View: 10334|Reply: 38
|
Petroleum dan lagendanya
[Copy link]
|
|
Industri minyak di zaman moden ini bermula pada tahun 1859 apabila minyak
dijumpai di Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Industri minyak menjadi lebih maju dengan dipacu oleh pembinaan enjin
pembakar-dalaman (internal combustion engine), yang menjadi asas kepada
industri kereta dan jentera pengangkutan dan jentera-jentera yang lain.
Sejak itu pembangunan industri minyak berkembang dengan cepatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Industri Amerika
Oleh kerana minyak yang ada begitu banyak dari bumi Amerika (terutamanya
di Texas), Amerika menjadi sebuah negara gergasi industri yang berasaskan
besi, iaitu industri jentera berat, industri otomobil, industri senjata,
dan lain-lain.
Semasa Perang Dunia Kedua, permintaan alat senjata seperti senapang,
meriam, peluru berpandu, kapal-kapal perang, kenderaan berat seperti truck
dan jeep melambung dan ini mengembang dan memajukan lagi industri besi
Amerika.
Selepas perang, industri pembinaan dan industri pembinaan pula berkembang.
General Motors (GM) menjadi sebuah syarikat otomobil Amerika yang
terkemuka di dunia ketika itu.
Banyak syarikat minyak Amerika menjadi syarikat gergasi daripada
keuntungan industri minyak lumayan.
Antaranya Exxon, Mobil, Texaco.
Syarikat minyak gergasi Eropah pula ialah Shell dan BP (British
Petroleum). |
|
|
|
|
|
|
|
Negara-Negara Utama Pengeluar Minyak Di Dunia
Mengikut perangkaan tahun 1988, sepuluh negara pengeluar minyak mentah
terbesar dunia ialah Soviet Union, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Mexico,
China, Iraq, UK, Iran, Venezuela dan Kanada.
Dari segi simpanan minyak pula (crude reserves) pula sepuluh negara
teratas ialah Arab Saudi, Iraq, UAE, Iran, Kuwait, Soviet Union,
Venezuela, Mexico, Amerika Syarikat dan China.
Pada tahun 2002 sepuluh negara pengeluar minyak mentah terbesar di dunia
ialah Amerika Syarikat, Arab Saudi, Russia, Mexico, Iran, China, Norway,
Kanada, Venezulea dan United Kingdom.
Dari segi penggunaan minyak petrol
pula, enam negara pungguna utama (consumption) ialah Amerika Syarikat,
Kanada, United Kingdom, Jepun, Mexico dan China. |
|
|
|
|
|
|
|
OPEC
Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC - Organization of
Petroleum Exporting Countries) ditubuhkan pada tahun 1960 untuk menjaga
kepentingan negara-negara pengeksport minyak petrol.
Keahlian OPEC terdiri daripada Iran, Iraq, Kuwait, Arab Saudi, dan Venezuela.
Antara tahun 1960 dan 1975 keahlian OPEC bertambah dengan penyertaan
Qatar, Indonesia, Libya, UAE, Algeria dan Nigeria.
Pada mulanya Ecuador dan Gabon juga ahli OPEC tetapi keluar dari OPEC pada tahun 1992 (Equador) dan 1995 (Gabon).
Buat masa ini, OPEC mengeluarkan 40% dari semua keperluan minyak mentah
dunia. Semua negara OPEC lebih banyak mengekspot dari mengimport minyak,
kecuali Indonesia.
Syarikat-Syarikat Minyak Terbesar Dunia
Enam syarikat minyak terbesar di dunia ialah ExxonMobil, Shell, BP, Total,
ChevronTexaco and ConocoPhillips. Exxon Mobil dan ChevroTexaco adalah dari
Amerika, Shell dari Belanda, manakala BP adalah dari Britain.
Total adalah sebuah syarikat Perancis manakala Conoco adalah syarikat China. |
|
|
|
|
|
|
|
Sektor Yang Terlibat
Minyak menjadi sumber tenaga yang berharga murah bagi menggerakkan
berbagai sektor kehidupan moden. Antaranya ialah sektor otomobil dan
pengangkutan awam, di mana petrol dan diesel menjadi bahanapi bagi
kenderaan pengangkutan seperti kapalterbang,keretapi, bas, lori, kapal dan
jentera pembinaan.
Di sektor pertanian pula diesel digunakan untuk kenderaan pembajak, penuai
dan pengangkutan hasil pertanian dari ladang ke pasar dan pasar raya. Juga
hasil dari penapisan minyak mentah menghasilkan urea yang menjadi bahan
penting di dalam baja dan racun serangga yang digunakan di dalam
pertanian.
Tidak dilupakan juga sektor penjanaan kuasa elektrik yang menggerakkan
industri perkilangan, pengedaran barangan, pembuatan, pejabat, perhotelan,
industri pelancungan dan berbagai-bagai lagi.
Tidak syak lagi minyak petrol adalah penggerak tamadun zaman moden ini. Ia
menjadi sumber tenaga kepada segenap sektor dan industri. Negara-Negara
pengeluar minyak menjadi negara yang kaya raya. Syarikat-Syarikat minyak
pula menjadi syarikat gergasi dunia. Sebab itulah minyak petrol juga
digelar sebagai emas hitam, kerana membawa kekayaan.
Tanda-Tanda Merosotnya Bekalan Minyak Petrol dan Diesel
Namun di dalam keghairahan mengejar kemajuan hidup di zaman industri moden
yang berasaskan minyak petrol sebagai sumber tenaga ini, ramai para
saintis yang melahirkan kebimbangan akibat kemerosotan pengeluaran minyak
nanti.
Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah minyak petrol adalah hasil
bumi, dan setiap hasil bumi akan habis juga akhirnya.
Contoh yang nyata bagi negara kita ialah bijih timah. Dalam tahun 1960-an
dan tahun 1970-an Malaysia merupakan antara pengeluar utama bijih timah di
dunia. Sekarang di manakah bijih timah kita? Begitulah ibaratnya kepada
hasil minyak mentah ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Seawal tahun 1956 lagi, Dr M King Hubbert, salah seorang pakar kajibumi
(geologist) yang bertugas dengan Shell telah membuat kajian tentang hasil
minyak petrol di Amerika. Beliau menggunakan teknik kajian kaji bumi,
berserta matematik dan fizik dan hasil kajian beliau menunjukkan
pengeluaran minyak di sesebuah telaga minyak akan mengikut geraf berbentuk
loceng (bell curve).
Ini bererti pengeluaran minyak akan menjadi semakin banyak sehingga bila
50% daripada minyak dikeluarkan dari telaga minyak, akan mencapai
kemuncaknya, dan akan menurun selepas itu.
Mengikut kajian itu juga, beliau menjangkakan pengeluaran minyak di
Amerika akan mencapai kemuncaknya pada tahun 1970-an.
Apabila kertas kerja kajian tersebut diumumkan, banyak pihak
mempertikaikannya, tak kurang juga mencemuh beliau, sehingga ada suara-
suara sumbang yang menuduh beliau kurang siuman dan sebagainya. Beliau
tetap mempertahankan hasil kajian itu dan tidak berganjak dari pendapat
tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada tahun 1970, ternyata pendapat beliau tidak meleset; tahun itu
berlakunya kemuncak pengeluaran minyak petrol dari bumi Amerika, pada
tahun-tahun berikutnya pengeluaran merosot setiap tahun. Tahap kemuncak
pengeluaran tersebut dikenali sebagai Hubbert Peak Oil, sempena nama Dr M
King Hubbert.
Sekiranya kita buat andaian yang sama, maka tidak dapat tidak kita akan
mencapai kesimpulan bahawa telaga minyak di mana-mana pun akan menghadapi
nasib yang serupa, iaitu pengeluaran menaik sehingga memuncak sekitar 50%
dari jumlah minyak yang ada di telaga tersebut, kemudian menurun. Ertinya
setiap negara pengeluar minyak akan mengharungi Hubbert Peak Oil ini.
Dengan lain perkataan seluruh dunia akan menghadapi kekurangan minyak
petrol dan seluruh dunia akan menerima akibatnya dari Hubbert Peak Oil
ini.
Satu lagi tanda akan benarnya Hubbert Peak Oil ini, ialah kalau kita lihat
sejak dari tahun 1998 sehingga tahun 2005, terdapat sepuluh pergabungan
syarikat-syarikat minyak iaitu: BP dan Amoco pada Disember 1998; Amoco dan
Arco April 1999; Exxon dan Mobil Disember 1999; Chevron dan Texaco Oktober
2000; Phillips dan Conoco November 2001; Shell membeli Penzoil-Quaker
State pada September 2002; Frontier Oil dan Holly Februari 2003; Marathon
membeli 40% dari saham Ashland pada Mac 2004; Westport Resources dan Kerr-
McGee April 2004; ChevronTexaco akan mengambil-alih syarikat Unocal.
Kenapa berlaku sedemikian rupa? Tidak lain dan tidak bukan selain dari
kerana sumber telaga minyak yang baru tidak dijumpai lagi. Apa yang
dikeluarkan sekarang ialah dari telaga-telaga minyak yang dijumpai pada
tahun-tahun 1960'an dan sebelumnya.
Oleh kerana tidak lagi dijumpai telaga-telaga minyak yang baru, maka
syarikat-syarikat minyak ini, mahu tidak mahu terpaksa bergabung
demi "menyelamatkan diri" dari menanggung kerugian akibat kos tinggi yang
terpaksa ditanggung kerana eksplorasi minyak tetapi tidak menjumpainya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mengapa Tidak Meneroka Bidang Bahanapi Alternatif dan Fakta Penurunan
Bekalan Minyak Dunia 揇isembunyikan |
|
|
|
|
|
|
|
Bio Diesel & Ethanol
Buat masa ini ada dua bahan yang dilihat sebagai pengganti, bio diesel
bagi diesel dan ethanol bagi petrol. Bio diesel dihasilkan melalui proses
transesterification dari minyak kelapa sawit, minyak soya, minyak dan lain-
lain minyak masak seperti minyak kelapa, minyak jagung, lemak binatang,
malah minyak lebihan dari restoran boleh digunakan.
Ethanol pula dihasilkan melalui pemerosesan bahan organic seperti air
tebu, jerami padi, bahan lebihan dari kayu balak dan sebagainya. Proses
ini dipanggil fermentation atau pemeraman. Ini sama seperti kilang-kilang
arak yang memproses alkahol dari ubi, jagung dan sebagainya.
Untuk pengeluaran bio diesel di Malaysia, tentulah minyak sawit yang
paling sesuai kerana negara ini merupakan salah satu pengeluar minyak
sawit di dunia. Bagi ethanol, maka syarikat-syarikat arak di negara ini
yang telah begitu lama beroperasi boleh memberikan satu sumbangan
bermanafaat dan tentunya lebih baik dari membikin arak yang membawa
mudharat kepada masyrakat!
Sesungguhnya usaha ke arah pengeluaran bio diesel dan ethanol secara besar-
besaran sedang giat dijalankan di luar negara. Di Malaysia kita dapati
cuma dua buah kilang yang akan dibina untuk pengeluaran bio diesel. Satu
di Labu, Negri Sembilan di bawah tajaan MPOB (Lembaga Minyak Sawit
Malaysia) yang dijadualkan mulai beroperasi pada tahun 2007, manakala
sebuah lagi di Lumut, Perak di atas usaha-sama Capital Investment Bank
(Labuan) dan sebuah syarikat tempatan, Loreno Sdn Bhd; yang dijangka mulai
beroperasi pada tahun 2008.
Sayugia disebutkan bahawa bio diesel yang dikeluarkan oleh kilang MPOB di
Labu itu akan diekspot ke Eropah dan Turki, bukan untuk jualan di pasaran
tempatan.
Buat masa ini usaha-usaha membangunkan bio diesel dan ethanol sebagai
bahanapi alternatif kepada diesel dan petrol di negara ini masih di
peringkat permulaan.
Sedangkan para saintis dan pihak NGO yang
berkesedaran tinggi terhadap masalah dunia ini, telah meramalkan kemuncak
pengeluaran minyak dunia akan berlaku di dalam masa lima atau enam tahun
sahaja lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada tahun 2004, harga minyak mentah di pasaran ialah USD35 setong (USD35
per barrel). Pada bulan Mac 2005, harga mencecah USD55 setong dan di akhir
Jun 2005, harga mencecah ke paras USD60 setong.
Apabila Petronas mengumumkan keuntungan yang berlipat kali gandi, apa
perasaan rakyat jelata? Apa perasaan pengguna minyak petrol? Sudahkah
mereka lupa tidak sampai sebulan diumumkan kenaikan harga minyak petrol
dan diesel, syarikat minyak negara mengumumkan keuntungan besar!
Mungkinkah apabila harga minyak mentah meningkat ke paras USD100 setong
dan harga petrol menjadi RM2.50 seliter baru rakyat akan sedar?! |
|
|
|
|
|
|
|
Kesimpulan
Sebagai persediaan menghadapi krisis ini, adalah dicadangkan perkara-
perkara seperti berikut:
Peranan Kerajaan
Suatu undang-undang perlu digubal pelalui Akta Parlimen, atau apa jua
langkah perlu yang mencakupi:
Pertama, mewujudkan skim pengecualian cukai atau geran Kerajaan
Persekutuan bagi R & D (Research and Development) bagi pihak swasta, IPTA,
IPTS, Kolej swasta atau invidu yang memerlukan bagi pembangunan bio-diesel
dan ethanol.
Kedua, memberi subsidi baja, racun, serta jentera bagi sektor pertanian
negara bagi menanam kelapa sawit, kelapa, jagung, tebu dan lain-lain
tanaman sebagai sumber asas untuk memproses bio-diesel dan ethanol. Bagi
ladang yang sedia ada perlu ditingkatkan lagi hasil pengeluaran kerana
industri pertanian perlu menyokong industri pengeluaran makanan dan juga
industri bio-diesel dan ethanol.
Ketiga, pihak pengangkutan awam seperti bas, keretapi, kapalterbang, feri,
teksi perlu diberi sokongan agar semua kenderaan baru yang dibeli mesti
dapat menggunakan bio-diesel atau ethanol sebagai bahanapi. Ini akan
menukar pergantungan terhadap diesel dan petrol kepada bio-diesel dan
ethanol.
Keempat, bagi pihak pengeluar elektrik, sama ada TNB atau IPP (independent
power providers) perlu menukar secara berperingkat-peringkat stesen
janakuasa letrik kepada yang menggunakan bio-diesel atau ethanol sebagai
bahanapi. Ini bagi mengalih pergantungan kepada bio-diesel/ethanol
daripada petrol/diesel.
Kelima, bagi industri automatif, pihak Perodua atau Proton atau Naza perlu
diberi insentif bagi membangunkan kereta/kenderaan yang menggunakan
ethanol/bio-diesel. Mereka perlu diberi pengecualian cukai selama lima
tahun atau lebih bagi membangunkan sektor automatif negara. Kerajaan perlu
mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan yang menggunakan bio-diesel, tidak
semahal seperti kenderaan diesel.
Keenam, syarikat petroleum negara (Petronas) diberi peranan besar bagi
mewujudkan saluran pengedaran bagi ethanol dan bio-diesel. Pihak FELDA
juga boleh mewujudkan saluran yang sedia ada, iaitu kedai FELDA yang wujud
di setiap tanah rancangan FELDA. Lain-lain agensi kerajaan atau swasta
seperti MPOB, PORIM, PORLA, PORAM diberi tugas penting bagi menggerakkan
industri bio-diesel dan ethanol ini. Syarikat-syarikat arak seperti
Anchor, Guiness dan sebagainya ditawarkan pengecualian cukai dan insentif
yang tinggi agar mereka menggunakan kilang-kilang yang mengeluarkan
alkohol untuk pengilangan arak bagi pengeluaran ethanol untuk industri
ethanol/bio-diesel negara. Tentunya kilang-kilang mereka boleh diubahsuai
secara minima bagi mengeluarkan ethanol.
Ketujuh, kerajaan Malaysia mestilah menggunakan pengaruhnya di dalam
pertubuhan OIC serta NAM bagi membuat pemuafakatan dengan negara-negara
OIC dan NAM untuk menjalankan perniagaan atau pemindahan teknologi antara
satu sama lain bagi membangunkan industri bio-diesel/ethanol. Sesungguhnya
Brazil merupakan pengeluar utama dunia bagi ethanol yang diproses dari
tebu. Malaysia sendiri boleh menjadi pengeluar utama bio-diesel. Dengan
yang demikian kita tidak perlu lagi dikuasai oleh Amerika/Britain di dalam
hal ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Peranan rakyat ke arah menyedari hakikat dan masalah yang akan menimpa
tamadun moden kita ini adalah penting agar segala langkah positif dan
konkrit dapat dimulakan oleh kerajaan. Badan NGO juga mesti memainkan
peranan berkesan menyedarkan rakyat dan kerajaan, semoga kerajaan segera
mengambil langkah berkesan menghadapi krisis yang bakal berlaku ini.
Semoga kerajaan tidak lagi terlalu terpengaruh oleh 搄anji-janji manis |
|
|
|
|
|
|
|
Minyak mentah adalah satu komoditi yang diperdagangkan di dunia.. serupa macam kopi, teh, getah, kelapa sawit dsb. Basic rule - high demand low supply akan menyebabkan harga naik... low demand high supply akan menyebabkan harga turun.... Tapi disebabkan minyak mentah merupakan sumber terpenting yang menyumbang ke kehidupan kita sebab tu la perubahan harga minyak petrol terutamanya membuatkan kita mengeluh dan sakit kepala..
Bukan soal kita ada minyak sendiri atau apa pun.... masa harga getah turun, harga kelapa sawit turun, semua peneroka/petani/peladang mengeluh sebab kehilangan sebahagian besar pendapatan... walhal... kita tanam sendiri semua tu... tuai hasil sendiri semua tu... ada pikir ke kenapa?
Semua komoditi tu adalah common resource in the world.. semua orang kat dunia ni guna minyak... semua orang kat dunia ni guna produk dari getah/kelapa sawit.. semua orang kat dunia ni minum kopi/teh.... oleh kerana berlakunya transaksi global.. so kita perlu tetapkan harga jual beli supaya takde orang/negara yang tertindas atau menindas... sebab tu semua benda tu diperdagangkan sebagai komoditi... so bila dah ada satu harga standard.. semua negara pembekal dan pembeli perlu ikut lah.... walaupun kita sendiri yang jadi pembekal... dan juga pembeli... lagipun setakat bekalan minyak di Malaysia sebenarnya tak cukup untuk menampung demand yang ada... dan Petronas sendiri banyak melombong di negara luar... dan setakat nak harap kilang pemproses di Paka tu memang tak cukup untuk bekalan tempatan...
Sebelum menghentam kerajaan yang decide naikkan harga minyak petrol tu.. penah ke terfikir kenapa harga minyak mentah naik mendadak dari bawah RM100 setong kepada hampir RM150 setong? Banyak perbezaan tu.... tak tahu la saya kalau awak duduk bawah tempurung..tapi apa yang berlaku di timur tengah yang merupakan lombong minyak mentah terbesar di dunia memang memberi kesan yang amat besar... bom di Riyadh, perang Iraq-AS dan sekutu yang tidak pernah tamat... Israel menekan Palestin... bila berlaku semua ni... bekalan menjadi terhad... dan macam yang saya kata tadi... high demand low supply.. harga naiklah... jadi tak adil la kalau nak salahkan kerajaan Malaysia... salahkan dahulu AS dan sekutunya, salahkan Israel.. yang tak habis habis nak merebut kuasa di timur tengah dan seterusnya menguasai lombong emas hitam di situ... |
|
|
|
|
|
|
|
sejarah rege minyak di malaysia ...............
harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 15 tahun - sejak 1990)
sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
Nota : (ayat2 standard)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenaikan harga Petrol: Bantahan besar-besaran esok
Beh Lih Yi
Mar 2, 06 7:55pm
Terjemahan Satu perhimpunan besar-besaran membantah kenaikkan harga minyak, akan diadakan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) tengah hari esok.
揔ami menjangka kira-kira 5,000 orang akan hadir membawa sepanduk dan kain rentang, |
|
|
|
|
|
|
| |
|