CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6282|Reply: 42

Feksyen ke tak feksyen?

[Copy link]
Post time 28-7-2006 02:25 AM | Show all posts |Read mode
Di sini ada sebahagian perbahasan antara pihak pembangkang dan penyokong kpd tajuk ekspresi fesyen yg seksi di kalangan remaja.... biarlah kite sama2 ambil iktibar:

Pembangkang A: Jadi kamu rasa kalo sesorang tuh tak pakai fesyen modern tuh ketinggalan zaman lah?

Penyokong A: ialah, semua org pun pakai secara modern. siapa sebenarnye nak ikut pakai budaya yg membosankan? Pakai tudung, tutup aurat etc... Tolonglah, dunia dah semakin maju....

Pembangkang A: Fesyen tuh bukan maksudnye mesti ikut budaya barat yg modern, kalo kite pakai
secara islam, kite mempunyai fesyen sendiri macam mane pulak boleh ketinggalan zaman? Adakah pakaian yg bocor sini bocor situh baru kira ikut zaman? Pakaian tidak menjadi batasan kpd kemajuan sesebuah negara.

Penyokong B: Itu adalah hak kebebasan masing2 utk memilih ape jenis fesyen yg dia suke, jadi dia tidak ketinggalan ape yang popular. Tp fesyen modern melambangkan ekspress diri yg sebenar... takkan lah awak masa muda tak pakai secara fesyen?

Pembangkang A: itu.........

Pembangkang B: Macam ini lah, biar saya tanye saudari satu soalan. Kamu nih muslim, kamu percaya kpd Tuhan tak?

Penyokong A: Percaya.

Pembangkang B: Jadi ape gunanye kamu percaya kpd Tuhan tapi tidak mengikut suruhan Tuhan untuk memakai tutup aurat?

Penyokong A: Agama itu dah tetap, tapi pakaian boleh berubah ikut zaman.

Pembangkang B: Jadi kamu nak agama ikut kamu ke kamu ikut agama? Adakah syurga itu tetap? Adakah neraka itu tetap?

Penyokong A: Ye saya faham. Tapi manusia mempunyai hak masing2 utk memilih pakaian yg kesukaan sendiri. Tambahan lagi zaman modern ini mestilah pakai pakaian yg modern....

Pembangkang B: Jadi apa yang kamu nak ekspres kan sangat? Yang kamu keluar rumah tak pakai tudung itu sebenarnye menunjukkan kamu seorang yang derhaka kpd Tuhan, itu yang kamu nak ekspreskan. Contohlah kalau ayah kamu suruh pakai baju merah, tapi kamu pakai baju biru... adakah kamu seolah2 memberitahu ayah bahawa kamu tidak taat kepada ayah? Apa yang kamu nak ekspress sangat? Cantik? tolong lah (gelak)

Penyokong B: Mana boleh kamu menghina dia dengan gelak macam tuh?

Pembangkang B: Oh jadi saya menghina dialah kan? Tapi dia tuh menghina agama Islam, menghina Tuhan. Apakah hina tuhan dan hina saya mana lebih berat? Untuk orang yang macam dia tuh menghina Islam, saya boleh menghina dengan lebih teruk lagi. Kamu memalukan agama sendiri sahaja. Termasuklah kamu jugak.

Pembangkang A: Kamu sebagai sorang muslim tapi ikut sangat nafsu memakai pakaian seksi2. Kamu derhaka kpd tuhan itulah ekspressi kamu.

Penyokong A: Mana boleh membincangkan topic dengan unsur2 agama?

Pembangkang B: Jadi ape gunanya kamu beriman kepada Allah tapi tidak membincangkan agama? Adakah Islam hanya pada nama saja?

Pembangkang A: Lihatlah bagaimana zaman kegemilangan Islam mencapai kemajuan tanpa memakai seksi2... bukankah mrk boleh juga maju?

Pembangkang B: Kalau kamu suka sgt ikut pakaian modern dan ekspress diri, nanti bila mati, suruh orang buat kain kapan tuh berfeksyen sikit, warna hitam ke, pakai top bra ke....lagi, kamu nak tau siapa lebih ketinggalan zaman kan? Dulu2 zaman batu manusia purba pakai bocor sini, bocor situ kira tinggal zaman lah. zaman sekarang orang pakai lebih sikit menutup badan. Jadi kamu suka pakai yg seksi2 tuh lebih ketinggalan zaman lah?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2006 07:20 AM | Show all posts

seksi...

mengikut trend membuta tuli adalah contoh fikiran sempit..
dan pekak badak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2006 05:46 PM | Show all posts
:setuju: :clap: :clap: :clap:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 02:54 PM | Show all posts
betulla, saya setuju...kenala pakai menutup aurat...kena ikiut perintah agama..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 02:59 PM | Show all posts
fesyen ke x fesyen ke tu x penting... yang penting skali tutup aurat...

sape diorang tu Presa1200? nak tau gak.. hebat tul perbincangan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 10:33 AM | Show all posts
dan tutup aurat tu biarla tutup betul2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2006 03:31 PM | Show all posts
Yang  paling sekali adalah  mengikut  apa  yg  diperintah oleh  Allah  kepada kita   ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2006 06:18 PM | Show all posts
Originally posted by eiyoei at 7-8-2006 02:59 PM
fesyen ke x fesyen ke tu x penting... yang penting skali tutup aurat...

sape diorang tu Presa1200? nak tau gak.. hebat tul perbincangan tu...


oh.. diaorg tuh sbnornye ade satu siri dlm "tanye Linda" pasal fesyen. ade lah 2 group yg debat. satu group yg laki tuh pondan sket yg pro fesyen. satu lg yg ok sket ngan sorang uztaz. tp perbincangan x mbawak hasil jd sy buat sambungan sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2006 07:04 PM | Show all posts

salam

Firman Allah swt

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

(An Nur: 30-31)

Firman Allah swt

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al Ahzab: 59)

1). Daripada Saidatina Aisyah katanya, bahawa suatu hari Asma' binti Abu Bakar Al Siddiq (kakak Siti Aisyah dan sebagai ipar kepada Nabi SAW) masuk mengadap Nabi SAW sedang ia Asma') memakai pakaian nipis. Nabi SAW lalu memalingkan mukanya (tidak mahu melihat) dan lalu bersabda, maksudnya:

"Wahai Asma' sesungguhnya perempuan apabila telah baligh (sampai masa datang haid) tidak manis lagi ia dllihat (oleh lelaki yang bukan mahram) akan auratnya melainkan ini dan ini Nabi SA W mengisyaratkan muka dan kedua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan.

(Riwayat Abu Daud - Hadis Mursal).

2). Daripada Abdullah bin Mas 'ud, katanya bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya:

"Sekali pandang kepada yang haram (aurat wanita) ibarat anak panah beracun dad panahan anak panah iblis. Barangsiapa meninggalkannya kerana menghormati (mematuhi) larangan ku, nescaya akan aku gantikan dengan iman yang dapat dirasai kemanisannya oleh hati.

(Riwayat At Tabrani dan Al Hakim).

3). Dari Uqbah bin' Amar RA katanya, Nabi SAW bersabda, maksudnya:

''Berjaga-jagalah fangan sampai kamu masuk ke tempat perempuan dan bersama-sama dengannya tanpa mahram. Tanya seorang Ansar, bagaimana dengan AL HAM (ipar). Jawab Nabi SAW;' AL HAM adalah maut (binasa juga)'

(Al Bukhari, Muslim dan At Tirmizi).

4). Sabda Nabi SAW, maksudnya:

"Tidak berkhalwat (berdua-duaan di tempat sunyi) oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan melainkan syaitan menfadi orang ketiga'

(Riwayat Ahmad).

5). Daripada lbnu Abbas RAkatanya, Nabi SAW bersabda, maksudnya; "Jangan kamu berkhalwat (berada di tempat sunyi) dengan seorang wanita melainkan ada bersamanya mahramnya sebagai teman. "

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6). Daripada Ma'aqal bin Yasir katanya, Nabi SAW bersabda, maksudnya:

"Sekiranya seorang kamu dicucuk di kepala denganfarum besar daripada besi lebih baik daripada menyentuh seorang perempuan yang tidak halal "-

(riwayat At Tabrani dan Al Baihaqi).

7). Daripada Abi Amaamah RA, katanya bahawa Nabi SAW 5abda, maksudnya:

"Berjaga-jagalah jangan sampai kamu berkhalwat dengan wanita. Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaanNya tidak seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita melainkan syaitan masuk menyelit di antara keduanya (bagi mempengaruhi dan membisikkan kejahatan) dan sekiranya seorang lelaki itu dihimpit oleh seekor babiyang penuh lumpur yang kotor adalah lebih baik daripada ia menggesel bahu dengan seorang wanita yang bukan mahram dengannya.

(Riwayat At Tabrani).

8). Daripada Abi Musa RA katanya bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya;

"Tiap-tiap mata yang memandang kepada yang haram dihukumkan telah berzina. Seorang wanita apabila memakai bau-bauan lalu ia melintas di suatu majlis yang ada di dalamnya lelaki yang bukan mahramnya maka ia dikira telah berzina. "-

(Riwayat Abu Daud dan At Tirmizi).

9). An Nasa'ie, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban meriwayatkan hadis bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya;

"Mana-mana wanita yang memakai bau-bauan dan ia melintas suatu kumpulan lelaki yang bukan mahramnya dengan niat bau-bauan yang dipakainya dihidu oleh mereka, maka ia dianggap telah berzina dan tiap-tiap mata yang memandangnya (termasuk hidung yang menghidu bau wanginya) juga dikira sebagai zina. "

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 09:58 PM | Show all posts
Originally posted by Presa1200 at 8-8-2006 06:18 PM


oh.. diaorg tuh sbnornye ade satu siri dlm "tanye Linda" pasal fesyen. ade lah 2 group yg debat. satu group yg laki tuh pondan sket yg pro fesyen. satu lg yg ok sket ngan sorang uztaz ...


ohhh... ni siri yg Amin Jauhari & Nabila vs Farawahida & ustaz apa eh tak ingat nama... tapi dia selalu bagi motivasi kat TV3 pagi-pagi... siri yg tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 12:43 AM | Show all posts
tutup aurat dan berfesyen boleh pergi sekali.kene banyakkan pereka fesyen busana muslim.kene la fikir idea baru , jgn asyik pakaian yg sama je..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 11:33 AM | Show all posts
Akademi Fantasia, pelajar bertudung dan aksi Datin Rosmah, apa kata Dr Ma#ah?

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh)- Aksinya terkinja-kinja seperti 'kerasukan' dan lebih menjengkelkan pelajar bertudung itu menampilkan imej Islam yang tidak selari dengan kehendak agama
yang mementingkan akhlak kesopanan malah jauh sekali mengikut adab Melayu yang ada
ciri-ciri ketimuran.
Baru-baru ini dalam 'Diari Akademi Fantasia', dipertontonkan kepada ramai, aksi pelajar bertudung tersebut yang tergedik-gedik, terhingut-hingut dan terkinja-kinja sewaktu latihan menyampai sebuah lagu yang disifatkan sebagai memalukan serta menjatuhkan imej Islam secara tidak langsung. Malah ia mengukuhkan lagi andaian bahawa 'pakaian tiada kena mengena dengan sifat' atau dengan kata lain tidak perlu menuruti kehendak agama sama ada menutup aurat atau tidak, tiada bezanya dalam suasana sekarang. Dalam menasihati dan mengambil berat kod etika pakaian artis yang menjolok mata, Setiausaha Parlimen Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Ma#ah Ibrahim disarankan oleh ramai pihak agar tidak terlepas pandang kepada perlakuan artis atau mana-mana pihak yang menampilkan imej pakaian Islam tetapi perlakuan seolah-olah 'kerasukan' seperti yang ditonjolkan seorang pelajar Akademi Fantasia baru-baru ini. "Jangan pandai menegur golongan artis semata tetapi ia harus meliputi semua pihak termasuk juga pelajar bertudung di Akademi Fantasia dan program itu sendiri yang menjatuhkan imej Islam," kata seorang pemanggil yang mahu dikenali sebagai Adam. Tegur juga Datin Rosmah dan pemimpin wanita yang lain "Begitu juga dengan perlakuan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor yang berlaga pipi dengan pelakon Bollywood Salman Khan, apa kata Dr Ma#ah?" katanya lagi. Dr Ma#ah dalam satu laporan akhbar menyuarakan kekesalan berhubung garis panduan cara berpakaian artis yang masih belum dipatuhi sepenuhnya. Menurutnya, peraturan yang ditetapkan telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai panduan terutama kepada Kementerian Penerangan bagi mengelak artis berpakaian agak keterlaluan, sesuai dengan imej Malaysia sebagai negara Islam. "Artis perlu mematuhi garis panduan ini dengan sentiasa berpakaian kemas dan sopan supaya tidak menimbulkan keghairahan di kalangan penonton semasa membuat persembahan," katanya mengulas lanjut.  Seorang pembaca daripada Perak, Mai Eka Rosliza berpendapat bukan sahaja pakaian yang perlu dititik beratkan bahkan soal perilaku dan akhlak seseorang juga perlu diambil kira bagi memastikan imej Islam terpelihara dan tidak mengundang sebarang fitnah serta 'ancaman' keghairahan pihak lain. Ramai pihak hairan bagaimana Dr Ma#ah mengambil masa yang agak lama untuk menegur pakaian artis yang 'tradisi penampilannnya' sudah berlarutan agak lama malah berlaku sebelum beliau menjawat jawatan Setiausaha Parlimen lagi, dan rata-rata berpendapat ini tidak lebih sekadar teguran politik yang inginkan lonjakan nama demi memastikan beliau mendapat sokongan dan terus dicalonkan pada pilihan raya akan datang. "Dr Ma#ah wajar juga menegur dan menasihati secara terbuka semua wanita Islam khususnya pakaian sebahagian besar Puteri Umno, pemimpin wanita Umno dan para isteri pemimpin Umno yang jelas bercanggah dengan perintah Allah dalam al-Quran," kata pemanggil Ustazah Hazizah Embun Yasin, 45 dari Kedah.  Pandangan Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi "Teguran dan didikan agama mesti dilakukan secara berterusan dan secara efektif bukannya bersifat bermusim dan waktu-waktu yang dirasakan perlu termasuk untuk golongan tertentu sahaja," katanya lagi. Sebagai renungan semua, kata Hazizah, dan sudah pasti Dr Ma#ah lebih arif lagi tentang tafsiran ayat dan perintah Allah yang berikut:  "Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (maksud al-Ahzab: 59)  Dalam laman web Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (www.zaharuddin.net) turut menjelaskan secara terperinci hukum menutup aurat termasuk isu bertudung dan bercakap menghina hukum yang sebaiknya diperhalusi dengan berlapang dada.  Menurut laman web tersebut, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan: "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina. "Kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. "Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (慳fifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik." jelas Dr Yusof lagi.- Az
Reply

Use magic Report

ummi_nuur This user has been deleted
Post time 8-5-2007 12:56 PM | Show all posts
satu perbincangan yg baik...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 05:33 PM | Show all posts
heh. kalo kita semua betul2 faham apabendanya ISLAM tu, tak ada masalah dah fesyen ke fiksyen ke.. jadinya pakat berlumba2 nak please Allah, bukan berlumba2 nak please hati perut nafsu sendiri. patutnya kepala otak kita ni yg kene dimodify utk syncronize dgn kehendak Islam, ni jadi Islam pulak kena di'modify' utk syncronize dgn kehendak kepala otak kita.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 08:27 PM | Show all posts
apa kata kalau tiap
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2007 09:45 PM | Show all posts

Reply #15 paranormal_85's post

tp realitinya hari2 anak remaja & masyarakat diasak dgn prgram2 hiburan.

cintai artis
sayangi artis

huhu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2007 04:00 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by paranormal_85 at 8-5-2007 08:27 PM
apa kata kalau tiap
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2007 05:56 PM | Show all posts
Originally posted by four_five at 9-5-2007 04:00 PM
tapi hakikatnyer pada zaman sekarang susah rasanyer nak mengubah kehidupan masyarakat kita yg sudah banyak terdedah dengan arus pembangunan


betul tu. ustaz sy kata ms Rasulullah membawa nur Islam kpd masyarakat Jahiliyah, ia adalah proses membina, skg kita dlm proses menjaga benda (Islam) yg dah ada lg susah dr membina.

masa dulu org Jahiliyah masuk Islam, totally bertukar akidah. jadi mereka mudah menerima kebenaran. masa sekarang, semua orang pun mengaku ISLAM dan berasa pandai tentang Islam. pakai seksi pun tak jadi apa, siap bole keluar dalil lagi tu. silap2 yg tegur tu yg kena dakwa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 10:40 PM | Show all posts
bertegang urat kekadang kita nak tegur orang tak suka menutup aurat..... ..tutupilah badan kamu sebelum orang menutupinya..dan didiklah anak2 dengan pakai yang bersopan
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 02:08 AM | Show all posts
Originally posted by sitilina at 9-5-2007 05:56 PM


betul tu. ustaz sy kata ms Rasulullah membawa nur Islam kpd masyarakat Jahiliyah, ia adalah proses membina, skg kita dlm proses menjaga benda (Islam) yg dah ada lg susah dr membina.

masa d ...


Masyarakat Jahilliyah Arab mungkin dah tiada lagi tapi sifat-sifat Jahilliyah masih lagi hidup subur hatta terdapat juga dalam manusia Islam yang merasakan diri mereka berilmu. Karat-karat Jahilliyah inilah yang menebal dan sukar di kikis akibat ego dengan kesombongan diri yang ada.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.131292 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list