View: 11489|Reply: 97
|
Sumpah, dengan nama Allah ( MariaClara, rebas, AniS_aYuNi, hazel, durability)
[Copy link]
|
|
Akum, tolong la nasihatkan saya ni apa yang patut saya buat.
Berapa hari yang lalu, saya telah dikecewakan oleh sesorang dan telah membaut saya sangat sangat marah.
Dan ketika sedang marah itu tanpa menggunakan akal saya telah bersumpah dengan nama Allah untuk tidak mahu berjumpa sesiapa walaupun kawan saya sendiri, dan kini saya menyesal dengan sumpahan yang telah saya baut kerana saya tidak boleh hidup tanpa kawan kawan yang saya sayangi.
Tolong lah nasihatkan saya apa yang perlu saya buat...
Saya takut sumpah itu menimpa diri tetapi saya ingin berjumpa kawan saya semula.
[ Last edited by fleurzsa at 3-12-2006 08:43 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu zaman nabi ada sahabat nazar nakm puasa hari-hari. Tapi Nabi kata jangan buat gitu, last last settle untuk puasa selang sehari. Kalau kita bersumpah sesuatu yang Allah tak bagi kita buat, rasanya tak leh pakai sumpah tu....
Kena bayaq denda ka ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 8-8-2005 11:03 PM:
Dulu zaman nabi ada sahabat nazar nakm puasa hari-hari. Tapi Nabi kata jangan buat gitu, last last settle untuk puasa selang sehari. Kalau kita bersumpah sesuatu yang Allah tak bagi kita buat, ra ...
bayar laa... Kumpulkan semua kawan2 anda yang anda bersumpah tak mahu jumpa tu, bawa mereka tu ke sebuah kedai makan dan tanya diorang apa yang diorang nak makan, makan laa sepuas2nya, perbelanjaan semua anda tanggung... selesai...
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by saifulms at 2005-8-9 12:46 AM:
bayar laa... Kumpulkan semua kawan2 anda yang anda bersumpah tak mahu jumpa tu, bawa mereka tu ke sebuah kedai makan dan tanya diorang apa yang diorang nak makan, makan laa sepuas2nya, perbelan ...
Perkara ini baru saja dibincangkan oleh ustaz saya semasa kelas Nahu dahulu.
Sumpah yang dilakukan atas nama Allah itu adalah bila seseorang itu berkata Wallahi ...tapi bila sumpah ini berlaku, baris terakhir pada perkataan yang digunakan untuk bersumpah itu mestilah baris kathrah..
Contohnya Allah bersumpah dengan buah Thin dan Zaitun Watthiini Wazzaituuni dalam Al quran (95:1). Kedua2 berakhir dengan baris kathrah...tak boleh jadi Watthina Wazzaituuna..tak betul nahunya..
Of course manusia Islam hanya dibenarkan bersumpah atas nama Allah semata-mata maka jadilah Wallahi.
Adapun huruf2 yang bermakna "Demi!" itu adalah wa, ta dan ba kalau tak salah saya. Jadi Wallahi, Tallahi dan Ballahi adalah membawa maksud yang serupa - Demi Allah (sumpah). Harus diingat wa, ta dan ba itu boleh membawa makna lain kalau baris selain dari kathrah digunakan di hujung perkataan selepasnya.
Habis bab nahu.
Sumpah ini selalunya berkaitan dengan perkara yang telah berlaku, misalnya anda dituduh mencuri sejumlah wang kemudian anda bersumpah Wallahi Aku tidak mencuri wang itu! Begitulah prosedur yang sepatutnya.
Kalau seseorang itu bersumpah bohong, wajib baginya membayar kafarah. Jadi contoh di atas, setelah disiasat, didapati bukti nyata anda telah berbohong dalam sumpah anda (dan anda sudah tahu perkara itu dari awal lagi) wajiblah anda membayar denda atau kafarah.
KAFARAH adalah denda yang diwajibkan syarak kerana melakukan kesalahan atau dosa. Membayar denda akan membantu menutup kesalahan atau menghapuskan dosa, walaupun begitu kalau anda bersumpah bohong, sudah tentu anda berdosa. Kafarah sumpah dikenakan apabila seorang itu melanggar sumpah yang dilakukannya atas nama Allah. Tentang dosa bersumpah berbohong samada diampun atau tidak itu hak Allah.
Dendanya ialah memberi makan 10 orang miskin atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan hamba. Sekiranya tidak berdaya melakukan denda itu, hendaklah berpuasa selama tiga hari sebagai ganti (Q 5: 89).
yang maksudnya:
Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah (peliharalah) sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur.
Tetapi dalam kes anda, ianya lebih kepada nazar hendak melakukan sesuatu yang tak mampu anda lakukan. Banyak ulama' yang mengkategorikan nazar ini sama juga seperti sumpah, jadi jika tidak mampu dilakukan perlulah dikafarahkan.
Saya ingat yang ketiga tu lah yang paling senang nak dibuat, puasa tiga hari, dan tak perlu berturut-turut, niat puasa sebagai kafarah sumpah kerana Allah ta'ala.
Wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikut rasa binasa ikut akal menyangkal ikut hati itu yang hakiki sekiranya hati itu bersih...
hmm..seeloknya minta maaf laa pada kawan yang awak marah tu...dan kemudian minta ampun pada ALLAH..( Sesungguhnya ALLAH itu MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYANYANG)
Bersumpah ni sama laa dengan maksudnya berjanji...so kalau kita mungkiri janji so apa balasannya..
so saya rasa eloklah jangan diulang kesilapan ni...
saya rasa ALLAH itu maha mengetahui..kalau awak bersungguh2 dah sedar INSYAALLAH segalanya ok... |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm... adapun perbuatan orang gila itu adalah dimaafkan...
Oleh kerana anda marah sehingga akal anda tidak berfungsi, dan diluar kesedaran minda anda, maka ianya adalah sesuatu yang dimaafkan.
Namun minta maaflah kat kawan anda tu, dan lain kali jangan biarkan akal tidak berfungsi hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
sumpah
assalammualikum...
saya ader satu persoalan ...
begini...somebody told me...dia pernah berkate pada suaminya...
'saya sumpah...kalau awak curang kepada saya..maka akan hancurlah segala harta bende awak..contohnya...kereta kesayangan awak yg dah berhabisan ribuan ringgit tu(modified kereta) akan kemek atau kene langgar etc'...
so kebetulan...tidak beberape lame...bende itu benar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
1. Sumpah adalah umpama doa.
Sabda Nabi saw,
"Ada 3 org yg sekali2 tidak akan ditolak doanya oleh Allah swt, iaitu org yg sedang berpuasa sampai waktu menjelang berbuka, ketua negara yg adil, dan org yg teraniaya".
(riwayat Tirmizi dr Abu Hurairah)
Doa yg dilarang pula.
Sabda nabi saw,
"Sekali2 jgnlah kamu meminta supaya dirimu dicelakakan, begitu pula anak2, pelayan, dan harta bendamu. Mungkin permintaan2 itu bertepatan dgn waktu ijabah (dikabulkanNya doa), di mana ia langsung diperkenankan Allah"
(riwayat Abu Daud)
2. Berdosa. Seorg isteri yg sabar dgn kejahatan suaminya dan beliau tetap menjaga kehormatan dan harta suami dan mendoakan kebaikan suaminya, maka beliau pasti mendpt kedudukan yg tinggi di sisi Allah swt.
firman Allah swt,
'Maka wanita2 yg baik itu ialah yg mentaati (suaminya) dan menjaga (hal-hal) yg tersembunyi dgn cara yg dipelihara oleh Allah"
(An Nisa': 34)
3. Hukumnya berdosa. Suami mempunyai beberapa hak yg menjadi kewajiban isteri terhdp suami. Di atrnya isteri harus patuh kpd suami asal tidak diperintah membuat maksiat, menjaga diri dan menjaga harta suami, tidak melakukan perbuatan yg menyakitkan hati suaminya, isteri tidak menampakkan hal2 yg membuat suaminya tidak senang kpdnya.
Sabda Nabi saw,
Sebaik2 wanita ialah yg apabila kamu memandangnya akan menyenangkan hatimu, apabila kamu perintahnya dia mematuhimu, bila kamu pergi dia menjaga dirinya dan hartamu".
(tak tahu pula riwayat siapa)
wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih fleurzsa.........
ade satu yg awak tak jawab...betul ker sumpah itu menjadi..maksud saya...betul ke si suami itu berlaku telah curang... |
|
|
|
|
|
|
|
jika benar ia berdosa..saya akan sampaikan kepada si polan agar memohon maaf kepada si suami... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by MariaClara at 18-8-2005 09:48 PM
terima kasih fleurzsa.........
ade satu yg awak tak jawab...betul ker sumpah itu menjadi..maksud saya...betul ke si suami itu berlaku telah curang...
Mengenai sumpah itu menjadi atau tidak hanya mereka yg terlibat dan Allah swt shj yg mengetahui. Berbagai kemungkinan boleh berlaku.
Yup, seelok2nya isteri minta maaf pd suami. Apa2 masalah dikongsi bersama. Buruk baik dihadapi bersama.
Wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
PakMalay This user has been deleted
|
Originally posted by fleurzsa at 18-8-2005 11:12 PM
Yup, seelok2nya isteri minta maaf pd suami. Apa2 masalah dikongsi bersama. Buruk baik dihadapi bersama. ...
:setuju::pompom::love::pray: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PakMalay at 19-8-2005 12:21 AM
:setuju::pompom::love::pray:
hehhehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 18-8-2005 11:12 PM
Mengenai sumpah itu menjadi atau tidak hanya mereka yg terlibat dan Allah swt shj yg mengetahui. Berbagai kemungkinan boleh berlaku.
Yup, seelok2nya isteri minta maaf pd suami. Apa2 masala ...
TQ...fleurzsa |
|
|
|
|
|
|
grugals This user has been deleted
|
tapi perlu diingat kan jugak..dalam kebaikan atau keburukan ada iblis menyelit:cak:...kadang2 kita ingat satu2 menda yg buruk tu terjadi..disebab kan mulut kita..akan tetapi syaitan tu nak menyesat kan..bila dah terjadi..kita pun akan pikir..haaa masin mulut aku..tu pasal lah..haaa...terjadi gak sumpah aku betul lah tu kita pun percaya sangat lah walaupun sumpah tu ianya umpama doa kita,....syaitan pun tepuk tangan..satu lagi umat terpedaya..tapi sebenarnya jgn lah bersumpa tak tentu pasal..takut memakan diri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by grugals at 19-8-2005 10:32 PM
tapi perlu diingat kan jugak..dalam kebaikan atau keburukan ada iblis menyelit:cak:...kadang2 kita ingat satu2 menda yg buruk tu terjadi..disebab kan mulut kita..akan tetapi syaitan tu nak menyesat ...
hi gru..long time no see :bgrin:
pandai jugak gru kasi nasihat yerrrr...nanti maria kasi tau kat si polan tu yerrr |
|
|
|
|
|
|
grugals This user has been deleted
|
Originally posted by MariaClara at 19-8-2005 10:36 PM
hi gru..long time no see :bgrin:
pandai jugak gru kasi nasihat yerrrr...nanti maria kasi tau kat si polan tu yerrr hehee...bz arrr..nasihat je tu..tapi kalau terkena kat diri sindri..belum tentu g..beringat! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by grugals at 19-8-2005 11:10 PM
hehee...bz arrr..nasihat je tu..tapi kalau terkena kat diri sindri..belum tentu g..beringat!
hehheheheh...slalu kalo kene kat btg idung sendiri...baru tau yerkkk:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
langgar sumpah... (merged: AniS_aYuNi)
Macamana nak bayah kafarah untuk sumpah yg dibuat dgn nama Allah yg.. telah dilanggar demi nak menyelamatkan diri dari dicerai oleh suami/isteri...? Kene derma dkt anak2 yatim ke? kene puasa ke?
Kalau sumpah tu... bukan atas namaAllah.. dibuat atas nyawa anak2 for eg.. adakah kene bayar kafarah juga kalau dilanggar...?
Adakah orang yang langgar sumpah yg dibuat atas nama Allah akan dapat bala immediately? or dekat akhirat? kalau dia dah bayar kafarah? adakah akan kene bala juga..?
...
ana yg daif
[ Last edited by fleurzsa at 7-2-2006 10:33 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|