View: 5832|Reply: 13
|
Persediaan sebelum ke sekolah - TIPS
[Copy link]
|
|
Persediaan sebelum ke sekolah
* Latih anak bertanggungjawab terhadap barang-barang sendiri seperti beg sekolah, buku teks, alat tulis, buku tulis dan sebagainya.
* Beri peluang anak jalin hubungan baik bukan sahaja dengan ahli keluarga tetapi juga bukan keluarga dan rakan sebaya untuk memupuk kemahiran bergaul dan berjaya di sekolah.
* Gunakan bahasa yang sempurna di rumah kerana penguasaan sesuatu bahasa dengan baik dapat membantu meningkatkan kefahaman anak di sekolah.
* Asuh anak tentang kemahiran berpakaian khususnya apabila bertukar pakaian untuk latihan jasmani serta cara melipat dan menyimpan pakaian di tempat selamat.
* Latih anak menggunakan tandas secara betul seperti amalan beristinjak, menanggalkan pakaian dan memakai semula serta amalan mencuci tangan selepas ke tandas.
* Selain mengajar menggunakan telefon awam, bekalkan anak-anak dengan nombor telefon yang betul dan minta mereka hafal beberapa nombor seperti rumah, pejabat atau telefon genggam.
* Terangkan keadaan bagaimana mereka boleh menghubungi ibu bapa seperti sakit perut, demam, tertinggal bas, waktu persekolahan tamat lebih awal dan sebagainya.
* Latih anak-anak menyampaikan pesanan yang betul dalam bentuk lisan atau bertulis agar apa yang dipesan guru kepada ibu bapa dapat diingat dengan betul.
* Terangkan keadaan bila dan bagaimana untuk meminta bantuan guru atau orang dewasa seperti terjatuh, terluka, dipukul murid dan sebagainya.
* Perkenalkan anak dengan nilai wang dan banyak mana yang patut diberi apabila membeli makanan di kantin sekolah.
* Latih anak mengawasi waktu bila seharusnya mereka patut bangun tidur, mandi, gosok gigi, dan berpakaian untuk ke sekolah
* Ajar anak anda cara membaca jadual waktu sekolah. Mulakan dengan menunjukkan buku-buku berkaitan dan mengemaskannya untuk anak anda. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Thank you for this info Syd.... it's very useful to have some kind of checklist macam ni... |
|
|
|
|
|
|
|
panduan tuk anak
dan panduan tuk emak sekali
kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Fobia sekolah loya, sakit perut, demam
Oleh Shafinaz Sheikh Maznan
MASA untuk kembali ke sekolah! Membelek gambar-gambar berkaitan, saya tertawa geli hati melihatkan telatah anak-anak kita yang pertama kali memasuki alam persekolahan.Ada yang menangis dengan wajah tersebik. Malah, ada juga yang buat perangai meraung tanpa mempedulikan orang lain di sekelilingnya. Tidak kurang yang berpaut erat tidak mahu melepaskan ibu bapa mereka pergi. Sesetengahnya pula bermuka monyok sambil berteleku di meja tulis dan mengasingkan diri.
Teringat pula zaman kecil-kecil dulu. Apa pun, majoriti anak-anak zaman sekarang nampak teruja dan terlebih gembira memulakan tahun satu mereka di sekolah.
Sesetengah kanak-kanak berasa agak gugup dan sedikit takut pada hari pertama di sekolah disebabkan oleh beberapa perkara baru yang terpaksa mereka tempuhi di dalam hidup mereka. Cikgu baru, kawan baru dan sekolah baru.
Mujurlah kebimbangan-kebimbangan baru ini hanya bersifat sementara dan hilang dengan sendirinya bersama masa apatah lagi jika ibu bapa bertegas mahukan mereka ke sekolah pada setiap hari tanpa ponteng.
Apa yang penting, dalam tempoh berdepan dengan kesukaran itu, kanak-kanak memerlukan sokongan padu daripada ibu bapa.
揗engelak sekolah yang juga dikenali sebagai penafian sekolah atau fobia sekolah bukanlah sesuatu yang luar biasa. Lima peratus kanak-kanak mengalaminya.
揗ereka tidak boleh mengendalikannya dan oleh itu, tidak mahu hadir ke sekolah lagi dengan pelbagai alasan, |
|
|
|
|
|
|
|
Menguruskan fobia sekolah
Langkah pertama, pengurusannya melibatkan penilaian oleh doktor bagi menyingkirkan penyakit-penyakit fizikal yang mungkin ada.
Doktor juga akan membantu ibu bapa untuk merangka pelan rawatan.
Sebaik penyakit fizikal disingkirkan sebagai penyebab gejala kanak-kanak terbabit, usaha ibu bapa akan diarahkan bukan sahaja untuk memahami tekanan yang dihadapi oleh anak mereka tetapi juga, bagaimana untuk membuatnya kembali ke sekolah.
Berikut adalah beberapa garis panduan bagi membantu kanak-kanak ini mengatasi masalah mereka:
- Bercakap dengan anak anda tentang alasannya enggan ke sekolah. Pertimbangkan semua kemungkinannya. Tunjukkan rasa simpati, sokongan dan memahami kekecewaannya.
Cubalah untuk menyelesaikan tekanan yang telah dikenal pasti menyebabkan kebimbangan mahupun gejala-gejala mereka.
- Nyatakan kepada anak-anak bahawa anda memahami kegelisahan mereka tetapi tetap bertegas agar dia kembali ke sekolah dengan segera. Lebih lama dia berada di rumah, lebih liat jadinya nanti.
Terangkan kepadanya tentang kesihatannya yang baik dan gejala-gejala fizikal yang ditunjukkannya mungkin disebabkan oleh kerisauan-kerisauannya sebagaimana dijelaskan oleh mereka kepada anda sama ada gred, kerja rumah, hubungannya dengan guru, tekanan sosial atau kerana takutkan keganasan yang mungkin berlaku di sekolah.
Beritahu kepadanya bahawa hadir ke sekolah adalah sesuatu yang diperuntukkan dalam undang-undang. Dia mungkin memberikan tekanan berterusan kepada anda supaya dibenarkan tinggal di rumah sahaja tetapi anda perlu bertegas dengannya untuk kembali bersekolah.
- Bincangkan masalah ini dengan guru-guru di sekolahnya. Kongsilah dengan mereka perancangan anda agar dia bersekolah semula. Dapatkan sokongan dan bantuan daripada mereka. Jika anak-anak anda menunjukkan gejala-gejalanya, mereka boleh menggalakkannya masuk ke dalam kelas semula.
- Tetapkan komitmen anda untuk menjadi lebih tegas pada waktu pagi saat anak-anak bangun untuk ke sekolah dan mengadu mengenai simptom-simptom yang mereka alami. Cuba kurangkan perbincangan mengenai gejala fizikal atau kebimbangan mereka ke tahap minimum.
Contohnya, jangan tanya bagaimana mereka rasa hari itu. Jika mereka boleh bangun dan mundar-mandir sekeliling rumah, bermakna dia cukup sihat untuk ke sekolah. Apabila mereka mula membiasakan diri hadir ke sekolah, gejala-gejala fizikal yang dialaminya akan hilang dengan sendirinya.
- Jika anak-anak anda menunjukkan kebimbangan yang teruk, anda mungkin boleh lakukan cara ini. Pada hari pertama, dia perlu bangun pagi, pakai baju, dan anda ke sekolah bersamanya supaya dia dapat merasakan pengalaman itu, sebelum kalian berdua pulang semula ke rumah.
Pada hari kedua, dia perlu ke sekolah untuk separuh hari atau untuk beberapa kelas yang digemarinya. Hari ketiga, dia akhirnya boleh kembali belajar sehari penuh.
- Doktor mungkin memudahkan cara dengan menuliskannya sekeping nota yang menyatakan dia mengalami gejala-gejala yang menghalangnya daripada bersekolah.
Tetapi, sekalipun gejala-gejala itu mungkin timbul, dia sudah boleh bersekolah. Cara ini dapat membantu anak-anak anda daripada berasa malu.
- Sekiranya masalah seperti buli atau guru di sekolah yang menjadi puncanya, bertindaklah sebagai 憄eguam bela' kepada anak-anak anda. Rundingkannya dengan kakitangan di sekolah. Mereka mungkin perlu melakukan sedikit pengubahsuaian bagi melegakan tekanan kanak-kanak di dalam mahupun luar kelas.
- Jika anak anda berada di rumah, pastikan mereka selamat dan selesa tetapi, jangan memberikannya layanan istimewa. Gejala-gejalanya boleh dirawat dengan timbang rasa dan sikap anda yang memahami. Jika aduannya terbukti, biarkan dia berehat di katilnya.
- Anak anda mungkin perlu berjumpa doktor apabila dia berada di rumah disebabkan oleh kesakitan fizikal. Alasan untuk tinggal di rumah bukan hanya kerana aduan gejala ketidakselesaan tetapi termasuklah suhu badannya yang tinggi, ruam, batuk kering yang kerap, muntah, cirit-birit, sakit telinga dan gigi.
- Bantu anak-anak anda berdikari dengan menggalakkannya bermain dengan kanak-kanak lain di sekitar kawasan perumahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Persediaan minda anak sebelum memasuki Prasekolah
Oleh: NOOR FAZRINA KAMAL
MASIH tidak terlewat lagi untuk memberi tip bagi ibu bapa yang masih berhadapan dengan situasi anak-anak tidak rela ke sekolah.
Boleh dikatakan setiap kali sesi persekolahan baru dibuka pastinya ada di antara ibu bapa yang menghadapi dilema dengan permasalahan yang dibawa oleh anak-anak. Tambah memeningkan, masalah tersebut masih berterusan walaupun setelah masuk bulan kedua alam persekolahan bermula sejak Januari lalu.
Ada di antara anak-anak yang mula menunjukkan tingkah laku negatif seperti menangis setiap kali ingin ke sekolah, ada yang bersifat terlampau malu dan ada juga yang masih ingin menghisap puting atau botol susu di sekolah. Malah bagi sesetengah kes ada juga berpura-pura sakit atau demam dengan alasan tidak mahu ke sekolah.
Malah pakar kanak-kanak turut bersetuju bahawa bagaimana ibu bapa mempersiapkan diri mereka dan anak-anak untuk memasuki satu alam baru persekolahan akan menentukan bagaimana cepat dan mudahnya penerimaan anak-anak terhadap situasi baru tersebut.
揟adika atau juga disebut sebagai prasekolah adalah tempat kanak-kanak belajar bergaul, bermain dengan rakan-rakan seusia serta guru tadika mereka.
揇i tadika, mereka tidak dipaksa untuk belajar secara intensif, pembelajaran hanya menjurus ke arah membentuk minda kanak-kanak agar lebih terbuka dan bukan bersifat tekanan, justeru di peringkat prasekolah, kanak-kanak lebih didedahkan dengan aktiviti seperti nyanyian, mendengar kisah cerita tauladan dan menikmati alam pelajaran dengan lebih ceria,拻 ujar Jalilah Azura Md. Yunus, 37, seorang guru tadika berpengalaman di Tadika D'Sayang, Taman Medan Pejasa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Disebabkan itu maka, isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, baru-baru ini telah melancarkan Pusat Permata Negara, iaitu program prasekolah yang menjurus kepada pembentukan sahsiah dan jati diri anak-anak.
揔onsep kita ialah mementingkan pembelajaran yang menyeronokkan dan kita akan ajar mereka mengikut kecenderungan kanak-kanak terbabit,拻 ujar beliau ketika melancarkan program tersebut.
Justeru ibu bapa harus sedar bahawa mereka yang akan mencorakkan tingkah laku anak-anak sama ada positif atau negatif dengan situasi baru tersebut.
Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu anda sebagai panduan tentang langkah yang boleh diambil untuk menghadapi anak kecil anda.
PERSEDIAAN
Bagi mengelakkan senario negatif seperti yang disebutkan sebelum ini berlaku, bentuk tingkah laku anak anda bermula dari rumah sebelum dia memasuki alam persekolahan tadika atau prasekolah. Tanpa bimbingan awal dari anda, anak anda mungkin akan mengalami suasana baru dalam keadaan trauma dan malu untuk bercampur dengan rakan seusianya.
1. Membentuk sikap berdikari
* Ajarlah anak anda untuk menyuap makanan sendiri. Pastikan dia menggunakan alatan makan seperti sudu dan camca dengan betul dan menghantar pinggan dan cawan ke sinki setelah selesai makan.
* Biarkan anak anda mencuba memakai pakaian mereka sendiri. Tugas anda cuma perlu pastikan rambut mereka disisir kemas dan pastikan anda bantu mereka untuk mengikat tali kasut dengan betul.
* Apabila mereka selesai bermain atau membaca buku, pastikan mereka meletakkan semula alat permainan dan buku tadi di tempat asal. Latihan ini juga boleh dipraktikkan di tempat tidur dengan cara memastikan anak anda melipat selimut sendiri setelah bangun dari tidur.
* Biasakan anak anda untuk berjumpa dengan saudara-mara, rakan-rakan anda dan jiran tetangga. Jangan mengehadkan pergaulan anak anda di rumah dan hanya melihat wajah ibu dan bapanya sahaja.
2. Menggalakkan cara bersosial dengan betul
* Galakkan anak anda membantu rakannya. Contohnya sekiranya rakannya lupa untuk membawa pensil warna, galakkan anak anda untuk berkongsi peralatan tersebut bersama rakannya tadi.
* Sekiranya anak anda membawa bekalan makanan, pastikan anda memesan kepada anak anda untuk berkongsi makanan tersebut dengan rakannya. Begitu juga dengan barang mainan, galakkan mereka berkongsi dan tidak bersikap mementingkan diri sendiri.
* Ajarlah anak anda untuk mengucapkan perkataan seperti 'Tolong |
|
|
|
|
|
|
|
my experience with my std 1 son this year. Info yang mac lupa nak beritahu dia
- duit belanja hanya untuk diri sendiri. Jangan belanja kawan2 nugget sampai habis duit belanja..... (Dah la dia stay back untuk JQAF, duit dah habis.... so nak makan apa?) |
|
|
|
|
|
|
|
hehehehe
baiknya dia
belanja kawan2
|
|
|
|
|
|
|
|
anak mac ni mesti ramai kawan kan, dah pemurah sgt hehe |
|
|
|
|
|
|
|
fenin...fenin.... |
|
|
|
|
|
|
|
Anak fobia sekolah perlu ditangani segera
Perasaan bimbang berpisah dialami kanak-kanak daripada keluarga harmoni, rapat dengan ibu bapa
PENGGAL kedua sekolah sudah pun dibuka. Bagaimanakah perkembangan anak anda? Adakah anak anda liat atau malas ke sekolah dan memberi pelbagai macam alasan untuk tidak pergi ke sekolah?
Perkara seperti itu tidak mustahil berlaku, malah ada ibu bapa bingung menghadapi perubahan sikap anaknya yang tiba-tiba mogok, tidak mahu sekolah dengan memberikan berbagai alasan seperti sakit perut, sakit kepala, sakit kaki dan seribu satu alasan.
Apabila ini berlaku, ibu bapa sering diburu perasaan serba salah kerana jika tetap memaksa ke sekolah, bimbang anak akan tertekan. Pada masa sama, timbul perasaan ragu-ragu, adakah anak itu berkata benar atau sekadar berpura.
Menghadapi situasi seumpama itu apa yang sebaiknya dilakukan ibu bapa ialah mengendalikan masalah dengan menggunakan pendekatan bijak supaya tidak terjadi hal negatif sehingga menjejaskan perkembangan fizikal dan mental anak pada masa akan datang.
Umumnya, apa yang dialami anak anda itu dikenali sebagai 慺obia sekolah |
|
|
|
|
|
|
|
very useful tips... anak syd ada yang dah nak ke sekolah ke..? |
|
|
|
|
|
|
|
Get into the act
Be involved in your child抯 learning by getting to know his preschool and its teachers.
CHILDWISE by RUTH LIEW
LAST week, I conducted a parent education programme on teaching reading, for a nursery school. Only four out of 30-plus parents attended. I was a little disappointed with the turnout. But the four mothers who came more than made up for the poor turnout, with their enthusiasm and exuberance.
Sending children to preschool or nursery school involves more than just paying the fees, providing and labelling the clothing, and arranging transport to and from school. Parents need to know what is going on in their children抯 preschool programme and keep themselves informed of their children抯 progress. Many parents who make the effort to get involved gain greater benefits than they expect.
One of the four mothers told me that she was at the reading workshop not only to learn how to teach her six-year-old son, but for her own self-development. She needed to understand the child抯 learning process and how he learned to read. She felt strongly about getting it right during the early years instead of searching for answers should the child have difficulty reading when older.
Parent education is important. It is especially valuable when the oldest child in the family is at preschool level. What parents learn at this stage may influence their relationships with their preschool child as well as their younger children. They will equip themselves with suitable ideas to help their children make the best of their preschool years. It is easier for the child to make the transition from home to school when parents have the right ideas to make the preschool experience a positive one.
There are many parents who know very little about child development and how their children learn. They have unreasonable expectations and complain that the school is not doing enough and they tend to criticise the teachers. They have liitle patience with their children抯 behaviour and get annoyed with their childish antics, and blame it on the poor guidance their children receive in preschool.
Many preschools and nursery schools these days conduct parent seminars and workshops. This is particularly useful for first-time parents.
Parents who attend seminars on child education and development develop skills, attitudes and concepts which make them better parents. They learn how to support their children抯 learning as well as build relationships with the teachers. The teachers are able to plan and conduct their lessons with their children more effectively when they have open communication with the parents. On the home front, parents become more supportive of their children抯 learning.
For most preschools, parent education is part of their programme, at no additional cost. The licensing body encourages preschool programmes to provide parent education as this promotes a positive link between school and home. Yet, a mere 2% to 10% of parents in preschool programmes actively take part in parent education activities. Newsletters sent to homes are often unread because parents do not bother to take them out of their children抯 bags.
The following are some ways parent-education is carried out at preschools:
Bulletins and handbooks
Bulletins are excellent for giving parents brief and clear information they desire |
|
|
|
|
|
|
|
Coping with preschool
Childwise: By RUTH LIEW
I HAVE two sons aged four years old and four months old. My sons stay at home with their father while I work.
A few months ago, we enrolled our son in a playschool programme. The class lasts an hour and a half. The activities are varied and interesting for the preschoolers. They conduct storytelling, colouring, and physical activities such as jumping and throwing balls. They are all teacher-centred activities. The children have to follow the teacher抯 instructions.
My son enjoyed the trial class and told me that he liked colouring and storytelling. My husband and I accompanied him during the trial class. We were told we could only do it for the try-out. We were not allowed in the class with him after the first class.
Now my son does not want to go to the playschool anymore because we will not be in the class. He says he will go on condition that we stay in the class. How do I solve this problem?
One of the teachers my son likes has left the programme. He does not like the other new teachers. One teacher complained that my son refused to cooperate with her. When she asked him to hand in his worksheet for display, he refused to heed her advice. He wanted to bring it home.
He also refused to follow the group in their activities. When he was asked to join his group in the pretend play, he ran away. He would only do what he likes.
One teacher told me that my son behaved negatively because his parents were around. She said he would behave better if we were not there with him. She also advised me to be strict with our son.
Our son has since missed three classes. He refuses to go to the playschool and shows no interest in the programme at all.
Worried Mother
It is normal for a four-year-old who has just started a new preschool programme to find it difficult to cope during the initial stages. Learning to take instructions and joining group activities are skills which your son has yet to acquire. He cannot be expected to understand what is required of him as part of the group when he has just started the programme. It will take some time before he knows how to be part of the group and follow instructions given by his teachers. This is the very reason you have decided to send him to this playschool in the first place.
You have two choices: You can keep sending your son to this programme, kicking and screaming. You can leave him there with the teachers and let them manage his behaviour the way they see fit. Or you can start looking for another programme that is more child-centred and allows him time to settle down.
It is normal for a four-year-old who has just started a new preschool programme to find it difficult to cope during the initial stages.
You may feel worried when your son refuses to attend this playschool programme. You are probably wondering whether his present behaviour will lead to more problems in later years with school attendance. Take comfort and know that this difficult adjustment period is transitory. Your son will not continue with this behaviour when he has grown and become more confident.
It is true that children can feel a little lost when their teacher is no longer available. During his orientation, your son may feel attached to one particular teacher whom he finds easy to interact with. If that teacher is no longer in the programme, his or her absence will surely be missed. To help solve this problem, you can request that your child be allowed time to bond with another teacher. Meanwhile, you can also volunteer your services to help him do that without pressure.
At this time of your child抯 life, he needs patience and understanding more than anything else. I believe he will learn better in an environment where the adults are loving and caring. They would accept him for what he is at this moment.
Consider the possibility that this particular playschool programme is not suitable for your son. Since this is his first introduction to a programme outside his home, he needs a positive experience. Take some time to look around for another suitable programme. You may want to ask your friends and relatives for their references to programmes that they know are well-run.
There is more to preschool readiness than just being interested in storytelling and colouring. Your child needs to have a level of confidence that can help him cope with the demands of being in a group. He needs to understand the adults |
|
|
|
|
|
|
| |
|