CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11013|Reply: 64

Masalah Wudhuk & Aurat (imane, adlismel, saphireusagi,aladin, land_lady)

[Copy link]
Post time 23-6-2005 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Batal air wudhuk dgn mertua???

assalamualaikum,
shin ingin bertanya.... adakah batal wudhuk kita apabila bersalam ngan mertua? i mean kalau menantu perempuan dan ayah mertua / menantu lelaki ngan mak mertua...

ada sesetengah org mengatakan batal, dan ada juga yg mengatakan tidak batal smp bila2 pun walaupun kita sudah bercerai hidup/mati dgn pasangan kita....

so, sesapa yg arif, boleh tolong jawab tak?....

thanks all....

wassalam

[ Last edited by  fleurzsa at 9-8-2006 10:57 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2005 02:20 PM | Show all posts
waalaikummussalam sheen...
jawapannya yang saya tau tak batal la shin sampai bila2..hatta kalau kita bercerai pun..

[ Last edited by alahai on 23-6-2005 at 02:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2005 05:40 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

PETIKAN.............

Muhramat minal nisa'(perempuan yg haram dikahwini)
terbahagi kepada 2
1. tahrim muabad/haram selama-lamanya
2. tahrim muaqot/haram sementara

Tahrim muabad terbahagi kepada 3 :-

1. nasab
2. musoharoh/persemendaan
3. rodhoq/penyusuan


bahagian kedua ini ada 4 firqoh/kategori
1.zaujah asal (cth nenek sampai keatas)
2. zaujah furuq ( cth menantu/cucu)
3.asal zaujah ( cth ibu mertua)
4. furuq zaujah (cth bintun zaujah/rabibah-->anak tiri sampai kebawah...cucu..cicit)


ayah tiri termasuk didalam bahagian yg kedua kategori yg ke 4.
haram ayah tiri utk mengahwini anak tirinya...dengan syarat ayah tiri telah dukhul/jimak ibunya.apabila bercerai dengan sebab dia dah jimak..maka haram utk dia berkahwin dgn anak tirinya.
tapi jika belum jimak dan bercerai boleh dia berkahwin dgn anak tirinya.

maka disini tidak batal wuduk apabila bersentuh dgn ayah tiri.

surah An-nisa' ayat 23.

diriwayatkan dr Amru bin `As dr Nabi SAW: mana2 lelaki yg berkahwin dengan seorg perempuan dan berjimak, tidak halal baginya menikahi anak perempuan isterinya.jika ia tidak menjimak maka boleh dia menikahi anak perempuan isterinya, Dan mana-mana lelaki yg menikahi seseorg perempuan dan ia jimak atau tidak maka tidak halal baginya menikahi ibu isterinya.

kalu nak senang kita pegang pada kaedah camni

haram kahwini ibu(ibu mertua) w/pun selepas cerai dengan sebab aqad yg mutlak (aqad anaknya)

haram kahwini anak tiri jika dah jimak dengan isterinya, tapi kalau belum boleh berkahwin dgn anak tirinya apabila bercerai.

rujukan
Ahwal syakhsiah lil muslimin
Prof. Fareg Zahran
ketua bahagian Feqh Am
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2005 08:42 PM | Show all posts
Originally posted by halimijuliana at 23-6-2005 05:40 PM:
Assalamualaikum,

PETIKAN.............

Muhramat minal nisa'(perempuan yg haram dikahwini)
terbahagi kepada 2
1. tahrim muabad/haram selama-lamanya
2. tahrim muaqot/ ...


Yang tahrim muaqot/haram sementara (macam adik ipar yg berlainan jenis) tu batal air sembahyang... mengikut Shafie, kalau tak silap PakMalau ler, betul tak?

PakMalau lama tak praktis Shafie bab batal air sembahyang nie... lebih comfortable cara Hanafi (tak batal sentuh lelaki pompuan). Syiah pun gitu gak.. Ahmadiyyah tak sure, tapi kawan PakMalau yg Ahmadiyyah tu camtu gak..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2005 08:54 PM | Show all posts
Originally posted by PakMalau at 23-6-2005 08:42 PM:


Yang tahrim muaqot/haram sementara (macam adik ipar yg berlainan jenis) tu batal air sembahyang... mengikut Shafie, kalau tak silap PakMalau ler, betul tak?

PakMalau lama tak praktis Shafie  ...


Assalamualaikum,

Kalau mengikut apa yang diajarkan kepada saya dan apa yang saya amalkan kini batal wuduk kerana bersentuhan dengan ipar berlainan jantina.......

Wallahualam.........
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2005 11:17 AM | Show all posts
Originally posted by alahai at 23-6-2005 02:20 PM:
waalaikummussalam sheen...
jawapannya yang saya tau tak batal la shin sampai bila2..hatta kalau kita bercerai pun..

[ Last edited by alahai on 23-6-2005 at 02:22 PM ]


yup betul tak batal air sembahyang, walaupun bercerai, kebetulan topik ini saya dengar masa majlis ilmu minggu lepas....mak/bapak mertua kita sama seperti mak/bapak kita jugak...sebab itu bila kita berdoa2 menadah tangan kita akan sebut "Ya Allah Ya Tuhanku ampunkan lah dosa kedua-dua ibubapaku..."
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2005 11:48 AM | Show all posts
Originally posted by PakMalau at 23-6-2005 08:42 PM:


Yang tahrim muaqot/haram sementara (macam adik ipar yg berlainan jenis) tu batal air sembahyang... mengikut Shafie, kalau tak silap PakMalau ler, betul tak?

PakMalau lama tak praktis Shafie  ...



dalam mazhab lain (selain shafie).......tak batal wuduk antara suami isteri kan...tapi dgn. bukan muhrim lain pun tak batal jugak ke pak malau???

dan saya nak tanya tentang aurat dgn. muhrim sementara ni....contohnya dengan abang ipar saya....

adakah saya kena tutup jugak aurat depan dia...yang saya tau kita kena tutup aurat depan mereka tapi ada kata tak payah ...jadi macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2005 03:40 PM | Show all posts
wajib tutup aurat depan ipar... bukan setakat abang ipar, suami kpd ibu saudara pon sama..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2005 05:21 PM | Show all posts
Originally posted by alahai at 24-6-2005 11:48 AM:

dalam mazhab lain (selain shafie).......tak batal wuduk antara suami isteri kan...tapi dgn. bukan muhrim lain pun tak batal jugak ke pak malau???


Kalau mazhab jaffari (syiah) tak batal sentuh lelaki dan pompuan (tak kisah le siapa siapa), rasanya begitu juga dgn mazhab hanafi.

Utk syiah, rules batal wuduk (Ayatullah Seestani):

329. Wudhu becomes void on account of the following seven things:

   1. Passing of urine.
   2. Excretion.
   3. Passing wind from the rear.
   4. A sleep, deep enough to restrict sight and hearing. However, if the eyes do not see anything, but the ears can hear, Wudhu does not become void.
   5. Things on account of which a person loses his sensibility, like insanity, intoxication or unconsciousness.
   6. Istihaza
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 01:21 PM | Show all posts

Berwudhuk

Soalan : Adli ada dengar Ustaz (waktu ceramah) cakap setiap perbuatan kita mesti dimulakan dengan niat (Innama Akmalu Bin Niat - Setiap perbuatan dimulakan dengan niat)..... Dalam berwuduk kita pun niat nak ambik wudhuk kerana Allah Taala... dimulakan dengan membasuh (ada perkataan lain yang lebih sesuai?) muka dan diakhiri dengan membasuh kedua - dua belah kaki..

Semasa kita mengambil wuduk tersebut Ustaz tu cakap kalau basuh muka ada niatnya tersendiri, basuh tangan ada niat tersendiri.... jadi adli nak tanya apa niat - niat yang kita perlu niatkan untuk setiap perbuatan tersebut dan apakah kebaikannya kepada diri kita dan kebersihan dalam diri kita..

Sekian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2005 12:46 PM | Show all posts
Hukum berwuduk
Hukum berwuduk adalah:

Wajib
  Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat.
Sunat
  Ketika hendak mandi wajib
  Hendak membaca al Quran, hadis dan buku
  Ketika hendak tidur
  Ketika marah

-------------------------------------------------------------------------------------------

Menurut Mazhab Syafie
      Fardu/Rukun wuduk ada enam:

Niat
Membasuh muka
Membasuh kedua tangan hingga ke siku
Menyapu sebahagian kepala atau sebahagian rambut di dalam hadnya
Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
Tertib

Menurut Mazhab Hambali
    Fardu/Rukun wuduk ada tujuh:

Niat
Membasuh muka
Membasuh dua tangan hingga ke siku
Menyapu semua kepala
Membasuh dua kaki
Tertib
Berturut-turut

----------------------------------------------------------------------------------------------

Kesempurnaan Wuduk
Berikut merupakan cara-cara mendapatkan wuduk yang lebih sempurna:

Mendahulukan bahagian tubuh yang sebelah kanan
Mengulangi membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali
Tidak berkata-kata
Menghadap kiblat
Berniat
Membaca basmalah
Membasuh telapak tangan hingga ke pergelangan
Berkumur
Menggosok gigi (bersiwak)
Membersihkan hidung
Membasuh muka
Membasuh tangan hingga ke siku
Mengusap sebagian kepala
Mengusap kedua telinga; luar dan dalam
Membasuh kaki hingga ke buku lali
Membaca doa sesudah berwuduk
Bersolat sunat wuduk sebanyak 2 raka'at.
Tertib (berurutan)
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2005 12:48 PM | Show all posts
Dalil wuduk
Firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran ayat 6 surah al-Maidah yang bermaksud
揥ahai orang-orang yang beriman, apabila kami hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil) maka berwuduklah, iaitu basuhlah muka kamu, kedua belah tangan kamu hingga ke siku, sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu hingga ke buku lali.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2005 12:49 PM | Show all posts
Masalah 269:Ketika kita ingin berwudhu, disunnahkan bagi kita (untuk membaca doa-doa berikut ini):

a. Doa ketika memandang air (wudhu).

بِسْمِ اللهِ وَ الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ جَعَلَ الْمَاءَ طَهُوْرًا وَ لَمْ يَجْعَلْهُ نَجِسًا

b. Doa ketika mencuci tangan.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ

c. Doa ketika berkumur.

اَللَّهُمَّ لَقِّنِيْ حُجَّتِيْ يَوْمَ أَلْقَاكَ وَ أَطْلِقْ لِسَانِيْ بِذِكْرِكَ

d. Doa ketika istinsy鈗 (memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya kembali dengan tekanan).

اَللَّهُمَّ لاَ تُحَرِّمْ عَلَيَّ رِيْحَ الْجَنَّةِ وَ اجْعَلْنِيْ مِمَّنْ يَشُمُّ رِيْحَهَا وَ رَوْحَهَا وَ طِيْبَهَا

e. Doa ketika membasuh wajah.

اَللَّهُمَّ بَيِّضْ وَجْهِيْ يَوْمَ تَسْوَدُّ فِيْهِ الْوُجُوْهُ وَلاَ تُسَوِّدْ وَجْهِيْ يَوْمَ تَبْيَضُّ فِيْهِ الْوُجُوْهُ

f. Doa ketika membasuh tangan kanan.

اَللَّهُمَّ أَعْطِنِيْ كِتَابِيْ بِيَمِيْنِيْ وَ الْخُلْدَ فِي الْجِنَانِ بِيَسَارِيْ وَ حَاسِبْنِيْ حِسَابًا يَسِيْرًا

g. Doa ketika membasuh tangan kiri.

اَللَّهُمَّ لاَ تُعْطِنِيْ كِتَابِيْ بِشِمَالِيْ وَلاَ مِنْ وَرَاءِ ظَهْرِيْ وَلاَ تَجْعَلْهَا مَغْلُوْلَةً إِلَى عُنُقِيْ وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ مُقَطِّعَاتِ النِّيْرَانِ

h. Doa ketika mengusap kepala.

اَللَّهُمَّ غَشِّنِيْ بِرَحْمَتِكَ وَ بَرَكَاتِكَ وَ عَفْوِكَ

i. Doa ketika mengusap kaki.

اَللَّهُمَّ ثَبِّتْنِيْ عَلَى الصِّرَاطِ يَوْمَ تَزِلُّ فِيْهِ الْأَقْدَامُ وَ اجْعَلْ سَعْيِيْ فِيْمَا يُرْضِيْكَ عَنِّيْ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَ الْإِكْرَامِ

Untuk maklumat lebih sila rujuk

http://www.lankarani.org/and/res/t08.html
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2005 02:32 PM | Show all posts
Salam,

Thanks adlismel.  

Actually I tak pernah tahu bhw ada doa2 bg setiap basuhan wudhuk.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2005 02:35 PM | Show all posts
Sama - sama.......
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2005 05:38 PM | Show all posts
Originally posted by adlismel at 4-10-2005 02:35 PM
Sama - sama.......


makna-makna bacaan doa tu juga menarik...contoh ketika membasuh tangan kanan, doa itu meminta diberi buku amalan di akhirat kelak kepada tangan itu ...dan tangan kiri doa itu bermakna sebaliknya (lihat doa f dan g). Boleh membantu kita menghayati ibadah wudhuk itu sendiri yang mana ianya langkah pertama untuk mendapat khusyu' dalam solat yang didirikan selepas itu.

Sekarang orang sibuk dengan krim Pencerah Muka yang dibeli dengan harga yang mahal dan dipakai hari-hari secara istiqamah demi untuk menjadi cantik dan menghilangkan parut dan jeragat

Ramai tak sedar peranan wuduk  sebagai "krim Pencerah Muka" di hari qiamat kelak...perlulah dilakukan hari-hari juga secara istiqamah, bukan sekadar untuk solat tetapi juga untuk membaca al-quran dan lain-lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2005 06:05 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 4-10-2005 02:32 PM
Salam,

Thanks adlismel.  

Actually I tak pernah tahu bhw ada doa2 bg setiap basuhan wudhuk.



wasalam,

Bacaan semasa basuhan ni sebenarnya bukan dari Nabi.  Ini sama macam hikmah sembahyang tarawikh setiap malam tu.  Saya tak ingat samada ia dari hadith maudhu' atau hanya amalan ahli-ahli sufi.  Tetapi tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya.

Yang sunah ialah doa selepas berwudhu'.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2005 06:26 PM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 4/10/2005 05:38 PM


makna-makna bacaan doa tu juga menarik...contoh ketika membasuh tangan kanan, doa itu meminta diberi buku amalan di akhirat kelak kepada tangan itu ...dan tangan kiri doa itu bermakna sebalikny ...



ok yang nie adli nak tahu... awak boleh beri makna untuk semua tu tak
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2005 08:36 AM | Show all posts
Originally posted by adlismel at 4-10-2005 06:26 PM



ok yang nie adli nak tahu... awak boleh beri makna untuk semua tu tak



Ini makna-makna dari doa yang sedikit lain dari yang Adli paste, saya ambil dari buku Hidup Ibadat - kompilasi oleh Ustaz Haji Fadzil Haji Ahmad terbitan Darul 'Ulum Alor Setar. Yang lafaz 'Arabnya tak mampu nak saya taipkan di sini kerana kelemahan saya.

a- ketika membasuh tangan
    Ya Allah Aku bermohon kepadaMu kebahagiaan dan keberkatan, aku berlindung dengan Mu dari kecelakaan dan kebinasaan.

b-ketika berkumur
    Ya Allah Tolonglah aku untuk membaca kitabMu dan membanyakkan zikir kepadaMu

c-menghisap air ke dalam hidung
   Ya Allah. Adakanlah untukku bau syurga dan Engkau redhalah kepadaku

d- mengeluarkan air dari hidung
    Ya Allah. Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari bau neraka dan buruknya tempat tinggal

e- ketika membasuh muka
     Ya Allah. Putihkanlah mukaku dengan nurMu pada hari yang putih segala muka wali2Mu. Dan janganlah
      Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapanMu pada hari hitam segala muka musuhMu.

f- ketika membasuh tangan kanan
     Ya Allah Beritakanlah akan aku kitabku pada tangan kananku dan hitunglah amalanku dengan kiraan yang mudah.

g-ketika membasuh tangan kiri
      Ya Allah. Sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada diberikan kitabku pada tangan kiriku atau dari
       belakang punggungku.

h-ketika sapu kepala
     Ya Allah Tolonglah aku dengan rahmatMu. Turunkanlah kepadaku segala berkatMu, naungilah aku di bawah naungan
     ArasyMu pada hari yang tiada naungan selain naunganMu. Ya Allah. Haramkanlah rambutku dan kulitk dari api neraka.

i- ketika membasuh telinga
     Ya Allah Jadikanlah aku sebahagian dari mereka yang mendengar perkataan, maka mengikuti yang baik daripadanya. Ya
     Allah Perdengarkanlah kepadaku seruan penyeru syurga bersama orang baik-baik.

j- ketika basuh kaki kanan
      Ya Allah. Tetapkanlah tapakku di atas Titian Yang Lurus bersama tapak kaki hamba2Mu yang soleh

k-ketika basuh kaki kiri
      Ya Allah Sesungguhnya aku berlindung dariMu daripada tergelincirnya tapak kakiku dari titian ke dalam neraka, pada hari
       tergelincirnya segala tapak kaki orang2 munafiq dan musyrik.


l-bagi yang membasuh leher selepas sapu telinga
       Ya Allah. Lepaskanlah leherku dari api neraka. Dan aku berlindung denganMu dari rantai dan kalung api neraka.

Semoga beroleh keberkatan dari amalan yang berterusan dan istiqamah.

[ Last edited by always_typo at 5-10-2005 08:37 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2005 09:45 AM | Show all posts
TErima kasih always_typo .... TQ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.059509 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list