan disamakan kes rabiatul adawiyah dengan statistik andartu yg semakin meningkat dewasa ini...

itu teori dangkal dan sengaja utk mengelirukan umat islam sebenarnya...

Andartu ramai hari ini bukan sebab CINTA PADA ALLAH SWT sebagaimana yg dialami oleh RABIATUL Adawiyah itu.



Andartu sekrg ramai kerana banyak faktor :

1. Tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya sehingga tidak ada masa utk bersuami dan beranak pinak.

2. Ego kerana tanpa suamipun dah boleh tanggung diri sendiri. Maksudnya dah boleh pimpin diri sendiri tak perlu pimpinan lelaki lagi.

3. Ingin bebas lepas dari tgjawab sebagai isteri dan ibu.

4. Takut dengan fenomena atau sejarah hidup sendiri yang melihat akan keruntuhan rumahtangga disebbkan sikap nafsu-nafsi manusia.

5. Pernah ditipu dan dianiaya oleh lelaki dan pernah mengalami trauma terhadap perangai buruk lelaki.

6. Susah nak cari lelaki jujur dan bertgjawab...yang pernah dijumpa yg bersikap buruk sahaja..itu kira nasib tak baiklah..ada jugak lelaki yg baik...bukan tak der...

dan sebagainya....

itu pendapat tatie...berdasarkan ilmu dan sedikit pengalaman................

kepada kawan-kawan pompuan yg lain, maaflah sebb beri fakta di atas tu..tp itu pendapat tatie sebg seorg perempuan...

KESIMPULANNYA :

KES ANDARTU YG SEMAKIN MENINGKAT DEWASA INI SAMADA DI MALAYSIA ATAU DI SELURUH DUNIA
DISEBABKAN SIKAP CINTA DUNIA DAN PERHIASANNYA
LEBIH DARI CINTA PADA ALLAH SWT...





[ Last edited by serihartatie on 2-4-2005 at 12:21 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2005 11:56 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 2-4-2005 11:39 AM:
maaf cakaplah, jangan disamakan kes rabiatul adawiyah dengan statistik andartu yg semakin meningkat dewasa ini...

itu teori dangkal dan sengaja utk mengelirukan umat islam sebenarnya...

[c ...



setuju Tatie....:setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2005 02:30 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 2-4-2005 11:39 AM:
maaf cakaplah, jangan disamakan kes rabiatul adawiyah dengan statistik andartu yg semakin meningkat dewasa ini...

itu teori dangkal dan sengaja utk mengelirukan umat islam sebenarnya...

[c ...


Hear u, hear u !  :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2005 06:13 PM | Show all posts

Salam

Originally posted by ajinomotonosuga at 1-4-2005 11:43 PM:



rabiah tak kata cam tu..and saya fikir rabiah tu terlalu ada otak nak kata cam tuh..itu pendapat persepi foremmer hammam tu dan itu hak dia..sekarang pulak awak beri pendapat ke beri reaksi?
...


Rabiah mengelak sambil berkata: "Pernikahan adalah keharusan bagi mereka yang mempunyai pilihan. Padahal aku tidak mempunyai pilihan kecuali mengabdikan kepada Allah.

"Bagaimanakah, jalannya hingga engkau mencapai martabat itu?"


Itulah sebabnya saya menyatakan bahawa, dengan membujang, dia telah mencapai sesuatu tahap. Dan ini seolah-olah menganjurkan rahbaniyyah (Rahib) yg tidak ada di dalam Islam. Saya tidak menyatakan sesuatu dengan suka-hati sahaja.

Dan adapun kisah perkahwinan Nabi Isa A.S. tidaklah kita ketahui samada Baginda berkahwin ataupun tidak, kerana tidak ada riwayat yg sahih dapat membenarkan kisah2 sebegitu. Kisah yg berkaitan dengan Isa didalam Al-Quran pun tidak menerangkan mengenai bab perkahwinan Nabi itu.

Namun cuba kita renungi ayat dibawah:

Adz Dzaariyaat 51:49. Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.

Segalanya yg dicipta Allah pasti ada pasangannya. Ini adalah ketetapan daripada Allah. Mungkin atau tidak Isa itu berkahwin, tidaklah dapat kita pastikan, namun, ketetapan Allah kepada manusia, tiada perubahannya: setiap kejadiannya berpasang-pasangan.

Ar Ra'ad 13:38. Dan sesungguhnya Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan Kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan. Dan tidak ada hak bagi seorang Rasul mendatangkan sesuatu ayat (mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Bagi tiap-tiap masa ada Kitab (yang tertentu).

Berkahwin itu adalah Sunnah Para Rasul, mungkin Isa juga tidak terkecuali, cuma kisah perkahwinannya saja yg tidak disebutkan didalam Al-Quran, namun jika kita lihat pada ayat ini, Allah telah bersungguh-sungguh mengutus beberapa Rasul, dan memberikan isteri-isteri kepada mereka. Mungkin Isa tidak terkecuali.

Dalam kes Rabiah ini, dia seolah-olah menidakkan kepentingan hidup berpasang-pasangan, kononnya untuk mengabdikan diri.

Namun bukanlah bermaksud berkahwin itu sesuatu yg menjadi kemestian, walaupun kepada mereka yg tidak mampu, tidak laku dan tidak pula bertemu jodoh.

Tetapi apa yg ingin ditekankan ialah, mengapa mesti membujang sekiranya mampu, laku dan berjodoh? Dan kisah Rabiah tidak menunjukkan yg dia tidak mampu, tak laku dan tak bertemu jodoh. Dia memilih untuk membujang, walaupun mungkin dia laku dan ada jodoh yg menantinya.

Dan dia menyatakan bahawa dia tidak ada pilihan; untuk berkahwin.

Dan sebabnya bukanlah kerana dia tak laku ataupun tidak bertemu jodoh, tetapi kerana nak mengabdikan diri kepada Allah.

Dan tak perlulah kita melihat Sunnah Isa yg jauh (itupun jika BENAR2 dia tidak berkahwin), kita lihat sahajalah Sunnah Nabi yg hampir dengan kita, iaitu Muhammad SAW. Baginda adalah kekasih Allah, berkahwin dan berketurunan, dan mendapat darjat yg tinggi di sisi Allah. Jadi siapakah Rabiah untuk menyatakan yg dia tidak ada pilihan, sedangkan Nabi sendiri berpasangan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2005 11:42 PM | Show all posts
Originally posted by hammam at 3-4-2005 06:13 PM:


Rabiah mengelak sambil berkata: "Pernikahan adalah keharusan bagi mereka yang mempunyai pilihan. Padahal aku tidak mempunyai pilihan kecuali mengabdikan kepada Allah.

"Bagaimana ...


brother ? hammam,

kata-kata rabiatul adawiyah ini bukan ayat al quran yg dijamin tidak ada pengubahsuaian oleh individu-individu  tertentu.

Seperti juga kes Ibnu Arabi yg dituduh org murtad sebb org awam tak faham makna kata-kata beliau..mungkin jugak ada yg dah ubah kata - kata beliau. jadik ia kelihatan sgt mengelirukan..

.apatah lagi kalau org itu tidak ada ilmu tasawuf...

jadik lebih baik bertawaquf sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2005 08:05 AM | Show all posts
Originally posted by hammam at 2005-4-3 06:13 PM:


Rabiah mengelak sambil berkata: "ernikahan adalah keharusan bagi mereka yang mempunyai pilihan. Padahal aku tidak mempunyai pilihan kecuali mengabdikan kepada Allah.

"Bagaimana ...



:setuju:


setuju sangat dengan yg last sekali tu

" tak usah kita lihat sunnah nabi isa yg jauh tu...ikut jelah sunnah nabi muhammad"

rabiah setaraf ke dengan nabi isa.....:stp:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2005 08:26 AM | Show all posts
by serihartatie

Andartu sekrg ramai kerana banyak faktor :

1. Tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya sehingga tidak ada masa utk bersuami dan beranak pinak.

2. Ego kerana tanpa suamipun dah boleh tanggung diri sendiri. Maksudnya dah boleh pimpin diri sendiri tak perlu pimpinan lelaki lagi.

3. Ingin bebas lepas dari tgjawab sebagai isteri dan ibu.

4. Takut dengan fenomena atau sejarah hidup sendiri yang melihat akan keruntuhan rumahtangga disebbkan sikap nafsu-nafsi manusia.

5. Pernah ditipu dan dianiaya oleh lelaki dan pernah mengalami trauma terhadap perangai buruk lelaki.

6. Susah nak cari lelaki jujur dan bertgjawab...yang pernah dijumpa yg bersikap buruk sahaja..itu kira nasib tak baiklah..ada jugak lelaki yg baik...bukan tak der...

dan sebagainya....


Ini baru betul dan boleh dipercayai kerana banyak andartu. :lol
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2005 08:58 AM | Show all posts
jadi andartu tu dosa ke? salah ke menyayangi Tuhan melebihi segalanya?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2005 09:19 AM | Show all posts
Originally posted by kyas at 4-4-2005 08:58 AM:
jadi andartu tu dosa ke? salah ke menyayangi Tuhan melebihi segalanya?


Siapa kata jadi andartu tu salah?

Persoalannya dah bersedia ker keimanan anak2 gadis sekarang untuk hidup membujang kerana Allah?

Dalam keadaan persekitaran masyarakat yang serba serbi komples dan 1001 godaan..?







::stp::pray:
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2005 09:38 AM | Show all posts
ada article tu suruh jadi bujang smpai mati?
ada rabiatul adawiyah ajak sesapa ikut dia hidup membujang?
ia cuma menceritakan betapa sesetengah manusia itu zuhud smpai begitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.074679 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list