CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127239|Reply: 263

ANEKA KERABU DAN SALAD

[Copy link]
Post time 8-4-2005 08:16 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum cik puan dan mak puan sekelian dan tak lupa juga kpd iron chef....haghi ni resepi kita ialah.......

KERABU APPLE HIJAU

BHN
2 biji apple hijau
1/2 cawan kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
1/4 cawan udang kering digoreng juga dan ditumbuk
5 biji cili api 1 kuntum bunga kantan (jika suka)
1 sudu kecil kerisik
garam & gula secukup rasa
5 biji imau kasturi

CARA
hiris apple nipis2 (jgn sagat) dan rendam dlm air garam utk mengelakkan dari menjadi lebam
hiris cili api dan bunga kantan
gaul semua bahan2 dan yg dihiris dan tabur udang kering dan kacang tanah. perah limau kasturi.
bubuh garam dan gula sebelum dihidang.

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 9-12-2007 08:54 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2005 08:17 AM | Show all posts
Originally posted by MAKLANG at 8-4-2005 08:16 AM:
Assalamualaikum cik puan dan mak puan sekelian dan tak lupa juga kpd iron chef....haghi ni resepi kita ialah.......

KERABU APPLE HIJAU

BHN
2 biji apple hijau
1/2 cawan kacang tanah digoreng ...


Awat sample tex colour ijo tu kuar aaaa.....solly...solly..aaa...tengah blajo:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2005 08:28 AM | Show all posts
Originally posted by MAKLANG at 8-4-2005 08:17 AM:


Awat sample tex colour ijo tu kuar aaaa.....solly...solly..aaa...tengah blajo:stp:


Mak Lang..kalu nakwat kaler kaler...mak lang choose kat box kaler tu..pastu tukarkan sample text tu dengan ayat yang mak lang nak kaler..then :dia: :dia: Testingggg

[ Last edited by CatLady on 8-4-2005 at 08:32 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2005 08:38 AM | Show all posts
Originally posted by CatLady at 8-4-2005 08:28 AM:


Mak Lang..kalu nakwat kaler kaler...mak lang choose kat box kaler tu..pastu tukarkan sample text tu dengan ayat yang mak lang nak kaler..then :dia: :dia: Testingggg

[[ ...


time kacih cat...meow..meow..:hug:
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2005 08:58 AM | Show all posts
Originally posted by MAKLANG at 8-4-2005 08:16 AM:
Assalamualaikum cik puan dan mak puan sekelian dan tak lupa juga kpd iron chef....haghi ni resepi kita ialah.......

KERABU APPLE HIJAU

BHN
2 biji apple hijau
1/2 cawan kacang tanah digoreng ...


wah maklang....epal bertemu kantan...kira fusion habis la kerabu ni...:

rasa dia camane maklang?...  maklang selalu buat ker?....citer la sket...kasi la kita meleleh dulu....:ah:
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2005 09:05 AM | Show all posts
Bahan-bahan yang diperlukan:-

1 ikat daun pudina segar
1 batang serai segar (serai kering tak main ya)
1 batang bunga kantan (yang tak kembang punya)
1 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
2-3 biji limau kasturi (pilih yang besar dan masak)
1/2 cawan ikan bilis (pilih yang sedang atau kecil)
Secubit dan sesedap rasa garam dan gula

Cara membuatnya -

Mula-mula basuh semua bahan dan toskan.
Petik daun pudina, basuh  dan toskan.
Lepas tu, masukkan dalam bekas plastik , tutup rapat dan masukkan dalam peti ais.
Goring ikan bilis sehingga garing.
Toskan minyaknya dan bila sejuk, ramaskan agar ianya hancur.
Mayang halus serai dan bunga kantan.
Cili dan bawang dipotong dadu kecil-kecil.
Bila dah tiba masa makan, keluarkan daun pudina dari peti ais.Taruh dalam mangkuk besar.
Masukkan, serai, bunga kantan, cili dan bawang. gaul semuanya supaya rata.
Masukkan sedikit demi sedikit jus limau , garam dan gula.
Gaul lagi dan rasalah manis,masin dan masamnya.
Kalau tak balance, masukkan agar rasanya sedap.
Akhir sekali, gaulkan pulak ikan bilis goring dan bolehlah dihidangkan.

Tips -

Jus limau kasturi boleh digantikan dengan jus buah lemon
Ikan bilis goreng boleh digantikan dengan udang kering goreng.
Boleh juga gunakan isi udang segar yang direbus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2005 09:06 AM | Show all posts
Originally posted by mizelly at 2005-4-8 09:05 AM:
Bahan-bahan yang diperlukan:-

1 ikat daun pudina segar
1 batang serai segar (serai kering tak main ya)
1 batang bunga kantan (yang tak kembang punya)
1 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
...



SORRY... TAJUK LUPA BUBUH..

KERABU DAUN PUDINA namanya
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2005 09:17 AM | Show all posts
P/S: kalo dah ada resipi .. harap maaf


KERABU UDANG GALAH

Bahan-bahannya:
6 ekor udang galah - direbus
1 tangkai bunga kantan - dihiris halus
1 biji limau nipis - diperah
1 batang serai - dihiris halus
1 biji tomato putih atau hijau
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
Serbuk perasa secukupnya
1 biji limau kasturi - dijadikan hiasan

Cara-cara membuatnya:

Rebuskan udang galah. Gaulkan bunga kantan bersama tomato dan serai, masukkan air limau nipis. Kemudian udang yang telah direbus. Letakkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Hiaskan dengan lada merah dan lada hijau serta letakkan limau kasturi ditepi pinggan. Hidangkan.

[Archive]

[ Last edited by CatLady on 19-4-2005 at 10:00 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2005 09:07 PM | Show all posts


KERABU EPAL ALA THAI

Bahan-bahan:

1 biji epal masakan (rasanya lebih masam berbanding epal hijau biasa)
3 ulas bawang merah } dimayang
2 batang serai } dihiris
3 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil udang kering } ditumbuk kasar
10 tangkai cili padi  } dihiris
garam secukup rasa
secubit gula

Cara membuat:

Epal dibuang kulit dan diparut.
Masukkan epal yg telah diparut ke dalam air yang mengandungi sedikit garam untuk mengelakkan epal menjadi lebam.
Gaul sekata bawang merah, serai, cili padi, sos ikan dan udang kering.
Kemudian masukkan epal yg telah ditoskan.
Rasa kan garam dan gula secukup nya.

Nota: Jika menggunakan epal yg kurang masam, perahkan sedikit air limau nipis.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2005 08:54 PM | Show all posts

KERABU PERUT



KERABU PERUT

Bahan

500 gm perut [rebus dan hiris nipis kecil]
5 biji jus limau NIpis
1 cawan taugeh [buangkan kakinya]
1 s/b sos ikan
1 s/b lada hitam [tumbuk]
garam secukup rasa

Bahan Hiris
1 labu bawang besar
2 kuntum bunga kantan
5 biji cili merah
5 tangkai kacang panjang
1 pokok daun ketumbar

Cara
1. Gaulkan rata semua bahan dan rasakan masam dan masinnya.
2. Hidangkan ngan nasi putih.


[ Last edited by shidaaziz at 5-3-2006 07:58 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2005 09:05 PM | Show all posts
saya punya resepi sebiji macam Kak Liza yang bezanya ialah cili merah....saya guna cili padi....
Reply

Use magic Report

MaMaWahiDAH This user has been deleted
Post time 20-10-2005 09:12 AM | Show all posts
lately teringin benar nak makan perut...(yg penjang2 bulat tu....but my husband kata tu bukan perut tapi usus, ntah mana betul nie) dia lak cari susah nak dapat...(la nie mengandung 5 bulan nie)
Reply

Use magic Report

MaMaWahiDAH This user has been deleted
Post time 20-10-2005 09:12 AM | Show all posts
masak lemak cili api ngan rebung....mmm, bila ler leh dapat....nak sangat2 nie
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2005 09:13 AM | Show all posts
Kak Liza,

Soalan saya pada hari yang mulia ini

1) Kalau takde sos ikan leh ganti dengan apa yer?

2) errr...ada resepi colek perut tak? terliur laaa bulan2 posa nih.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2005 09:15 AM | Show all posts
Originally posted by MaMaWahiDAH at 20-10-2005 09:12 AM
lately teringin benar nak makan perut...(yg penjang2 bulat tu....but my husband kata tu bukan perut tapi usus, ntah mana betul nie) dia lak cari susah nak dapat...(la nie mengandung 5 bulan nie)


Kalau kat Kelantan, yang itu kitaorg panggil perut muda.
Memang lagi sedap dari perut yang macam dalam gamba Kak Liza, bukan usus ler.
Usus dia lain, ur husband tak pernah tengok orang lapah lembu kut?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2005 09:16 AM | Show all posts
Originally posted by MaMaWahiDAH at 20-10-2005 09:12 AM
masak lemak cili api ngan rebung....mmm, bila ler leh dapat....nak sangat2 nie


Orang kata, kalau makan rebung masa ngandung....nanti anak akan jadi hairy sikit!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2005 10:20 AM | Show all posts
Originally posted by katak_kiut at 20-10-2005 09:13 AM
Kak Liza,

Soalan saya pada hari yang mulia ini

1) Kalau takde sos ikan leh ganti dengan apa yer?

2) errr...ada resepi colek perut tak? terliur laaa bulan2 posa nih.


tak per..soklan ditanya tak kena bayar pun....:cak:

1] Kalau nak gantikan sos ikan tu kak liza tak tahulah.. tapi kalau takder..boleh jer omit..tak payah letak..
cuma kerabu tu hendaklah terasa garamnya..tak tawar heber..:cak:

2] resepi colek perut tu tak derlah khas benar..
cuma rebuskan perut ngan garam dan halia [nak ilangkan bau hamis perut tu] dan hiriskan nipis...
coleknya [air asam tu macam kak liza pernah bagi air asam untuk ikan bakar jer..
perahkan lebih limau supaya rasa kemasamannya tu lebih dasat sikit sebab takut bau perut tu..


[ Last edited by hanieliza at 20-10-2005 10:28 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2005 10:29 AM | Show all posts
Eh. camtu jer ker resepi colek perut?
Ker ada salah faham haaa?
Resepi colek perut yang saya nak tuh....errr, camne nak cite hah
Ala2 Rojak Perut ek?
Biasa kalau makan kat Klate, dia ada sayur2 sikit
Pastu ada kuah colek hok manis
Letak keropok sikit2 atas tu masa hidang
Errr...camne nak aaa nak explain Kak Liza?
Ker Terengganu nyer Rojak/Colek Perut ni lain dari Kelantan punya?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2005 03:47 PM | Show all posts
Originally posted by katak_kiut at 20-10-2005 10:29 AM
Eh. camtu jer ker resepi colek perut?
Ker ada salah faham haaa?
Resepi colek perut yang saya nak tuh....errr, camne nak cite hah
Ala2 Rojak Perut ek?
Biasa kalau makan kat Klate, dia ada sayur2 ...

kalau colek saperti yg disebutkan tu..memang kak liza tak pernah makan..apatah lagi nak buat...:cak:
Reply

Use magic Report

RHB This user has been deleted
Post time 20-11-2005 06:40 PM | Show all posts
Salad Epal Campuran

Bahan-bahannya

1 biji epal merah - dipotong dadu
1 biji epal hijau - dipotong dadu
1 biji jus lemon
150 gm isi ayam - direbus
150 gm mayonis
100 gm lobak merah - dipotong dadu
100 gm seleri - dipotong dadu
40 gm bawang besar - dipotong dadu
Sedikit daun bawang
Sedikit daun parsley
Sedikit buah tomato | dihiris
Garam dan gula secukup rasa



Cara Membuat :
1.        Masukkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk dan kacau hingga sebati
2.        Masukkan garam dan gula secukup rasa.
3.        Hiaskan dengan daun parsli, daun bawang dan buah tomato.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.199325 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list