View: 4165|Reply: 24
|
kepercayaan agama anda: hasil indoktrinasi atau pencarian?
[Copy link]
|
|
salam semua.
kita ada kepercayaan agama (Islam) lalu agama itu menjadi pegangan kita.
kepercayaan agama yg anda pegang itu sebenarnya hasil indoktrinasi (pendidikan) yg anda terima semenjak kecil ataupun hasil drp pencarian anda sendiri yg memberi makna kepada diri anda?
setakat mana anda telah menyemak bahawa apa yg anda percayai atau pegang itu adalah yg benar2 benar?
jika anda kata anda telah semak, kaedah apa yg anda gunakan untuk menyemak kepercayaan dan pegangan anda itu? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by petola at 23-7-2006 12:36 AM
salam semua.
kita ada kepercayaan agama (Islam) lalu agama itu menjadi pegangan kita.
kepercayaan agama yg anda pegang itu sebenarnya hasil indoktrinasi (pendidikan) yg anda terima semenjak k ...
bagus thread nih..apa kata kalau tuan rumah dulu yg mulakan..
dipersilakan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kuba4 at 23-7-2006 12:43 AM
bagus thread nih..apa kata kalau tuan rumah dulu yg mulakan..
dipersilakan....
forum terbuka... :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
Kedua2nya sekali... ilmu dan amal..
Lebih suku abad hidup di bumi Allah swt ini... susah senang, jatuh bangun, malas rajin, lara insaf bla bla bla... cukup utk I berfikir dan menilai... Islam is my addin... |
|
|
|
|
|
|
|
apabila anak-anak kita dilahirkan, menjadi tanggungjawab kita utk mendidik mereka dengan pegangan kita. itu lah sebabnya, hampir semua orang yg dilahirkan melayu adalah islam.
mencari semasa hayat itu pula adalah tanggung diri kita sendiri pula.
jadi kedua-duanya adalah penting. satu sebagai initiation, dan satu lagi sebagai pengukuhan. kalau tak kukuh, maka runtuhlah. |
|
|
|
|
|
|
|
kena tambah satu lagi kotnye petola, automatic transcendent inherited from parents (sbb yg ni tak masuk dlm kategori indoktrinasi-indoktrinasi pun depends dgn sejauh mana parents care utk bagi input) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by petola at 23-7-2006 00:36
salam semua.
kita ada kepercayaan agama (Islam) lalu agama itu menjadi pegangan kita.
kepercayaan agama yg anda pegang itu sebenarnya hasil indoktrinasi (pendidikan) yg anda terima semenjak k ...
Mengapa aku terbayang nick beberapa orang kat forum nie bila tengok soalan ko:nerd: |
|
|
|
|
|
|
tiM This user has been deleted
|
Originally posted by petola at 22-7-2006 11:36 PM
salam semua.
kita ada kepercayaan agama (Islam) lalu agama itu menjadi pegangan kita.
kepercayaan agama yg anda pegang itu sebenarnya hasil indoktrinasi (pendidikan) yg anda terima semenjak k ...
Oh! yaaaa. ini satu pencernahan minda.
Lebih asas lagi dari itu yg perlu kita pertikaikan utk memantapkan prinsip diri. Bukankah bapak dan mak telah memberi nama pada setiap anaknya (asas indoktrinasi)? Adalah wajar juga anak itu mendalami pengertian/makna nama itu. Atau perlukah ia ditukar kalau merasakan ada nama yg lebih bermakna dan lebih benar dari nama yg diberikan oleh aya dan ibu??. Fikirkan!. Apa pulak kaedah utk kita menilai akan kewajaran anugerah ibubapa kita itu pada kita? Selalunya kita akan merasa selesa bukan? Kita tidak mempertikaikanya kerana kaedah (methodology) pengadaptasian mereka sudah menjadi sebati dengan dasar logik kita. Agak sukar bagi kita mendapat satu formula dlm menentukan pemilihan itu adalah juga pilihan kita secara yg ideal (tulen). |
|
|
|
|
|
|
|
indoktrinasi sebagai foundation, ilmu sebagai pencerahan dan iman sebagai cinta dan jalan pembebasan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sakinahmawaddah at 24-7-2006 08:54 AM
indoktrinasi sebagai foundation, ilmu sebagai pencerahan dan iman sebagai cinta dan jalan pembebasan
suatu proses berterusan atau ada titik hentinya sakinah? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by petola at 23-7-2006 12:36 AM
salam semua.
kita ada kepercayaan agama (Islam) lalu agama itu menjadi pegangan kita.
kepercayaan agama yg anda pegang itu sebenarnya hasil indoktrinasi (pendidikan) yg anda terima semenjak kecil ataupun hasil drp pencarian anda sendiri yg memberi makna kepada diri anda?
setakat mana anda telah menyemak bahawa apa yg anda percayai atau pegang itu adalah yg benar2 benar?
jika anda kata anda telah semak, kaedah apa yg anda gunakan untuk menyemak kepercayaan dan pegangan anda itu?
Bagi saya ilmu agama Islam saya memang banyak sekali saya dapat dari pelbagai source, banyak melalui indoktrinasi, mencari sendiri, atau ditunjuk oleh Allah melalui peristiwa-peristiwa kehidupan yang saya alami samada secara 'immediate' ataupun melalui 'recall'.
Dari segi amal ibadat pula secara 'remote control' atau 'sekadar mencukupkan yang wajib' itu dari kecil lagi telah melakukannya samada solat, puasa dan lain-lain melalui ikutan atau contoh dari ibu bapa, role models, dan rakan-rakan tentunya.
Target saya sekarang adalah untuk memahami Islam dengan cara mengAMALkannya dengan betul. Saya dapati konsep "Arm chair' muslim atau muslim "berilmu tanpa amal" adalah satu kerugian bagi diri saya. Kekuatan untk mengamalkan ilmu islam yang saya ada saya cari dengan menghadiri kuliah2 ilmu yang 'reaffirm' my beliefs in simple things like sifat dua puluh, rukun syahadat, cara solat dan lain-lain yang sebelum ni saya dah belajar tapi tak amal betul-betul , belajar tapi tak faham betul-betul, atau amal sekadar 'remote control'.
Semoga sempat saya menyiapkan tugasan ini sebelum Izrail datang memanggil.
[ Last edited by always_typo at 24-7-2006 09:38 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by petola at 24-7-2006 09:22 AM
suatu proses berterusan atau ada titik hentinya sakinah?
my religion experience have 'life essence". "It" live as I live. In my religion concept, and what I experience, YES! it is a continuous process |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tiM at 23-7-2006 08:05 PM
Agak sukar bagi kita mendapat satu formula dlm menentukan pemilihan itu adalah juga pilihan kita secara yg ideal (tulen).
Bagi Muslim dia dah tahu apa itu Takdir.Qada' dan Qadar.Usaha.
Memanglah sukar.Sukar bagi orang yg konpius konsep ketuhanan.Betulkan dulu asas2 dan makna TUHAN.Barulah tak susah nak buat pilihan.
ngang tul lah kau ni.
-Paul- |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by back_hand at 25-7-2006 02:39 PM
Bagi Muslim dia dah tahu apa itu Takdir.Qada' dan Qadar.Usaha.
Memanglah sukar.Sukar bagi orang yg konpius konsep ketuhanan.Betulkan dulu asas2 dan makna TUHAN.Barulah tak susah nak buat pil ...
Sebenarnya taufik wal hidayah tu , Tuhan yang beri!
Tapi usaha mau juga .
Bab ilmu tu penting. Sebab itu anugerah yang Tuhan bagi pada manusia. Lepas tu baru beramal. Dah beramal bertawakallah pada Tuhan. Agar semua kerja menjadi.
Amin |
|
|
|
|
|
|
|
kepercayaan agama anda: hasil indoktrinasi atau pencarian?
Alhamdulillah kerana saya dilahirkan dalam kalangan mereka yang beriman... namun... pencarian kebenaran tidak boleh terhenti...masih banyak yang perlu dicari... semakin dicari... rupanya makin banyak yang tak tahu... kerdilnya diri ini... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
klu mcm yusuf islam tu dia mencari..... kalau kita nih, kat Msia ni sbb amalan tok nenek kita....kita follow jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Tuhan telah menciptakan alam yang membawa kepada penciptaan satu makhluk yang boleh berfikir iaitu manusia.....
jadi apabila ia wujud dan boleh berfikir, lumrahnya, ia akan mencari penciptaNya.....
jadi fasa pencarian alam hidup manusia, sebenarnya tidak boleh dihalang.....
tetapi bagaimana yang folllow sesuatu tanpa melalui fasa pencarian, sebab kekadang takut orang kata dia mungkin sesat? atau yg tak brani pecah tradisi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kepercayaan adalah kerana kesusahan yang tidak pernah habis dan juga kerana dia telah menunjukkan 'diri'Nya.Sehinggakan sekalipun penah memasang niat untuk berpaling, terus tak jadi-jadi. Selepas Dia menunjukkan diriNya actually itulah permulaan kepada segala ujian. Dia memberikan kepercayaan, kemudian Dia uji kepercayaan itu sehingga hampir sahaja berputus asa dan tak percaya apa yang pernah ditunjukkanNya
[ Last edited by eastrun at 4-2-2009 08:39 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #18 eastrun\ catat
haha, susah kan.....
kita semua alami itulah....
tapi aku percaya, Tuhan itu Maha Kaya, Dia tidak membalas, menjawap,atau menguji kepercayaan itu bukan kerana Dia tidak mampu....
tetapi hanya kerana Dia Maha Kaya.....lebih kaya dari fahaman kekayaan biasa yang manusia fahami.....
sebab itu ada ketika Dia membalas dengan ujian....
in the end , setiap kebajikan yang kita buat, janjiNya, hanya akan berbalik kepada kita sendiri...........
[ Last edited by ussopp at 4-2-2009 09:03 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 ussopp's post
Saya nak kongsikan sedikit pandangan dari kitab saya:
"Engkau harus takut akan TUHAN, Allahmu, kepada-Nya haruslah engkau beribadah dan berpaut, dan demi nama-Nya haruslah engkau bersumpah.Dialah pokok puji-pujianmu dan Dialah Allahmu, yang telah melakukan di antaramu perbuatan-perbuatan yang besar dan dahsyat, yang telah kaulihat dengan matamu sendiri"(Ulangan 10:20-21) |
|
|
|
|
|
|
| |
|