CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22882|Reply: 175

Maulid Nabi S.A.W (merge semua topik)

[Copy link]
Post time 7-4-2006 08:45 AM | Show all posts |Read mode
Hari demi hari berlalu.....sedar tak sedar kita kita akan "menyambut" hari maulid Rasul junjungan kita S.A.W....tetapi...sedarkah kita apa itu Maulud??Apa hukumnya??....di sini saya "paste"kan satu fatwa buat permulaan:


Ruling regarding celebrating the birthday of the Prophet (sal-Allaahu 'alayhe wa sallam)

Question: Is celebrating the Prophet's birthday halaal or haraam?

Response: Establishing the celebration of the Prophet's birthday or (the birthday of) other than him is an innovation. And it has been confirmed on the authority of the Prophet (sal-Allaahu `alayhe wa sallam) that he said:

((Whoever introduces anything into this matter of ours (i.e. Islaam) that which is not from it, will have it rejected)), [Saheeh al-Bukhaaree/2697 and Saheeh Muslim/1718].

And with Allaah lies all success and may Allaah send prayers and salutations upon our Prophet (sal-Allaahu `alayhe wa sallam) and his family and his companions.

The Permanent Committee for Islaamic Research and Fataawa
Head: Shaykh 'Abdul 'Azeez ibn Abdullaah ibn Baaz;
Deputy Head: Shaykh 'Abdur-Razzaaq 'Afeefee;
Member: Shaykh 'Abdullaah ibn Ghudayyaan;
Member: Shaykh 'Abdullaah Ibn Qu'ood
Fataawa al-Lajnah ad-Daa.imah lil-Buhooth al-'Ilmiyyah wal-Iftaa., - Volume 3, Page 39, Question 3 of Fatwa No.7360

[ Last edited by  ibnur at 20-3-2008 09:23 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2006 11:56 AM | Show all posts
Ikut ajaran wahabi bukan saja nak menyambut, tapi mengingati kelahiran nabi tu pun satu bidaah. Semua bidaah-bidaah itu sesat dan orang-orang yang melakukannya semua masuk neraka termasuklah datu nenek ko orang semua....hehehehee.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2006 02:55 PM | Show all posts
bergantung kepada mcmana ko menyambutnya kot...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2006 07:47 PM | Show all posts

Reply #2 Gravedigger's post

Ikut ajaran wahabi bukan saja nak menyambut, tapi mengingati kelahiran nabi tu pun satu bidaah. Semua bidaah-bidaah itu sesat dan orang-orang yang melakukannya semua masuk neraka termasuklah datu nenek ko orang semua....hehehehee.


banyaknya jenis Islam kat dunia ni...mana satu yg betul?
ahli sunnah?
syiah?
wahhabi?

wasalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2006 12:47 AM | Show all posts
beginilah.....pakcik grave memang sangat bencikan wahhabi sebab apa yang mereka katakan terhadap syiah....tetapi bagi kita sebagai seorang muslim(ASWJ), wajib untuk kita mengetahui tentang ibadat yang dilakukan....contohnya maulid ini...adakah ia harus??haram???.........:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2006 01:23 PM | Show all posts
Originally posted by whale at 8-4-2006 12:47 AM
beginilah.....pakcik grave memang sangat bencikan wahhabi sebab apa yang mereka katakan terhadap syiah....tetapi bagi kita sebagai seorang muslim(ASWJ), wajib untuk kita mengetahui tentang ibadat y ...


Bila masa pulak aku kata aku bencikan wahabi dan bila masa pulak aku kata aku ni syiah??? Kalau ada hujjah-hujjah...keluarkanlah. Aku la ni cuma belajar syiah dan aku pergi direct pada ustaz yang ada autoriti untuk menerangkannya. Dulu aku pun belajar wahabi dan aku pergi jumpa malah aku habis khatam quran dengan ustaz wahabi secara harfiah di madrasah ittiba' us sunnah. Aku tak suka ikut membabi buta saja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2006 07:44 PM | Show all posts
Maulidur Rasul yang jatuh pada pada 12 Rabiul Awal merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah." Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: "Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga." Begitu pula As-Sirri As Saqati berkata: "Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam."

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Jalalaludin As-Sayuti berkata: "Barangsiapa antara orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, nescaya Allah Subhanahu Wataala akan menghilangkan dan menjauhkan kemarau dan kecelakaan, bala, penderitaan, kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian terhadap ahli-ahli rumah itu dan apabila dia mati, Allah Subhanahu Wataala akan memudahkan dia menjawab akan soalan-soalan Mungkar dan Nakir dan dia akan mendapat tempat bersama orang-orang yang benar di sisi Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Besar Kerajaan-Nya."

Beliau berkata lagi: "Tiada sebuah rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya akan Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melainkan malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu dan Allah Subhanahu Wataala akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka dan malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang menganjurkan dan menyebabkan adanya majlis Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam itu."

Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2006 11:34 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 8-4-2006 01:23 PM


Bila masa pulak aku kata aku bencikan wahabi dan bila masa pulak aku kata aku ni syiah??? Kalau ada hujjah-hujjah...keluarkanlah. Aku la ni cuma belajar syiah dan aku pergi direct pada ustaz ya ...



betuii ka???....maaf noo....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2006 11:38 PM | Show all posts
Originally posted by zorroe at 8-4-2006 07:44 PM
Maulidur Rasul yang jatuh pada pada 12 Rabiul Awal merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. ...


salam buat zorroe....pertama sekali, dalam mengerjakan sesuatu amalan yang dikira "ibadat" perlulah ada dalil2 dan nas yang jelas daripada Rasulullah S.A.W....boleh saya tahu hadis yang dibawakan oleh saudara itu diambil dari kitab mana??ini kerana hadis yang dibawakan itu tidak pula merujuk kepada mana2 kitab al-hadis,...:lebai:
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2006 08:56 PM | Show all posts
wa'alaikum slm saudara whale... kalau awak nak tahu awak pegi aje ler kat website yg saya dah sertakan di bawah tu. kalau nak lebih lanjut kat dlm Mingguan malaysia hari ni pun ada membahaskan pasal ni jugak.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ma&pg=ba_04.htm

[ Last edited by  zorroe at 9-4-2006 08:59 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2006 09:16 PM | Show all posts
jawapan yang dibawakan itu merupakan jawapan yang biasa didengar....tetapi, terfikirkah kita mengapa para Sahabat baginda tidak merayakan hari kelahirannya???begitu juga dengan para Tabi'in. Mengapa???:hmm: sedangkan merekalah yang sepatutnya mendahului kita dalam soal-soal keagamaan ini.......

[ Last edited by  whale at 9-4-2006 09:17 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2006 09:19 PM | Show all posts
Originally posted by zorroe at 8-4-2006 07:44 PM
Maulidur Rasul yang jatuh pada pada 12 Rabiul Awal merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. ...



Terimakasih Zorroe dengan info ni... kadang-kadang terasa pelik manusia ni... yang haram nampak terang-terangan tak mahu ditegah... tapi hal-hal cam ni ada yang sibuk-sibuk nak tegah... bida'ah bukan semua tak boleh... ada jua bida'ah yang boleh... apa mengingati Junjungan Nabi pun tak boleh?  Dah le tak ingat kat Nabi setiap hari... ni nak buat setahun sekalipun tak mahu... Agak-agaknya nanti kat akhirat bila kita nak jumpa Nabi minta syafaat Baginda ada tak rasa malu kat diri kita yang tak meningati baginda kat bumi ni...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2006 09:28 PM | Show all posts
Originally posted by ct_og at 9-4-2006 09:19 PM



Terimakasih Zorroe dengan info ni... kadang-kadang terasa pelik manusia ni... yang haram nampak terang-terangan tak mahu ditegah... tapi hal-hal cam ni ada yang sibuk-sibuk nak tegah... bida' ...


Kita disuruh mengingati rasulullah setiap MASA. Bukannya hanya ketika tiba hari maulud, maka mulalah nak berselawat,ber"marhaban" berarak dan sebagainya...APA INI SEMUA????Adakah kita tidak merasa MALU terhadap Rasulullah kerana melakukan apa yang dipanggil "Bid'ah"??

[ Last edited by  whale at 9-4-2006 09:32 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2006 12:46 AM | Show all posts
saya rasa eloklah kita sama2 meneliti fatwa yang dikeluarkan oleh syeikh Abd Aziz bin Baz(mufti Kingdom of Saudi Arabia)ketika  ditanyakan kepada beliau berkenaan menyambut maulidur rasul....di sini saya terjemahkan secara "ijmali" jawapan beliau...kepada sesiapa yang tahu bahasa arab, bolehlah merujuk ke link dibawah:

http://www.islamway.com/?iw_s=Fa ... w&fatwa_id=4007


Tajuk:     Merayakan Maulid Rasul dan Bid'ah Hasanah

soalan: Saya mengetahui bahawa  Merayakan Hari kelahiran Nabi S.A.W. pada bulan rabiul awal setiap tahun adalah bid'ah..tetapi saya terdengar orang berkata bahawa ianya adalah bid'ah hasanah atau bid'ah yang diharuskan....Mohon pencerahan terhadap masalah ini.

Jawapan:   بسم الله الرحمن الرحيم،  segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan Rasul s.a.w...dan sesiapa yang mengikut petunjukNYA..أما بعد...sesungguhnya merayakan hari maulid ini telah ada banyak perbincangannya.dan telah banyak "coretan-coretan" dan buku2 yang telah dikeluarkan berkenaan masalah ini seperti Syeikhul islam Ibnu taimiyyah di dalam kitabnya  اقتضاء الصراط المستقيم  dan ulama'2 ini telah menerangkan bahawa merayakan maulid ini adalah bid'ah.Dan Orang merayakannya tidak bermakna bahawa ianya adalah sunnah dan tidak menunjukkan bahawa ianya disyari'atkan.
Imam Syatibi juga menyebutkannya di dalam kitabnya "al-I'tisam".begitu juga gurunya syeikh Muhammad bin Ibrahim rahmatullah.
Orang yang mengetahui Usul dan kaedah syara' dengan sempurna tidak akan ragu tentang bid'ahnya merayakan maulid ini.Tetapi bagi orang yang tidak belajar dengan "sempurna" akan tenggelam bersama dengan pembuat bid'ah ini bahkan mereka mengikutnya.Atau mereka akan tertipu dengan orang yang mengatakan bahawa di dalam islam ada bid'ah Hasanah.
Yang sebenarnya, merayakan setiap kelahiran itu adalah Bid'ah. Samaada kelahiran Nabi atau sesiapa sahaja.
seperti syeikh Abd Qadir al-Jaylani dan sebagainya.Salaf Salih tidak melakukannya,dan Nabi s.a.w juga tidak merayakan hari "Birthday"nya. sedangkan beliau adalah seorang guru yang sempurna dan menyampaikan apa yang sepatutnya disampaikan.Dan beliau mengajarkan setiap cara untuk mendapat rahmat dan ganjaran Allah dan menjauhi larangannya tanpa "meninggalkan" sesuatu melainkan beliau menerangkan SEMUANNYA kepada ummatnya. Allah ta'ala berfirman:
{الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلامَ دِينًا }[المائدة: 3].
Nabi s.a.w berada di Makkah selama 13 tahun dan di Madinah selama 10 tahun dan beliau tidak meraikan "birthday" ini.dan beliau juga tidak menyuruh ummatnya berbuat demikian.Begitu juga dengan Khulafa' ar-rasyidun dan para sahabat2 yang lain hatta tabi'in dan tabi' tabi'in......mereka tidak pernah membuat maulid ini samaada dengan perbuatan atau ucapan.
Kemudian,pada kurun yang ke-4 datang kumpulan Syiah Fatimiyyun...( mereka yang mula2 membuat bid'ah ini) kemudian diikuti oleh Ahlu Sunnah yang jahil..dan mengikut secara membuta tuli...
Sebab itulah wajib bagi MUSLIM mengetahui dalil setiap amalan secara kemas dan kuat.ibarat kata dalil perlu terang lagi bersuluh.Tak main la ikut2(heheee  sekadar tambahan).

bersambung.......:lebai:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2006 12:47 AM | Show all posts
Allah Ta'ala berfirman:
{وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِنْ شَيْءٍ فَحُكْمُهُ إِلَى اللَّهِ }[الشورى: 10]، ويقول عز وجل: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا }[النساء: 59].
Apabila kita Kembalikan Sambutan Maulidul Rasul ini kepada al-Quran kita tidak akan temuinya.Begitu juga apabila dirujuk kepada al-sunnah,kita tidak akan temuinya samaada perbuatan,ucapan atau taqrir Rasul.Oleh itu Merayakan Maulid itu adalah BID'AH yang WAJIB ditinggalkan.
Adapun orang yang melakukannya juga, maka ia dikategorikan di dalam dua(2):
1-samaada Jahil dan TIDAK  Mengetahui KEBENARAN. mereka hendaklah diAJAR dan diberi BIMBINGAN.
2-Samaada tahu tapi TAKSUB. mereka hendaklah di"dakwah" kepada KEBENARAN dan berdoa agar diberi HIDAYAH dan petunjuk oleh Yang Maha Kuasa.Hujah orang yang JAHIL dan TAKSUB tidak boleh diterima, tetapi Terimalah HUJJAH Allah dan Rasulnya.

Kemudian, pembahagian bid'ah itu kepada Hasanah dan Sayyiah,Haram dan Wajib,adalah kata2 yang tidak berDALIL.
Ahli Ilmu telah menolak pembahagian ini...Mereka behujjah dengan Hadis ""من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد "يعني: فهو مردود (متفق على صحته)، وروى مسلم رحمه الله في صحيحه عن عائشة رضي الله عنها عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: ""من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد "يعني: فهو مردود.
وفي الصحيح عن جابر رضي الله تعالى عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه كان يقول في خطبته: ""أما بعد: فإن خير الحديث كتاب الله، وخير الهدي هدي محمد صلى الله عليه وسلم، وشر الأمور محدثاتها، وكل بدعة ضلالة "ولم يقل البدعة فيها كذا وكذا؛ بل قال: كل بدعة ضلالة. وقد وعظ أصحابه فقال: ""وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة "

bersambung......:lebai:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2006 02:27 AM | Show all posts
Bid'ah menrut istilah syara'  ialah mengadakan sesuatu dalam perkara AGAMA yang tidak mempunyai asas dalam agama bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah ta'ala.
adapun dalam perkara dunia seperti dalam soal makan minum pembuatan dan sebagainnya,maka ini tidak menjadi masalah. Mereka boleh membuat apa yang difikirkan perlu dan sesuai.....INI BUKAN BID"AH mengikut SYARA'!!!
Bid'ah mengikut syara' hanyalah apa2 yang bertujuan untuk taqarrub kepada Allah SAHAJA...(senang cerita, untuk mendapat ganjaran/pahala).
Inilah yang perlu diperhatikan. Rasulullah sendiri tidak melakukannya begitu juga para Sahabat,dan beliau tidak menunjukkan supaya melakukannya. Tetapi Masyarakat telah melakukannya dan mereka memasukkan ke dalam agama Allah yang maha Suci ini.........:geram: INILAH YANG DIPANGGIL BID'AH

Akhir Kata, kita tidak boleh mengikut "angin" masyarakat tanpa ilmu....biarlah apa "orang" kata asalkan kita mengikut KEBENARAN.......:pray:



maaf atas segala kekurangan dalam penterjemahan dan tambahan....:tq:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


maklang2003 This user has been deleted
Post time 10-4-2006 10:49 AM | Show all posts
tak pernah dgr ler pulakkkkkk maulidur rasul nih bida'ah...:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2006 11:31 AM | Show all posts
Originally posted by whale at 10-4-2006 12:46 AM
saya rasa eloklah kita sama2 meneliti fatwa yang dikeluarkan oleh syeikh Abd Aziz bin Baz(mufti Kingdom of Saudi Arabia)ketika  ditanyakan kepada beliau berkenaan menyambut maulidur rasul....di sin ...


Kalau adik whale nak ikut ajaran wahabi dan ikut fatwa ulama wahabi tu, maka elok lah esok adik jangan kuar umah waktu orang syiah dan sunnah menyambutnya mengikut cara mereka. Kalau rasa nya bidaah dan masuk neraka maka elok jugalah esok adikduduk umah  ajer tengok astro movie ker atau MTV ker ataupun citer hindustan ker.

Jangan ikut cara wahabi-deobandi di Pakistan tu udah ler...depa pi bom pulak orang-orang yang sambut maulud tu. Bidaah kononya ikut kefahaman mereka. Depa ingat membunuh kanak-kanak dan wanita tu sebagai jihad besar tu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2006 11:37 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 10-4-2006 11:31 AM


Kalau adik whale nak ikut ajaran wahabi dan ikut fatwa ulama wahabi tu, maka elok lah esok adik jangan kuar umah waktu orang syiah dan sunnah menyambutnya mengikut cara mereka. Kalau rasa nya b ...


aiks....??? pakcik grave pun sambut maulud juga???ingatkan syiah sambut hari "Asyura" je.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2006 11:41 AM | Show all posts
Originally posted by maklang2003 at 10-4-2006 10:49 AM
tak pernah dgr ler pulakkkkkk maulidur rasul nih bida'ah...:pray:


Itu la Maklang.......kita kena kaji betul2.....baru kita tahu.Jangan asyik duk NGANGA saja-meminjam kata2 w.Din-..."adakah sama orang yang mengetahui dan tidak mengetahui??" (maksud ayat)..:lebai:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.075432 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list