CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183971|Reply: 455

RESEPI DAGING

[Copy link]
Post time 24-1-2006 02:16 AM | Show all posts |Read mode


DAGING REBUS SANTAN

Bahan bahan

500 gm daging lembu

1 inci halia
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras

1 sudu teh lada sulah
1 mangkuk santan pekat

Cara memasak

Daging di bersihkan dan direbus hingga empuk.
Biarkan daging seketul besar semasa merebus nya.
Kemudian di hiris lebar dan nipis.

Halia/bawang besar/bawang putih/buah keras
di kisar halus.

Panaskan sedikit minyak didalam periuk dan tumis bahan bahan yang telah dikisar.
Masukkan daging yang telah dihiris nipis.
Curahkan santan pekat,lada sulah, sedikit gula dan sedikit garam.
Masak sehingga kuah nya pekat.

Boleh lah dihidangkan dengan nasi.

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 24-5-2006 09:58 PM ]

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2006 07:37 AM | Show all posts
Assalamualaikum,

Baguih juga masakkan nie.

Nanti teman nak MODIFY dgn pakai Perencah Masala or Tandoori etc.

Wsalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2006 11:26 AM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 24-1-2006 07:37 AM
Assalamualaikum,

Baguih juga masakkan nie.

Nanti teman nak MODIFY dgn pakai Perencah Masala or Tandoori etc.

Wsalam


Salam nice..
Boleh aja modify...
actually masa tumis sikit tu..boleh campur garam masala dan bay leaves. Lagi sedap bau nya.
Selamat mencuba....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2006 12:30 AM | Show all posts
Neksu tumpang lalu tumpang benang, tampal resipi daging untuk Index



DAGING BISTIK

Bahan-bahannya

1/2 kg daging batang pinang, dihiris nipis
3 biji kentang, dipotong wedges
2 batang karot, dipotong ikut suka
2 biji tomato, dipotong empat
3 sudu makan rempah kari daging
3/4 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap
4 cawan air
sedikit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 batang lada merah
10 batang cili padi thailand

Cara-caranya
1.  Panaskan minyak, kentang yang telah dipotong wedges dan karot digoreng setengah masak, angkat, toskan. Ketepikan.
2.  Panaskan minyak, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang.  Kemudian masukkan rempah yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau.  Masukkan pula rempah kari dagiing kacau hingga sebati dan tuang sedikit air.  Biar ia mendidih sekejap.
3.  Masukkan sos tomato, garam, serbuk perasa dan juga kicap.  Gaul rata.  Masukkan pula air dan daging yang telah dihiris nipis.  Gaul rata dan biarkan ia reneh pada api yang sederhana selama 10 minit.
4.  Bila daging telah setengah masak, masukkan pula kentang dan karot yang telah digoreng tadi.  Biarkan ia reneh lagi selama 10 - 15 minit sehingga semua kuah dan bahan-bahan sebati.  Kalau airnya kurang boleh tambah sedikit.  
5.  Rasakan kuahnya jika kurang perasa, tambah apa yang patut.  Masukkan tomato dan tutup api.  Biarkan sebentar dan sedia untuk dihidang.

NOTA: Masakan ini sedap dimakan dengan roti atau nasi putih bersama telur mata lembu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2006 12:58 PM | Show all posts
Originally posted by DianaA at 11-2-2006 12:30 AM
Neksu tumpang lalu tumpang benang, tampal resipi daging untuk Index



DAGING BISTIK

Bahan-bahann ...


TQ D...muahhhssss...
Dah lama betul daging tak masuk umah ni..makan ngan roti tayar beskal mesti syiok niii..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2006 01:51 PM | Show all posts

Reply #4 DianaA's post

Silakan Diana... thread ini pun memang untuk resipe resipe daging.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2006 11:21 AM | Show all posts


Daging masak pedas

Bhn (ikut anggaran sendiri)

Daging
Bwg. merah ]
Bwg putih ] tumbuk
Halia ]
Kicap pekat
Cili kisar
Air asam jawa

Cara
Tumiskan bhn tumbuk hingga wangi.Masukkan cili kering dan kicap pekat, kacau.Masukkan daging dan air asam jawa, biarkan seketika.Bila dah masak bolehlah diangkat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2006 11:43 AM | Show all posts
Sapa ada resipi RENDANG DAGING yang tak menggunakan kerisik but dier guna gula nira tuh... tulun sat!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2006 02:53 PM | Show all posts
daging masak pedas tu memang dah selalu buat memang besh..kadang2 tukar ayam..
sebab jarang makan daging
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2006 03:43 PM | Show all posts
..bagi sesapa yg belum mencuba resepi ni, ..inilah resepi masa maklang tawin dulu...memang berbaloiiiiii.....dah ramai yg mintak resepi ni termasuklah org2 kat opis maklang ni...cubalah..tak nyosal



DAGING MASAK HITAM MANIS MAKLANG (dah kuar dulu tapi takper,tempek lagik)

(sukatan pepandai sendiri...main agak2 jer-jgn risau pasti menjadinyee)

1/2 kati daging btg pinang
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2006 03:56 PM | Show all posts
waaa maklang best resepi ni.. asben nurul mmg suka lauk2 berkicap.. leh try..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2006 04:07 PM | Show all posts
nurul - cubalah buat utk cik abang tu daging masak hitam manis ni...gerenti dia takleh pejam mata bilo tido...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2006 04:25 PM | Show all posts
wehh bahaya resepi maklang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2006 05:23 PM | Show all posts
tumpang tepek resepi yer..




BERIANI DAGING

Bahan
1 kg daging ]
4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
1 cawan yogurt
3 s/b tomato puree
3 biji kentang potong kecil]
2 biji tomato buah [belah 4]
3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 2 cawan air]
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar [belah 4]
1 pkok daun ketumbar [potong kasar]
garam

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak

Cara
1. Daging dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani dan daging yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.
5. Masukkan kentang dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti.  



[ Last edited by hanieliza at 13-2-2006 06:29 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2006 05:40 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 13-2-2006 05:23 PM
tumpang tepek resepi yer..




BERIANI DAGING

Bahan
1 kg daging ]
4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
1 cawan yogurt
3 s/b tomato puree
3 biji kentang potong kecil]
2 biji tomato buah [belah 4]
3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 2 cawan air]
3 biji cili hijau
2 biji cili hijau

2 labu bawang besar [belah 4]
1 pkok daun ketumbar [potong kasar]
garam  ...


kak liza..sori ek..tp kan .rasernyer typo tang cili tu..

wah...kena try ni..rempah impot tu baru dua sudu jek try..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2006 06:31 PM | Show all posts
Originally posted by Index at 13-2-2006 05:40 PM


kak liza..sori ek..tp kan .rasernyer typo tang cili tu..

wah...kena try ni..rempah impot tu baru dua sudu jek try..


TQ..TQ..sebab bagitahu..
aduhhhhh malu seyyyy...:malu:

udah diperbetuikan buuuuu...:cak:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2006 12:59 PM | Show all posts
Lama tak jenguk kat sini. Tadi saya ada cuba satu resipi tapi menjadi jugak. Tak taulah apa nama masakan tu sebab teringin nak makan daging masak ala black pepper tapi turns out to be something else.

Bahan2nya:-
250g daging dipotong nipis2
4 ulas bawang putih dimayang halus
sedikit lada biji ditumbuk halus
sedikit halia dimayang
sedikit bawang besar
2 - 3 sudu sos tiram
garam & gula

Cara2 membuatnya:-
1.        Bawang putih & halia yang sudah dimayang ditumis dgn minyak bersama lada tumbuk hingga jadi golden in colour.
2.        Masukkan daging dan gunakan api besar tetapi daging hendaklah dikacau hingga masak. Masukkan sos tiram, garam & gula. Bila dah agak masak masukkan bawang besar.
3.        Siap utk dihidang. Boleh tabur dgn daun bawang/daun sup jika suka.

Ni pulak rupa daging yg saya masak. Emak dan MIL cakap sedap. Lepas tu bagi anak perempuan saya makan. Dia cakap - pdassss, pdasssss mak sampai terbatuk2. Rasanya saya bubuh bnyk sgt lada biji tu. Lain kali nak kurangkan sedikit.       


[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 24-5-2006 10:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2006 03:47 PM | Show all posts
wah kak baiduri, klu mom n mil bg thumbs up, saya bg double thumbs up tgk rupa saje...but lada bijik tu lada putih ker hitam?...
Reply

Use magic Report

cik_hazz This user has been deleted
Post time 14-2-2006 04:05 PM | Show all posts

kerabu daging

ni resipi my mom....chaz suka sgt n simple je nk buat nye..


daging  anggaran 1/2 kilo--bakar n hiris nipis (mcm potong daging utk masak kunyit/kecik2)
1 bj bawang besor kuning--hiris
bawang kecik 3/4--mayang
bawang putih 2/3 biji--mayang
2/3 btg cili pdi..nk pedas tmbah --potong kekecik
halia 2 cm--hiris halus2 mcm jejari
ketumbar anggaran 1-2 sedu besar--tumbuk lumat
kerisik 3 sudu--lg byk lg bes
garam
asam limau nipis

cara2 amat simpel

cmporkn sumer bahan2 tu==gaulkan lam mangkok...
pastu masokkan daging bakar yg di hiris tadi...
letak kan garam n peram limau nipis...

aduh dh kecur liur....gmbr xde sorry....

p/s daging leh ganti ngan ayam--amik bahagian dada n peha,,bakar n racik2 kn halus

ni resipi limited edition...my father suka sgt...ni resipi kuarga my father....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2006 04:11 PM | Show all posts
Originally posted by MAKLANG at 13-2-2006 03:43 PM
..bagi sesapa yg belum mencuba resepi ni, ..inilah resepi masa maklang tawin dulu...memang berbaloiiiiii.....dah ramai yg mintak resepi ni termasuklah org2 kat opis maklang ni...cubalah..tak nyosal ...


eon dh try resepi maklang yg ni dl .. mmg best..

tp pic lupa ambik..

thanks..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.079207 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list