|
Bercakap pasal iman, kita perlu mengingati dan mengambil teladan dari kisah kehebatan seorang wanita bernama Masyita,tukang sisir rambut anak Firaun.
Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatan pengaruhnya dikalangan rakyat Mesir. Dia mengaku dirinya Tuhan yang agung dan memusuhi sesiapa sahaja yang bertuhankan selain dirinya.
Malahan dia akan membunuh mereka yang tidak mengaku Firaun sebagai Tuhan.
Masyita bekerja di istana Firaun, namun dihati kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini termasuklah Firaun yang bongkak itu. Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak diketahui oleh Firaun dan sekutunya.
Pada suatu hari, sedang dia menyisir rambut anak Firaun, sikat di tangannya terjatuh. Masyita terlatah dan berkata "Mampus Firaun!" Apabila anak Firaun mendengar kata/kata penghinaan terhadap bapanya, dia berkata, "Kenapa kau berkata begitu terhadap bapaku? Adakah Tuhan lain selain bapaku?" Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah." Mendengar kata/kata itu, anak Firaun menjadi marah. "Baik kamu bertaubat, kalau tidak aku akan beritahu bapaku."
Masyita bertegas dan mengatakan , "Pergilah kau beritahu bapa kau. Aku tetap dengan pendirianku bahawa tuhan yang sebenarnya ialah Allah." Sebaik sahaja Firaun diberitahu oleh anaknya tentang Masyita, dia menjadi murka dan memanggil Masyita.
Dia bertanya sama ada benar apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Masyita tetap menyatakan Tuhannya ialah Allah. Firaun mengugut untuk membunu Masyita dan keluarganya sekiranya dia tidak mengubah pendiriannya. Keesokannya keluarga Masyita dibawa ke satu tempat lapang berhadapan dengan sebuah kawah besar yang berisi dengan minyak yang sangat panas. Firaun hendak memasukkan kesemua ahli keluarga Masyita termasuk anaknya yang masih kecil ke dalam kawah besar itu sekiranya Masyita tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.
Keimanan Masyita tidak luntur meskipun berhadapan dengan ancaman maut. Melihatkan iman Masyita yang tidak berganjak, Firaun menyuruh askarnya mencampakkan ahli keluarga Masyita seorang demi seorang ke dalam kawah besar yang berisi minyak panas itu. Apabila sampai ke giliran anaknya yan kecil,perasaan Masyita menjadi belas dan sebak. Hati siapa tidak sedih melihatkan anak yang disayangi akan dilontar ke dalam kawah yang membuak/buak dengan minyak panas. Masyita meminta supaya dicampakkan nya dahalu sebagai ganti kepada anaknya. Tiba/tiba dengan kuasa Tuhan yang Maha Esa, anaknya yang kecil itu membuka mulut dan berkata, "Ibu, jangan bersedih, Teruskan! Biarkan saya dicampak ke dalam kawah itu." Masyita dan orang/orang di sekeliling terperanjat melihat seorang bayi yang boleh berkata/kata. Mendengar kata/kata anaknya itu, Masyita menjadi semakin yakin dan tabah.
Dia menghulurkan anaknya untuk mencampakkan ke dalam kawah. Tanpa belas kasihan askar Firaun terus melontarkan anak Masyita ke dalam minyak panas. Selepas itu barulah Masyita dibawa ke tepi kawah yang panas itu lalu dicampakkan ke dalamnya.
Demikianlah hebatnya Masyita mempertahankan kebenaran aqidah sehingga dia dan seluruh ahli keluarganya terkorban dan dibunuh kejam oleh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini wajib diingati oleh setiap muslimin dan muslimat agar aqidah dan ketetapan kita hanya pada islam. Dalam peristiwa Israk dan Mikraj , Rasulullah SAW sampai disatu tempat yang sangat harum. Malaikat Jibrail menerangkan bahawa tempat itu ialah tempat bersemadinya Masyita dan keluarganya.
brape ramai dikalangan kita yang mampu mempertahankan aqidah dan iman dalam diri. Muhasabah kan diri anda! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 tutankhamun!'s post
brape ramai dikalangan kita yang mampu mempertahankan aqidah dan iman dalam diri. Muhasabah kan diri anda!
tak ramai |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 hyphrigian's post
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|