View: 43871|Reply: 348
|
Aspirasi Ramli MS - Bi-Pop (BH)
[Copy link]
|
|
Artikel 2
Aspirasi: Hetty Koes Endang satu dalam sejuta
Oleh Ramli MS
Hetty bukan hipokrit. Dia amat menghormati hasil kerja orang. Sepanjang saya bekerja dengan ramai penyanyi, berlainan dengan Hetty apabila dia tidak akan sesekali meninggalkan pemuziknya
揌ETTY Koes Endang, nama yang besar, sebesar bakatnya. Kenakalan saya akhirnya mendekatkan dia dengan saya. Ketika itu saya diberi tugas, sebagai pengarah muzik saya perlu mengiringinya menjayakan tour satu Malaysia.
Kalau tak silap saya, ketika itu penghujung 1986, masa tu Hetty adalah artis nombor satu di Indonesia.
So, hari pertama kami rehearsal, nakalnya saya tu, saya nak tahu berapa tinggi ilmu muzik yang ada dalam diri dia.
Saya nak uji dia, tapi dalam diam. Saya masih ingat, semasa kami rehearsal lagu Tak Ingin Sendiri, saya sengaja naikkan 'key' setengah. Saya tak beritahu dia, sebaliknya dengan menggunakan isyarat tangan, saya suruh pemuzik naikkan 'key' setengah.
Baru saya start dua bar, Hetty suruh berhenti! Dia cakap pada saya, 'keynya' tinggi setengah itu, turun balik! Bayangkan, Hetty seorang yang pitch perfect walaupun dia tidak tahu bermain apa-apa alat muzik.
Dia seorang yang unik, anugerah Tuhan pada dia.
Selepas rehearsal, Hetty datang jumpa saya. Kamu nakal ya Ramli? Berani uji saya! Saya hanya ketawa! Itu adalah pertama kali saya bekerja dengan Hetty. Jadi, kenakalan saya tu membuatkan Hetty berminat untuk terus bekerja dengan saya lagi.
Kini terbukti, selain populariti, Hetty penyanyi nombor satu di Indonesia, dia juga seorang artis yang tinggi ilmu nyanyiannya. Penyanyi seperti inilah yang kita harus ada suatu hari nanti. Kreativiti Hetty sungguh besar. Kalau 100 tempat saya main lagu yang sama untuk dia, dia akan menyanyi lagu itu dengan jiwa berlainan.
Kreativitinya mampu merubah jiwa lagu yang sama.
Sudahlah kita tak boleh tipu dia pasal 'key' dan kalau dalam rakaman, tiga minit lagu tu, tiga minitlah habis! Hetty seorang artis yang amat profesional.
Saya sendiri banyak belajar daripada Hetty mengenai profesionalisme dalam seni. Kalau dia nyanyi atas pentas, kena pula sound system tak power, dia akan jerit, sampailah dia puas!
Dia nak yang terbaik untuk diri dia. Dia komited. Saya dan Hetty merantau main muzik selama 19 tahun. Cakaplah ke mana saja, kita berdua saja pergi ke festival. Kadang-kadang ibu Hetty juga ikut.
So, antara saya dan Hetty dah macam satu keluarga. Kalau saya pergi rumah dia di Jakarta tu, nak makan, ambil sendiri kat dapur.
Kalau dia menyanyi, dalam rakaman ke, kalau salah, dia stop sendiri. Penerbit tak perlu memperbetulkan dia. Dia tahu kat mana dia salah. Hetty juga seorang yang berterus terang.
Kadang-kadang tu kami sampai bergaduh, dia cakap, dia tak suka muzik saya. Kadang-kadang saya cakap, saya tak suka cara dia menyanyi.
So, kami bekerja dalam satu team. Sekalipun dia penyanyi, dia turut melontarkan pendapatnya mengenai kerja saya. Kami bekerjasama untuk mencari yang terbaik. Sebab itu saya dan Hetty mampu bertahan selama 19 tahun dan sehingga kini masih bertahan.
Walaupun ketika ini dia sudah berkeluarga, tapi masih menyanyi.
Kalau dia datang ke Kuala Lumpur, saya tak ada sebagai pengarah muzik, dia tak mahu menyanyi. Hetty juga seorang penyanyi yang tak suka buat show pakai muzik minus-one.
Walaupun dia hanya menyanyi dengan satu piano, tak apa.
Pernah suatu ketika dulu, orang suruh dia menyanyi pakai minus-one, dia cakap, kamu pasang saja CD (cakera padat) lagu saya!
Bayangkan kreativiti yang dia nak buat. Rakaman dan live dua perkara yang amat berbeza. Sebab tu saya cakap, 100 tempat dia menyanyi lagu yang sama, tak sama jiwanya.
Dia memiliki ilmu muzik yang padat. Hetty pernah memenangi anugerah penyanyi terbaik di Chile pada 1983 dan banyak lagi anugerah.
Setiap kali saya menghadiri festival muzik bersama Hetty, saya mewakili Indonesia, bukan Malaysia sebab saya bekerja dengan dia. Ada satu tempat kami pergi di Tokyo, tahun saya tak berapa pasti, di situ Hetty pernah menyanyi dengan Chaka Khan, terlalu hebat! Hetty juga adalah artis Indonesia yang pertama merakamkan secara live dengan multi track. Lepas tu barulah M Nasir, Search, Wings buat rakaman guna multi track. Bagi saya, cara Hetty bekerja, cara dia mendidik diri, sepatutnya diteladani. Hetty sangat tegas orangnya.
Sekarang Hetty dah berkeluarga, jadi dia kurangkan aktiviti nyanyiannya. Tapi, kalau dia buat show atau konsert di mana-mana saja, dia mesti panggil saya jadi pengarah muziknya. Saya dah pegang reportoire Hetty untuk beratus lagu.
Lagu Hetty dari berentak ke roncong, Sunda atau apa saja, saya pernah menempuh muzik era itu sebelum saya jumpa dia. Apa saja muzik dia nak, saya boleh bagi pada dia.
Saya ada asas muzik yang dia nak. Tapi, sepanjang tempoh 19 tahun saya bekerja dengan dia, lagu Kasih, kadang-kadang tak ada dalam senarai, tapi orang nak dengar Hetty nyanyi lagu tu.
Cara nyanyian Hetty amat merdu, mendayu, menusuk kalbu! Hetty menyanyi dengan jujur. Tengok saja ketika Hetty jadi pengkritik Akademi Fantasia 2 (AF2) dulu. Saya yang bawa dia. Betapa jujurnya dia memberikan komen. Itulah cara kami bekerja. Dia cakap apa yang dia tahu saja. Kalau dia tak tahu muzik rap, dia terus terang, dia tak tahu.
Seperkara lagi, Hetty bukan hipokrit. Dia amat menghormati hasil kerja orang.
Sepanjang saya bekerja dengan ramai penyanyi, berlainan dengan Hetty apabila dia tidak akan sesekali meninggalkan pemuziknya. Kalau dia buat show di mana-mana, Hetty akan memastikan tempat tinggal, makan minum pemuziknya semua OK. Apa dia makan, itulah pemuziknya makan.
Bukan saya saja yang dapat layanan istimewa daripada Hetty, sebaliknya semua pemuzik! Semua pemuzik yang bekerja dengan Hetty akan berasakan diri mereka dihargai.
Kalau dia naik flight, first class, saya juga akan duduk first class. Kalau dia tinggal di suite hotel, dia juga nak saya tinggal bersebelahan atau berdepan dengan suite dia. Bagi dia, memudahkan dia berbincang soal kerja.
Hetty selalu cakap, tanpa pengarah muzik, pemuzik, saya tak bisa nyanyi, kita perlu team work. Tanpa mereka (pemuzik), saya siapa? Jadi, Hetty menghargai semua pemuzik yang terbabit dengan kerja seninya.
Penyanyi Malaysia, mungkin mereka tak sampai ke arah itu, sebab itu standard mereka begitu. Selain Hetty, tengok saja Anita Sarawak, pun begitu, amat menghargai pemuziknya.
Hetty anggap saya seolah-olah Godfather pada dia, jaga dia. Hetty tak berlakon, dia hanya mendalami satu perkara, menyanyi saja. Sekarang Hetty, 47 tahun, jiwa nyanyiannya semakin halus. Kalau nak ikutkan kudrat Hetty, dia boleh menyanyi sepanjang zaman." |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Artikel 3
Aspirasi: Duit, glamour akan datang cari kita kalau...
Bersama Ramli MS
揔ONTROVERSI (ketawa besar). Lazimnya kita mendengar keputusan sesudah ada saja kontroversi. Tak kiralah festival filem atau muzik, apa saja terutama yang membabitkan penjurian daripada juri profesional, pasti mengundang kontroversi.
Janganlah nak dipertikaikan, pepatah Melayu yang bermaksud 'rumah siap, pahat berbunyi. Keputusan sudah diputuskan, tak boleh ditarik balik, dah muktamad.
Janganlah kita patah balik pada muka surat yang lama, kita patut inggalkan, lupakan, apa saja silap ita. Kita sepatutnya memperbaiki pa yang tidak sepatutnya terjadi, ada masa depan. Belajarlah aripada kesilapan. epatutnya kita mempunyai juri ang benar-benar berkelayakan ntuk menilai dari setiap aspek.
Baik filem atau muzik, kita seharusnya mempunyai barisan juri yang layak, yang tak boleh orang mempertikaikannya. Saya melihat dunia seni sekarang dah berubah. Salah satunya saya lihat, juri sudah diserahkan di kalangan orang ramai.
Umpama juri yang berdasarkan undian SMS (khidmat pesanan ringkas). Tak dinafikan, juri SMS adalah satu bentuk perniagaan yang lumayan dan menguntungkan, sekali gus amat jarang menimbulkan kontroversi. Tapi, jika difikir dari sudut realistik, jangka panjang, minat dengan yang betulbetul berbakat, adalah dua perkara berbeza. Ada dua perkara yang sesetengah orang tak faham iaitu the other side of entertainment.
Satu, nilai komersial. Komersial ini membawa kepada nilai kualiti yang tak begitu details. Maksud saya, ada lagu sedap, ada filem mahal, tapi orang susah nak faham. Ada lagu sedap, tapi orang tak nak beli album, orang nak dengar saja.
Ada lagu yang kualitinya tinggi, tapi tak boleh jual sebab ia tak ada nilai komersial. Jika sesuatu produk itu tak boleh dijual, tapi dinobat dalam festival, tak kira filem atau muzik, orang akan mempertikaikannya.
Saya ambil contoh lagu Ning (Baizura), Awan Yang Terpilu yang menang salah satu kategori pada AIM2005 (Anugerah Industri Muzik 2005), baru-baru ini. Saya boleh cakap, tak semua orang suka lagu tu. Tapi, jika dilihat atas kertas dan melihat 'urat-uratnya', Awan Yang Terpilu mempunyai nilai seni yang tinggi. Saya masih ingat ketika saya bekerja sebagai penggubah lagu Cina sekitar 1983 dengan Life Records. Saya bekerja dengan tuan punya Life Records, Mr Eng.
Dia mempunyai lebih 200 artis di Hong Kong. Dia mengawal pasaran Asia Tenggara. Bila macam tu, saya keluarkan 'kung fu' muzik saya, dia marah! Dia kata, di Malaysia, orang tak berapa dididik dengan muzik yang terlalu advance, kita bukan di Barat.
Komersial lebih penting dari nilai seni. Maksud Mr Eng, orang yang beli album, beli CD ni, jenis orang yang tak tahu muzik! Dia orang nak dengar lagu sedap dan difahami saja.
Jadi, kita ni sebagai penghibur, maknanya kita kena hiburkan orang tu, bukan diri sendiri. Di situlah saya belajar mengenai nilai komersial. Dalam erti kata lain, jangan syok sendiri! Jangan bersikap prejudis, jangan kerana kawan, kita bagi dia kerja.
Kalau kawan kita boleh buat kerja, yes kita bagi, tapi kalau sekadar nak tolong, jangan buat! Seperkara lagi, sistem juri di Malaysia, saya rasa pelik sikit.
Kadang-kadang tu dia terbabit dalam satu-satu produk, dia jadi juri juga. Katalah kita ada lima panel juri, salah seorang daripada mereka, ada lagu yang dipertandingkan. Keputusan ada empat saja. Dia pula tidak boleh jadi juri untuk lagu dia sendiri. Juri seperti ini tak boleh dijemput.
Kebanyakan juri muzik di sini tidak berkelayakan. Mereka tidak menyeluruh, tidak melihat lebih dalam dan lebih jauh. Kalau dia suka genre muzik tu, dia angguk kepala. Seperkara lagi kebanyakan juri ini prejudis.
Saya pernah jadi juri, kadangkadang saya tengok, entah siapasiapa yang duduk kat situ. Dia tak layak, lepas tu cakap banyak. Dia cakap lagu orang ni tak bagus, lagu orang tu tak bagus. Dia pun tak tahu apa yang dia cakap. Kadang-kadang kerja penjurian ni tak ada wang yakni atas ihsan saja.
Kepada karyawan yang layak jadi juri muzik, tapi kerana sibuk, dia tak nak jadi juri. Sepatutnya untuk industri, kita luangkan sedikit masa. Juri di kalangan ahli akademik hanya ada teori, tak ada praktikal.
Mereka kurang kredibiliti untuk jadi juri kepada perkara yang tak ada on line. Saya boleh katakan, kita ketandusan juri yang mahir dalam bidang muzik.
Kita lihat saja pengkritik yang dijemput dalam program realiti TV. Jangan asyik asyik muka yang sama. Ada yang berkaliber, tapi takut nak bersuara! Yang tak tahu muzik pula, berani pula bersuara, tak tahu apa dia cakap.
ww Seperkara lagi, dalam industri muzik, saya tak percaya unsur politik. Saya cuma percaya, dalam muzik hanya ada satu saja ayat saya, money will look for you. Janganlah nak persoal kenapa orang tak panggil kita buat kerja. Bukan orang tu tak suka dengan kita, sebabnya kita sendiri yang tak bagus.
Kalau kita bagus, duduklah kat pelusuk mana di dunia ni, duit tu akan datang cari kita. Jadi, saya percaya satu dalam industri hiburan, duitlah yang mencari kita. Saya tak percaya ada politik. Apabila duit cari kita, kerja pun cari kita, bersama dengan glamour.
Jadi, tak perlu kita cari duit, cari glamour, glamour datang dengan sendirinya, dengan duit, cuma kita asah berapa tajam dan kilat 'parang' kita! Bakat adalah satu anugerah Tuhan yang tak boleh disentuh. Bakat itu terunggul.
Muda mana kita ni sekalipun, kalau bakat kita besar, orang yang lebih berumur dari kita, akan menghormati kita kerana bakat. |
|
|
|
|
|
|
|
summer suka gak tulisan dia ni..
apa yg dia ckp tu btul gak... |
|
|
|
|
|
|
|
Artikel 4
Aspirasi: Ramai penyanyi ada badi `stage fright'
Bersama Ramli MS wub.gif
ASSALAMUALAIKUM...
Minggu ini saya akan mengulas kredibiliti penyanyi kita selepas ulasan saya dua minggu lalu mengenai Hetty Koes Endang. Sudah banyak kali saya dilantik sebagai pengarah muzik untuk menjayakan konsert yang besar-besar dan hampir ke semua penyanyi sudah menyanyi di depan saya.
Kami berkampung empat, lima hari di belakang pentas, menjalani latihan, jadi saya tahu sangat kemampuan mereka. Saya ambil contoh, Anugerah Juara Lagu (AJL) TV3. Kenapa di AJL, kerana di situ banyak tekanannya. AJL satu pertandingan dan bukan sekadar populariti.
AJL memerlukan semua penyanyi memberi sepenuh daya yakni apa juga seni yang ada dalam diri mereka, perlu dikeluarkan sepenuhnya.
Bagi saya, penyanyi yang kaya dengan teknik nyanyiannya, baik di dalam studio mahupun di pentas ialah Ning Baizura. Dia seorang yang neat.
Apabila dia neat, muziknya pun kemas. Kalau kita melihat Ning menyanyi live, percayalah cakap saya, dia cuma menyanyi 60 peratus saja dari kemampuan sebenarnya. Saya dah banyak kali mengiringi persembahannya di pentas, show yang besar-besar yang memerlukan dia mengatasi tekanan.
Kadang-kadang tu selepas show tu, saya cakap dengan Ning, saya kecewa dengannya.
Padahal ketika latihan, saya cukup kagum dengan persembahan dan nyanyiannya. Apabila dah berdepan dengan penonton, inilah masalah yang dihadapi penyanyi kita yang sepatutnya diatasi.
Kadang-kadang saya sendiri berdepan masalah yang sama, perasaan gugup, takut muzik yang saya buat tu salah. Setiap kali saya hayun baton tu, kalau pemuzik saya main salah, saya tak boleh buat apa-apa. Jadi, saya juga berdepan dengan gugup yang macam tu. Seorang lagi ialah Anuar Zain. Dia mempunyai suara yang bertenaga.
Kemampuan Anuar semasa latihan, saya sungguh gembira apabila dia memberikan persembahan melebihi 100 peratus! Tapi, apabila dia buat persembahan secara langsung di pentas, live, dia mula hilang fokus. Saya tak faham, dah lama menyanyi, tapi dia masih ada keadaan macam tu. Mungkin ketika AJL, ada badi.
Orang meneliti apa yang kita buat. Bukannya orang nak tengok show tu untuk suka-suka saja, tapi meneliti di mana silap kita, bukannya nak tengok bagusnya kita! Sebab tu tekanannya hebat.
Maknanya persembahan mahupun nyanyian Ning dan Anuar ketika latihan memang bagus. Cuma, apabila mereka buat live show, hasilnya agak mengecewakan saya. Namun, saya tak anggap itu kelemahan mereka, tapi badi stage fright yang perlu diatasi.
Tapi, tidak kepada yang seorang ini. Saya pernah bekerja dengannya selama tiga tahun sebagai pengarah muzik. Saya akui kecekalan yang ada pada dirinya.
Dia tak ada tekanan, apabila menyanyi live, persembahan dan nyanyiannya sungguh konsisten. Sama ada ketika sesi latihan, show di pentas kecil atau besar, dia tak ada tekanan, itulah dia Siti Nurhaliza yang saya kenal.
Semangatnya kuat, saya tak nampak tekanan dari getaran suaranya. Setiap penyanyi yang menyanyi di depan saya, saya boleh dengar gegaran suara mereka, sama ada ada tekanan atau tidak. Saya akui kehebatan Siti apabila dia berdepan dengan situasi live. Semasa dalam studio pun, dia OK. Dia seorang penyanyi yang cepat belajar.
Jadi, itulah penilaian saya terhadap Ning, Anuar dan Siti, antara tiga nama gergasi yang masih menyanyi. Tapi, percayalah cakap saya, baik Ning mahupun Anuar, standard mereka adalah lebih baik dari apa yang kita dengar. Siti saya suka dia menyanyi live dari studio. Penguasaan jiwanya lebih baik dari dalam studio.
Seperkara lagi ialah mengenai gelaran. Apabila media melabel seseorang penyanyi itu sebagai ratu dalam apa saja genre muzik, mungkin penyanyi itu tidak meminta gelaran itu ditujukan kepada diri mereka. Media ini yang rasa diri mereka Quincy Jones.
Padahal dia (media) bukan tahu sangat pasal muzik. Mungkin kalau Quincy Jones yang beri gelaran tu, saya akui kerana dia seorang yang berpengaruh dalam industri muzik.
Apabila media yang beri gelaran, memang penya nyi tu tak minta. Apabila diberi gelaran, beban dan kredibilitinya terletak pada diri penyanyi ber kenaan.
Kita ni sekadar kuman saja di Malaysia jika nak dibandingkan dengan yang ada di dunia. Daripada kita yang nak melabel penyanyi, kau ratu itu, kau ratu ini, saya rasa hentikan saja. Diri saya sendiri, saya tak berani nak iktiraf saya ni seorang penggubah lagu, seorang komposer.
Pada saya, apa saja genre gelaran ratu, diva ke apa, contohnya Ratu Dangdut, sebenarnya yang lebih sesuai adalah Ratu Reportoire Dangdut - ada satu lagi perkataan di tengah.
Saya sendiri yang bagi perkataan di tengah itu. Ratu Reportoire Asli, macam tu! Apabila kita melabel penyanyi dengan gelaran setinggi itu, ia sebenarnya merosakkan diri penya nyi itu sendiri.
Pembelajaran dalam muzik ini seluas langit, tiada penghujung. Saya sendiri tak pernah ada name card. Saya takut nak iktiraf diri saya ni seorang penerbit, penggubah lagu dan pengarah muzik. Saya tahu berapa luas muzik itu.
Kepada pihak media, janganlah kerana seorang penyanyi yang dah keluar satu album, terus melabel mereka dengan gelaran ratu, diva. Selain itu, janganlah melabel artis kita sebagai mi segera, benda ni semua tak elok! Kita sepatutnya jangan kutuk mereka! |
|
|
|
|
|
|
|
Artikel 5
Aspirasi: Apabila program realiti TV dikatakan 'memesong akidah'
Oleh Ramli MS
揂SSALAMUALAIKUM... Minggu ini saya ingin memberi pandangan peribadi mengenai pandangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengenai program realiti TV yang terlalu banyak elemen hiburan sehingga dikhuatiri merosakkan akhlak masyarakat terutama belia.
Ada pendapat mengatakan realiti TV haram, positif dan negatif.
Fakta berkenaan ada yang betulnya jika dilihat dari sudut hendak mengkritik program seperti itu.
Namun, jika dilihat dari aspek yang empunya realiti TV, ini adalah satu perniagaan baru yang kita tahu hiburan audio dan rakaman dah macam nyawa-nyawa ikan disebabkan cetak rompak.
Jadi peralihan perniagaan itu mengarah kepada realiti TV.
Empunya realiti TV pula kebanyakannya terdiri dari stesen TV berbayar. Contohnya macam Astro.
Jadi, pemikiran perniagaan mereka, bagi saya ia sesuatu yang bijak untuk merebut peluang.
Kalau nak ikutkan program realiti TV, peratusannya di dalam perniagaan hiburan, cuma 20 peratus saja, tak dicampur dengan wayang gambar, teater, konsert, live show, live band dan macam-macam lagi.
Jadi, di situlah peluang perniagaan yang menonjol kerana orang lebih cenderung ke arah realiti TV.
Negatifnya realiti TV ini, sesetengah program itu, pada saya sudah 'sesat', 'hilang akidah' (tanpa merujuk kepada mana-mana realiti TV).
'Mazhabnya' dah tukar! Disebabkan terlalu mementingkan nilai komersial, kegelojohan yang tersangat ke arah komersial, itu yang saya katakan, 'terpesong akidah'.
Melihat komen menteri, ahli agama dan pakar akademik, saya mengambil jalan tengah mengenai isu realiti TV ini. Stesen TV bersaing untuk mendapatkan rating yang tinggi. Secara tidak disedari, 'akidah' itu sudah terpesong dari perkara asas realiti TV berkenaan.
Kepada mereka yang merungut, pastinya melihat perkara yang negatif. Mereka tidak pandang yang positif. Saya tidak mengatakan, saya bukan lagi Pengetua AF2, jadi saya boleh bercakap mengenai perkara ini.
Mungkin dari segi undangundang, aturan, perlu dikeraskan lagi. Sesiapa pun tak boleh membunuh budaya orang lain. Tapi, kalau dicampurkan budaya daripada mazhab yang berbeza, pastinya dua campur dua jadi enam, bukan empat!
Jadi, budaya memang tidak boleh ditukar. Nama pun Melayu, kita tak boleh `mengkafirkan' budaya tu. Mana ada orang Melayu yang tidak Islam? Kalau ada, dia murtad. Pendek kata, kita tak mahu realiti TV Ayah Pin!
Pandangan negatif realiti TV dari pelbagai aspek pemikiran, semuanya terpulang kepada orang yang sedang dalam peralihan hiburan ke arah realiti TV. Memang duit tu duit mereka. Kalau nak kata judi, bagi saya, saya tak nampak realiti TV ni satu perjudian. Ia sebenarnya satu perniagaan.
Realiti TV melalaikan, tidak juga.
Kalau orang tu buka channel 4, nampak Mawi, dia wawawa! Lepas tu dia buka channel 3, nampak Brad Pitt, dia pun wawawa! Buka channel 1, nampak Shah Rukh Khan, lagi sekali wawawa! It's just peminat! Orang suka ke arah itu.
Ada yang suka pergi kelab, ada yang enjoy tengok wayang.
Jadi, realiti TV salah satu hiburan terkini yang merangkumi orang lebih cenderung ke arah realiti.
Mungkin ada betulnya benda yang melalaikan itu dari segi program dah melalut ke arah yang hilang budaya, yang lupa asal asas apa sebenarnya program berkenaan.
Mungkin perkara itu terjadi sebagai satu percubaan produser yang inginkan kelainan. Saya juga tak nampak, realiti TV boleh membawa gejala tidak sihat kepada remaja kita. Terpulang kepada yang melihat. Orang bukan minat pada Mawi atau Felix saja, tapi yang peminat lelaki tu, ada yang minat Angelina Jolie. Kalau kita melihat realiti TV ini sesuatu yang negatif, jadilah negatif dan begitulah sebaliknya.
Empunya realiti TV ni cuba sedaya upaya memenangi situasi perniagaan dengan memaparkan elemen Hindustan. Ada stesen TV yang bijak merebut peluang begini. Main emosi. Bagi saya, itu business! Filem Hindustan, Inggeris pun main emosi. Benda ni setakat hiburan.
Adat berniaga, ikutlah selera masing-masing. Paksaan tidak datang daripada empunya realiti TV. Kita sebagai individu, berfikirlah secara terbuka, kalau orang tak suka sesuatu program tu, program tu akan berkubur sebab tiada sambutan, tiada SMS.
Kalau orang suka, ada sambutan, empunya realiti TV akan teruskan lagi program berkenaan.
Semuanya terpulang kepada kita sebagai individu. Memang orang nak menilai negatifnya hiburan ini.
Jadi, kita tak boleh buat kesilapan.
Kalau kita menyanyi sumbang, orang perasan. Itulah maksud saya.
Anda suka program realiti TV tu, anda tengok, anda undi. Anda tak suka tak perlu undi, tengok saja.
Tak suka langsung, tukar channel lain! |
|
|
|
|
|
|
|
Artikel 6
Aspirasi: Semangat Negaraku perlu ada setiap masa
Oleh Ramli MS
"ASSALAMUALAIKUM... Patriotik, patriotik, patriotik! Semua orang, tak kira duduk di negara mana sekali pun, ada semangat patriotik untuk negara yang mereka diami. Kalau tak ada, susahlah, suatu hari nanti, siapa yang nak mempertahankan negaranya. Pada 31 Ogos ini, negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-48, jadi semestinya setiap orang mesti ada semangat patriotik!
Bayangkan orang zaman dulu, melaungkan Merdeka, Merdeka, Merdeka! Laungan itu yang patut kita kenang betapa susahnya untuk mengecapi kemerdekaan. Laungan itu menyenangkan kita hari ini. Jadi, hari ini saya ingin mengulas mengenai lagu-lagu patriotik dulu dan sekarang.
Bagi saya secara peribadi, yang nombor satu ingin saya perkatakan ialah lagu Negaraku. Semangat patriotik yang ada dalam lagu Negaraku.
Lagu Negaraku hari ini sudah diubah ke rentak marching, yang lebih fast.
Secara peribadi, saya beranggapan, lagu Negaraku memang tidak boleh dihapus semangat patriotiknya.
Apabila kita dengar Negaraku, rasa hormat sepatutnya ada dalam diri kita. Contohnya, apabila kita dengar Negaraku, kita perlu ada semangat kesukanan, berperang dan nak mempertahankan maruah. Bendera Malaysia tu pun, kalau kita mati, ia harus tegak. Mati untuk negara! Buat apa pun untuk negara. Itulah semangat yang harus ada dalam Negaraku.
Tapi, kalau dah hilang semangat patriotik dalam Negaraku, kita dengar untuk sedap, itu bukan Negaraku lagi, tapi negara kau! Negaraku bukan untuk dengar sedap, sedap perkara kedua atau ketiga. Negaraku bukan komersial.
Bayangkan apabila lagu Negaraku berkumandang, Sultan ke, Agong ke, apabila mereka berjalan, mereka boleh berhenti. Berhenti menghormati Negaraku. Agong pun boleh berhenti berjalan, jadi kita kena hormat. Agong tu adalah kedudukan yang tertinggi dalam negara kita, boleh menghormati Negaraku, kenapa tidak dengan kita?
Jadi, menukar rentak Negaraku kepada marching beat, seolah-olah Negaraku sudah kehilangan taring.
Perlu diingat, itu pendapat saya saja. Saya tak tahu orang lain yang mendengar rentak baru Negaraku.
Pembaharuan yang bagaimana mereka hendak.
Kalau nak buat pembaharuan sekalipun, memang digalakkan, tapi perlu ada semangat yang saya cakap tadi. Semangat tak boleh disentuh. Ia ibarat satu 'tiupan sangkakala' yang setiap orang harus mematuhinya.
Mereka perlu menghambakan diri kepada seruan Negaraku. Itulah harga merdeka.
Negaraku melambangkan kebesaran negara kita. Jadi Negaraku harus besar! Dari segi apa saja, semangat dan bunyi. Negaraku satu suntikan untuk menaikkan semangat kita. Menyeru kita lebih bersemangat. Negaraku, lagu, satu ciptaan intelektual. Ibarat langit, tiada penghujung.
Tapi, apa yang saya perhatikan hari ini, orang menyanyikan Negaraku, kurang bersemangat! Negaraku, tanah tumpahnya darahku... Kita tidak ada semangat yang saya cakap tadi.
Pembaharuan itu dituntut untuk mengikut peredaran zaman.
Tapi, kita tak boleh sentuh semangat! Semangat Negaraku perlu ada setiap masa.
Pembaharuan yang dibuat kepada Negaraku hari ini, menyentuh semangatnya, jadi sekarang ni tidak ada semangat. Yang masih utuh dengan semangatnya ialah lagu Negaraku yang original!
Seperkara lagi saya bagi contoh lagu Hari Raya. Kenapa lagu Hari Raya versi original, apabila dibuat yang baru, tidak sesedap yang asli? Mungkin lagu baru untuk Aidilfitri, 100 yang dibuat, hanya satu yang akan jadi klasik.
Anda harus faham, notasi muzik Melayu ni, kita tidak boleh 'mengkafirkan' muzik Melayu itu.
Sekiranya 'dikafirkan' juga muzik Melayu ni, ia tidak ada semangat kemelayuan.
Sebabnya, notasi muzik Melayu ni terhad. Beribu lagu sudah dihasilkan untuk lagu patriotik sekarang ni, tidak sesedap yang dulu. Ini kerana notasi yang sedap, semua orang dulu-dulu dah buat, mereka dah pilih yang terbaik.
Kalau kita cipta juga lagu patriotik hari ni, wawawa, eh lagu ni macam bunyi lagu tu!
Masalahnya ialah di dalam penciptaan. Notasi yang sedap semua sudah diambil.
Bayangkan range untuk seorang penyanyi tu, ada 14 notasi saja.
Bukan masalah kita tidak ada pencipta lagu yang bagus, tapi notasi muzik Melayunya yang terhad.
Satu lagi saya melihat masalah asas muzik sudah berkurangan disebabkan teknologi. Teknologi memudahkan kerja seseorang pencipta. Jadi, apabila teknologi dah membantu pencipta, asas muziknya tidak seteguh pencipta muzik seperti zaman dulu.
Semuanya gara-gara teknologi.
Teknologi membantu ke jalan yang singkat.
Dulu, pencipta diberi kertas dan pensil saja, jadi anda perlu melihat bunyi macam tu saja, bukan mendengar. Sekarang, anda mendengar bunyi. Anda boleh jadi penggubah, dulu tidak. Teknologi yang membantu tadi sebenarnya merosakkan asas muzik anda.
Pencipta sekarang ada asas, tapi tidak seteguh asas yang dulu. Cuma, hari ini saya bernasib baik kerana saya berpeluang melalui asas muzik yang terdahulu dan dalam masa sama, saya dibantu oleh teknologi.
Lagu patriotik yang dinyanyikan artis popular dengan niat untuk mengkomersialkannya, bagi saya, setakat
buang masa saja. Sesiapa pun boleh menyanyikan lagu patriotik, nombor satu dia perlu ada kredibiliti untuk menaikkan semangat orang, populariti nombor dua, nombor tiga.
Kalau anda dengar penyanyi popular menyanyikan lagu patriotik sekarang, hari ini, berbanding Aishah dengan penyanyi baru setahun jagung, yang tidak tahu apa erti lagu berkenaan, sekadar menyanyi saja, anda dengar 10 tahun lagi, saya rasa penyanyi tu malu sendiri kenapa dia menyanyi lagu ni 10 tahun lepas!
Disebabkan penyanyi berkenaan tidak ada kredibiliti, mengharapkan populariti semata-mata. Kredibiliti yang utama, tapi jika artis itu ada populariti, ia adalah satu bonus! Tak guna kalau suara dia sedap, dia tak boleh bawa lagu berkenaan. Lagu patriotik perlu ada semangat patriotik.
Semangat menyanyikan lagu patriotik, inti pati dalam lagu itu, yang lebih penting. Bukan semangat nak nyanyi lagu tu. Semua orang pun bersemangat." |
|
|
|
|
|
|
|
Artikel 7
Aspirasi: Tidak ramai artis mampu sebut perkataan dengan jelas, tepat
Oleh Ramli MS
揂SSALAMUALAIKUM, bertemu lagi kita minggu ini. Di persada muzik kita ini, ramai bakat baru tumbuh.
Kebanyakan mereka terlalu 'miskin' teori. Mereka memandang remeh kepada akademik. Sepatutnya perlu ada teori akademik yang patut mereka belajar daripada orang berkelayakan.
Tapi, adakah mereka bersuara seperti penyanyi? Macam tu saya pun boleh cakap, nenek saya pun boleh nyanyi!
Kalau penyanyi tumbuh begitu ramai, tapi tidak ada yang berkualiti, secara peribadi, saya sedih... Jadi, minggu ini saya nak bercakap mengenai teori menyanyi, inti pati yang wajib ada dalam praktikal nyanyian.
Pertama, sumbang nada ketika menyanyi adalah `haram' sama sekali!
Tidak digalakkan dia flat atau sharp.
Saya tidak kata seseorang itu harus menyanyi pada pitch 440. Itu standard pitch. Tapi, anda tidak boleh melebihi 436 ke bawah atau 443 ke atas.
Kalau anda menyanyi sumbang sedikit, ia mencacatkan semua lagu itu.
Kenapa sumbang, sebab dia tak tahu.
Sebab itu kita perlu ada akademik, kita perlu tahu apa kita buat. Apabila kita tahu benda tu salah, kita tak akan buat.
Kedua, teknik nyanyian merangkumi di dada, tekak dan perut. Ada kegunaannya apabila anda menyanyi pada nada rendah. Anda perlu menyuntik tenaga dari perut untuk menyokong notasi rendah tu. Apabila kita di nada low range, yang keluar hanyalah angin jika tidak ada sokongan dari perut.
Apabila ada kekuatan dari perut, tone anda akan keluar dan lebih stabil, lebih mampat.
Ketiganya, sebutan. Dalam soal ini saya melihat ramai penyanyi kita malas. Dalam notasi bunyi ni, anda perlu tahu ada sluring dan spread.
Kebanyakan mereka slur, apabila anda slur, sebutan anda tak jelas, notasi pun kabur. Itu yang saya cakap, ramai penyanyi malas! Menyanyi slur ni satu benda yang mudah.
Dalam soal sebutan ini, saya pernah bekerja dengan artis yang besar namanya. Sebutan yang paling jelas selama saya bekerja dengannya ialah Datuk Sharifah Aini (Tok Pah). Sebutan R, L, Q, S, H nya begitu jelas. Kalau dia sebut Qada tu, Q dia tu kita boleh dengar dengan jelas. Nyanyiannya sungguh jelas.
Selain daripada Tok Pah, penyanyi yang mempunyai sebutan yang jelas ialah Anita Sarawak dan beberapa nama lagi. Sebutan mereka bukan saja jelas, tapi betul. Contoh lain ialah sebutan S. Ketika saya diundang sebagai pengkritik di Akademi Fantasia 1 (AF1), final, saya terima banyak suara sumbang yang kata saya pilih kasih pada Liza (Nurlizawaty Ismail) kerana saya kata suara dia gemersik.
Ya, saya kata suara Liza gemersik.
Bukan kerana wajahnya yang cantik, tapi sebutan Snya tu sungguh jelas.
Apabila dia kata manis, dia punya Snya kedengaran amat jelas. Tak ramai pe nyanyi yang boleh sebut S.
Perkataan seperti sering, manis, sunyi, dan sepi, tak ramai penyanyi yang ada sebutan SSS. Kami di studio mencari SSS kalau penyanyi itu tidak ada.
Liza dia ada SSS, sebab itu saya kata suaranya gemersik.
Jadi, anda jangan salah faham.
Bukan kerana dia lawa, lagipun saya pernah cakap dengan Liza, suruh dia pergi sekolah! Anita pun gemersik, sebutan Snya jelas. Tapi, kelebihannya tetap pada Tok Pah, bukan saja S, Qnya pun terlalu jelas! Saya rasa Tok Pah ada darah Arab, sebab tu sebutan Qnya jelas.
Anda tengok Mawi (Asmawi Ani, juara AF3) sendiri, sebutan Qnya, jelas. Mawi ni orang mengaji, orang mengaji, sebutan Q mereka kuat dan jelas.
Maknanya, teori dan praktikal muzik harus sejajar. Kita harus tahu apa kita nak buat.
Seterusnya ialah penghayatan lagu. Ia memerlukan satu penghayatan yang jujur. Anda tidak boleh 'plastikkan' jiwa anda. Dalam hiburan, nyanyiannya tulus, anda tak boleh tipu.
Kalau menipu, akan kedengaran nyanyian anda tu menipu.
Kalau anda nak tahu penyanyi menipu, dengan yang betul-betul penyanyi, apabila mereka bercakap, suaranya akan sama apabila dia menyanyi, itu betul!
Kalau dia penipu, dia cakap suara lain, menyanyi pun lain!
Ada seorang penyanyi ini yang saya betul-betul terpesona dengan suaranya. Dia ialah Endang S Taurina. Anda harus mendengar sendiri apabila dia bercakap. Lembutnya macam suara bidadari! Dia bercakap, seakan dia menyanyi. Anda akan khayal! Suaranya begitu merdu.
Apabila dia habis menyanyi, dia datang bercakap dengan saya, tapi saya masih dengar seolaholah dia sedang menyanyi!
Sebagai penyanyi, kita perlu utamakan vokal. Vokal ini adalah aset dan senjata utama anda.
Vokal juga akan memanjangkan hayat anda dalam kerjaya seni. Dalam dunia nyanyian, tidak ada nombor dua, selalu jadi nombor satu. Maknanya anda tak perlu klon siapa-siapa. Anda perlu menjadi diri anda sendiri.
Anda boleh jadikan sesiapa sebagai idola anda, tapi anda perlu mengatasi idola anda. Belajar dari kesilapan.
Walau bagaimanapun perlu ada akademik, jangan menyanyi mengikut bakat saja. Orang menembak, dia perlu buka mata supaya dapat mengena sasarannya.
Umpamanya anda perlu nampak bunyi ke arah itu, bukannya mendengar bunyi! Menyanyilah sehingga anda dapat melihat bunyi! |
|
|
|
|
|
|
|
Artikel 8
Aspirasi: Jangan hidup menyusahkan orang lain!
Bersama Ramli MS
揂SSALAMUALAIKUM, minggu ini saya ingin bercakap me ngenai etika kerja penggiat seni di negara kita selama empat dekad saya berkecimpung dalam industri muzik.
Menepati masa atau punctuality adalah satu hormat dari dalam diri kita kepada orang lain. Kita tidak boleh selfish mengenai punctuality kerana kalau gagal mematuhi masa, ia akan tentu menyusahkan orang lain. Sebesar mana pun nama artis itu atau penggiat seni berkenaan, mereka harus akur dan patuh kepada punctuality supaya hidup kita tidak menyusahkan orang lain.
Sekali kita menyusahkan orang, orang akan dengar benda (kelewatan) itu sebagai reason. Kali kedua tak me matuhi masa, orang akan cakap itu excuse. Jadi, reason dan excuse dua perkara yang berbeza. Reason ada sebab. Excuse, orang tu cari sebab! Dia cipta sebab, sebab yang tak munasabab!
Kali ketiga dia menyusahkan orang dengan kelewatannya, orang dah naik menyampah, masuk kali keempat, orang menyumpah! Bayangkan kalau 44 kali orang yang lewat tu kena sumpah, 憇uwey |
|
|
|
|
|
|
|
Selingan 1
Gebang: Kalau waktu nak rakam lagu pun boleh lalok...
Oleh Roslen Fadzil
Tidak salah mencari rezeki sebanyak yang terlarat tetapi biarlah ia dirancang dengan baik dan tidak menyusahkan diri sendiri mahupun orang lain
MENJADI penyanyi atau pelakon memanglah seronok. Kalau bernasib baik, kemasyhuran, populariti dan kemewahan akan melimpahi hidup mereka itu tidak kira dengan usaha sendiri mahupun secara jalan pintas. Bagaimanapun semua itu tidak akan bererti kalau menjadi artis yang tidak berdisiplin dan sering menimbulkan masalah.
Topik menarik inilah yang diutarakan penulis pojok Ramli MS, menerusi ruangannya yang semakin popular di Bintang Popular, Aspirasi Ramli MS, minggu ini.
Sebagai orang lama yang sudah makan garam berkepuk-kepuk, Ramli pernah berdepan dengan bermacam-macam kerenah artis terutama penyanyi.
Jadi selayaknya dia berkongsi pengalaman pahit manis itu dengan anda pembaca supaya ia menjadi pengajaran untuk semua khususnya yang termakan cili padi.
Saya sendiri tertarik dengan cerita Ramli mengenai artis veteran zaman dulu-dulu yang lebih tahu menghormati orang lain dan mempratikkan punctuality. Bagi Ramli, mereka yang berdisiplin termasuklah A Halim, S Jibeng, Datuk A Rahman Hassan, Jeffry Din dan A Ramlie yang popular pada zaman pop yeh yeh.
Cerita Ramli lagi, keadaan ini cukup berbeza dengan artis zaman sekarang - bukan artis tunggu produser, tapi artis itu ditunggu jurutera bunyi dan semua orang yang terbabit dalam kerja-kerja rakaman di studio. Bila dah sampai, bukan saja terhegeh-hegeh mendengar lagu tetapi baru nak hafal lirik.
Jadi memang sesuailah penyanyi yang macam itu Ramli halau balik kerana hidupnya menyusahkan orang!
Daripada pengalaman saya sebagai wartawan hiburan mahupun penganjur acara kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABP-BH), sudah banyak artis yang bersikap sambil lewa saya tengok dengan mata kepala sendiri.
Kadang-kadang hairan, bagaimana mereka boleh berada dalam industri hiburan ini tanpa kesedaran sivik. Tak sekolah ke?
Mungkin kelewatan mahupun masalah lain yang timbul berpunca daripada banyaknya undangan nyanyian dan tawaran lakonan yang diterima di sana-sini. Tidak salah mencari rezeki sebanyak yang terlarat tetapi biarlah ia dirancang dengan baik dan tidak menyusahkan diri sendiri mahupun orang lain.
Daripada sikap buruk inilah wujudnya artis seperti seorang aktres yang terkenal dengan jolokan nama Miss On The Way. Asalkan lambat, alasan yang diberikannya balik-balik On The Way, On The Way!
On The Way dari mana? Seremban? Arau? Atau masih lagi berkubang atas katil?
Teringat juga saya satu cerita mengenai seorang penyanyi yang memang tidak dapat hidup tanpa dadah seperti yang diceritakan oleh seorang komposer terkenal. Kata komposer itu, kalau si polan itu tidak stone atau lalok dulu, dia memang tidak boleh feel ketika rakaman. Memang dasar penyakit...
Nak dijadikan cerita, komposer itu punyalah baik.
Dia sanggup berkompromi dan bersabar tetapi akhirnya apa yang terjadi - penyanyi itu terus tidur dalam khayal dalam bilik rakaman itu. Malah dia lentok sampai ke pagi dengan mulut berbuih - macam ayam berak kapur! Hai, itulah hikayat penyanyi di Malaysia yang kadangkala lebih gempar perangainya daripada artis Hollywood!
Kalau hendak dijadikan contoh artis yang hebat disiplinnya, nama Anita Sarawak pasti akan terpacul.
Maaf cakaplah, setakat ini kebanyakan artis muda kita masih belum dapat menandingi profesionalisme Kak Nita. Kalau tidak, masakan orang Las Vegas dulu boleh simpan Anita lama-lama di Caesar's Palace.
Apabila pulang ke tanah air, Anita masih mengamalkan apa yang terbaik untuk dirinya sepanjang masa.
Apa yang saya harapkan, semua pihak terbabit termasuk PRO, pengurus dan lebih penting, artis itu sendiri akan berubah sikap dan mengenepikan segala sikap selfish demi memajukan industri hiburan tanah air. Semua ini boleh diubah jika artis itu seorang yang terpelajar bukan semestinya kena belajar tinggi-tinggi tetapi belajar untuk memperbaiki kesilapan yang pernah dilakukannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Selingan 2
Bintang Popular : SuratPembaca
Siarkan artikel Ramli MS secara online
HAI, Saya ingin mencadangkan supaya koleksi artikel Ramli MS menerusi ruangan Aspirasi Ramli MS dalam sisipan Bintang Popular ini di masukkan ke dalam versi online untuk tatapan pembaca Malaysia atau di mana jua. Ini kerana artikel tulisan beliau itu lebih berharga ilmunya dan bermanfaat kandungannya untuk di letakkan di dalam versi online berbanding gosip artis tempatan dan antarabangsa.
Bagi saya, generasi muda harus digalakkan dengan bahan bacaan bercorak ilmiah sebegitu sebagai usaha pembentukan jati diri bangsa Malaysia yang lebih berilmu dan cemerlang. Saya amat berharap cadangan saya ini diterima oleh pihak Bintang Popular dan saya akan terus mengikuti tulisan Ramli yang positif itu. Sekian, terima kasih.
sultanmuzaffar
pic SM:
|
|
|
|
|
|
|
|
Artikel 9
Aspirasi: Ambil ganja, baru boleh petik gitar - karut!
Bersama Ramli MS wub.gif
揂SSALAMUALAIKUM... Minggu ini saya ingin meluahkan pula pengalaman saya dalam industri hiburan sejak saya berusia 15 tahun lagi, iaitu masalah pengambilan najis dadah di kalangan warga seni.
Kebelakangan ini banyak dipaparkan cerita mengenai kawan-kawan saya yang terjerumus dalam masalah penagihan dadah.
Namun, apa yang akan saya paparkan di sini, saya ingin meleraikan permasalahan ini dari segi realistik, bukan niat saya menasihatkan seseorang itu supaya jangan ambil dadah. Saya nak meluahkan dari segi praktikal, apa fungsi dadah yang pada saya, tidak memberi sebarang kesan jika dilihat dari sudut positif.
Siapalah saya nak menasihatkan orang jangan ambil dadah. Saya cuma mahu meluahkan dari pengalaman saya bercampur gaul dengan warga seni yang terbabit dengan permasalahan pengambilan najis dadah.
Kawan baik saya sendiri, yang paling saya percaya, satu-satunya manusia yang sejujur-jujurnya sepanjang saya hidup selama 45 tahun. Namanya Kasmani, seorang pemain gitar bass dan anak kepada seorang pemuzik tersohor.
Allahyarham Kasmani meninggal dunia kerana mengambil dadah secara berlebihan. Tapi, keikhlasannya sebagai seorang kawan, saya belum jumpa lagi manusia setulus Kasmani.
Apa fungsi dan mengapa orang ambil dadah? Sesetengah orang mengatakan, dadah itu mampu merangsang pembabitannya dalam seni, menghebatkan lagi persembahan, kononnya. Kredibiliti dia menyanyi, bermain gitar atau apa saja akan bertambah baik jika dia mengambil dadah tetapi bagi saya, semuanya karut! Sama ceritanya gosok cincin, keluar jin! Jangan jadi seorang yang suka berkhayal.
Tidak ada jalan singkat untuk menggapai kejayaan, anda perlu berusaha dan bekerja keras. Anda perlu melalui usaha itu dengan teori dan praktikal, bukan dengan dadah! Bagi saya, dadah tidak menolong apa-apa,menyusahkan lagi adalah! Dadah juga membebaskan keluarga, orang tersayang, duit habis, karier tergadai, orang mencemuh dan macam-macam lagi!
Pemikiran kita kadang-kadang terlalu singkat. Tiada usaha yang sepatutnya untuk mencapai kejayaan, melainkan dengan mengambil dadah. Ketahuilah anda, ada sesetengah dadah tu, orang buat ubat, tapi sukatannya tak banyak.
Saya ada seorang pak cik. Kawan pak cik saya, diamengambil marijuana.
Bayangkan marijuana itumembunuh sel otak kita. Pergerakan otak kita jadi lambat.
Mana-mana belia atau artis yang rasa, mereka kenaminumarak, baru boleh menyanyi, kena ganja dulu, baru boleh petik gitar, semua tu cerita dongeng! Teori mereka tu tak boleh pakai. Itu benda-benda yang mengkhayalkan.
Dalamseni ini, anda perlu sedar apa yang anda buat. Kalau anda mengambil dadah, anda tak sedar apa yang anda lakukan. Semua yang berlaku adalah di luar kawalan otak anda.
Suatu ketika dulu, kawan saya pernah menawarkan kepada saya, ganja. Ketika itu saya berusia 15 tahun. Katanya, apabila saya ambil ganja ini, saya bolehmain gitar lebih bagus. Saya cuba, terus terang, saya tak malu! Itulah kali pertama dan penghabisan saya mengambil ganja. Ketika itu saya main muzik rock. Jadi, apabila saya ambil ganja, memang saya dapat rasa kepantasan saya bermain gitar, dua kali lebih pantas dari yang biasa.
Tapi, selepas saya sedar dari pengaruh dadah tu, semua kawan saya mencemuh - kata mereka, kenapa kepantasan saya bermain gitar separuh saja dari kepantasan saya yang sebenar?
Bayangkan, diri kita saja yang bagus, syok sendiri! Maknanya dadah tidak membantu apa-apa, apatah lagi untuk mengecapi kejayaan pada masa yang singkat, dadah bukan caranya. Dadah hanyamerosakkan kita saja, ia ibu kepada segala penyakit.
Saya galakkan, jangan sesekali mencuba atau menyentuh apa saja jenis dadah. Tak kiralah sesiapa saja, belia atau pemuzik, jangan ada niat nak cuba-cuba. Dadah turutmerosakkan keperibadian kita juga. Nak sembuh dari dadah, memang susah. Sekali dah terjerumus, anda tidak boleh keluar dari 'pintu' itu.
Sekali kita didapati bersalah kerana mengambil dadah, kita akan dicemuh dan disingkirkan darimasyarakat. Sebabnya dadah haram, janganlah sentuh. Ibaratnya sebagai seorang Islam, kita diharamkan makan babi.
Saya rasa pembaca semua dah tahu siapa artis kita yang terbabit dengan dadah. Kita melihat betapa sengsaranya kehidupan mereka. Ada yang bernasib baik, kemunculan mereka selepas dirundung zaman gelap, masih diterima peminat. Ada yang cuba kembali kepangkuan masyarakat, tapi nasibnya kurang baik apabila kawan-kawan lari dan disingkir masyarakat gara-gara kesilapan lampau.
Memang pandangan masyarakat jadi negatif apabila perkara yang tak elok itu dilakukan artis, misalnya pengambilan dadah. Sedikit sebanyak imej masyarakat artis akan tercemar apabila segelintir artis mencalarnya dengan dadah. Tapi, tidak semua artis yang berperangai begitu.
Ada juga artis yang saya kenal, bersih. Tidak minum, tidak merokok, sekali gus tidak terbabit dengan pengambilan najis dadah. Dia ialah Anuar Zain. Setahu saya dia tidak merokok, tidak minum dan tak ambil dadah. Ini satu perkembangan yang sihat. Dia seorang yang berfikiran positif. Apabila dia bercakap pun, direct to the point. Seorang artis yang macam inilah yang patut dicontohi.
Selain Anuar, kakaknya, Ziana, mereka berdua adalah dari sebuah keluarga yang bersih. Artis lain patut mencontohi kewibawaan mereka. Jarang kita dengar gosip negatif mengenai Anuar atau Ziana. Setakat gosip cinta tu biasalah.
Jadi, kepada penggiat seni yang baru nak berkecimpung tu, ambillah iktibar dari senior kita yang sudah memilih jalan yang salah. Janganlah mengikut jejak mereka.
Yang paling utama, be practical and realitistic. Tiada jalan singkat untuk anda menuju arah gemilang, melainkan perlu bekerja keras.
Saya pernah bekerja dengan kumpulan Iklim ketika lagu Suci Dalam Debu itu berada di puncak. Saya sebagai penggubah lagu berkenaan, penciptanya pula Wan Zul. Kita sudah kehilangan bakat seperti Saleem yang mempunyai suara begitu garau. Apabila dia menyanyi di studio, dia bersemangat. Sayang, kita hilang bakat sehebat Saleem.
Yang paling penting sekarang ialah pembeli dan `pemakai' dadah itu yang harus sedar tanggungjawab mereka. Kalau pemakai tak nak guna dadah, penjual tak ada 'bisnes'. Kerajaan banteras macam mana pun, kalau golongan pembeli dadah ni semakin ramai, ia bolos juga!
Hargailah diri anda. Diri kita ini melebihi segala-galanya. Apabila kita menghargai diri, secara tak langsung kita menghargai bakat yang dianugerah Tuhan kepada kita. Dalam diri kita ada bakat, ada kecantikan dan macam-macam lagi. Tapi, apabila mengambil dadah, anda tidak menghargai diri anda, jadi apa yang ada dalam diri anda, akan lupus. |
|
|
|
|
|
|
|
Artikel 10
Aspirasi: Pentingnya artis ketahui soal kontrak mereka
Bersama Ramli MS
ASSALAMUALAIKUM... Minggu ini saya ingin menasihatkan orang baru yang bercadang terjun dalam dunia seni untuk menjadi penyanyi, pelakon atau apa saja. Saya ingin bercakap mengenai kontrak yang perlu ditandatangani artis berkenaan bersama syarikat rakaman atau produksi yang melamar mereka.
Ia berkaitan apa yang artis berhak minta dan tidak sepatutnya minta dari majikan mereka. Apa-apa pun anda perlu baca dengan teliti, selidik sedalam-dalamnya apa yang termaktub di dalam kontrak berkenaan.
Anda tak boleh terlalu ghairah apabila orang tawarkan anda sebagai artis rakaman. Tanpa berfikir panjang, anda terus menandatangani kontrak itu tanpa menyelidiki isi kandungannya.
Anda 'diwajibkan' menyelidik terma yang terkandung dalam kontrak dan jangan jadi seperti sesetengah contoh, apabila artis berperang dengan syarikat rakaman mereka semasa kontrak masih ada. Situasi seperti itu tidak sihat kepada industri kita dan kepada diri penyanyi itu sendiri.
Sebelum anda bersetuju dengan syarat yang terkandung dalam kontrak itu, anda perlu fahami sedalam-dalam maksudnya dan kalau tak faham, bertanyalah kepada mereka yang berpengalaman atau ambil peguam.
Mengenai bayaran royalti kepada artis, perkara itu bergantung di atas persetujuan kedua-dua pihak. Tujuan saya menulis minggu ini, saya tak mahu artis yang sudah menandatangani kontrak itu, kemudiannya popular, seterusnya mereka lupa diri.
Saya juga tak mahu melihat terjadinya keadaan apabila artis itu menuntut atau demand macam-macam perkara yang tak termaktub dalam kontrak. Orang yang akan dipersalahkan adalah artis. Wartawan melihat keburukan artis apabila mereka berperang dengan syarikat rakaman disebabkan tidak membaca kontrak dengan teliti.
Memang ada segelintir penyanyi yang riak selepas lagu mereka popular, demand itu dan ini. Ada benda yang anda boleh demand dan tak boleh demand. Jika anda hendak demand, lihat dulu di cermin, di mana diri anda. Jangan bersandarkan populariti saja, album jual banyak, anda nak berlagak macam Celine Dion atau Mariah Carey!
Kita perlu praktikal, realistik.
Janganlah demand benda-benda yang tak munasabah. Tak kiralah nak naik flight first class ke, nak presidential Suite ke, nak naik Mercedes dua tingkat ke dan macam-macam lagi. Perlu melihat dulu kedudukan diri anda.
Berapa tahun kontrak anda dan optionnya berapa tahun, semua perlu diambil kira sebelum menyetujui sesuatu kontrak. Bagaimana proses kenaikan kalau album jual berapa, banyak mana. Anda tak boleh pertikaikan apa yang termaktub dalam kontrak walaupun selepas tiga, empat tahun anda menyanyi dan sebesar mana nama anda!
Segala-galanya atas ihsan syarikat rakaman, kalau mereka nak tukar kontrak tu, mereka boleh berbuat begitu, anda tak boleh berbuat apa-apa.
Apa yang anda persetujui, anda perlu patuh. Jangan buat cerita yang bukan-bukan. Nanti orang pandang buruk perangai anda, lupa daratan.
Mungkin selepas kontrak anda tamat, pada option tu anda boleh kaji balik. Minta apa yang sepatutnya anda berhak dapat. Kontrak ni lazimnya merangkumi kerja di dalam studio.
Kepada artis baru tu, janganlah kerana nak merakamkan lagu, apa saja yang disogok, anda pejam mata!
Lazimnya ketidakpuasan hati berlaku jika syarikat rakaman itu menganaktirikan anda. Tidak menitikberatkan anda sebab anda artis baru, mereka anda penyanyi yang lebih besar namanya perlu diberi perhatian.
Anda tidak boleh cemburu keadaan itu, sebaliknya anda perlu bekerja keras untuk mengatasi penyanyi yang bernama besar itu.
Masa anda untuk menjadi artis yang mempunyai nama yang besar akan tiba suatu hari nanti jika anda tekun dan bekerja keras. Anda perlu menajamkan 'senjata' anda supaya lebih berkilau, lebih berjaya. Apabila anda berjaya, automatik anda akan mendapat layanan yang setimpal dari syarikat rakaman.
Kecundangnya seseorang artis itu apabila tiada semangat bekerjasama.
Perasaan cemburu meluap-luap, iri hati dah ada, perasaan mengungkit tu dah timbul, lepas itu bermulalah perasaan tak puas hati antara artis dan syarikat rakaman. PRO merungut dengan bos syarikat rakaman, artis selalu datang lambat dan macam-macamlah.
Yang penting, persoalannya di sini ialah diri anda sendiri. Jangan salahkan orang lain, tapi diri anda sendiri. Kalau semuanya dah termaktub dalam kontrak tu, janganlah nak menyaman antara satu sama lain. Walaupun anda bergaduh dengan syarikat rakaman, anda minta dilepaskan, syarikat rakaman kalau tiada ihsan, mereka tak akan lepaskan.
Tunggulah bertahun-tahun sampai kontrak tamat. Nak keluar, bayarlah bayaran yang diminta.
Jadi, benda-benda macam ni sepatutnya dielakkan. Kalau anda tak puas hati, cakap! Apa masalahnya? Macam saya cakap tadi, kedua-dua pihak perlu bekerjasama. Semasa tandatangan kontrak dulu, semua baik. Apabila dah popular sikit, dah riak, semua tak betul! Anda tidak boleh melawan syarikat rakaman!
Kalau syarikat rakaman tak jaga anda, mesti ada sesuatu yang tak betul dalam diri anda. Jadi, untuk mengelakkan perkara seumpama ini berlaku, perlu ada teamwork. Kalau sewaktu rakaman anda rasa lagu tu tak sedap, anda perlu bersuara.
Bersuaranya anda itu tidak bermakna anda kurang ajar, tapi teamwork. Kita bersuara dengan beradab, kita ada budaya.
Saya sendiri, kalau ketika rakaman, tak pernah mengarahkan penyanyi itu menyanyi mengikut cara saya. Buatlah cara anda. Kalau level anda tak cukup, saya naikkan. Jadi, yang menyanyi, diri artis itu, bukan saya. Maknanya, anda perlu memahami erti teamwork itu. Anda tidak akan berjaya dengan sendiri.
In the other words, nobody is a star!
Perlulah faham keadaan seni ini.
Penyanyi perlukan pencipta lagu.
Pencipta lagu perlukan penulis lirik. Penerbit perlukan penggubah.
Penggubah perlukan pemuzik.
Pemuzik pula perlukan jurutera bunyi.
Jadi, everything is teamwork!
Sebagai contoh, Allahyarham Sudirman Haji Arshad (gambar). Dia seorang yang setia dengan syarikat rakamannya.
Buktinya, mereka bekerjasama.
Ideanya dibincang bersama pihak pengurusan, penerbit dan pemuzik.
Dia seorang yang sungguh berdisiplin dan amat menghormati kerjayanya termasuk kerjaya orang lain. Etika kerjanya sangat disiplin, selain menghormati kontrak yang termaktub!
Sudirman tak pernah keluar dari pintu belakang. Walaupun dia superstar, dia masuk dari pintu depan. Tapi, ada juga syarikat rakaman yang terlalu tidak adil. Menunjuk-nunjuk sangat dia ada superstar, pastilah artis lain yang bernaung di bawahnya akan merasa kecil hati. Tapi, semuanya berlaku kerana perniagaan, jadi saya faham keadaan itu.
Dah saya katakan dulu, anda tak perlu cari wang dalam seni, tetapi wang, glamor dan apa saja akan datang sendiri kepada anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah bekerja keras.
Apabila anda berdiri, lihatlah diri anda, di mana kedudukan anda? Siapa anda? Anda di mana? Apabila anda sedar, cepat-cepatlah memperbaiki diri anda. Jadilah artis yang berilmu. |
|
|
|
|
|
|
|
Artikel 11
Aspirasi: Cemburu boleh, tapi biarlah yang positif atau membina diri
Bersama Ramli MS
ASSALAMUALAIKUM... Minggu ini saya nak bercakap pula soal ego dan umpat mengumpat di kalangan masyarakat artis termasuk diri saya sendiri atau sesiapa saja yang terbabit dalam dunia seni.
Majoriti dari kita, rata-rata ada rasa cemburu antara satu sama lain. Tapi, biarlah rasa cemburu yang positif.
Kalau seseorang itu bagus, kita mesti iri hati ke arah positif. Kita harus mempertingkatkan kemampuan diri kita supaya dapat menyaingi kehebatan orang itu. Ikut falsafah orang Putih, best man wins! Perlu ada dalam minda kita.
Perangsang disemai bersama semangat, perlu ada dalam pembabitan diri kita dalam dunia seni sejak awal lagi.
Bercakap mengenai ego. Ada artis yang saya jumpa, tak pernah nak mengaku kesilapan dirinya sendiri. Kalau saya tanya mengapa suaranya menyanyi macam ni, hari ni, tak sedap! Oh, baru bangun tidur, oh mikrofon tak kuat, oh tak cukup rehearsal dan oh dan oh dan oh dan oh! Oh dia banyak! Tapi, mengaku kesilapannya, tidak!
Sampai ke malam rehearsal, menyanyi macam tu juga!
Artis yang macam ni, tak perlulah bagi saya alasan macam tu. Kedengarannya suara anda ke deria saya, sudah terpapar grafik bunyian atau nyanyian anda di minda saya. Bayangkan artis itu menyanyi, lebih teruk dari tak sedap! Nak ke saya kata OK? Tahap pengharapan saya ke atas pe nyanyi itu berpandukan aras kredibiliti dia.
Tak sedapnya dia, bermakna tak sedapnya tahap dia. Bukannya tak sedap pada tahap amatur.
Saya tak akan samakan dia dengan penyanyi amatur. Kenapa jadi begini? Hari ni dia nyanyi OK, esok dah tak OK! Anda harus mengawal muzik anda, bukannya muzik atau nyanyian, mengawal anda. Kesilapan tidak akan datang kalau kawalan 100 peratus daripada anda, melainkan mother nature!
Sebab itu ayat teori dan praktikal harus setara.
Inilah jawapannya, kurangkan kesilapan. Anda akan tahu apa yang anda tak mampu buat apabila anda tahu di mana anda berpijak.
Antara artis yang pernah saya bekerja dengan mereka, awal-awal lagi yang mengaku kesilapan ialah Azlina Aziz dan Liza Aziz. Kalau dia orang buat silap, mereka mengaku. Mendiang Broery Marantika pun sama, kalau dia silap, dia mengaku.
Sekalipun Hetty Koes Endang, kalau silap, dia mengaku.
Kebanyakan artis-artis besar ni, mereka silap, cepat mengaku. Tak perlu saya tegur mereka.
Kadang-kadang dengan kiasan body language pun, apabila mereka menyanyi silap di atas pentas, mereka akan senyum kepada kita. Kita tahu dia buat silap dan dia tahu, kita tahu yang dia buat silap.
Tapi, apa yang berlaku pada artis muda sekarang ni, mereka berasakan standard mereka macam Barbra Streisand! Mereka turun dari 'langit'.
Mereka 'Tuhan' menyanyi! Tak akan mengaku kesilapan, bersifat sempurna! Mereka berasakan mereka akan hidup 200 tahun!
Saya sendiri pernah silap
Setiap dari kita, semua ada kesilapan, kita tak sempurna. Saya sendiri pun ada silap. Pernah suatu ketika dulu, saya dah buat muzik untuk lima lagu bagi seorang artis ini. Bos saya cakap, muzik saya tak sedap! Saya buang muzik tu, saya buat muzik baru tanpa mengenakan sebarang bayaran. Kita perlu bekerjasama as a team, barulah hasilnya boleh kita banggakan.
Mengumpat! Di mana-mana kita pergi sekalipun, ada judul mengumpat ni. Kita Melayu, budaya 'PhD' (perasaan hasad dengki) termaktub dari dulu lagi. Sebab itulah yang mewah wang ringgit dan intelektual, bukan bangsa kita.
Kenapa? 'Nak dapat 'Phd', mereka tak perlu ke Havard atau Cambridge University, kita dah bertauliah. Hebat ya orang Melayu!
Kenapa mesti kita cemburu yang negatif?
Kalau dia bagus, baguslah dia. Kita perlu belajar dari orang yang bagus untuk memperbaiki kelemahan diri. Bukannya mencari kelemahan orang yang kita anggap bagus tu, walaupun kelemahannya sebesar kuman saja.
Kita perlu mengiktiraf bakatnya walaupun terpaksa melihat dengan kanta pembesar!
Kita mengumpat dia tu macam tu, dia ni macam ni. Kita harus belajar menerusi pencapaian mereka yang memewahkan diri mereka.
Pencapaian yang mencerdikkan diri mereka.
Kita harus bekerja keras untuk menyaingi mereka. Ikan dalam kolam, kalau anda beri makan, suatu hari ia membesar juga. Jadi, kalau di bawah-bawah anda tu, bintangnya tidak begitu menyinar, jangan menghina!
Hari ni hari kita, esok-esok pula hari dia. Kita mesti ingat, tiada siapa yang bagus sehingga tahap melangit! Yang pernah saya jumpa sebelum ini, orang tu benar-benar bagus, tapi dia down to earth. Dia tahu, dia dah sampai satu tahap yang tinggi, dia dah nampak, ada lagi tinggi yang dia tak boleh capai, sebab tu dia tak mahu riak.
Senang cakap macam ni, orang yang betul-betul kaya, dia tak akan cakap dia kaya. Orang yang baru kaya ni, perasan, ingat dunia ni dia yang punya! Mengumpat pula harus ke arah positif, maksudnya kita belajar dari mereka yang berjaya.
Mencerdikkan diri tu, harus, memang ada rasa cemburu untuk kita mencerdikkan diri kita ke arah yang lebih matang dan berwibawa untuk kita. Bukanlah kita mengumpat, alaa... dia tu, harap muka saja lawa, suara tak ke mana. Rapat-rapat dengan penerbit, buatlah benda-benda yang tak senonoh, dapatlah job. Hentikan semua benda-benda ni!
Kalau kita lihat dia bagus, cakap dengan diri kita. Tunggu, suatu hari nanti, anda pun akan dapat menandinginya. Kita kerja keras. Tapi persahabatan kerja harus ada hakikat dalam diri, profesional. Maknanya, anda baik dengan penerbit ke, siapa juga sekalipun, mestilah ke arah profesional. Kalau orang tu panggil orang lain menyanyi dan bukannya anda, anda tidak harus berkecil hati.
Tahap profesional berkawan harus kepada bekerja saja. Namun, tahap profesional persendirian sebagai kawan, itu cerita lain. Jangan campuradukkan.
Kalau nak hentikan perasaan ego, umpat mengumpat, diri sendiri harus hentikan.
Jangan orang lain suruh. Kesedaran pada diri sendiri itu harus ada.
Tiada jalan pintas menggapai kejayaan. Jangan sesekali merendahkan bakat anda dengan perangai anda. Perangai anda itu melambangkan sesuatu tidak setara dengan bakat anda. Pergilah baiki perangai anda yang harus diperbaiki. |
|
|
|
|
|
|
|
Artikel 12
Aspirasi: Penting mengetahui nota muzik
Oleh Ramli MS
揂SSALAMUALAIKUM...Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam. Saya tak bolehlah mencela selama empat minggu ni, kena cakap elok-elok sikit. Topik minggu ini ialah nota muzik. Saya ingin memberi nasihat kepada semua penyanyi dan pemuzik mengenai kepentingan nota muzik dalam dunia seni.
Semestinya diwajibkan pemuzik memegang ijazah first sight reading. Maknanya, apabila letak saja nota itu di depan anda, kita dah boleh baca.
Kepada penyanyi pula digalakkan mempunyai kebolehan membaca nota muzik. Setidak-tidaknya mereka boleh menyanyi berpandukan 'nota Cina'.
Nota muzik ibarat pasport antarabangsa kepada semua pemuzik. Kenapa saya berkata begitu? Kalau anda tak boleh membaca nota muzik, saya sifatkan mereka buta bunyi! Dia tak nampak apa bunyi yang dia mainkan tu. Dia patut melihat bunyi tu, bukan mendengar.
Apabila anda membaca nota muzik, anda akan nampak bunyi. Kalau anda tak boleh membaca nota muzik, kreativiti anda juga terhad. Kerjaya anda tidak akan berganjak. Pencapaian anda tidak meningkat ke tahap lebih tinggi. Semuanya gara-gara kerana anda buta nota muzik.
Anda sebenarnya mensia-siakan hidup anda selama anda bermain muzik jika anda tidak tahu membaca nota muzik. Kelompok anda hanyalah di bawah paras pemuzik elit. Anda mungkin boleh bermain alat muzik dengan baik atau mencipta melodi lagu yang hit setiap masa. Tapi, sekiranya anda tak boleh membaca nota muzik, diri anda umpama pemegang pasport terhad.
Kalau anda pemegang pasport antarabangsa, maksud saya anda boleh baca nota muzik, anda boleh berkarya di mana saja destinasi yang anda suka. Contohnya anda boleh bermain di orkestra, boleh menjadi pemuzik undangan di peringkat antarabangsa dan ke mana saja.
Contohnya pada 1979, saya bekerja di Taiwan bersama kumpulan saya seramai enam orang. Kami bekerja selama enam bulan di sana. Selepas enam bulan, kita tamat kontrak, saya tak pulang ke tanah air, sebaliknya saya merebut peluang bekerja di sana yang memberi upahan yang lumayan sebagai pemuzik undangan. Kawan saya yang lain tu terpaksa pulang kerana mereka tak tahu baca nota muzik.
Ketika saya bekerja sebagai pemuzik undangan itu, saya tidak tahu siapa yang ada dalam kumpulan saya bekerja tu. Kesemua mereka adalah warga asing termasuk saya.
Kami dapat bekerja untuk superstar Taiwan dan Hong Kong pada masa itu. Saya bercampur dengan mereka yang saya tak pernah kenal. Tapi, apabila disebabkan kesemua kami tahu membaca nota muzik, muzik kita bersatu. Dua tahun saya bekerja di sana, pengalaman yang mengajar saya mendaki lebih tinggi dari kedudukan saya ketika itu dan saya melihat sendiri warga asing yang lebih ke depan daripada saya.
Terima kasih untuk Pak Uteh Apa yang ingin saya jelaskan kebolehan dan kebaikan jika anda boleh membaca nota muzik, inilah dia, peluang anda terbuka luas. Bayangkan kalau anda tak boleh baca nota muzik. Anda main muzik untuk orang kahwin, tapi ada peluang bermain di orkestra, anda terlepas, jadi duduklah anda di belakang pentas, gulung wayar saja!
Jadi, peluang akan datang mencari kita jika kita ada kelebihan. Itulah saya tekankan, ia wajib bagi setiap pemuzik, tahu membaca nota muzik.
Kira-kira 30 tahun dulu, pak cik saya, komposer terkenal, S Atan, pernah menasihati saya. Kalau kau tak mahu baca nota muzik, jangan main muzik, nanti menyusahkan hidup kau di masa depan.
Terima kasih Pak Uteh (panggilan Ramli kepada S Atan). Jadi, kepada penyanyi pula, baik penyanyi baru dan sedia ada, saya harap anda belajarlah, sekurang-kurangnya Do Re Mi, 'nota Cina' kerana ia menguntungkan anda.
Ia menguntungkan anda, anda tidak akan dipanggil pekak bunyi! Jika anda tahu membaca sekurang-kurangnya 'nota Cina', anda tidak akan menyumbangkan nyanyian anda dengan tak sengaja. Anda akan mengenal aras bunyi dengan betul. Memang ada penyanyi yang tak tahu baca nota muzik, tapi cuba anda lihat kredibiliti seperti Barbra Streisand. Dia tahu baca nota muzik. Dia boleh berkongsi idea intelektual untuk muziknya.
Penyanyi di sini yang saya tahu boleh membaca nota muzik ialah Syafinaz Selamat. Tapi, rata-rata penyanyi kita, 97 peratus, termasuk penyanyi ternama, mereka tak tahu membaca nota muzik! Pemuzik Melayu pun ada yang tak tahu membaca nota muzik. Saya pernah membuka satu kelas, mengajar pemuzik Melayu asas muzik secara percuma. Ketika itu saya bekerja di studio dan saya lihat ramai pemuzik kita, buta muzik!
Tapi, kebanyakan yang datang belajar, semua nak naik lif , terus ke tingkat 16, mereka tak nak belajar dari bawah, tak nak naik tangga! Bayangkan, sewaktu di Taiwan dulu, pelayan di restoran pun mampu membaca 'nota Cina'. Dia menyanyi lagu Melayu yang dia tak pernah dengar, sedap!
Sebabnya dia tahu baca nota muzik! Saya bukan nak riak. Lihatlah diri saya. Dari seorang pemuzik di funfair, main muzik orang kahwin, saya belajar nota muzik sehingga saya jadi pemuzik undangan. Dari situ saya nak jadi penggubah lagu, seterusnya pengarah muzik. Saya tak boleh main alatan muzik seperti biola, trumpet, tapi sebagai penggubah, saya boleh arahkan pemain itu bermain mengikut nota muzik saya, kehendak muzik saya.
Sama macam penyanyi, saya tak boleh menyanyi. Tapi, saya boleh arahkan penyanyi itu menyanyi mengikut nota muzik saya dan mengikut kehendak 'tajwid' yang ada di atas nota muzik berkenaan.
Kalau penyanyi itu tahu apa yang saya hendak dan dia boleh nampak, dia akan penuhi kehendak saya. Lazimnya saya senang bekerja dengan kumpulan koir sebab mereka tahu baca nota muzik. Apa yang ditulis, itulah yang mereka nyanyikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Selingan 3
Ruangan Ramli MS cukup membina
Assalamualaikum semua dan Abang Ramli MS, Saya merujuk kepada ruangan Aspirasi Ramli MS dalam Bintang Popular berjudul 'Ambil Ganja, Baru Boleh Petik Gitar - Karut'. Saya akui amat tertarik dengan hasil tulisan Abang Ramli. Ruangan yang membina seperti inilah yang sepatutnya seringkali dipaparkan supaya remaja dan anak-anak muda dan golongan artis sedar akan keburukan najis dadah ini.
Saya sebagai seorang yang bertugas di firma guaman kadangkala merasa amat sedih sekali dengan kes kes remaja dan artis kita yang terjebak dengan gejala yang kurang sihat seperti dadah, memandu dalam keadaan mabuk dan sebagainya. Diharap Abang Ramli akan terus memberi paparan yang membina kepada kita semua, terutama anak anak muda yang kini semakin pupus sifat ketimuran mereka. Good job Abang Ramli!
SATRIA 7171 |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi Ramli MS adalah sebab utama aku beli Berita Minggu.
Tapi mana Artikel 1? Aku mula start baca pada Artikel 3lah. |
|
|
|
|
|
|
|
artikel satu masa tuh
takde kat net
dan aku jugak terlepas artikel tuh
tak simpan
tapi..ia menyentuh pasal mutu artis yang lahir
dari program realiti tv |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak, artikel 1 tu best aja bunyinya, tak bolehke buat request kat
Berita Minggu. |
|
|
|
|
|
|
|
aku mmg ske baca artikel ramli ms..bernas |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by krisp at 11-10-2005 02:36 PM
Alamak, artikel 1 tu best aja bunyinya, tak bolehke buat request kat
Berita Minggu.
boleh.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pandangan atau komen mengenai dunia hiburan, sila hantarkan e-mel atau surat anda itu dengan tidak lebih 80 perkataan. Sila nyatakan juga nama penuh, K/P, usia, alamat dan nombor telefon (semuanya tidak disiarkan).
Hantarkan e-mel atau surat anda itu ke alamat:
[email protected] atau
BINTANG POPULAR, 31 Jalan Riong 59100 Kuala Lumpur
atau, personally...email bos zubir (harap maklum..zubir yang bertanggungjawab mdapatkan semua interview dgn bang
ramli ms)
KETUA UNIT BINTANG POPULAR
Roslen Fadzil
[email protected] |
|
|
|
|
|
|
| |
|