CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 108032|Reply: 166

ANEKA RESEPI NASI AYAM

[Copy link]
Post time 24-8-2005 09:32 AM | Show all posts |Read mode
NASI AYAM RIZAYATI

BAHAN-BAHAN

UTK AYAM DAN AIR NASI
(Ayam separuh potong kecil2 (leher,bla..bla..)  - utk sup
then separuh lagi seekor potong 4 - utk goreng

1.        Tumbuk beberapa ulas bawang putih dan halia. Masukkan ke dalam air yang mendidih di dalam periuk.
2.        Masukkan ayam.
3.        Setelah ayam dah agak2 masak,angkat dan toskan.(yg potong 4 sahaja.yg kecik2 tu biarkan)
4.        Ambik dalam 5 gelas air sup and simpankan untuk masak nasi.

UTK NASI
1.        Tumis bawang merah dan halia yang ditumbuk kayu manis, buah pelaga,bunga cengkih dan bunga lawang dengan planta.
2.        Bila dah agak garing, masukkan air sup.
3.        Bila air menggelegak,masukkan beras yang sudah ditos.
4.        Then tunggu sampai masak.

UTK PERAP AYAM
1.        Tumbuk bawang putih,halia dan campurkan kicap manis dan madu. Then perap lah.
2.        Letak madu tu sebab nak bagi kilat skit.
3.        Bila nak makan,gorenglah.

UTK SUP
1.        Masukkan rempat sup bunjut adabi dalam lebihan sup tadi.
2.        Then tumiskan bawang merah,bawang putih,halia dlm kuali.
3.        Bila dah agak garing,masukkan dalam periuk sup tadi.
4.        Masukkan gula, garam secukup rasa.
5.        Bila nak makan, masukkan bawang goreng dan daun sup.

UTK KICAP
1.        Tumbuk cili padi dan bawang putih
2.        Campur dgn kicap manis
3.        Hidangkan.

UTK ULAMAN
1.        Timun dan tomato potong bulat.
2.        Salad.


- SELAMAT MENCUBA -

[archived]

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 5-3-2009 15:09 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2005 09:57 AM | Show all posts
dah ade la topik nih..cuba check page blakang2 tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2005 10:52 AM | Show all posts
Originally posted by ashra at 24-8-2005 09:57 AM
dah ade la topik nih..cuba check page blakang2 tuh..

takpe ashra..nanti mod akan mergekan
ape2 pun..rizayati, thanx for sharing
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2005 11:01 AM | Show all posts
Apa2 pun thanks utk rizayati sebab sudi kongsi resepi ni..!
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2005 11:31 AM | Show all posts
cili camner plak buat? tenkiu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2005 12:17 PM | Show all posts

akum

em sorila kalu topic ni dah ader.
anyway lupa lak nak cakap cilinya..

utk cilinya
1. cili padi (merah n hijau) -jgn byk sgt
2. cili besar merah n hijau
3. bawang putih
4. halia
5. cuka
6. air
7. gula
semua bahan ni dikisar.tp cili ni pedas skitla...rizayati suka cili nasi ayam yg pedas skit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2005 01:56 PM | Show all posts
Originally posted by ninoZ at 24-8-2005 10:52 AM

takpe ashra..nanti mod akan mergekan
ape2 pun..rizayati, thanx for sharing


nak tanya...kalau makan nasik ayam hainan, mesti ada  ginger relish/sauce...camno nak buat ginger relish tu?..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2005 02:53 PM | Show all posts
wahhhh..akak dok imagine sungguh menyelerakan resepi rizayati nie..
thanks dearie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2005 03:23 PM | Show all posts
Originally posted by mias_2004 at 24-8-2005 01:56 PM


nak tanya...kalau makan nasik ayam hainan, mesti ada  ginger relish/sauce...camno nak buat ginger relish tu?..


exact recipe me tak sure..maaf yer
tapi kalau kat rumah  camni je bahan2 dan caranya :

minyak lemak ayam - panaskan lemak ayam sampai cair pastu amik minyaknya aje
halia muda bior byk sket
bwg putih sket je
minyak bijan
jus limau kasturi
garam n gula secukup rasa
kicap cair
air secukupnya [kalau nak lagi sedap gantikan air dgn stok lebihan rebusan ayam]

blend semua bahan..adjust la bahan2 secukup rasa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2005 11:10 AM | Show all posts

akum...cranko 21

em...cubalah
mesti jadik punyer...heheeh
cuma sedap ker tak bergantung pada oranglah....hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2005 04:03 PM | Show all posts

RESEPI NASI AYAM RIZAYATI

Mesti sedap ni:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2005 04:12 PM | Show all posts
Mmm...yummy..yummy..syok gak bod ni yer..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 09:53 PM | Show all posts
Ini pula resipi Nasi Ayam Keluarga Diana

Bahan untuk Nasi
1 kilo beras
1/2 cawan halia yang telah dikisar
1/2 cawan bawang putih yang telah dikisar
3 helai daun pandan
1/2 sudu makan garam
serbuk perasa
air paras sukatan beras
minyak untuk menumis

Bahan untuk Sos
15 batang lada merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji limau kasturi, ambil jusnya
3/4 cawan air masak
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula

Bahan untuk Ayam Goreng Madu
1 ekor ayam
3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan
air untuk rebus secukupnya
minyak untuk menumis

Untuk dikisar
1 ibu jari hali
1 bawang besar
2 ulas bawang putih

Bahan untuk Ayam Rebus Style Hainan
1 ekor ayam
sedikit garam
air secukupnya untuk merebus ayam

  

Cara Menyediakan   

Cara untuk membuat Nasi Ayam

Panaskan minyak dalam periuk nasi. Kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehinnga naik bau, masukkan garam, serbuk perasa dan air (sukat air mengikut paras beras) dan gaul rata. Masukkan beras dan gaul rata. Kemudian tutup periuk nasi dan biarkan ia masak. Keluarga Diana kalau buat nasi ayam tidak mengunakan air rebusan ayam ataupun serbuk sup. Insyallah nasi akan berbau harum dan warnanya kuning-kekuningan.

Cara untuk membuat Sos
Kisar bawang putih, halia dan lada merah bersama jus limau kasturi, garam dan gula. Kemudian masukkan air masak. Kisar lagi. Rasa sekiranya ada kurang tambah garam, gula mengikut citarasa dan boleh dihidangkan bersama nasi ayam.

Cara untuk Ayam Goreng Madu
Bersihkan ayam dan jangan dipotong biarkan ia seekor. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian tuangkan air, dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ayam dan direbus hingga ia masak. Kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucuk pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya. Campurkan madu, sos tiram, kicap dan minyak bijan. Sapukan rata pada ayam yang telah direbus itu. Perap untuk 1 - 2 jam. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng ayam, minyak mestilah banyak. Goreng ayam hingga kulitnya garing. Jangan goreng ayam terlalu lama sekadar untuk garingkan kulitnya. Angkat dan toskan minyaknya. Itulah rahsia ayam yang isinya lembut didalam dan mendapat kulit yang garing.

Cara untuk Ayam Rebus Hainan
Bersihkan ayam dan dibasuh dengan air garam, jangan dipotong biarkan ia seekor. Kemudian gantung ayam untuk dikeringkan seketika. Masak air dalam periuk besar (air mesti cukup untuk tenggelamkan ayam) sehingga ia mendidih. Masukkan ayam dan kecilkan api dan rebus ayam untuk 40 minit. Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak. Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap so pandai-pandai untuk agak. Jika tidak berdarah lagi boleh angkat ayam dan gantung untuk toskan airnya. Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur. Potong ayam macam jual kat kedai. Tuangkan sedikit kicap cair dan minyak bijan atas ayam dan hidangkan bersama nasi ayam.

SUP (untuk Nasi Ayam)

Cara-caranya
Gunakan air rebusan ayam untuk Ayam Goreng Madu ataupun Ayam Rebus Style Hainan. Tambah garam dan serbuk perasa secukup rasa. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Fuhhh terantuk. Itulah supnya.


Nota: Kepada yang suka, air rebusan ayam boleh juga digunakan untuk masak nasi. Ini terpulang pada individu. Sup Nasi Ayam juga sedap kalau letakkan kaki ayam dan leher ayam, kepada yang suka. Boleh juga menyediakan Sayur Chap Chai untuk dimakan bersama Nasi Ayam.


[archived]

[ Last edited by NoorMasri at 23-1-2006 02:48 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2005 08:06 AM | Show all posts
saya suka makan nasi ayam ni
apatah lagi yang mak buat sendiri
sedapnyeee
tapi, hubby lak tak suka
sedih betul
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2006 09:03 AM | Show all posts
Diana upkan balik thread ini untuk Nasi Ayam, nyum nyum dap dap my paberet hehe... Ini dia gambar Nasi Ayam Keluarga Diana yang telah disediakan oleh Rashidah dan juga LindaPTP dari Resipi.Net.  Cubalah



Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2006 09:27 AM | Show all posts
Ini Nasi Ayam Hainanese resipi makcik, nanti Diana kena minta resipinya. Gambar sewaktu gathering keluarga... Nasinya bila disediakan ada menggunakan kulit ayam agak berlainan dari apa yang kita buat selalu... nanti kalau dah dapat resipinya Diana tempek kat sini... buat masa ini kasi semua terliur dengan gambarnya dulu :cak:

  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2006 12:12 PM | Show all posts
terliur sungguh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2006 09:47 AM | Show all posts
Masakan kegemaran Diana :bgrin:... Menu semalam..

Nasi ayam, Ayam Goreng Ketumbar, Ayam Goreng Madu, Sayur Chap Chai, Sup Kaki Ayam, Sambal Nasi Ayam dan Air Longan :mll:
  

  

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2006 11:26 AM | Show all posts
dlm banyak2 teja terliur yg ni..tp takleh nak amalkan selalu

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2006 01:20 PM | Show all posts
Originally posted by tunteja78 at 21-2-2006 11:26 AM
dlm banyak2 teja terliur yg ni..tp takleh nak amalkan selalu



Psstttt Teja, Kak D tak makan kaki ayam... itu lauk untuk bonda dan nenekda :cak:.... Kak D tak boleh tertelan kaki ayam... tapi kalau tengok kazen2 Kak D makan ishhhh... sedap ke kaki ayam nih? :stp:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.058424 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list