View: 27778|Reply: 163
|
ALL ABOUT : to spank or not to spank by gam_hajah & sha_n
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum.
aku mintak maap klw thread ni dah ada. Klw dah ada tolong merge ye mod. thanks.
aku nak tanya korang ni, korang pernah tak pukul anak korang kaw-kaw?
ni la masalah ngan aku ni. semalam hari aku ngamuk sedunia.
aku ni tgh demam. semalam lepas gi lunch ngan anak & laki aku, aku gi klinik, lps semayang zuhur, aku makan ubat & terus tido. anak aku duk ngan laki aku kat bawah. tgh2 tido tu aku dengar anak aku bising2 kat bawah, aku turun la. tgk anak aku tgh main sorang2 kat porch ngan basikal. laki aku bantai tido lak. tu yg aku hangin tu. dah la tido macam org mati, apsal dia tak lock grille tu dulu. buatnya anak aku panjat keta ke, jatuh ke atau diculik org, tak ke haru. aku ngamuk giler ngan laki aku smlm.
pastu dlm pukul 7 mlm, aku masak la utk dinner, tgh tak sihat tu pun masak gak, sbb anak aku ni prefer aku masak dpd makan lauk kedai. anak aku umur 3 tahun, girl.
tgh masak tu, aku tgk ada air byk kat lantai, aku ingt kettle aku bocor. aku cek-cek gak la kettle aku tu. (klakar lak bila pikir). ropa-ropanya anak aku kencing kat lantai sambil main bawang & spatula. aku tanya tak ngaku lak tu. siap cakap air dr bawang yg dia main tu. apada..... kot ye pun nak klentong aku, logik la sket. anak aku dah sebulan tak pakai diapers, pakai masa tido & bila gi jalan je sbb dia geli nak masuk public toilet. aku terus kejut laki aku, laki aku terus bangun pi cuci dia & yg tempat dia kencing tu habuan aku la kena cuci. pastu aku tampar gak 2-3 kali kat badan. dia tak nangis lagi masa ni.
masa nak tido, aku ajak dia naik atas tp sebelum tu aku suruh dia kemas dulu toys dia yg bersepah2 kat tgh rumah tu. ha.... masa ni la kejadian 18SG tu berlaku. anak aku ni tak tau la apa masalah dia, dia cukup tak suka kemas toys dia walaupun aku dah train dari kecik lagi. ada je alasan dia nak ngelat dari kemas toys. sudahnya aku atau laki aku yg kena kemas.
kalau tolong aku lipat baju tu kemain rajin. siap marah lagi kalau aku biar baju dlm bakul tak berlipat. pinggan dia makan pun dia boleh basuh sendiri sambil berjengket kat singki. pastu siap lap & simpan dlm kabinet. yg tu mmg impressed sbb tak pernah diajar.
citer balik yg dia tak nak kemas toys tu, aku ugut dia klw tak simpan, nnt dia tido kat bawah, mama nak naik tido atas. dia nak ikut aku naik atas lak. aku ugut lagi, aku nak tutup lampu (dia takut gelap), dia mula asyik ngekor aku takut aku tutup lampu.
Bila aku bertempik 2-3 kali suruh dia kemas, masa ni aku rasa kepala aku pun dah tumbuh tanduk, pastu aku perasan kat carpet tu dah basah. ya Allah, nak pitam aku masa tu tgk dia kencing lagi. aku apa lagi, bawak dia gi bilik air & cuci, sambil tu aku bantai dia 2-3 kali. Ngan tangan le. aku pi cuci depan, cucu kapet, mop lantai umah, pastu aku bantai lagi. jgn tanya baper kali, mmg banyak kali & power punya bantai. aku mmg dah naik antu masa tu. dia nangis giler2 sambil pggl mama, mama.
aku tak tau masa tu mmg dah hilang kesian aku kat dia. giler dah aku masa tu. aku rasa korang yg baca ni pun ada yg nangis kot. dia nangis smp termuntah2, sib baik pandai lak gi muntah kat bilik air.
pastu bila dah settle suma, aku slow talk ngan dia. aku cakap, ayang tak sayang mama ke? dia cakap sayang. aku cakap, mama ni dah la tak sihat, tapi mama masak jugak, mama basuh baju lagi, sidai lagi, bagi dia makan. mama mintak ayang kemas toys je. ayang tak kesian kat mama ke? mama gi kejer, mama letih, balik kejer kena buat mcm2, tp dia main taknak kemas. dia stone jer. pastu main2 ngan aku & tertido.
Bila dah jadi sume2 tu aku jadi sedih sangat. aku ni mmg jenis panas sket. klw aku tak sihat & letih, mula la aku rasa nak makan orang je. anak aku ni la sorang & kitorang tak bercadang nak tambah lagi atas sbb2 yg aku tak leh nak bagitau korang. aku takde maid & tak bercadang nak amik. aku tak suka org luar duduk umah aku. cuma 1-2 minggu sekali aku panggil org datang cuci umah.
tp tu la.... aku ni kengkadang tak leh nak sabar ngan bebenda camni & aku ni lak jenis pembersih & pengemas, aku takleh tgk bebenda kotor & bersepah ni. bila jadi camni mmg aku hangin 1 badan.
korang2 yg dah baca citer aku ni, tolong la nasihat aku ni, camna nak kawal nafsu amarah aku & apa yg aku patut buat ngan anak aku kalau dia buat sesuatu yg tak best tu & mcm2 lagi la masalh yg akan ditimbulkan oleh seorg anak.
tolong la nasihat aku ni, kepada kakfie, akubest, melati putih, hasmania & yg lenglain yg aku tak serbut nama tu. Tolong aku wei.
[ Last edited by spidernfly at 6-8-2007 10:10 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bila baca masalah awk nih mmg ler kesian kat anak tuh, tapi bila pikir balik time naik angin setan tuh mmg lupa segala kat anak tuh. hopefully anak awk faham ler, 3 tahun tuh mmg dah boleh harap dah sket2, budak 2 thn kalo kita ajr tak pakai pampers dah boleh ler cakap nak kencing ker berak ker. harap bila nak marah tuh amik wuduk ker, budak nih kalo kita pukul bukan boleh solve the problem, nanti dia pikir mama tak sayang dah kerr? haru plak kang kalo dia jadi takut ngan mama sendiri. maybe ada cara tersendiri n terbaik selain dari pukul. maybe gak ibu2 yg dah berpengalaman boleh bagi nasihat kat awk. moi nih cuma bagi pendapat jer, moi pon anak baru sorang, plak tuh moi nih ibu muda, setakat nih moi mmg tak pernah pukul anak lagi ler... |
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya org selalu cepat naik angin ni,,,org yang particular...yg inginkan sesuatu itu perfect..and senantiasa organised, walaupun mereka nampak garang, tapi sebenarnya hati mereka ni amat pengasih. Ini zu beritahu dr pengalaman mak zu sendiri,,yg memang seorang yg mementingkan kekemasan,,,,,dan agak garang lah,,jadi sebagai anak dulu ketika kecik mmg zu takutkan mak zu.....tapi sekarang bila zu ada anak sendiri,,,zu faham....apa perasaan letih tu dn geram pada anak tu....cuma mungkin zu seoarang yg agak penyabar, kadi setakat ni zu masih dapat kawal perasaan tu.......
Gam....
memang bila sampai satu ketika bila kita letih dn tak sihat terutamanya,,,,,masa tulah rasanya mcm ada setan aja dlm diri ni....cuma satu mungkin gam boleh gunakan pendekatan slow talk pulak ngn anak,,,,mungkin dengan cara itu lebih berkesan....sebenarnya mungkin suami gam juga terasa hati sekiranya gam asyik marah2x dn angin pada anak...jadi kalau boleh cuba kurangkan kemarahan tu,,,,,bercakap lembut dgn dia...tapi sesekali kena jugalah marah kan.......cuma kalau tiba2x angin baran tu dtg,,cepat2xlah,,,jauhkan anak dr kita,,,atau cuba ambik wudhuk..Insya-Allah...... |
|
|
|
|
|
|
|
Yum3 selalu gak naik angin camtu. Tambahan anak2 kecik dan dekat2 gap. Pastu takde maid. Kes kencing2 dan muntah2 ni mmg selalu jadi penyebab yum3 naik angin.
Tapi yum3 tak berani nak tulis kat forum bcoz I don't dare to write every details of what had happened. Ngeri la.
Maaf kalau yum3 cakap sikit...
Sebenarnya melalui apa yang yum3 baca, you ni stressed dan sebahagian dari you tu lepaskan marah kat HUBBY sebenarnya. Esp pasal dia TIDO tu.
Mmg orang pompuan ni spesel. Sakit2 pun kena masak, kena kemas umah dan kena tgk anak. Org lelaki dia bule je bantai TIDO. That's our mistake. Kita ingat lelaki tu Terror can pompuan. So bila kaum suami/bapa ni tak laksanakan tugas spt yg kita expect, kita yg jadi giler. Kita jadi Hot dan marah. Trust me... Hubby mesti confius bila tgk kita mengamuk sakan camtu. Bagi dia... "Alaa.. benda kecik camtu pun nak marah? Nak jadi hal?" Benda tu kecik bagi dia, tapi tak bagi kita. Sebab org lelaki ni jenis yg takkan 'offer diri' utk menolong. Kita yang kena learn the 'Art of requesting' pertolongan tu. Tapi as usual, org pompuan... drpd nak minta tolong, jadi BEBEL pulak. Daripada aku bebel.. lebih baik buat sendiri. Bila buat semua benda sendiri, kita yg penat, sakit, stress.
Akhirnya, kita pendam je. Tapi anak yang jadi mangsa.
Yum3 ckp ni sbgai nasihat utk yum3 jugak.
Kesian anak2 aku... isk isk sob sob |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
gam.. kita serupa.. tapi apa yang yam cakap tu memang betul.. nr pun kadang2 marah kan asben.. tapi anak buat silap .. dia yg kena lebih.. ye la ..mana mampu nak menyeringai kat asben.. lain lak jadinyer.. anak nr pun lebih kurang baya cam anak gam.... nr peratikan.. lagi nr marah2 dia (siap pukul) dia lagi.. makin buat kita tensen.. dia buat stone je bila nr panggil nama dia 2.. 3.. kali..kadang2 tu memang dia nakal gak.. nr kadang2 tu bila abis sembahyang selalu nangis.. sebab nr selalu sangat marah anak.. kdg2 tu nr raser cam anak nr takut kat nr bukan hormat.. sian je.. nr nangis samapi asben perasan.. tapi tu la .. kdg2 bila kita nak ajar anak .. asben suka masuk campur.. asben nr pun jenis tak membantu sgt tu yg tensen tu .. anyhow.. nr dpt info.. ada ayat yg kita /asben boleh baca tuk kurangkan/hilangkan sifat baran.. ayat toha 1-6.. nr cuba usaha nak hilangkan sifat ni pd anak2.. anak2 nr pompuan.. so nr nak jadi kawan baik diorang.. takmo jadi diktator ..nanti diorang tak respect.. sama2 la kita gam byk berusaha.. actually asben tu pun kena banyak di "tarbiah"kan.. memanjang nak senang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 gam_gajah's post
Gam..ko dengan aku serupa je... Banyak benda aku boleh relate dgn ko. Part tanak anak lagi, part takmo ada maid, part nak perfect tentang kekemasan rumah. Aku kalau naik hantu, dulu2 la...memang anak aku kena rotan dgn hanger baju, sampai dia takut tengok hanger kat mana2 saja dia nampak benda alah tu. Then parents aku tegur aku... Baru aku slow down balik.
Sekarang ni boleh marah je la, kalau pukul pun, takde la bantai teruk2...just bagi as a warning je. Apa yg aku buat ialah...since hubby pun tak reti tolong buat keje rumah sangat kan.... Aku turunkan standard kekemasan aku tu... Mula2 sakit hati jugak, but lama2 ko akan biasa jugak, as long as jgn bersepah mcm tongkang pecah dah la. Baju kerja hubby aku suruh dia hantar pi dobi, so aku concentrate baju aku and anak je. Cuci rumah lak, kalau dah tak larat sangat, aku panggil org upah kemas rumah. Bab makan, hubby takde la paksa aku masak, cuma on weekend aku wajib masak to make up for the rest of the days yg aku tak masak tu.
Aku dulu pun mcm ko juga, bila dia tidur and aku tengok muka comel dia tgh tidur, meleleh airmata dibuatnya. Tiap2 malam masa dia tidur, aku akan bisik kat telinga dia minta maaf coz mama dia hari tu fail nak kawal perasaan. Bila nak start marah tu, now aku baca A'uzubillahiminasyaitanirrajim... Pastu tarik nafas dalam2 3 kali.... Basuh muka jap... Sure cool sikit...Try la...
[ Last edited by MamaIlya at 10-4-2006 06:27 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 yum3's post
Setuju dengan Yum. Most of the time kita marah kat suami kita sebenarnya. Kadang2 bila pikir, rasa hairan betul dgn perangai orang lelaki, nak kita jaga anak makan minum perfect, tapi dia sendiri tak perfect. Kalau kita sakit macam Gam, susah betul nak mintak dia betul2 faham and take care of everything and let us rest. Anak2 kena pukul sebab selain geram, kita nak perhatian suami kita, biar suami kita tengok and ambik anak kita, tolong jaga. Snid rasa tindakan Gam tu sebenarnya a cry for help....
Kalau rajin baca atau download dari internet, cuba cari Supernanny. Dia ajar macam2 trick nak ajar supaya anak behave. Anak2 mat salleh dalam TV series dia fuih perangaaaiii...kalau kat sini sure dah lama kena makan pelempang. Supernanny ni ajar parents camne nak asuh budak2 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
By the way, Snid tak pernah pukul anak kaw-kaw so far sebab dia baru setahun lebih, pastu dia ni pandai bodek. Lagipun Snid ada maid, so kurang la sikit pressure tuh. Semalam first time gak Snid marah dia betul2 sebab masa Snid tengah menaip kerja kat komputer, dia datang and tekan suis off komputer. Habis hilang semua kerja. Lepas kena marah semalam dia tak berani dah datang kacau CPU Snid kat bawah meja ni. |
|
|
|
|
|
|
|
i pun baran gak.tapi anak still manja ngan i.kdg2 tu heran jugak, dia ni tak takut kat mummy ke.klu i ngamuk, bak kata hubby, satu taman bergegar.Akak sebelah rumah mesti jenguk2 takut i dera anak ( dia mmg nak anak lelaki).tapi anak still manja dgn i.bila tengok dia mcm tu, rasa guilty yg amat sgt.klu i demam dia akn care sgt about me, suapkan minum.tapi i masih jugak garang.rasa mcm nak masuk class anger mangement je.about hubby plak, i mmg x pernah bagi muka kat dia.Katil, baju, masak, semua dia yg buat.i kawin dgn dia bukan utk jadi kuli dia.i make it clear masa kita org bercinta lagi.u want me, u have to agree with my terms.Klu x out u go.i bukan cakap besar, tapi klu dia x puas hati, anytime dia boleh pegi, tapi dia hilang semua yg dia ade skang.org lelaki, klu kita x buat mcm tu, naik kepala dia.i love him, but with a limit.i can always leave him.(now u can c how temper i am heheheheh) |
|
|
|
|
|
|
|
Norsha tak penah pulak pukul anak teruk2..dulu takde maid mmg selalu naik angin sb rumah selalu selerak n mana nak masak lagi, nak layan kerenah anak lagi..tapi tak sampai hati nak pukul anak2..last2 Norsha sendiri yg nangis sb tak tahan..tu yg hubby ambik maid..
Norsha mmg nature very soft..kat sekolah pun takde skor anak murid scared of me..apatah lagi anak sendiri! |
|
|
|
|
|
|
|
Waalaikumussalam gam...(pelik pulak nak panggil nama ni..:nerd
Akak tak pandai nak nasihat tentang "anger management" sebab profession keibu-bapaan ni sememangnya menguji kesabaran.
Tapi for a stress free parenting, banyak ketikanya kita kena control keadaan daripada kita membiarkan keadaan control kita. Kadang2 memang susah kita nak control budak yang berumur 3 tahun ni sebab waktu tu orang tua2 cakap "otak diorang ada di lutut". Jadi kita yang otak ada ditempat yang betul ni, kita kenalah pandai manipulate keadaan untuk mengelakkan sebarang confrontation dengan anak.
Daripada cerita gam, masalah anak gam cuma bila berhadapan dengan toilet training dan toys dia. (Masalah lain gam tak sebut so akak assume itu je lah masalahnya). Banyak ketikanya she is an angel...betul tak? Jadi to save your sanity bila berhadapan dengan dua situasi ni, gam kena manipulate the situation supaya lebih memudahkan anak dan lebih menyenangkan gam.
Tentang toilet train : Akak pun selama ni toilet train anak2 akak tanpa bantuan sesiapa sebab akak pun tak pakai maid...akak faham memang tension nak kena mengemop, mengelap over and over again. Llike it or not kita memang kena lalui fasa ni. "Accident" bila anak dalam phase toilet training ni memang akan berlaku. Jadi kita kena pandai manipulate persekitaran kita supaya tidak membuatkan kita tension.
Contohnya:- gulung segala carpet yang ada di dalam rumah. Bukan senang nak mencuci kalau "accident" atas carpet jadi baiklah gulung dan simpan je carpet tu. Kita pun tak de lah stress sangat.
-walaupun anak dah off diapers tapi masih lagi accident, waktu ni mungkin patut pertimbangkan supaya dia pakai pull up pants. Jadi kalau dia teraccident pun tak de lah berterabur merata-rata. Tapi kalau dia perlu ke toilet, dia boleh bukak sendiri tanpa bantuan kita.- kita tak naik angin dan dia pun tak kena marah.
-anak gam tak beritahu dia kencing/kelentong tu sebab dia takut kena marah, jadi kena selalu pesan yang "mama tak marah kalau kencing" tapi mesti beritahu mama supaya mama boleh cuci. Mungkin lepas tu dia rasa lebih relax untuk beritahu kalau accident.
-belikan dia panties ada gambar kartun/karektor kegemaran dia. Pesan ngan dia kalau dia accident nanti kartun tu basah dsbnya. Jadi dia pun akan discourage nak "basahkan" kartun tu.
Tentang toys pulak: Instead of biar dia main tengah rumah, tetapkan satu bilik/ruang khas untuk bermain. Jadi kalau dia nak semak pun cuma terhad di ruang/bilik itu sahaja. Kalau dia nak kemas, alhamdulillah. Kalau dia tak rajin, jadi tak delah menyebabkan nampak semak seluruh rumah. Bila gam free bolehlah kemas bilik tersebut, kalau tak free pun tak kisah sangat.
-Budak2 ni standard diorang lain dari kita. Mungkin bagi kita nampak semak tapi di mata dia ok je. Jadi bagi budak umur 3 tahun ni kena "mengalah" sikit tentang tahap kekemasan ni.
Kesimpulannya untuk mengekalkan kewarasan dalam parenting ni, banyak jugak benda kita kena pejam mata dan tarik nafas panjang-panjang.
Kita tak boleh remove anak kita tapi kita boleh remove object yang menjadi the centre of distress. Kita boleh manipulate keadaan yang menyebabkan kita tension tu daripada kita melepaskan sepenuhnya pada anak yang masih kecil dan otak letak di lutut tu.
Akak dah pernah lalui perasaan ni semua ketika anak sulung dulu. Memang pressure banyak ketika anak sulung/anak sorang. Kita expect dia perfect, kita expect dia pandai mengemas, cepat bercakap, cepat membaca, dengar cakap tanpa kita ambik kira umur dia. Tapi bila dah anak semakin ramai atas pengalaman , kita akan jadi lebih relaks. Kita akan sedar yang umur 3 tahun sebenarnya dia masih kecik sangat lagi nak expect banyak2. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by KakFie at 10-4-2006 11:54 PM
Waalaikumussalam gam...(pelik pulak nak panggil nama ni..:nerd
Akak tak pandai nak nasihat tentang "anger management" sebab profession keibu-bapaan ni sememangnya menguji kesabaran ...
penyabar kakfie ni.bila le i ni nak hilang temper. kena ambil wuduk all the time ni.i ni cepat panas.mujur hubby cool.tapi i rasa i dah banyak improve, sbb makin besar, anak i makin sweet perangai dia.mungkin dah tau kut perangai mummy dia |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by noraidil_06 at 11-4-2006 12:47 AM
penyabar kakfie ni.bila le i ni nak hilang temper. kena ambil wuduk all the time ni.i ni cepat panas.mujur hubby cool.tapi i rasa i dah banyak improve, sbb makin besar, anak i makin sweet peranga ...
tak denye penyabar noraidil....sebab tu akak cakap dari awal lagi akak tak pandai bagi nasihat tentang "anger management" sebab memang kekadang fail pun when it comes to anak2.nf: tapi bukanlah bermakna pukul anak terok2. Biila anak dah ramai, bila anak dah besar, penat dah nak stress out tentang kerenah anak2....will look at things from a different perspective yang lebih merelaxkan otak.
[ Last edited by KakFie at 11-4-2006 07:22 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
luahan perasan jer.... kalau tuan rumah tak sempat baca, takper.. bukan ada tips pun.. hehehehhehehehe....
[ Last edited by eyzlyn at 12-4-2006 06:06 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by KakFie at 10-4-2006 11:54 PM
Waalaikumussalam gam...(pelik pulak nak panggil nama ni..:nerd
Akak tak pandai nak nasihat tentang "anger management" sebab profession keibu-bapaan ni sememangnya menguji kesabaran ...
Time toilet train tu really exhausting kan kak fie..
Norsha pun buat cam kak fie..kalau nak main mainan, kena main dalam bilik dia org jer...so, nak selerak ke, nak jadi hapa ker...norsha pun tak kesah...takkan nak harapkan maid kemas jer selalu..kesian pulak dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eyzlyn at 11-4-2006 03:51 AM
honestly, saya tak boleh dengar/lihat ibu bapa yg pukul anak, nak-nak anak yg masih bawah umur ( bawah 6 tahun)...so, saya tak boleh nak komen masalah tuan rumah sebab saya memang TAK SUKA DAN SANG ...
eyzlyn u x payah terkejut le, ramai lagi mak yg lebig garang dari gam.gam tu mcm sesekali je garang.\
ade mak lagi teruk i ade jumpa.at least, si gam tu deep down she feel guilty juga, so u dont put more pressure into her.
i masih ortodox, for me, anak2 tetap anak2, kita x boleh treat dia sebagai kwan.sometimes kita kena strict n be authoritative.show that u still have to follow parents rules.i dah jumpa mama yg x pernah marah anak.never, jentik tak, tengking jauh sekali.skang anak2 mcm mana?sorang pun x takut n hormat dgn dia.thats y i dont believe utk berlembut sgt.
ini pandangan peribadi i je |
|
|
|
|
|
|
|
perbanyakkanlah bersabar dan beristiqfar gam...anakkan ujian kita....baru aje anak sorang kita dah gitu..klu dpt 2 atau 3 mcm mana agaknya kita!!kdng2 nak ajar anak mmg besar dugaannya..apa salahnya gam ikut sama anaknya kemas toys dia..mungkin dia akan rajin lepas tu...klu dia tak mahu kemaskan..cakap dgn dia lain kali mama tak mau belikan lagi..jgn ugut anak dgn perkara2 yg tidak baik....klu sesuatu terjadi nanti kita yg menyesal.
mmglah kdng2 si suami nie buat2 tak tahu aje..lebih2 klu kita tngh sakit...bknnya nak tolong kita..ini satu sikap suami yg tidak ada perasaan.Memang geram klu suami kita gini..tp nak buat apa..dah mmg suami nie ego...kita jadikanlah diri kita seperti cerita Syaiditina Fatimah..bagaimana dia menguruskan rumahtangga sampaikan ayahandanya Rasulullah SAW begitu kasihan dengannya sehinggakan menyuruh Syidina Ali mengambil pembantu..tetapi Fatimah tidak mahu...mmg kita blh cakap kita tak sama dgn Fatimah..tetapi dia juge seorg manusia biasa mcm kita...itu adalah satu contoh utk kita umat manusia akan dtng...
ingatlah besar ganjaran pahalanya menjadi seorg ibu dan isteri...anggap ini sbgi satu perjuangan krn org2 yg sabar dan bertawqa saja akan menang... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by noraidil_06 at 11-4-2006 11:42 AM
eyzlyn u x payah terkejut le, ramai lagi mak yg lebig garang dari gam.gam tu mcm sesekali je garang.\
ade mak lagi teruk i ade jumpa.at least, si gam tu deep down she feel guilty juga, so u do ...
its ok.. setiap org ada pandangan sendiri.. saya pun tak ada niat nak pressure pada tuan rumah. cuma memang sifat semulajadi saya yg sensitif kalau ibu pukul anak, especially toddler. (EDIT.. sebab cuma luahan perasaan jer, tak ada kena mengena dgn topik)
ekceli saya nak sentuh fasal parenting sebelum ku melalut mencurah perasaan kat sini. mcm mana nak menangani masalah tuan rumah. ni berdasarkan kelas parenting yg saya hadir kat sini. mengenai issue toilet training, cara nak mengajar anak mengemas barang mereka etc...
tapi dah lewat malam la pulak. nanti esok saya sambung. dah, malas dah merapu meraban kat topik org. nanti saya bagi tips parenting esok jer la yer..
[ Last edited by eyzlyn at 12-4-2006 06:03 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by noamee at 11-4-2006 11:50 AM
perbanyakkanlah bersabar dan beristiqfar gam...anakkan ujian kita....baru aje anak sorang kita dah gitu..klu dpt 2 atau 3 mcm mana agaknya kita!!kdng2 nak ajar anak mmg besar dugaannya..apa salahny ...
insaf aku mendengarnya... :lebai:
semoga ku juga dikurniakan kesabaran seperti Fatimah...:pray: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eyzlyn at 11-4-2006 12:09 PM
its ok.. setiap org ada pandangan sendiri.. saya pun tak ada niat nak pressure pada tuan rumah. cuma memang sifat semulajadi saya yg sensitif kalau ibu pukul anak, especially toddler. entahl ...
i ll be waiting for the info |
|
|
|
|
|
|
| |
|