CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8287|Reply: 25

Pengkelasan Sunnah Rasullullah S.A.W.

[Copy link]
Post time 21-7-2006 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Persoalan ni sudah lama bermain dlm fikiran saya. Memohon forumer2 di sini boleh membantu memberi jawapannya.

Adakah terdapat pengkelasan terhadap sunnah nabi (cth: cara nabi makan, cara nabi tidur) sebagaimana kita mengkelaskan hadis2 baginda-ataupun apa yg dikatakan hadis2, iaitu sahih, dhaif dan sebagainya?


Terima kasih. :lebai:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2006 12:05 AM | Show all posts
saya pun nak tau jugak...sapa sapa tolong bagi llink or tips
kalo tak nak terangkan dengan jela spun tak pa janji ada sumber
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2006 12:11 AM | Show all posts
Saya sebenarnya kurang faham soalan ni.. apa sebenarnya yg dimahukan?

Tapi jika mahukan hadith mengikut topik, then can go to the hadith collection online.

Contoh :

http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsunnah/muslim/

The same website can give other collections as well.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2006 01:37 PM | Show all posts
salam

apa tu SUNNAH
adakah ianya  bermaksud tatacara kehidupan
yg NABI jalankan dan dan utk umatnya
atau maksud yg lain

kena tau jugak terjemahan bagi SUNNAH itu sendiri
baru dapat huraikannya
takkan kot cara NABI makan lain kelas
cara NABI tidur lain kelas
cara NABI bersama sahabat lain kelas
cuba saudara kelaskan diri saudara sendiri
dan tengok ianya menyenangkan atau menyusahkan?????

hanya mau terima dan amalkan atau SEBALIKNYA
Reply

Use magic Report

kilas This user has been deleted
Post time 6-10-2006 09:20 AM | Show all posts
Sunnah adalah segala perkataan, perbuatan dan hal ehwal Rasullullah S.A.W.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2006 12:54 AM | Show all posts
Originally posted by kilas at 6-10-2006 09:20 AM
Sunnah adalah segala perkataan, perbuatan dan hal ehwal Rasullullah S.A.W.


Segala?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2006 02:19 AM | Show all posts
Interesting topik , tp spt biasalah , topik2 camni mmg org2 x gemar , hehe
Psl akademik , x leh serang-mnyerang:lol
Reply

Use magic Report

belut This user has been deleted
Post time 5-11-2006 12:44 PM | Show all posts
Kenapa dan siapa yang meletakkan perbuatan Nabi menyimpan janggut sebagai Sunnah?
Kenapa dan siapa yang meletakkan perbuatan Nabi berkahwin dengan seorang janda lebih tua sebagai bukan Sunnah?

Kedua-dua perkara di atas dilakukan oleh Rasulullah, tetapi, kenapa menyimpan janggut sahaja menjadi Sunnah dan mengahwini janda lebih tua tidak dianggap Sunnah? Bukankah mereka mengatakan SETIAP detik dan perkara yang Nabi lakukan adalah dari Allah untuk kita ikuti.

Saya tidak pernah mendengar ustaz atau ulama menggalakkan orang muda berkahwin dengan janda lebih tua untuk mengikut amalan Rasulullah, kenapa? Bukankah SETIAP amalan baginda itu sunnah yang datang dari Allah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


belut This user has been deleted
Post time 5-11-2006 12:49 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 5-11-2006 12:54 AM


Segala?


Bagaimana dengan perbuatan Rasulullah seperti yang ditegur oleh Allah di dalam Quran apabila baginda mengenepikan seorang tua yang lemah kerana menumpukan perhatian kepada bicara baginda dengan bangsawan Quraish? Adakah perbuatan itu juga dianggap Sunnah walaupun Allah tidak menyukai dan membetulkannya :hmm:

Sebagai manusia, sudah tentu Nabi Muhammad juga membuat tindakan yang menyerupai kita seperti meminta isteri memasak lauk kegemaran baginda dan meminta 'perkara yang xxx' dari isteri. Cuba fikirkan, adakah perkara seperibadi dan private ini juga Allah inginkan untuk kita ketahui dan ikuti?

[ Last edited by  belut at 5-11-2006 12:53 PM ]
Reply

Use magic Report

nurul_yusra This user has been deleted
Post time 30-12-2006 09:54 PM | Show all posts
Dalam definisi fikih, sunah berarti tindakan yang baik untuk dilakukan. Umumnya mengacu kepada perilaku Nabi. Namun,
amalan poligami, yang dinisbatkan kepada Nabi, ini jelas sangat distorsif. Alasannya, jika memang dianggap sunah,
mengapa Nabi tidak melakukannya sejak pertama kali berumah tangga?


Imam Syafi抜 (w. 204 H),mendefinisikan sunnah adalah penerapan Nabi SAW terhadap wahyu yang diturunkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 10:08 AM | Show all posts
Secara umumnya sunnah nabi itu termasuklah semua perbuatan, pengakuan dan percakapan Rasulullah SAW.
Tapi, ia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu

a) Sunnah yang disyariatkan
b) Sunnah yang tidak disyariatkan

Sunnah yang disyariatkan ialah semua perkara yang melibatkan nabi yang disyariatkan oleh Allah yang melibatkan hukum wajib, haram, makruh,sunat dan harus. spt wajib- solat  haram-mencuri makruh-makan bawang sunat-mengutamakan kanan  harus-makan dhab

Sunnah yang tidak disyariatkan ialah perkara yang melibatkan nabi tetapi tidak disyariatkan oleh Allah utk diikuti oleh umat Islam. atau dengan kata lain tidak termasuk dalam 5 hukum yang tertera di atas.... haram, wajib,sunat,harus,makruh.  Jadi hukumnya hanya terpulang kepada individu masing-masing, tapi takleh nak ejek org lain yang nak ikut sbb kan baik ikut nabi daripada ikut mat salleh, bush, clinton, yahudi dan artis yang tak senonoh tu.... paling-paling dia selamat sbb nabi tak buat maksiat dan tidak dedah aurat... bolehlah dikatakan HARUS...

Contoh bagi sunnah yang tidak disyariatkan ini adalah yang berkaitan dgn perlakuan Rasulullah sebagai manusia biasa.. Contoh ?
Berjalan - berdiri tegak ke condong ke depan.

Contoh perbezaan

Berjalan - Mulakan kaki kanan --- Sunnah disyariatkan - Hukum : Sunnat   Sumber : Hadith (sila lihat kitab Hadith)
Berjalan - berdiri tegak - sunnah tidak disyariatkan... terpulang kepada individu nak jalan secara tegak @ condong ke depan @ perut jln dulu.

Makan - Guna tangan kanan - Sunnat disyariatkan - Hukum : Sunat  Sumber : Hadith (sila lihat kitab Hadith)
Makan - 3 kali sekali - sunnat tidak disyariatkan ... terpulang kepada individu nak makan 3 x sehari @ berapa kali dia nak dlm sehari  

Untuk keterangan lanjut sila lihat kitab Usul Fiqh spt Al-Ahkam Li Usulul Ahkam dan Usul Fiqh karangan Karim Zaidan dsb.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 11:10 AM | Show all posts
salam

maaf ye, tapi SUNNAH tetap SUNNAH
nak ikut, ikutlah amalkannya
tak mampu tu,  lebih baik DIAM!!!!
takut nanti kalau merungut, tak diakui umatnya plak
tapi masih boleh jadi umat JESUS ka umat MUSA ka dll

nak jawab sikit BELUT punya soal:
janggut ???
kenapa saudara tak sanggup simpan janggut kah???????
org yg berjanggut tu TERUK dan jijik sangat kah????
kahwin???
kahwinlah kalau saudara mampu
tak kira dgn anak dara ka atau mak janda ka atau tok janda kaaaa
dan tanya dulu diri sendiri, pasal apa nak kahwin????
kalau nak ikut nafsu saja,   fikirkanlah

perbuatan NABI yg ditegur TUHAN tu
pandai pandailah kita ambil pengajaran
takkan dah TUHAN TEGUR pun kita nak pakai jugak
tak logik betullah saudara niiiii

sajeeee jeeee
taulah apa MOTIF saudara berkata tuuuu
harap yg LAIN LAIN tu faham lebih sikitttttt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2007 02:38 AM | Show all posts
saya agak terperanjat sbnrnya bila diselak di page belakang, thread ini pernah mendapat sambutan. masa mula2 open thread, saya menunggu begitu lama, smpi berminggu2 akhirnya kecewa sbb tiada sambutan

apapon, masih tiada jawapan yg memuaskan hati saya

maksud saya begini. dlm penilaian hadis, kajian mendalam dilakukan ulamak2 dahulu dan juga sekarang, utk memastikan hadis itu betul2 bersumber dpd Rasullullah sendiri. klu ada sebarang keraguan, ia akan dikira sbg dhaif ataupun mungkin palsu.

tetapi sepanjang pengetahuan saya, saya tak pernah mendengar kaedah yg sama dibuat utk mengesahkan sesuatu sunnah(biasanya merujuk kpd perbuatan-andaikan shjh kita anggap semua perbuatan nabi itu sbg sunnah) yg mengesahkan apa yg kita anggap "pernah dibuat oleh nabi", ataupun dlm ertikata lain sbg sunnah, BETUL2 PERNAH DIBUAT oleh nabi sendiri?

bagaimana klu apa yg kita anggap selama ini adalah PERNAH DIBUAT NABI sebenarnya hanya rekaan semata2? atas tujuan apa saya tak dpt fikirkan tp didlm pengkajiaan hadis mmg benar terdapat hadis2 palsu yg direka2 shj. bagaimana klu fenomena yg sama berlaku dlm apa yg kita anggap sunnah?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 10:34 AM | Show all posts
Originally posted by junkredish at 11-4-2007 02:38 AM
saya agak terperanjat sbnrnya bila diselak di page belakang, thread ini pernah mendapat sambutan. masa mula2 open thread, saya menunggu begitu lama, smpi berminggu2 akhirnya kecewa sbb tiada samb ...


Beri I masa utk jawab persoalan ini, kay...

Besok ada pemantauan utk my job... so mlm ni sebuk nak kemas kini file.. maybe friday I jawab...InsyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 07:25 AM | Show all posts
Originally posted by junkredish at 21-7-2006 10:13 AM
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
Persoalan ni sudah lama bermain dlm fikiran saya. Memohon forumer2 di sini boleh membantu memberi jawapannya.
Adakah terdapat pengkelasan terhadap sunnah n ...


Nak tunggu masa lapang memang tak der sekarang ni...

I tulis points by points....

Penyusunan hadis mula dilakukan secara musnad, iaitu mendampingkan hadis2 yg membahaskan masalah2 yg saling berkaitan adalah pd akhir kedua hijriyah.

Contohnya, masalah sholat diletakkan berdampingan hadis masalah zakat n jual beli.

Imam Ahmad bin Hambal adalah ulama terbaik yg menyusun hadis secara musnad.


to be continued...

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 07:35 AM | Show all posts
saya rasa junkredish tanya berkenaan pengkelasan sunnah bukan hadith.

contohnya: sunat muaqad atau sunat yang dituntut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2007 01:11 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 17-4-2007 07:35 AM
saya rasa junkredish tanya berkenaan pengkelasan sunnah bukan hadith.

contohnya: sunat muaqad atau sunat yang dituntut.


Laaaa... junkredish weh....  hadis n sunnah adalah perkataan yg mempunyai maksud yg sama.

Its Okay..

Kalo junkredish maksudkan spt kata mod Ibnur itu... nanti I cuba semak mengenai perkara tersebut pula...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 07:42 AM | Show all posts
Sunnaturrasul...

Sunnah Ain - spt solat sunnat Rawatib, solat2 sunnat yg mengiringi solat2 5 waktu

Sunnah Kifayah - yg dianjurkan utk dikerjakan oleh segolongan atau salah seorg atr umat Islam, spt memberi salam, bersedekah, dll

Sunnah Muakkad - sunnah yg dianjur krn Rasulullah saw selalu mengerjakan, spt Solat hari raya Iadil Fitri n Aidil Adha

Sunnah juga menjurus kpd kategori hukum yg menetapkan mereka yg melakukan mendpt pahala atau meninggalkan tidak berdosa. spt solat sunnat Terawih dll

So, menjawab soalan junkredish...

I tak jumpa lagi buku atau kitab yg menjurus kpd membicarakan semua sunnah atas perbuatan2 Rasulullah saw... mcm tidur, makan dll

wallahua'lam

nak cepat ni .... kalo salah tulis sorry ek

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2007 05:08 AM | Show all posts
hampir tepatlah tu

mmg kebanyakkan yg saya tanya tu bersifat perbuatan. misalnya klu kita pernah dengar sunnah nabi tidur di atas limbungan(bahu) kanan mengadap kiblat, makan menggunakan 3 jari, berdehem semasa membuang air, bersugi, aturan memotong kuku  ....

adakah terdapat kaedah pengesahan yg ketat yg mengesahkan perbuatan2 seperti ini sebenarnya mmg betul2 pernah dibuat oleh nabi? spt mana yg kita tahu terdapat dlm mengesahkan kata2(hadis) nabi?

buat masa ini kita terima dahulu semua yg dibuat oleh nabi itu dianggap sbg sunnah, utk memudahkan kita berbincang
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 01:45 AM | Show all posts
pada saya untuk memastikan kesahihan hadis amat susah,apatah lagi
penulisan hadis bermula selepas 200 tahun lebih nabi wafat dan perawi
nya berlapis lapis.bagaimana jika orang membuat cerita yg tak dibuat
oleh nabi,tapi dikatakan nabi yg melakukannya(jual nama nabi le ni).jika
kita baca hadis sahih pun banyak percanggahan antara hadis tu dan
setengahnya bercanggah dengan quran tapi dikira hadis sahih.jika baca
hadis sahih bukhari saja banyak percanggahan sesama hadis

rujuk laman web ni untuk membaca hadis sahih lengkap bukhari.ada
setengahnya melucukan dan menghina allah

http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsunnah/bukhari/
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.065199 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list