View: 23687|Reply: 191
|
Penciptaan Alam Semesta drpd Tiada
[Copy link]
|
|
Penciptaan Alam Semesta drpd Tiada
Dlm soal kewujuan alam semesta, terdapat byk fahaman dan theor mengenai bagaimana ia terwujud dan dihasilkan. Antaranya adalah fahaman meterialisme dan Big Bang theory. Fahaman materialisme percaya bhw kewujudan alam semesta adalah berasal dprd zaman azali dan ia adalah statik (tidak mengembang). Ramai saintis materialisme telah gagal membuktikan kesahihan theory mrk. Fahaman big bang pula, mengatakan alam semesta bermula dgn letupan drpd satu titik sifar yg tiada masa, ruang, ketumpatan, jisim, dan kandungan, mengembang dan menjadi alam semesta yang sekarang. Byk theori yg membuktikan the big bang adalah betul seperti:
1.Spektra warna - Edwin Hubble menemui cahaya drpd bintang2 beralih ke hujung warna merah spektra dan semakin jauh bintang itu dari bumi. Dlm fizik, spektra cahaya yg bergerak menuju ke arah titik pemerhatian cenderung kpd warna ungu sementara spektra cahaya yg bergerak menjauhi titik pemerhatian pula cenderung kpd warna merah. Ini bermakna bintang2 menjauhi kita. Dia juga menemui bintang2, galaksi2 lain menjauhi antara satu sama lain. Ini menunjukkan alam semesta itu adalah 'berkembang' secara beterusan.
2.Radiasi Dataran Kosmik - George Gamow menemui sisa radiasi yg tertinggal dari letupan big bang ini tersebar secara seragam di serata alam semesta. tahun 1965, Arno Penzias dan Robert Wilson menemui gelombang radiasi ini. Mrk mendapati radiasi ini menakjubkan kerana ia mempunyai keseragaman yg luar biasa. Dm perkataan lain, ia tidak kelihatan spt dipancarkan dr sumber tertentu akan tetapi meliputi seluruh ruang angkasa.
3.Pemusatan Hidrogen/helium - Bintang2 menghaslkan tenagan dgn menukarkan hidrogen kpd helium melalui letupan tidak balas nuklear. jIka alam semesta tidak mempunyai permulaan dan telah wujud azali, maka semua hidrogen telah lama betukar kpd helium. Namun hakikatnya, gas hidrogen pd bintang2 masih lagi menghasilkan tenaga secara berterusan.
Penemuan2 ini menunjukkan alam semesta adalah bermula drpd letupan big bang kpd alam semesta yg ada pada hari ini. satu lagi penemuan yg sangat menakjubkan mengatakan letupan big bang itu bukan sekadar letupan yg membawa kebinasaan, tetapi membawa ketertiban, keseragaman dan kerumitan yg tidak dpt diterangkan secara saintifik.
Pengiraan yg teliti meletakkan kadar pengembangan alam semesta akibat big bang amat hampir kpd nilai kritikal di mana alam semesta akan terlepas dari tarikan gravitinya dan berkembang utk selama2nya. Perlahan sedikit dan alam semesta akan runtuh, tercepat sedikit dan bahan2 kosmik akan lenyap sama sekali sejak dulu lagi. Adalah menarik betapa telitinya kadar pengembangan ini 'dihalus-rapikan' oleh sesuatu kuasa ghaib yg kita percaya adalah Allah. Theori Einstein mengatakan:
'sekiranya ketumpatan jirim alam semesta terlebih skit, tidak mungkin akan berkembang disebabkan oleh daya tarikan partikel2 atom, dan akan roboh semula kpd satu titik. Jika ketumpatan pd permulaannya terkurang pula, maka alam semesta akan berkembang pd kalajuan yg amat amat tinggi dan partikel2 atom tidak mungkin akan menarik dan bercantum antara satu sama lain dan bintang2 dan galaksi2 tidak akan terbentuk.'
Tetapi, hakikat hebat pasal big bang ini yg ditemui oleh fizik moden hanya pada penghujung abad ini telah pun dinyatakan kpd kita dlm Al-Quran 14 abad yg lalu:
"Dialah yg menciptakan langit (alam semesta) dan Bumi" - Surah Al-An'aam: 10
Teori big bang dinyatakan dlm Al-Quran, ketika manusia memiliki pengetahuan yg amat terhad mengenai alam semesta:
"Dan apakah orang2 yg kafir itu tidak mengetahui bahawasannya langit (alam semesta) dan Bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (titik permulaan letupan big bang), kemudian Kami(Allah) pisahkan antara keduanya. Dan dprd air Kami(Allah) jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?" - Surah Al-Anbiyaa':30
Dan alam semesta ini adalah terus berkembang:
"Dan langit (alam semesta) Kami(Allah) bangunkan dengan kekuasaan Kami(Allah), dan sesungguhnya Kami(Allah) meluaskannya (pengembangan alam semesta)." - Surah Adz-Dzaariyaat:47
Jika sesiapa yg tidak mempercayai kekuasaan Allah, maka terimalah hakitkat bhw alam semesta terbentuk secara 'kebetulan', dan dia hidup dalam tengah 'Kebetulan'. Dan segala2nya adalah kebetulan. Hanya Allah yg mengetahuinya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Keruntuhan Darwinisme dan theori Evolusi:
Darwinisme tlah berlama2 abadnya menyesatkan golongan sains dan juga masyarakat.
kajian2 di makmal dan pengiraan kebarangkalian secara jelas menunjukkan bhw asid amino yg menyebabkan munculnya hidupan tidak mungkin boleh terbentuk secara kebetulan sejak semasa bumi berkeadaan primitif dan tidak terkawal. Wlaupun begitu, susunan tatatertib asid amino tidak dapat disintesiskan dalam makmal paling canggih abad 20 ini.
Theory Darwinisme dulu dan neo-darwinisme selepas itu menerangkan species berkembang akibat dr mutasi, ataupun dr nenek moyang mrk, perubahan kecil pd gen mrk, dan yg paling gagah akan terus hidup melalui mekanisme semula jadi. Tp dibuktikan bhw neo-darwinisme adalah salah kerana perubahan kecil dlm DNA tidak akan membentuk spesies baru! Ahli saintifik yg pro neo-darwinisme ini menutup kegagalan mrk dgn menyatakan, contohnya, burung pertama dlm sejarah keluar secara tiba2 dr telur reptilia melalui cara yg tidak dpt diterangkan. Dan mutasi hanya akan merosakkan kehidupan itu, bukan berubah bentuk kpd spesies yg lain.
Mengikut kajian fosil, jika Darwinise percaya evolusi spesies kpd suatu species yg lain berlaku secara perlahan2 dan beransur2 dlm berjuta2 thn adalah betul, kenapa dia tidak dpt jumpa fosil yg menunjukkan sebarang susuk-susuk peralihan di antara dua spesis? Dan juga jika dakwaan dia betul, fosil2 yg berkembang dr satu sama lain secara beransur2 mesti ditinggal di muka bumi sekarang ini mencecah angka berjuta2.
Bolehkah kehidupan wujud secara kebetulan spt yg dikemukakan oleh evolusi Darwinisme? fikirkan, satu sel yg komplex seperti sebuah kota, mengandungi stesen kuasa yg menghasilkan tenaga, kilang2 yg mengeluarkan enzim dan hormon yg penting, bank data yg menyimpan data dan maklumat, sistem pengangkutan dan saluran yg komplex tuk membawa protein, makmal yg maju dan kilang penapisan tuk menyalurkan semua bhn ini kpd bahagian yg boleh digunakan, dan sel membran yg mengawal keluar masuk suatu benda.
Jauh sekali hasil yg terbentuk bawah atmosfera bumi purba merupakan satu sistem komplex dgn kandangan dan makenismanya, tidak mungkin dihasilkan secara tiruan, peralihan atau wujud secara kebetulan. Kebarangkalian 1 molekul protein sederhana yg mengandungi 500 asid amino untuk tersusun dengan jumlah dan susunan yg tepat sebagai tambahan kpd kebarangkalian semua asid amino yg dikandunginya bersifat kiri hanya bergabung dengan ikatan peptida adalah '1' dibahagi 10 kuasa 950. Ia adalah tidak mungkin.
Dengan keruntuhan theori evolusi dlm setiap bidang, zaman sekarang masih ramai yg tidak menyedari mrk sebenarnya berada di dlm kedudukan menerima satu kepercayaan yg salah di atas nama sains dari mempercayai kewujudan Allah. Mrk tidak menjumpai perkataan 'Allah menciptakan anda dari tiada' secara saintifik akan mempercayai yg hidupan pertama terwujud akibat panahan petir ke atas 'takungan purba' berbilion tahun dahulu. Allah mengurniakan Al Quran kpd kita utk dikaji dan disedarai yg berhubung kait dgn seluruh sesuatu dlm alam semesta ini. Itulah bezanya antara kita muslim dgn non-muslim, kita mempelajari dan mengkaji sesuatu ilmu seperti sains, adalah sentiasa menghubungkaitkan dgn ciptaan Allah berdasaran bukti2 Al Quran yg sahih. |
|
|
|
|
|
|
|
"Dan langit (alam semesta) Kami(Allah) bangunkan dengan kekuasaan Kami(Allah), dan sesungguhnya Kami(Allah) meluaskannya (pengembangan alam semesta)." - Surah Adz-Dzaariyaat:47
Beza tak?
link
Surah Adz-Dzaariyaat [47] Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi) dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.
bukankah teori big bang sering dilontarkan oleh mereka yang tidak percaya kepada Tuhan?. Mereka beranggapan Tuhan tidak wujud, dan dunia ini terjadi daripada big bang. soalnya, dimanakah kambing, dinasor, itik, ayam, kau aku dan dia berada ketika terjadinya big bang. :stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Penciptaan Alam Semesta drpd Tiada
揟atkala malam yang gelap tiba, ia melihat sebuah bintang; ia berkata, 揑nilah Tuhanku. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila big bang berlaku? Atau berapa kah umur alam ini?
Ini kita boleh agak dari jarak bintang atau galaksi yang paling jauh di sukat dalam sukatan tahun cahaya. Sekarang ni, terdapat galaksi yang jauhnya 12 billion tahun cahaya dari bumi. Ini maknanya, cahaya galaksi yang kita tengok tu ialah cahaya yang dihasilkan 12billion tahun dahulu dan sekarang ni baru sampai bumi. Secara kesimpulannya, umur alam ni mesti lebih dari 12 billion tahun. Macamana kiraannya, tak payah le cerita sini, aku pun tak de formula nya.
Okay... balik ke statement di posting ke2..... 'Allah menciptakan anda dari tiada'
jad... macamana Allah menciptakan kehidupan?
Dalam Al-Quran tiada ayat yang meyokong evolusi dan tiada ayat yang menyalahkan evolusi. Jadi sekiranya ada saintis yang percaya kehidupan tercipta seperti yang diterangkan oleh evolusi, apakah ianya haram?
Sebelum kita bangkang evolusi, kita mesti nak tau apa benda teori tu cakap sebelum kita copy dan paste. Saya nak ambil statement dar Bucaille iaitu.... evolusi dalam haiwan tak dapat dibangkang sebab terdapatnya bukti-bukti yang membenarkannya. Kecuali evolusi ke atas manusia yang masih lagi tak di fahami.
Maksud Bucaille tu ialah teori evolusi ke atas manusia, tak boleh diterima sebab tak terjumpanya bukti yang mengaitkan spesis hominid denga spesis hominid yang lain. Contoh; apakah kaitan homo erectus dengan homo sapien, atau apa kaitan Neanderthal dengan homo sapien. Itu semua belum ada orang paham. Tapi teori evolusi dalam haiwan lain dah terlalu banyak bukti. Artikel di post kedua tu boleh saya katakan, dah lapuk. kalau tak silap itu idea seorang yang ciplak dari creationist (atau bible argument).
Argument paling lemah sekali....
fosil2 yg berkembang dr satu sama lain secara beransur2 mesti ditinggal di muka bumi sekarang ini mencecah angka berjuta2.
kenapa tak cecah berjuta-juta.... sudah tentu.... bukan semua kehidupan boleh dipreserve. Dia mesti ada keadaan tanah, air dan iklim yang sesuai. Kalau ada haiwan mati di gurun yang kering, tak sampai setahun tulang dia pun jadi debu. Lagi, badan kita ni sumber dari tanah. Apa yang kita makan semua dari tanah. Contoh; pokok tumbuh sebab baja dari tanah, datang lembu makan rumput, datang manusia dan rimau makan lembu. Jadi semua benda bersumber enzim dari tanah. Kita membesar pun sebab kita makan. Kalau benda mati terkambus ditanah, besar kemungkinan tak tahan lama kemudian jadi tanah kembali. Ni Quran sendiri cakap... manusia dicipta dari tanah. Kesimpulannya, bukan semua fossil boleh dipreserve. Dan lagi satu, cengkerang binatang laut tu pun jadi tanah, kalau tak jadi tanah dia jadi batu kapur.
Ahli saintifik yg pro neo-darwinisme ini menutup kegagalan mrk dgn menyatakan, contohnya, burung pertama dlm sejarah keluar secara tiba2 dr telur reptilia melalui cara yg tidak dpt diterangkan. Dan mutasi hanya akan merosakkan kehidupan itu, bukan berubah bentuk kpd spesies yg lain.
ni pun satu kenyataan sindiran sahaja. teori evolusi tak cakap pun burung pertama keluar dari telur reptilia. tapi dah terjumpa satu fossil dinosaur yang berbulu burung.
Mutasi merosakkan spesis.... tapi kalau mutasi tu Allah kata "kun fayakun" ... gerenti tak rosak.
Balik kepada kenyataan Bucaille..... dia ada sebut lebih kurang begini le.... evolusi boleh berlaku, tapi bukan disebabkan oleh natural selection. sebabnya, evolusi perlu perubahan gene, yang boleh berlaku sebaiknya dengan "intervention of a supreme being".
Lebih tepat lagi, saya rasa..... apa yang dibangkang oleh ramai saintis ialah Natural Selection (dari Darwin) dan bukan Evolution.
Saya quote Bucaille sebab saya rasa lebih baik quote dari dia, sebab kebanyakan saintis Islam (contoh macam Harun Yahya) banyak yang ulangan dari apa yang Bucaille tulis.
Akhir sekali...
bukankah teori big bang sering dilontarkan oleh mereka yang tidak percaya kepada Tuhan?. Mereka beranggapan Tuhan tidak wujud, dan dunia ini terjadi daripada big bang. soalnya, dimanakah kambing, dinasor, itik, ayam, kau aku dan dia berada ketika terjadinya big bang.
Boleh tolong terangkan lebih lanjut??
[ Last edited by ibnur at 14-3-2006 08:54 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
jad... macamana Allah menciptakan kehidupan?
Dalam Al-Quran tiada ayat yang meyokong evolusi dan tiada ayat yang menyalahkan evolusi. Jadi sekiranya ada saintis yang percaya kehidupan tercipta seperti yang diterangkan oleh evolusi, apakah ianya haram?
Allah berfirman:
'Bermulalah penciptaan manusia ini drpd tanah; Kemudian Dia jadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati dari air yg sedikit dipandang orang; Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya serta meniupkan kpdnya roh ciptaan-Nya dan Dia mengurniakan kepadamu perdengaran dan penglihatan serta hati supaya kamu bersyukur tapi amatlah sedikit kamu bersyukur' Surah as-sajadah 7-9
jadi kita membuat kesimpulan bhw teori Darwin ini telah tersilap. Evolusi manusia ini dinyatakan dgn lafaz yg jelas dlm Quran. Peringkat2nya, namun ilmu tidak dapat menentukan teori yg tetap tuk peringkat ini. Tidak ada seorangpun yang bleh mendakwa dia telah menyingkap misteri ini. Allah telah menegaskan bhw yg berlaku itu adalah berlainan dari apa yg kita sebut2, bukan spt yg digambarkan oleh para ilmuan2 spt Darwin. Jd, kesimpulan yg dihasilkan oleh ilmu adalah hipotesis sahaja.
Artikel di post kedua tu boleh saya katakan, dah lapuk. kalau tak silap itu idea seorang yang ciplak dari creationist (atau bible argument).
Argument paling lemah sekali....
Terima kasih sebab menegur. JIka ada apa2 kesalahan yang saya buat sila beri sokongan yg membina. Untuk pengetahuan saudara saya tidak copy dan paste tetapi hanya mengulas hujah2 yg bersesuaian.
Ahli saintifik yg pro neo-darwinisme ini menutup kegagalan mrk dgn menyatakan, contohnya, burung pertama dlm sejarah keluar secara tiba2 dr telur reptilia melalui cara yg tidak dpt diterangkan. Dan mutasi hanya akan merosakkan kehidupan itu, bukan berubah bentuk kpd spesies yg lain.
jika asas evolusi adalah mutasi, maka bagaimana bunga tahu sendiri untuk menghasilkan warna yg bermacam2 jenis serta cantik, wangi supaya menarik perhatian haiwan? adakah ini disebabkan akibat mutasi?
Allah berfirman:
'Nabi Musa menjawab: Tuhan kami ialah yang memberikan kpd tiap2 sesuatu akan kejadian tabi'inya yg sesuai dengan kemudian Dia berikan petunjuk kpdnya akan cara menggunakannya' Surah Toha:50
Mutasi adalah sifat yg baru yg datang tiba2 hasil perubahan2 yg tidak dikira dlm proses percantuman sel jantan dan betina serta pertemuan kromosom dlm menentukan sifat2 yg diwarisi. kekadang sifat baru ini yg memudaratkan spt kecacatan dan keburukan. kadang2 berlaku mutasi yg berfaedah (spt lahirnya kaki yg spt itik pada haiwan yg tinggal di dlm air. Sifat ini berfaedah kerana memudahkan ia berenang) tapi asas evolusi bukan mutasi.
bukankah teori big bang sering dilontarkan oleh mereka yang tidak percaya kepada Tuhan?. Mereka beranggapan Tuhan tidak wujud, dan dunia ini terjadi daripada big bang. soalnya, dimanakah kambing, dinasor, itik, ayam, kau aku dan dia berada ketika terjadinya big bang.
masatuh kehidupan belum ada jasad lagi. Anda dlm bentuk roh sedang tawaf di Baitul Izzah. |
|
|
|
|
|
|
|
Allah berfirman:
'Bermulalah penciptaan manusia ini drpd tanah; Kemudian Dia jadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati dari air yg sedikit dipandang orang; Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya serta meniupkan kpdnya roh ciptaan-Nya dan Dia mengurniakan kepadamu perdengaran dan penglihatan serta hati supaya kamu bersyukur tapi amatlah sedikit kamu bersyukur' Surah as-sajadah 7-9
jadi kita membuat kesimpulan bhw teori Darwin ini telah tersilap. Evolusi manusia ini dinyatakan dgn lafaz yg jelas dlm Quran. Peringkat2nya, namun ilmu tidak dapat menentukan teori yg tetap tuk peringkat ini. Tidak ada seorangpun yang bleh mendakwa dia telah menyingkap misteri ini. Allah telah menegaskan bhw yg berlaku itu adalah berlainan dari apa yg kita sebut2, bukan spt yg digambarkan oleh para ilmuan2 spt Darwin. Jd, kesimpulan yg dihasilkan oleh ilmu adalah hipotesis sahaja.
Ayat tersebut tidak membangkang atau menyokong evolusi di dalam haiwan lain. Ia menjelaskan penciptaan manusia sahaja.
jika asas evolusi adalah mutasi, maka bagaimana bunga tahu sendiri untuk menghasilkan warna yg bermacam2 jenis serta cantik, wangi supaya menarik perhatian haiwan? adakah ini disebabkan akibat mutasi?
Kebanyakan creationist gemar bertanyakan soalan dari memberi jawapan. Telah saya jelaskan apa yang kita tolak ialah natural selection. Macam kata Larmack, natural selection ni spt kita kata bahawa hematite boleh bertukar menjadi besi kemudian eifel tower dengan sendiri.
Kita tau usia alam ni berbillion tahun dan usia bumi ni 4.5 billion. Kehidupan bermula dalam linkungan 1 billion tahun lalu. Dan dalam janglamasa yang panjang tu, telah terbukti berlaku perubahan kepada haiwan-haiwan secara berperingkat seperti dari bakteria ke invertebrate ke vertebrate. Kita tak boleh nafikan ini, sebab bukti saintifik tak boleh tolak lagi yang ini.
'Nabi Musa menjawab: Tuhan kami ialah yang memberikan kpd tiap2 sesuatu akan kejadian tabi'inya yg sesuai dengan kemudian Dia berikan petunjuk kpdnya akan cara menggunakannya' Surah Toha:50
Mutasi adalah sifat yg baru yg datang tiba2 hasil perubahan2 yg tidak dikira dlm proses percantuman sel jantan dan betina serta pertemuan kromosom dlm menentukan sifat2 yg diwarisi. kekadang sifat baru ini yg memudaratkan spt kecacatan dan keburukan. kadang2 berlaku mutasi yg berfaedah (spt lahirnya kaki yg spt itik pada haiwan yg tinggal di dlm air. Sifat ini berfaedah kerana memudahkan ia berenang) tapi asas evolusi bukan mutasi.
Tak kiralah, samada mutasi atau cloning. Sekiranya Allah kata kun fayakun maka ia akan berlaku. Sekiranya ada saintis yang percaya bahawa kehidupan haiwan-haiwan dicipta Allah secara evolusi, saya rasa, Al-Quran tak menyalahkan itu. Evolusi boleh berlaku kalau Allah mahu ia berlaku.
Ini berbeza dengan penciptaan manusia. Kita tahu terdapat beberapa spesis hominid sebelum spesis homo sapien sapien (atau bani Adam). Belum ada penemuan yang boleh menghubungkan antara satu spesis hominid dengan spesis hominid yang lain. Cuma kita paham, spesis hominid yang ada sekarang lebih baik dari yang dahulu. |
|
|
|
|
|
|
|
okay. pertama skali terima kaceh atas hujah saudara yg begitu jelas.
jadi mungkin kita kene carik lagi bukti yg ade dlm Quran yg betul2 menyokong/membantah evolusi. Harap kita dpt manfaat drpdnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Alam semesta telah diciptakan dari Tiada
Materialisme adalah satu pemikiran yg menganggap jirim @ benda sebagai satu kewujudan yg mutlak dan menafikan kewujudan Pencipta. Contohnya teori yg dibawa oleh Karl Marx yg mendakwa bhw jirim telah wujud sejak azali (dahulu) dan akan terus wujud untuk selama- lamanya. Iaitu, menafikan kewujudan satu kuasa Pencipta.
Satu penemuan yg besar oleh ahli astronomi US pd 1929, Edwin Hubble telah memerhati bintang2 dengan teleskop, dan mendapati cahaya dari bintang2 tersebut beralih ke hujung warna merah spektrum cahaya dan semakin jauh bintang itu dari bumi peralihan ini semakin ketara. Disimpulkan bhw spektrum cahaya yg mendekati titik pemerhatian cenderung kpd warna ungu, dan spektrum cahaya yg menjauhi pula cenderung kpd warna merah. Ini bermakna bintang2 secara berterusan bergerak menjauhi kita. Hubble juga menemu bhw alam semesta itu berkembang secara berterusan.
Tetapi andaian materialisme menganggap alam semesta itu adalah statik (Static universe). Penemuan2 ini telah membuktikan materialisme adalah salah:
1)Pd 1948, George Gamov mengemukakan idea Big bang, iaitu pembentukan alam semesta melalui 1 letupan besar. Dan sisa radiasi ini sepatutnya tersebar seragam di seluruh alam semesta. Pd 1965 Arno Penzias dan Robert Wilson telah menemui gelombang radiasi ini, dinamakan Cosmic Background Radiation (CBR). Mrk anggap sepatutnya sebarang radiasi rawak datang dari arah yg khusus, tetapi mrk mendapati radiasi ini meliputi seluruh ruang angkasa. Pd 1989, NASA telah melancarkan COBE utk mengkaji CBR. Satelit ini menunjukkan terdapat haba dihasilkan selepas Big Bang dan mengesahkan teori Penzias & Wilson.
2)Berdasarkan pengiraan terbaru, difahami bhw pemusatan hidrogen-helium di alam semesta sama dgn pengiraan secara teori pemusatan hidrogen-helium yg tertinggal selepas Big Bang. Bintang2 menghasilkan tenaga dgn menukarkan hidrogen kpd helium melalui tindak balas nuklear. Jika alam semesta wujud sejak azali, maka semua hidrogen terdapat pd bintang2 telah pun habis digunakan dan semua bertukar kpd helium. Namun, hakikatnya gas hidrogen pd bintang2 belum habis digunakan dan masih lagi menghasilkan tenaga secara berterusan. Ini membuktikan alam semesta ini berpenghujung dan mempunyai permulaan.
Maka, teori Static Universe dan fahaman materialisme telah disingkirkan. Secara ringkas, keseluruhan alam semesta wujud pada suatu ketika yg tidak bermasa dengan satu letupan besar/Big Bang. Selepas Big Bang, masa, jirim, tenaga dan isipadu wujud dari ketiadaan dimana semua ini tidak wujud sebelum itu.
Hakikat hebat ini yg ditemui oleh fizik moden hanya pd abad ke20 telah pun dinyatakan kpd kita dlm Al-Quran 1,400 tahun dahulu:
"Dialah(Allah) yg menciptakan langit dan bumi" - Surah Al- An'aam:101
Teori Big Bang menunjukkan semua objek dlm alam semesta pd asalnya bercantum dan kemudian terpisah. Fakta ini diandaikan oleh teori Big Bang telah dinyatakan dlm Al-Quran, 1,400 tahun dulu yg manusia masa itu ilmu adalah terhad:
"Dan apakah orang2 yg kafir itu tidak mengetahui bahawa langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yg padu, kemudian Kami(Allah) pisahkan antara keduanya. Dan drpd air Kami jadikan segala sesuatu yg hidup. Maka mengapakah mrk tidak juga beriman?" - Surah Al-Anbiyaa':30
"Dan langit Kami(Allah) bangunkan dengan kekuasaan Kami, dan sesungguhnya Kami meluaskannya" - Surah Adz-Dzaariyaat:47
Hakikatnya, letupan Big Bang membawa kpd kesempurnaan susun atur. Tapi, letupan tidak pernah membawa ketertiban, malah memusnahkan, bahaya, dan kehancuran. Namun, alam semesta selepas Big Bang mempunyai susunan yg amat rapi sehingga disimpulkan bhw ada suatu campurtangan "kuasa ghaib" di sebalik letupan ini, malah semua serpihan yg ditebarkan oleh letupan ini digerak secara terkawal. Jika alam semesta bergerak perlahan sikit maka ia akan runtuh, tercepat sikit dan bahan2 kosmik akan lenyap. Betapa telitinya kadar pengembangan alam semesta ini "dihalus-rapikan" oleh Allah.
[ Last edited by Presa1200 at 20-1-2007 10:01 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ASM.
HAng memang betol lah gamaknye Presa1200 . Nama hang ni buat aku teringat pada moto Harley-Davidson Sportster 1200! he he, jangan marah aa! saja gurau. Engkau minat moto tak?
Bab "alam semesta telah dicipta dari Tiada" ni besar ceritanye beb. Malah ada orang boleh "berperang" sebab nak menegakkan kenyataan "Alam semesta dicipta dari tiada kepada ada" dengan "Alam semesta dicipta dari ada kepada ada" nih. Masing-masing ada hujah masing-masinglah. Kalu yang mahir bab Usul, Ilmu kalam etc. ni, depa akan hujah ikut Ilmu depalah, dan mana yang mahir dalam tasawuf, bab-bab "advance level" ni, akan hujah ikut Ilmu dia lah pulak. Gitulah ade nye setau aku yang tak tau nih
Orait beb! aku tak reti lah sangat bab nih, kena tunggu orang yang terer bagi pendapat!
sebagai kenang-kenangan kita bersama, ayat 190-191 surah Ali Imran...
satu penyataan besar tentang alam semesta...dan isinya...
salam! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sikomeng at 20-1-2007 10:56 AM
ASM.
HAng memang betol lah gamaknye Presa1200 . Nama hang ni buat aku teringat pada moto Harley-Davidson Sportster 1200! he he, jangan marah aa! saja gurau. Engkau minat moto tak?
Bab "ala ...
tak marah... cume i sendiri pn rasa presa1200 tuh klakar sket.. actually dulu 1st time gune laptop presario 1200... skrang dah tukar dah.... jd kenangan2 plak. ntah... kalo ade pape nickname mesti dah jd terbiase bubuh presa1200.
yeap... i mmg suke study bab astronomi, dan mendapatkan clue drpd Quran. Sy sendiri tidak menganggap Quran itu buku sains tapi sy yakin Quran adalah kata2 Tuhan untuk kebaikan kita, rahsia segala alam, dan harta semur hidup.
sama2 kite menyampaikan kebenaran... tak kiralah bad mane. sebab semua ilmu dr Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
semua serpihan yg ditebarkan oleh letupan ini digerak secara terkawal. Jika alam semesta bergerak perlahan sikit maka ia akan runtuh, tercepat sikit dan bahan2 kosmik akan lenyap.
Yang quote tu ada rujukan ke? Boleh tau dari mana?
Apa maksud 'serpihan yang ditebarkan'?
Dalam ayat.... 'Alam semesta bergerak perlahan.....' Apa maksud alam tu? Space, universe, galaxy?
Macamana pergerakan yg salah boleh meruntuhkan alam? |
|
|
|
|
|
|
|
"...langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yg padu, kemudian Kami(Allah) pisahkan antara keduanya.... "
bukan ke yg di atas itu menunjukkan alam (ie langit dan bumi) dicipta drp sesuatu yg dah ada.. suatu yg padu.
`yg padu' itu dah wujud baru dipisah jadi langit dan bumi.
so bukanlah ia wujud drp sesuatu yg tiada... tak gitu? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kedua... jika `suatu yg padu' itu telah wujud, bererti `masa' telah wujud.
tak mungkin ada ciptaan ie `yg padu' itu wujud tanpa ada ruang dan masa. Ruang dan masa wujud bersama ciptaan.
jadi jika `yg padu' sudah wujud sebelum terciptanya alam, maka ruang dan masa pun telah wujud sebelum wujud alam.
cuma Tuhan yg tak tertakluk pada ruang dan masa. |
|
|
|
|
|
|
|
kesimpulannya:
alam bukan dicipta drp tiada
tetapi wujud drp sesuatu yg ada.
bukannya tiada --> ada
tetapi ada --> ada.
:bgrin:
[ Last edited by petola at 20-1-2007 03:01 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 petola's post
saya rasa ini adalah sesuatu yang kompleks untuk dijelaskan saudara petola, ya ia adalah padu tapi tak silap saya ketumpatannya adalah infiniti sebab ia tiada isipadu....pada masa itu...
sekali lagi boleh dikatakan keadaannya adalah di luar pemikiran kita...
oleh itu tak salah juga jika disebutkan tiada...hanya dari satu sudut...
[ Last edited by ussopp at 20-1-2007 03:09 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ussopp at 20-1-2007 03:07 PM
saya rasa ini adalah sesuatu yang kompleks untuk dijelaskan saudara petola, ya ia adalah padu tapi tak silap saya ketumpatannya adalah infiniti sebab ia tiada isipadu....pada masa itu...
sekal ...
jika begitu nampaknya ada alam lain sebelum alam kita ini dan akan ada alam lain selepas alam kita ini musnah...
alam dan alam saling bersilih ganti... yg ke belakang infiniti yg ke depan pun infiniti...
dari sudut ini nampaknya alam itu qadim... ia tidak ada permulaan dan tidak ada akhiran... kan? hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
Aku setuju dengan saudara Preesa. Aku pernah terdengar sorang prof dari barat yg mengatakan, pada zaman skang ni, kewujudan tuhan sudah tak relevan. kerana sekarang kita sudah boleh buat apa yg kita mahu, contoh nya menentukan jantina pada bayi sudah ada teknologinya. kalo tak mahu wajah yg tak cantik kita bleh buat bg cantik, dan macam macam lagi lah. Tetapi dia lupa dan tidak tahu, kita manusia hanya boleh mengolah sesuatu benda daripada suatu bentuk pada bentuk yg lain. walau hendak mencipta satu benda baru, tetapi kita memerlukan bahan untuk menjadikan apa yg kita mahu. Manakala Allah pula boleh menjadikan sesuatu apa yg dia mahu daripada tiada kepada ada. Hanya dengan berkata jadi, maka jadilah ia.
[ Last edited by winamp05 at 20-1-2007 06:21 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
macam yg disebut dalam Surah Ibrahim ayat 48:
"(Iaitu) pada hari ketika bumi digantikan dengan bumi yang lain dan (begitu juga) langit dan mereka berkumpul menghadap kepada Allah, zat yang tunggal lagi perkasa."
jadi alam kita ini mula dari zaman tidak bermula pada masa lampau sampai ke zaman tidak berakhir pada masa mendatang..... it is just a dot in an unknown series of dots.... |
|
|
|
|
|
|
|
ASM.
soalan "tak ada kepada ada" , "ada kepada ada" ni sebonar eh soalan klasik. Dah beribu tahun kalu aku tak silap, orang dok tanya soalan yang sama juge
aku pegang satu je, tak ada kepada ada. Sebab bermula setiap sesuatu yang dijadikan itu atas kemahuan Allah swt. Dia yang maha ada, tak ada mula, tak ada akhir. Yang lain semuanya tak ada, sehinggalah dia kata ada. Ada orang yang bagitau aku, kita ni mutlak tiada dan Allahlah yang mutlak ada. Jadi secara hakikatnya pun, kita ni tak pernah ada. Cuma "realiti" yang kita percaya ni je yang kata kita ada. Wujud makhluk ni wujud yang fana. Jadi kalau makhluk sendiri berkata dia ada, maknanya bukanlah ada yang mutlak tapi ada yang bersandar kepada izin Allah semata
Soalan ni jugaklah yang menjadi bincang-bincang orang Tasawuf dari dulu. Dan bagi aku hal-hal "ghaib di dalam ghaib" ni boleh dibincang tapi biar ada latar belakang yang kuat dan niat mesti betul. Kalu tak, seperti kebanyakan peristiwa dari dulu, banyak mudarat dari manafaat...he he he!
adoi...aku tak pandai bab ni, aku cuma sekolah rendah aje....
salam.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|